Selasa, 7 Oktober 2014

Makan Seafood di Senibong, JB Lagi....

Assalamualaikum.....

Kita dah mula bekerja hari ni. Kepala dok pening2 lalat lagi sebab makan sup daging kaw2. 7 jam merebusnya, sampai daging jadi macam jeli dah. Berkali2 timba lemak keluar dari periuk sampai sup jadi jernih. Tapi tetap lah pening bila makannya. Bila usia dah meningkat, macam ni lah.... Tapi, dah memang kita melantak banyak pun..hahahahhaha. Selama ni dok tahan2, jaga pemakanan, semalam habis tergelincir. Seronok bila adik beradik semua ada....seronok mengimbas kenangan bersama2 sampai makan pun dah tak berkira. Ish..ish..ish....

So, tak nak cerita pasal daging dulu hari ni. Nanti takut ada yang muntah pula sebab muak dengan daging. Hari ni pun masih ramai lagi yang berkorban kan.... Kita cuci mata dulu lah dengan seafood yer....

Ini kejadian yang sebelum bulan Ramadhan. Ha, lama tak terperap? Tak kisah la kan... Janji kita kongsi2 di sini... Oh, ye tak yer....kita pernah cerita tentang trip ini di SINI, tapi masa tu baru cerita pasal breakfast jer. So, boleh sambung la yer...

Selepas bersarapan di Muar, kami terus ke Mersing. Wah, memang betul2 cover Johor. Dari Muar terus ke Mersing semata2 sebab nak beli ikan bilis yang segar dan baik kualitinya. Di Mersing, oleh kerana dah pukul 3.00 petang, kami makan KFC jer. Janji alas perut, sebab dah plan dengan hubby nak bawa Mommy ke Senibong untuk makan seafood.

Tiba di Senibong, jam 5.30 petang. Sedang elok menikmati makan malam dengan pemandangan yang best. Antara menu kami...


Of course nak beri Mommy rasa siput gonggong. Oh, kali ni kami cuba kedai lain pula... Tak sama dengan kedai yang kami makan masa INI. Saja lah nak cuba2 rasa. Tapi masa kami pergi dulu, masakannya memang semua sedap2 belaka. Pergh..teringat2 lagi. Nak tau apa yang sedap, kliklah link tadi tu yer...

Tapi, siput gonggong yang kat sini, agak kureenggg la. Kita sendiri pun tak berapa boleh nak makan banyak. Mommy dan orang2 lain hanya makan sorang seketul jer. Buat rasa. Last2, ini adalah menu yang tak habis dimakan.



Yang ini pula, kami tak ingat ikan apa. Dia, ala2 macam bawal sikit, tapi bukan bawal. Aduhai...next time tulis..tulis! Kelemahan kita bila tak buat nota. Order untuk masak kukus. Tapi, macam sup dah jadinya. Hmm..ok laaa...boolehhhhlaaa... Tapi, 6 Corner punya masakan lagi marbeles.... Ok, kami take note.

Sementara tunggu food sampai, harus bergambar dengan ibu mertuakua dulu. Ceria kan kami...heheheheh. Walaupun jalan jauh, tapi tak rushing. Sempat singgah rehat, dapat solat tanpa tergesa2...so bertenaga la sikit. 

Adam dan Firdaus...memang bukan main happy lagi...

Belakang kami, kawasan perindustrian Singapura. Tak adalah menarik, tapi ada air laut, semua jadi menarik. Hahahahah...


Hubby sangat teruja... Dia happy sebab dapat bawa ibunya jalan2....

Again, budak berdua yang dah kelaparan sebab tak puas makan KFC jer. Jadinya, mereka dah balun sebakul otak2....


Kali ni, disebabkan tiada kerapu merah, maka total bil kurang sikiittt jer dari yang dulu. Ok lah...lagipun kami dah standby. Tak ada lah terkujat2 lagi.... Furthermore, kali ni ahli rombongan ramai dan semuanya dalam kelaparan. So, food semua habis walaupun masakan so and so jer.

Next time, kami akan kembali ke 6 Corner lagi. Kena datang petang juga la rasanya nanti... Baru boleh menikmati makanan dengan fokus, yer tak?


.

9 thoughts..:

Etuza Etuza berkata...

asalamualaikum ..done follow, selamat hari raya ya

Nurzakiah Hanum berkata...

bestnya

Acik Erna berkata...

masa hantar anak ke BP dulu..balik ikut muar tapi kan Aziela..sampai Muar..acik tak tau mana nak tuju..nak cari kedai makan pun tak tau hi hi..

aizamia3 berkata...

Bila sesekali dapat berkumpul bersama keluarga, memang tak perasan makan pun banyak.. hehehe..

yana yani berkata...

siput gonggong? saya tahu ulat gonggong je
sedap ke kak? masak sweet sour ye tu
biasa seafood ni kami jarang makan
ada yang alergik
kena selective sikit
tapi yang best nyer dapat kumpul satu family kan?
sedap ke idak, bila berkumpul jadi sedap =)

idzwa kamaruddin berkata...

makan daging bnyk pun bahaya jugak kan kak

Daddy Ziyyad berkata...

Saya, siput sedut pun tak makan...saya geli...
Ni tengok pulak rupa siput gonggong tu..aiyooooo..mmg macam rupa siput betullll..bagi RM1000 pun saya tak akan makan...hahahaha

Zefa NorAsmara berkata...

Antara makanan yg sy belum cuba ialah siput gonggong. Setakat ni semua kedai seafood yg kami dah terjah, belum jumpa pulak benda alah tu.. Heee..

elly nadyra berkata...

ooo gambar ni la yang daddy ziyyad share
siput gonggong itu
saya tak makan kot siput gonggong tu
sebab siput sedut pun saya tak tertelan
hehehehe
saya blacklist la senibong
sebab saya makan aritu gila mahal

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink