Rabu, 16 November 2011

Home Made Lunch - Tenggiri Lemak Cili Padi + Kcg Panjang

Assalamualaikum.....



Wah, hari nie kita bawak bekal ke opis. Semalam balik kerja lewat sikit. Entah mcm mana, ter rajin pula nak masak memasak malam tadi. Bukan apa, mengenangkan ikan tu. Nnt lama2 dlm icebox, tak sedap pulak kan. Kacang panjang pun x boleh simpan lama. Teringat dulu masa kecik2, nenek selalu masak lauk nie. Tapi dah dewasa nie, jarang pula jumpa masak lemak campur kacang panjang.

Kelentang kelentung la kita menumbuk malam tadi. Dah siap semua, goreng pula ikan masin sikit. Nak tidur, baru tenggek nasi sikit.

Memang nikmat sungguh makan lauk nie tadi. Tambah pula ada ikan masin seketul. Inilah yang hubby jeles nie. Tak perlah papa. Nnt balik Melaka kalau ada masa, mama masakkan yer...

Tak perlu resipilah. Semua org tau nak masak lemak cili api mcm mana. Simple yang amat. Ha...nak tau? (Eh...kita perasan).

Anyway, tumbuk jer cili padi dengan kunyit hidup, masukkan dalam periuk dengan santan. Dah didih, masukkan ikan dengan asam keping. Guna api kecil, sentiasa kacau kuahnya supaya x pecah minyak. Perasakan. 2 minit sebelum tutup api, masukkan kacang panjang.  Tapi yang nie, kita tumbukkan bwg merah 2 ulas, style nenek.

You all makan apa?

P/S : Kita minum dengan air teh Kak Jee. Sedapnya...rasa apple dan cinnamon.

2 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

wahhh!! sedapnya nampak entri Pn Aziela hari ni...berselera pulak la petang-petang ni nak makan masak lemak. Puas memakan makanan yang dimasak dengan 'air tangan' kita sendiri kan?

Nasi tu nampak menyelerakan jugak...cantik shape dia. hikhikhik....

Cik Bambam berkata...

kakkk!! mak kita dah jarang masak ikan tenggiri papan masak lomak cili api.. peberet den nie!! ahahhaha..

tapi

diet..diet.. hampa jek..uhuhuhuh

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink