Rabu, 16 November 2011

Petua Memilih Ikan di Pasar

Assalamualaikum.....



google



Ha, ada ilmu baru. Mommy ada bagi tips mcm mana nak pilih ikan yang segar di pasar. Tak kisahlah pasar basah atau pun pasar supermarket, janji ikan mentah.

Untuk pengetahuan, zaman2 sekarang nie, boleh dikatakan semua bahan2 makanan kita akan tercalit sedikit bahan asing yang bukan semulajadi.

Mommy kata, kadang2 ikan yang dipasar nie, pembekal atau penjual dah siap2 letak ubat pengawet. Kadang2 pengawet nie digunakan untuk awet mayat sebelum disempurnakan. Fungsinya adalah untuk mengekalkan kesegaran ikan tu. Tu yang kita nampak ikan tu segar jer, bulat2 jer badan dia, daging pun pejal, mata pun tak merah2. Tapiii, masih ada tricks lagi macam mana nak tau ikan tu purely fresh atau tidak. Owhh..tolong jangan tanya penjual tu, konpem kerat jari dia tak ngaku punya.

Antara ciri2 ikan fresh yang betul2 fresh ialah :

1.) Walaupun matanya tak merah, tapi dah tiada sinaran. Ecehh.. Dia macam ala2 mata ikan tu still bersinar macam hidup. Kalau dah tak bersinar tu, mata ikan tu macam kelabu2 malap dah.

2.) Tengok insangnya. Walaupun isinya masih pejal, tapi insang dah warna coklat. Semakin gelap warna coklatnya, semakin dah lama lah tempoh kematian ikan tu. (Mcm bedah siasat CSI pulak)

3.) Paling mudah. Walau apa pun jenis ikan laut (kecuali belut), ianya pasti ada sisik. Kadang2 sisiknya halus sangat di bahagian kepala, kadang2 kasar2 jer nampaknya. Kalau ikan tu fresh, sisiknya tak ada yang tanggal (kalau yang sisik besarlah), atau kalau kita raba, masih boleh rasa sisisknya. Kalau dah rasa kulit ikan yang kesat dan kasar tanpa sisik atau sisik dan rompong2 tu, maknanya ikan tu dah lama.

4.) Nak lagi fresh. Sisiknya masih complete, badan ikan diselaputi oleh lendir yang jernih. Bila pegang, kita rasa licin2 jer. Ha...konpem fresh!

So, selamat shopping ikan yer.

P/S : Sebab tu lah ikan fresh sangat mahal sebab tak ada letak ubat pengawet tu.

6 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

wahhh curlastt
bab sisik tue baru tahu hari ni ngeee
nice info

Cik Bambam berkata...

selalu tgk insang merah jek..eheheh

Aziela berkata...

Lady Ayu : Itulah share kat sini, sebab kita pun baru tau..hehehe

Aziela berkata...

CB : Samalah kita...hehehe

Nora Shahaira berkata...

hehe..kalo tak ada ikan fresh juga..mcm mana nak makan ikan ye..

nabila faryzza berkata...

ouh, mcm tu ea? okay, thanks for the tips. :)

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink