Khamis, 17 November 2011

Makan di KL : Mustafa Jones Burger

Assalamualaikum.....

Semlm ada surprise! Hubby call kata dia habis kerja cepat (sebelum pukul 6) dan dia akan balik KL.Yeayyyy! Papa balik..yey yey.. Seronok sgt sbb kami biasa jumpa weekend jer. Ini weekdays dapat jumpa, mmg seronok lah.

So, dia tiba KL dlm jam 9 malam. Lepas bersiap di rumah, kami pun keluar dating makan2. Plan untuk makan western dari Chef Mustafa Jones. Dah beberapa kali baca di blog Kak Jee dan memang selalu terliur nak menikmati.

Mlm tadi, kami pusing2 Melawati. Senang jer nak jumpa. Dia beberapa blok, dari Bank Rakyat. alah, pusing jer...mesti jumpa Pekan One Kopitiam.

Kopitiam nie tutup pukul 11 malam. Kami tiba dah 10 lebih. Sempat lagilah kan...

Ok...jom tengok food. Tak larat nak bebel panjang. Perut tgh cramp nie..


 Chicken wings. Memang rasanya sangat menarik rasanya. Special sikit. Tak tau nak explain. Cuma, untuk lidah kita, terlebih masin sikit. Atau mungkin sbb dah ujung2, org dh nak tutup kedai, kuah tu dh kering sikit, jadi masin kot.



Atas nie adalah potato salad dia. Fav hubby. Tapi hubby lebih suka versi Windmill Restaurant di Melaka. Boleh search dalam blog nie tentang Windmill. Tapi kita pulak yang suka. Sangat lembut yet so flavourful. Kita jer yg menghabiskan. Sedap.


Ini adalah garlic bread dia, versi roti pita. Dalamnya ada disapukan special flavour. Pun agak masin sedikit, tapi memang sedap. Crunchy yet soft. A must try.



Atas nie hubby punya. Dia order rib eye. Tebal dan besar. Cuma keras sikit, sebab daging bahagian rib eye nie, ada urat2 sikit. Tekstur dia lain tough sikit lah.

Atas nie pula, kita punya. T-Bone steak. Mak oiii...terperanjat sangat sebab sangat besar. Penuh pinggan yang lebar gedabak tu. Dagingnya tebal dan lebih lembut dari rib eye. Bila gigit, rasa sangat juicy dan very meaty. Kita x habis! Kita hanya makan bahagian yang sebelah kiri tulang tu jer. Itupun dh rasa kenyang sgt. (Padahal dah melantak garlic bread dgn potato salad). 

 Last but not least, menu dia....

Nak lebih review, boleh baca di blog Kak Jee tentang food nyer. Sure terliur nyer...

1 thoughts..:

Cho Zila berkata...

kiranya mustafa jonestu dalam pekan oneler yerk.. der baca kak gee nyer blog gak.. teringin nak gi tak terpergi2 lagi..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink