Ahad, 27 November 2011

Sambal Perap

Assalamualaikum.....

Ini adalah percubaan pertama kita. Kita create sendiri2. Tapi bila makan, alamak..sedaplah. Memang boleh jadi resipi. Asalnya, bahan2 nie kita buat untuk perap ayam agar jadi ayam goreng berempah versi diri sendiri. Ternyata sedap. X snap pula gambar ayam. Nantilah next time. Cuma silapnya ialah minyak overdose pula. So, next time, kena guna minyak yg sangat sedikit. Maklumlah, experiment. Meh tengok resipi.

Bahan A :
2 sudu besar ketumbar biji - Sangai hingga garing sedikit
3 ulas bawang putih ( jangan buang kulit hingga habis )
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili padi

Bahan B :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk cili

Bahan C :
Minyak untuk menumis
Garam sebagai perasa

Cara-cara :
- Tumbuk ketumbar dan cili padi hingga lumat.
- Campurkan selebihnya bahan A dalam cili padi dan tumbuk hingga hancur. Jangan tumbuk lumat bawang2 tu. Biar kasar2 sikit.
- Campurkan bahan tumbuk dengan Bahan B hingga sebati.
- Tumiskan dan goreng hingga masak. Perasakan garamnya.
- Kalau nak garing boleh, nak basah2 pun boleh. Tapi sambal nie takkan jadi garing sangat sebab ada mayonis.
- Makan dengan ikan goreng dan sayur rebus2. Memang berselera betul.

Bolehlah cuba kalau sesiapa yang minat pedas.

Selamat menjamu selera.

4 thoughts..:

Papa Mifz berkata...

dapek makan nih mmg sodap nih...penyelera nih...

Rahmah Ram Ram berkata...

sedap...makan dengan nasik panas atau nasik sejuk..lepas tu goreng telur dadar...MELETUPSSS!!

Suhami Ahmad berkata...

nampak macam sidap tu kak

Aziela berkata...

Papa Mifz, Rahmah, Suhami : Memang sedap. Nak kena buat lagi lain kali. Boleh try, tapi ingat...minyak sikit jer. Takut jadi banjir dgn minyak mcm dalam entry nie pula..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink