Jumaat, 29 Ogos 2014

Bertimpa2 pula lagi....

Assalamualaikum.....

Kaki kita masih belum sembuh. Jalan masih senget lagi. Memang ambik masa panjang sikit nak pulih seperti biasa kalau ligamen koyak ni kata doktor... Oklah. Pasrah.

Rabu petang kita dh blk PD. Duduk dgn mak. Rehat bnyk sikit. Patutnya kita jaga mak. Ini mak ayah pula jaga kita. Rasa bersalah plus terharuuu sangat. Rasa masih disayangi. Alhamdulillahhh. Disamping tu, dapat berkepit dgn Adam juga.

Oh, tapi disebabkan kaki masih sakit, so kita jalan pun limping lagi. Mandi semalam pun duduk. Maklumlah, rumah mak takder shower. Kena ceduk air pakai gayung. Mada mandi pagi semalam, terajin pula nak basuh tong air. Masa angkat tong, dah tergelincir pula. Terus rasa pandangan kabur, pinggang sakit sangat dan badan semua rasa kebas.

Lepas dah bernafas semula, dah nampak jelas semula, terus kesakitan dekat pinggang tu terus menghentam. Adoiiiii.... sakitnyerrrrr!!!!

Bila berjalan, ada bunyi kuk...kuk... mengiringi setiap langkah. Jalan dah pegang dinding. Langsung tak boleh tegakkan badan. Baring lagi siksa sebab nak kena bengkokkan badan, tapi bila mengiring atau bengkok badan, kaki pula sakit. Ligamen kita masih belum sembuh. Kaki pun bengkak lagi.

Sehari semalam makan ubat tahan sakit. Celebrex 200mg dengan Lyrica 75mg. Pun tidak memberi kesan. Uwaaaa!!!!

Pagi ni pergi klinik. Doc tu.dah pening nak bagi ubat apa. Arcoxia dah tak boleh...kaki jadi sembab.

Last2 dapat Tramadol 50mg jer. Nak pergi urut takut jadi semakin teruk pula. Aduhaiii, minggu depan nak masuk kerja dah. Tak nak la sambung mc lagi...huwaa.

Suggestions pleaseeee.



Psst : Mandi laut boleh membantu tak? Hihihi.


.

6 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

ermmmmmmmmm

Acik Erna berkata...

semoga bertemu penawar dan cepat sembuh ye ziela

Mila Hilas berkata...

rajin sgt awk ni.dh tahu sakit nak juga angkat benda2 berat..kn dh mendapat..ish...mak ayah x bising ke??

IndaMarya berkata...

kesyiaannya dia...relax saja la at home. have no choice.stay in bed.lama2 u be ok.

aby berkata...

salam Kemerdekaan ziela ..
wlu terasa kesakitan kena terima juga, moga cepat semboh dan bergerak mcm biasa ..
faham, tentang kerisauan psl Adam tu .. farish pun akan UPSR juga ..
berbaki tk sampai 10 hari ni memang kena bagi latihan Tubi betul2 ,,

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kalau benda dah nak jadi.. kan.. elak macam mana pun kena.. sabar ya Ziela

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink