Khamis, 30 Oktober 2014

Aduh....

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, nak keluar bilik dari rumah, bawa beg sandang depan belakang dengan segala mak nenek sebab lepas kerja terus nak balik Melaka...dan masa tangan kanan sedang menarik tombol untuk menutup pintu, tiba2 kita hilang keseimbangan badan. Nak mengelakkan dari terjatuh dengan beg2 yang berat, kita berpaut pada dinding.

Rupa2nya bukan dinding, tapi jenang pintu bahagian ensel tu yang kita pegang dan serentak tangan kanan terus menarik tombol dan menutup pintu.

Addoiiiiii...!!!!!!!!

Dah tua2 pun jari tersepit pintu lagi....huwaaa...sakitnyaaa!!!




Sepanjang turun lif, sepanjang dalam kereta dan memandu ke pejabat, ibu jari ni punya sakit berdenyut tak berhenti2. Herakkan sikit jer pun bukan main sakit lagi. Sampai di pejabat jer..baru berani nak sapu2 sikit. Sakit lagi..uwaaaaa.... Dan tengok, kuku dah purple...uwaaa...!!!!

Eh...doctorssssss, boleh dapat mc tak? Hahahahaha


Psst: Jangan harap boleh cuti, banyak sungguh urgent matters hari ni sebab esok saya cotii....

.

22 thoughts..:

Lynda Che Lah berkata...

alahai kak..
blh bygkan sakitnya tu..

SalbiahM berkata...

susah la nak menaip dah tersepit gitu...kesian akak.tak tau nak bagi petua cmane.tau yang 'tukul takal balik pintu tu je'...hehe

Yana Yani berkata...

lahai kesiannya kak
akak ada ais tak kat opis tu atau apa-apa yang sejuk
tekap kat dia bagi kurang sikit kesan lebam tu
idak nanti lagi susah nak keja

wah cutilah dia! untunglah! ke mana? sharelah sikit =)

Nurzakiah Hanum berkata...

assalamualaikum
singgah pagi
sory x sempat nk komen anum bz hari ini

Fazleyatul Aini berkata...

saya pernah jari kelingking tersepit kat pintu kereta
berangan punya pasal
sampai biru last2 tertanggal kuku tu huhu
sakit jangan cakap la masa baru tersepit tu
tegak je jari

Daddy Ziyyad berkata...

eerrghhhhh...sakit tu kak..
akak tgk la, kalau hematoma ( darah beku) kat dalam kuku tu makin banyak, akak tebuk lubang pada kuku, so that pressure nya hilang...pressure from collected hematoma tu yg menyebabkan rasa berdenyut denyut sakit...

kalau jumpa saya, saya bagi MC..hahaha

aizamia3 berkata...

Moga cepat sembuh hendakNYA kak..

:: Cik Viva :: berkata...

Adess..sakitnya..sabar ye

Kakzakie berkata...

Kalau dah nak terjadi tak kira budak ke dewasa. Tengok blue-black tu memanglah berdenyut.

Kena berinailah nampak gayanya..

Aziela berkata...

@Lynda Che Lah Masih sakit lagi...waaa....

Aziela berkata...

@SalbiahM Menaip x guna ibu jari kiri, ok lagi. Tapi hatta nak selak helaian kertas pun tak boleh ni...

Aziela berkata...

@Yana Yani Takder ais. Masa nie la baru rindu kat cold pack akak. Benda tu kat kampung la pulak....

Cuti utk uruskan hubby nak pergi team building jer...

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Sempat juga Anum singgah. Tq

Aziela berkata...

@Fazleyatul Aini Ha...tanggal? Dia tumbuh balik tak?

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Adoi dik....memang melarat la nie...almost separuh dah jadi blue black ni....Aduhh..jauhnya nak ke Shah Alam....huhuhuhu

Aziela berkata...

@aizamia3 Tq Ina...

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Berdenyut2 tu yg tak tahan tu

Aziela berkata...

@Kakzakie Berinai tu boleh ok ke kak?

siti nurafida noh berkata...

Adudu.. memang sakit tu.. kena tebuk lubang kat kuku atau cabut kuku untuk kurangkan tekanan darah beku. nanti kuku tercabut sendiri.

elly nadyra berkata...

Ouchhhh sakitnya!

mamawana berkata...

Haddoooiii sakitnyer... sabor ya. ada hikmah tu.

Al-Manar berkata...

Bite hard on your right thumb. That will do it!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink