Khamis, 13 Disember 2012

Novel Review : Kalau Memang Harus Begitu

Assalamualaikum.....



Sebenarnya, dah lama beli buku. First batch customer, order direct dari publisher Kaki Novel. Yang specialnya, dapat signature and love kisses dari penulis sendiri, iaitu Acik Lana.

Memang kita minat sangat2 dengan karya Acik Lana nie. Dia ada pendirian. Dia tegas dan tulis ideanya. Kita suka. Semua cerita dalam blognya, sampai boleh repeat bacalah kiranya.

About the novel. Kisah cinta biasa pada sesiapa yang tak suka dilamun perasaan cinta. Tapi pada kita, apa saja kisah cinta, tak kisahlah biasa ke, tidak ke, tetap beautiful.

Adara adalah anak yatim piatu yang dibesarkan oleh atuk dan neneknya di kampung bersama dengan 5 orang adik2nya yg lain. Demi meringankan beban atoknya, sebagai anak sulung, Adara mengikut temannya ke ibu kota untuk mencari pendapatan lebih. Disebabkan tiada kelulusan tinggi dalam pendidikan, maka Adara diterima bekerja sebagai tea lady (pembancuh air) di sebuah syarikat korporat yang besar.

Big boss di pejabat Adara bekerja ialah anak kepada owner syarikat itu yang mempunyai perangai yang sangat dibenci oleh kakitangannya kerana sombong dan sering berkasar dengan pekerja bawahan. Tapi dek kerana kaya dan hensem, maka Tuan Putra sering didampingi gadis2 cantik yang mengejarnya.

Adara sering menjadi mangsa herdikan dan tengkingan Tuan Putra. Bossnya itu memandang Adara, seorang perempuan kampung yang sering berpakaian lusuh dengan jelik dan jijik.

"Hoi pompuan, baldi kau ni buat apa kat sini? Nak aku baling kat kepala kau ke? "  - Tuan Putra

Tapi, dalam masa yang sama, sepupu Tuan Putra iaitu Riyad yang juga menjawat jawatan tinggi di syarikat itu mula jatuh hati dengan Adara saat kali pertama melihatnya. Riyad boleh lihat kecantikan asli Adara dan kesucian hati gadis itu. Maka, setelah dia berjaya menukar penampilan Adara kepada yang lebih bergaya dan membelikan stok baju2 baru, secara tiba2, Tuan Putra mula memberi perhatian kepada Adara. Maka persaingan secara senyap di antara dua lelaki ini bermula.

"Adara, seriously... saya memang sukakan awak. Kalau awak belum ada yang special, boleh tak awak bagi peluang pada saya? "   - Riyad

Tapi, gentlemen ini mula bermain taktik kotor satu demi satu demi merebut seorang Adara.

Sesuatu berlaku yang menyebabkan Adara mula menjauhkan diri dari Riyad kerana kecewa. Tapi, tak lama kemudian, Adara mula rapat dengan Tuan Putra.

"Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati bila Tuan Putra bolayan aku? Aku nie gilakan perhatian dia ke? Tidak...tidak, takkanlah dengan lelaki tu? Tuan Putra tu kan spesies lelaki kasanova, buaya darat dan hidung belang, takkanlah aku nak perhatian daripada dia pulak. " - Adara


Ding dong sana dan sini, akhirnya Zidan Adiputra berjaya menikahi Adara dan mendapatkan cinta Adara.

'Dia yakin Adara diciptakan untuk dirinya dan dia tercipta untuk gadis itu. Hari ini, esok dan sampai bila-bila!' - Zidan Adiputra.

Dan cinta Adara juga utuh buat suaminya.

"Selamat malam, suamiku.... Dara cintakan abang."  - Adara


Namun, keindahan percintaan itu cepat saja disinggah dengan dugaan yang sangat hebat. Mampukah mereka kembali menyulam kasih dan berbahagia?



Anda pasti dibuai perasaan romantik dalam cerita nie. Oh yer, memang sangat kelakar bila Putra cuba meluahkan isi hatinya dan Adara yang naif tu sampai pengsan2 terperanjat.

Cuma, kita tak berapa setuju dengan tindakan Adara masa di timpa konflik. Memang dia muda lagi dan tidak berpelajaran tinggi, tapi didikan agama dalam diri dia tak kan mungkin membuatkan dia mengambil 'keputusan itu' hingga menghancurkan hati suaminya. Tak seiring keputusan itu dengan watak Adara.

Itu sajalah satu2nya bahagian yang kita tak berapa bersetuju. Yang lain2...superb!

Tak sabar nak tunggu buku terbaru Acik. Paling kita tunggu Pelangi Cinta Buat Suami dan satu lagi terbitan beliau sendiri iaitu Perempuan Yang Paling Aku Cinta.



.



10 thoughts..:

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

jelly oke kaka dah baca novel ni
ai sempat baca kat belog dia jer
biler la nak beli ni dah la jauh...duwet pos blh beli 2 buah novel lagik ngeeee

ai suker novel dia sebab kena ngan jiwa ai gituew awww @.@

Teratak Hami berkata...

Tetiba rasa mcm nak baca novel pulak :-)

Nota : Thanks datang ke teratakhami. U batch RKPJ ke?

Mrs Velentine berkata...

tak pernah baca novel ni

Aziela Azila berkata...

Lady Ayu : Masa balik mesia arie tuh, novel nie belum keluar yer? alahai..sedihnya

Aziela Azila berkata...

Teratak Hami : Tq juga sudi singgah. Anyway, bukan saya, tapi hubby. Hubby dulu PPKPJ jer... :)

Aziela Azila berkata...

MV : kalau ada amsa, cari yer... Err, library MV tiada kah?

Rai Ourkizuna berkata...

macam biasa dengar je acik lana tu.. kat mana eh...

intan akma berkata...

Tetap belum boleh menerima novel setebal itu..huhu..yang nipis pon belum pasti

TiranaAduka berkata...

pengemar novel rupanya.

BaNu Syah berkata...

dah lama beli novel ni tahun 2012 kot tapi baru habis baca dua tiga hari lepas hehe sebab bila dah berhenti baca lupa nak sambung baca balik hihi

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink