Sambutan Birthday di Malam Raya

10 comments
Assalamualaikum.....

Dah boleh start cerita pasal raya ke? Bloggers dah back in action kan? Barulah best nak kongsi2 kisah raya kan.... Minggu lepas lemau jer.... Tak nak lah share pasal raya lagi...

Tahun ni kami mulakan raya di Melaka. Kebetulan, hari terakhir puasa tu adalah birthday Mommy. Since masih berpuasa and malamnya pula sibuk memasak untuk raya, maka kami belikan kek saja untuk menandakan bahawa kami tak pernah lupa birthday Mommy walaupun Ba dah tak ada.


Beli carrot cake di Secret Recipe jer. Nak beli cheese cake atau yang chocolate2 ni, Mommy tak berapa suka. Kita harap Mommy suka...

 Mula2 bergambar dulu. Selepas solat Maghrib, dah buka dah makan, mari bergambar dulu...

Kita suka tengok Mommy senyum lebar macam ni.... Adam dan Firdaus bersiap nak ke surau. Lepas Isya' mereka join group surau pergi takbir di kawasan perumahan ni. Adam pakai baju Melayu arwah atuknya. Sedang elok jer dia pakai. Sayu pulak rasa. Raya pertama tanpa Ba...sangat terasa kehilangan itu. Tapi tak ada sesiapa pun yang bersuara. Semuanya diam dan pendam dalam hati agar tidak menimbulkan mood sedih.

Alhamdulillah, semua orang suka kek tu. Rupa2nya mereka tak tau pun SR ada carrot cake macam tu...dek kerana popularity kek2 lain. Mommy pun suka kek tu juga. Ada fruits, ada carrot dan ada kekacang. Sedap kan....

Okey...nanti baru cerita pasal raya pula yer. Ni, intro jer ni...


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

Al-Manar berkata...

That was a kind thought for a mother - a piece of good carrot cake and small gathering. We had a busy week with children and ten grandchildren all over. That is the outcome of us living away from them. Of course they helped to entertain our guests, relatives and Almanar children.

Let us pray that He would grand us more Hari Rayas.

Farah Waheda Wahid berkata...

selamat hari raya kak, maaf zahir batin...sememangnya minggu lepas lemau jugak blog...biasalah musim blog traffic merudum...tapi I am still in action giteww...wah burfday di malam raya...happening gitewww... he he he...

Unknown berkata...

happy belated birthday untuk mommy.. saya pun suka carrot cake.. tapi tak penah makan secret recipe punya.. alamak.. teringin pulak nak makan skang ni.. lapo lapo.. hehe

selamat hari raya kak.. maaf kalau ada terkasar bahasa dalam berkomen dan berblogging ni ya..

NzA berkata...

moga kesedihan mommy terubat dengan kehadiran kalian semua.
Selamat ulg thn auntie, moga diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dibawah lindungan dak kasih syg Allah.

asyifamustaffa berkata...

Ada smbungan rupanya...hihi...

Cho Zila berkata...

selamat hari raya.. ni entri pengenalan cerita rayakan.. kitapun suka gak kek karot SR.. tapi ada satu kedai di Chow Kit kek karot dia memang terbaik...
tentulah tak samakan beraya tanpa ayah tercintani...samalah kita 1st time tahunnn...

Cikda berkata...

salam azie..amboi hang ni buat suspen ja nak tunggu citer raya..hahaha

yela, kalau org yg kita sayang dah takde memang lain..

carrot cake SR tu memang marbeles.. alamak kecur pulak.. ''

maaf zahir batin azie andai kata cikda ada tersalah komen, terusik terkutuk dalam ruangan ini.

Dr K berkata...

Salam aidilfitri kak..maafkan segala salah silap saya sepanjang mengomen kat sini :)

Happy belated birthday buat Mommy :)

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Happy belated birthday buat aunty. Semoga diberikan kesihatan yg baik serta kebahagiaan dunia dan akhirat..

Tiba2 rasa nak makan carrot cake. Hehe

ellynadyra berkata...

happy belated bday utk mommy
ramai kata carrot cake secret recipe sedap
tak pernah la mencubanya