Khamis, 17 November 2011

Percutian di Port Dickson. Er, kampung halaman sendiri (Day1)

Assalamualaikum.....

Alahaii...segannya nak cerita. Tapi harus bercerita juga.Tapi segan, tapi dah amik gambar..huhuhu. Cerita jerlah kan....

Alkisahnya macam nie. Hubby kita memang ada join vacation club. Dah lama dah join. And every 2 years, we all dapatlah beberapa malam untuk lepak di rangkaian hotel mereka. So, untuk tahun nie, expirednya awal Nov. Ada balance lagi 4 malam. Mak oii..banyak lagi. Kalau x guna, expired. Nak pergi jauh2, mcm tak berapa convenient. Sudahnya kami pilih Paradise Lagoon Resort di Port Dickson. Hahahahaha...rumah mak sepelaung jer...boleh cam tuh? Lantaklah kann... Janji holiday.

Resort nie actually holiday apartments jer. Dah lama dah. Dulu2 bawah Corus, tapi diorang separatekan so ada different management. Anyway, still can use facilities dia, cuma yg dok kat apartment nie, limited sikit lah.

Kami booking dari hari Sabtu, weekend sebelum Deepavali hinggalah Selasa. Itupun sebab kilang hubby tutup Monday dan Tuesday. Kononnya, Adam bolehlah pergi sekolah daripada resort kan. Dah siap bawak beg skolah dengan baju skolah. Tapi hampeh...dia x mau pegi. Papa dia pun sokong keputusan dia tu. Maklumlah... baru habis exam.

So, kami memang dah niat nak ajak parents in law stay sekali. Saja seronok2. Siaplah angkut segala bantal, toto dan selimut sebab apt tu 1 bilik jer. Ada juga yg 2 bilik dan 3 bilik, tp kami entitle utk 1 bilik jer. Tp no hal. Kita dah plan, kalau in-laws kurang selesa, kita anak beranak balik tidur rumah mak jer...hahahahha.

Apt kecik jer. Lupa sangat2 la nak amik gambar apt tu. Amik gambar Adam dgn Firdaus kat balkoni jer.


View mmg awesome. Setiap apt memang mengadap laut. So semua guest bolehlah nak layan jiwang 24 jam kat sini. Lagi sikit view...


Lagi satu faktor kenapa kami tak pergi jauh2, sebab FIL kita tak berapa suka dengan holiday long journey ni. Sangatlah susahnya nak ajak dia jalan2 and makan2. Kadang2 tu kena sampai kena 'kidnap' dia.

Lg satu, kita siap bawa rice cooker dengan beras...sbb senang boleh mkn beramai2. Apt kan ada ktchen...tapi x la masak2 bagai. Tak kuasa nak bersilat time holiday nie. Lgpun kg halaman, tau jer kat kedai mana nak beli lauk pauk. Sonang kan. Tapi mak dgn ayah x der rumah. Since kami holiday bawak Adam, mak dan ayah pun amik kesempatan gi lepak kat rumah Ida di Kuala Pilah. Tapi kunci rumah, kita mmg ada.

First nite, kami makan sate di Telok Kemang. Warungnya di sebelah kiri kalau dari pekan PD dan betul2 sebelum Balai Polis Telok Kemang. Maaflah, x ada gambar. Entah kenapa, bolehkan banyak pula gambar x ambil this time. Maybe sbb kg halaman sendiri kot. Nntlah next time kita try buat entry lain.

Lepas makan, balik apt, terus kemas2 tempat tidur. MIL kata x yah balik rumah...dia dah bawak bnyk alatan tidur. Wauu..kagum betul kita. Syukurlah Adam dan Firdaus memang boleh harap. Anak bujang 2 org tu lah ulang alik ke kereta mengangkut supply. Kami keluarkan semua sofa set di hall tu ke balkoni. Best betul makan2 dan minum2 kopi malam2 di balkoni mengadap laut. Hubby pula bawak teropong dia, ralitlah kaum lelaki teropong sana sini. Tengok kapal2 minyak, tgk sampan nelayan, tgk org menjaring..

Tak lama lepas tu, BIL plak dtg. Wah, makin meriah lah dgn anaknya yang baru 2 thn tu. Bukan main suka lagi Alleycia berlari2, berguling2, bersorak2 dan makan2. Kejap2 dtg kat kita, soh Mak Ngahnya nie suapkan biskut. Maklumlah, mamanya dah sarat, tunggu nak bersalin adiknya.



Tapi rupanya diorang dtg kejap jer. Maklumlah, PD dgn Seremban setengah jam jer. So, diorang baliklah midnite tu. Menjerit2 amoi kecik nie x nak balik. Kesiann dia. Mlm tu kami tidur dengan bayu laut.

Next day....nnati kita sambung. Ini pun dah berjela dah. kang ada pulak yg terlelap baca entry panjang2 nie... :)

2 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

rasa tahun 2003 kot ayu terjah PD...tu la last gi...lama khen...lepas ni boley terjah la sebab kaka ai nak pindah duduk kat gemas kot...

Cho Zila berkata...

masa corus pernah duk sini husband nyer opis family day.. tapi memang bestpun kat situkan... tuler kalau tak digunakan cam rugikan.. cutiler kat kampung halaman sendiri....

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink