Jumaat, 18 November 2011

Percutian di Port Dickson. Er, kampung halaman sendiri (Day2)

Assalamualaikum.....

Mari sambung cerita.

Esok paginya kami bangun dengan sangat seronok dan santai. Pagi2 lagi lelaki2 tu semua dah mengadap laut. Of courselah dengan teropong dan tin biskut. Maka kita dengan MIL pun bancuhlah air. Siapkan sarapan. Kami makan nasi impit dengan sambal tumis dan serunding daging dan ayam. Wah, memang seronok betul lah. Ada roti juga. Ada kuih muih kering dan biskut satu tin. Sarapan di balkoni bersama keluarga, tanpa protokol dan sambil menikmati pemandangan di kaki langit. Superb!

Adam dgn Firdaus dah x sabar nak pergi pool. Yg dewasa semua malas nak layan sbb rasa lebih seronok bersantai di apt. Tp kesian pula budak2 nie. Kita pun temankanlah diorang. Tapi sampai pool, mak oiii ramainya orang. Pool tu ada 3 peringkat kolam..semua penuh juga. Pool mmg x besar pun. Tp penuh sgt sampai melimpah. Kasi can Adam dgn Firdaus masuk air. Tp kita x suka. Ramai sgt. agak2 setengah jam, kita dh ajak diorang balik. Menconcong jer mulut masing2 kena paksa balik.

Sampai di apt, kita dgn hubby terus bersiap utk keluar cari lauk lunch. Beli lauk kat kedai Mak Mah, hubby punya rambang mata, beli sampai 8 jenis lauk. Hah...tu lah. Tp tu lah. Ingatkan kalau x habis, boleh bawak ke dinner kan. Tinggal tambah2 tomyam ke, sup jer lah. Tp sayang, sebab rupa2nya FIL dah ajak nak balik Melaka. Tak apa lah. Itupun dah untung FIL nak lepak sama2 2H1M.

Maka petang tu, tinggallah kami 3 beranak di apt. Punyalah penat, kami semua tertidur sampai ke petang. Petang bila bangun, dah lapar. Alamak, menyesal pulak transportkan lauk2 balance tadi semua ke Melaka. So, hubby apa lagi. Ajak keluarlah. Jalan2 holiday. Kelakar sgt sbb mcm berlakon jadik tourist plak.

Destinasi pertama mestilah cari makan kan. Hubby kata nak try tengok kedai nasi lemak kerang dah buka ke belum. Bila sampai, memang rezeki kami sbb dia baru buka. So, lauk panas2 lagi. Kedai nie dekat dengan simpang 4 yang boleh pergi ke kilang tapisan minyak Shell. Dekat dgn klinik 24jam dan juga 7-E.

Kami makan....

Adam makan nasi lemak dengan ayam goreng dan sambal kerang.


Kita makan nasi lemak dengan paru sambal dan sambal kerang.
Hubby pula makan nasi ayam biasa jer. Tapi dia ambil sambal kerang juga.

Ok...amaran keras! Sambal dia memanggg pedass yang amat. Siapa yg x makan pedas, minta dia asingkan sambal dlm piring lain.

Inilah suasana kedai dia. Kalau malam mmg penuhhhh.

Adam nie mmg anak Melayu. Makan apa pun nak pakai tangan, kecuali di Chinese atau Japanese restaurant, dia akan pakai chopstick.

Bila dah kenyang, kami jln2 ke Telok Kemang. Di roundabout Telok Kemang tu kan ada mcm kedai2 bnyk. Di PD Getaway tu, ada bnyk gak kedai2 baru buka. Sekali tu hubby ajak ke karaoke. Karaoke tu kat tkt atas, hujungg sekali. Senang sebab toilet dan surau kat sebelah dia jer.


Adam tgh tensen sebab papa dia nyanyi lagu Jepun yang dia x paham satu apa pun. Oh yer, mama dia pun x faham...hehehhehe. Tapi hubby suka sbb ada bnyk lagu Jepun favourite dia kat situ. Biasalah org lelaki. Dia paling suka nyanyi lagu group X-Japan. Dia kata boleh release tension.

Kita bolehlaa sikit2 nyanyi lagu Southern All Stars (Manatsu No Kajitsu) dengan lagu Yutaka Ozaki (I Love You). Perghhh..lagu jiwang jer ekkk... hehehehhe

Dah puas melalak, makan dan jalan2, kami pun balik apt. Apa lagi tidurlah....

Final episode, lepas nie.

2 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ai pow sama taw x suka bila buat apa2 umat manusia ramai giler....rimas khen....wah berselera giler tgk adam makan ngeee.....dok citer nasik himpit tue terlioq plak hikhik

Azham Vosovic berkata...

yeay.... minggu depan nk g PD hehehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink