Tak Nak Tambah Anak Ke?

7 comments
Assalamualaikum.....

Amaran. Entry ini adalah luahan perasaan sendiri. Sesiapa yang rasa akan serabut membacanya, sila abaikan entry ini.

Seperti sedia maklum, kita hanya ada seorang anak. Dah besar. Umur dah 9 tahun. Tahun depan akan masuk darjah 4.

Sering kali dan sangat rutin pertanyaan di atas diajukan pada kita. Agak2nya orang yg bertanya soalan itu, sedarkah bahawa kita nie semua hanyalah manusia yang tidak punya kuasa untuk menentukan masa depan?

Setiap kali kita dapat pertanyaan itu, kita sering cuba terima dengan sepositif mungkin. Si penanya mungkin sekadar ingin tahu bahawa adakah kita merancang? Atau perasaan ingin tahu mereka bahawa adakah kita ada masalah lain seperti sudah tidak mampu mengandung, sudah serik bersalin, atau tidak bersedia membela anak lagi. Dan seringkali kita cuba ucapkan terima kasih dari hati kepada mereka yang bertanya di atas keprihatinan mereka.

Namun malangnya, yang sering kita dapat adalah pertanyaan yang diajukan dalam bentuk sindiran, kejian dan seolah2 menghina dan menuduh. ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR..

Kita bukan tidak mampu mengandung sebab kita dah buktikan dengan kelahiran Adam. Cuma mungkin agak sukar oleh kerana keadaan kesihatan kita yang tidak senormal wanita lain. Namun harapan tetap ada dan telah terbukti dengan wanita2 lain yang mengalami nasib yang sama dengan kita.

Kita penghidap PCOS. Sila google tentang ini kalau nak tahu lebih lanjut. Secara ringkas ialah tentang wanita yang tidak dikurniakan kestabilan hormon maka peluang untuk mengandung adalah sukar tapi tidak mustahil.

Kita agak malang kerana bila di diagnose, ianya sudah terlewat untuk berjaga-jaga. Kita sudah merosakkan diri sendiri dengan memaksa diri melakukan segala yang sepatutnya tak boleh. Namun kita redha. Pulangkan kembali aqidah diri kepada qada' dan qadar. Setiap apa yang berlaku, walau sekecil zarah pun adalah dengan keizinan Allah s.w.t.

Sekarang tetap ada harapan dengan perubatan moden. Namun dengan keadaan kita yang telah agak jauh 'terlibat' dengan risiko PCOS, mengandung bermaksud : BERSEDIA UNTUK MENEMUI AJAL. Ya, kehamilan kita boleh mengundang risiko kepada bayi, dan akhirnya ia boleh meragut nyawa kita. Tapi, sekiranya itu yang ditakdirkan Allah, kita bersedia. Dan sekiranya kehadiran anak baru akan menggembirakan Adam dan papanya, serta nenek dan atuknya, kita gembira untuk 'pergi'. Dengan syarat, anak itu tidak akan disia-siakan masa depannya kerana kita memberikan pengorbanan yang besar untuk itu.

Tapi....

Penanya2 soalan di atas tidak faham implikasi ini. Mustahil untuk bercerita panjang lebar kepada soalan sekali lalu, tetapi tuduhan minda yang kekal dari penanya-penanya soalan.

Maka kita serahkan kepada Allah s.w.t.

Dan beberapa ketika yang lepas, sekali lagi jiwa kita dirobek dengan tajam bila seorang ibu ini dengan bangganya menunjukkan anak barunya kepada kita. Bersama senyuman yang sangat ingin kita andaikan ikhlas dari hatinya, dia memberikan 'motivasi' kepada kita. Katanya : "Usaha lagi..boleh tu. Chaiyok...chaiyok!"

Dan dalam hati kita berkata, mahukah kamu menjaga anakku sekiranya nyawa menjadi galang ganti...?

Dan kita hanya terbayangkan ....

ADAM

Maka kesudahannya adalah seperti biasa... HARUS PERCAYA DENGAN KETENTUAN ILAHI. Sekiranya ditakdirkan Adamlah satu-satunya, kita bersyukur kerana dikurniakan anak secerdik itu, sekacak itu, dan segentleman itu. Tetapi Mungkin kelahiran yang baru adalah bukan jalan terbaik dalam kehidupan kami bersama. Namun sekiranya kita dimurahkan rezeki dan sudi kiranya Allah Azzawajalla mengurniakan kita seorang lagi anak seperti Adam, kita yakin amanah itu adalah rahmat.

Bantulah kita untuk mensyukuri dengan apa yang ada.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

Unknown berkata...

sabar ye kak...setiap kejadian tu pasti ada hikmah...

RamRamCute berkata...

Jangan diikutkan sangat kata-kata manusia di luar sana...sentiasa kuatkan azam dan pekakkan telinga atas apa juga kata-kata yg menguris hati dan jiwa daripada orang yang tidak berfikiran secara terbuka.

Susah senang kita juga yang menanggung tiada siapa yang peduli :)

I know u can! Cheer up ok :))

Aziela berkata...

Suhami, Rahmah : TQVM.. I will... InsyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

akk..bole tak bagi link entry tmpt makan bez kat kuantan?

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

mcm senasib plak kiter cuma berbeza ayu x de apa penyakit pun cuma bukan rezeki....adam ai pow dah 6 thn mmg teringin sgt nk yg second...org yg tnya bukan tahu apa yg kiter rasa akak.....just doakan moga Allah mampu berikan sinar :))

Aziela berkata...

Nana : Dah komen kat entry awak. Dah siap copy buat entry pun ha... hehehehhehe

Aziela berkata...

Lady Ayu : Itulah kan. Mereka yang bertuah, x perlulah sombong dengan kita kan..sob..sob...