TWILIGHT BREAKING DAWN Part 1 : Review

11 comments
Assalamualaikum.....

Yess... Berjaya juga tengok cerita nie last nite. Walaupun di row depan, tapi ada lagi yg lebih depan dari kita. Sanggup tu. Sangat penuh la hall tu malam tadi. Sebelum masuk tu, sempat lagi dengar orang kaunter tiket tak putus2 menjawab tentang tiket cerita nie dah habis. Syukurlah kita tergerak hati nak beli awal sehari.


Adam sangat suka dengan Edward. Tengoklah, ambik gambar pun nak pegang Edward. Dia x sedar kepala dia nak kena baham dengan wolf dari belakang tu....

Cerita nie, memang betul2 summary daripada separuh buku. Suka sangat. Cuma dia masukkan adegan wolf lawan dengan vampires sebab nak bunuh Bella. Nasib baik Jacob dah start falling in love dengan Renesmee.

Agak kurang puas hati sebab rasa sangat pendek. Tamak sungguh kita kan. Tapi script writer dan director pandai...diorang ambik part yang penting supaya orang faham jalan cerita nie. Start cerita pasal Jacob merajuk bila dapat kad kawen Bella. Tapi of course dalam buku, lebih menarik lagi. Bella drive kereta paling mewah yg satu US belum dapat lagi... Bella kena fitting baju... Edward bagi itu ini pada Bella... and semua2 lah. Tapi seronok betul tengok semua vampires siapkan majlis. Selamba jer angkat kayu balak, kerusi2 berat, etc.

Tapi Alice x cantik sangatlah dlm nie. Spoil betul. Kita sangat suka dengan Alice. Entah kenapa dia x berapa menyerlah dalam cerita nie. Oh yer...lupa. Dalam part 2 nanti dia akan memainkan peranan yang besar... Yess!!

Honeymoon scene, macam cut short. Maybe kena potong. Tapi kita sangat gembira sebab akhirnya kita tahu apa yang diperbualkan oleh Edward dengan makcik cleaner tu. Sebab dalam buku, Bella kata dia tak faham Edward cakap apa. Kita lagilah tak faham.

Ada satu scene yang kita sangat tunggu2. Part Rosalie asyik nak gaduh dengan Jacob. Sampaikan satu hari tu, 'mak' dia si Esme soh bagi Jacob makan, Rosalie tumbuk dan bentuk sekeping logam sampai jadi pinggan untuk Jacob. Kalau ada, must be fun.

Itupun malam tadi, ada banyak juga scene yang lawak. Gelak2 segan la kurang lebih mcm tu. Jenuh nak explain kat Adam. Berputar2 otak mencari words yang sesuai.

Oh yer. Part Bella bersalin... tak detail. Sakit bersalin tu adalah. Tapi dia tak tunjuk mcm mana baby tu gigit perut Bella dari dalam untuk keluar. And dia tak tunjuk mcm mana Bella fight rasa sakit dari dalam diri dia masa proses dia transform untuk jadi vampire tu. Part tu adalah penting. Sangat painful dan sangat bnyk yang bermain di minda. Oklah...dia tunjuk gak mcm mana Bella reminisce old memories, tapi x cukuplah.

Apa-apa pun, x puas tengok malam tadi. Harus beli DVD dia nanti. Yang paling utama... tak sabarnya nak tunggu setahun lagi. Bella jadi vampire mmg sgt menarik. Dgn power dia, dgn lakonan dia pada bapak dia... dgn bapak dia si Charlie tu dh x peduli anak menantu cucu dia tu orang ke tidak... eisshh... And paling seronok bila part Jacob dan Renesmee punya relationship. Oh yer...2nd honeymoon Bella and Edward selepas jadi vampire yg mana 2-2 pun enjoy this time, and part Bella plak pergi carik 'makan'...

Best..best...! Satu kisah khayalan yang sangat seronok utk di layan...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

11 thoughts..

Lulu Caldina berkata...

oeh lulu belum tengok lagi... tapi memang suka sangat juga dgn cerita ni kak.. bagus review kakak :)

RamRamCute berkata...

tak sabarnya nak tengok esok.....huaaaaaa :)

Cik Bambam berkata...

kak... cerita ni kuar ari kames.. kita dh tgk ari rabu.. download jek kak..kah3.. tp quite slow lar certa dia..huhuhuhu..

<3 jacob! ahaks~

Aziela berkata...

Lulu : Suka kan..kan..kan... Tengoklah Lulu....

Aziela berkata...

Rahmah : Beli tiket cepat wak... nnt cepat abis...

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

adam blh tengok gak ker???
adam umur brpa??
mcm baca hari tue untuk 13 thn ke atas jer????
jelezzz sini bln 1 pow x masuk lagik citer ni...rasanyer kena DL jer la lepas ni

Aziela berkata...

CB : Oh...bestnya dapat tgk awal. Memang slow sikit..actually semua cerita twilight slow. Kecuali yg 1st sekali..Twilight tu. That's y tgk kat movie theatre..kurang sket rasa slow..hehehehhe

Aziela berkata...

Lady Ayu : Boleh. Dia PG13. Kanak2 boleh, tapi dengan pengawasan ibu bapa. Kat sini bnyk sangat kena potong, so x der la susah sgt nk explain. Cuma x dapat jawab bila Adam tnya kenapa katil roboh dan kenapa ada bnyk bulu...hehehehhehe...

azelyusoff berkata...

bestnyer. nak kena beli buku ni. actually ni 1st time i tgk twilight. so mcm blur skit :)

Unknown berkata...

best ek?xpnah lyn cite nih..huhu ^_^

azelyusoff berkata...

saya share review awak, boleh ye.

http://24-7nay.blogspot.com/2011/11/after-2-days-twilight.html