Jumaat, 5 September 2014

Sarapan Seperti Raja di Muar : R&H Cafe Satay Maharani

Assalamualaikum.....

Kita pernah singgah Muar sekali dengan hubby masa hubby nak pergi audit di JB untuk breakfast. Kami sengaja tahan lapar dari Alor Gajah untuk menikmati sarapan pagi bersama sate. Tapi disebabkan kali pertama, kami belasah jer mana2 kedai yang ada asap2 pembakaran sate. Oklah juga. Tapi agak kurang meriah. Menu sampingan dia agak kurang memikat. Yang sedap betul2 sate jer. Itu adalah sarapan yang pertama, kedai betul2 berhadapan dengan stesyen bas.

Kemudian, kami pergi lagi. Kali ni memang untuk bersiar2. Bawa mommy, Adam dengan Firdaus sekali. Sajer jer kami nak bagi Mommy release tension sekejap. Oh, kami pergi ni masa sebelum bulan puasa hari tu.

Kali ni kita dengan hubby cuba kedai lain pula. Kedai yang penuh orang. Nak parking pun susah. Dekat2 dengan 7-11 stesyen teksi Muar tu. Disebabkan tak ada apa yang nak dikejar, maka kami sabar jer menunggu parking kosong.

Walaupun nampak orang ramai, tapi kami tengok kedai nya kecik jer. Tapi yang penting bila nampak sate sedang di bakar dengan rancaknya, kami jadi teruja. Melangkah masuk ke kedai, terperanjat kami. Rupa2nya dalam tu banyak lagi kerusi meja. Di bahagian belakang kedai pula di ubah suai menjadi seperti taman kecil dengan kerusi meja yang berbagai bentuk dan menarik. Maaf, tak dapat nak ambil gambar sebab orang penuh. Lagipun, objektif utama ialah makanan. So, kita kena test makanan dia dulu.

Kami cakap nak sate. Tak perlu beritahu nak berapa cucuk. Dia memang akan hidang ikut set. Setnya ialah sepinggan sate ada sate ayam, daging dan perut. Eh, tak perlu cakap banyak. Memang sedap. Sepinggan macam ni untuk orang yang kelaparan datang dari Melaka seramai 5 perut, memang tak cukuplah kan. So, hubby laung lagi...nak lagi 2 set. Hehehehhe. 


 Sementara menunggu sate sampai tadi, kami order makanan lain juga. Ini namanya roti telur goyang. Nama sebenar dalam menu, macam tu la. Menunya di tampal ke dinding terus. Buat signboard menu. Kami pula masa tu duduk betul2 dekat dengan menu tu. Memang seronoklah tengok nama2 dia. Tapi ada juga nama2 menu tu di gantung merata2 di dalam restoran.

 Salah satunya ialah tauhu lentok. Owner dia jaga kaunter cashier. Dekat dengan meja kami makan. Dia cakap sedap, so kami order. Tahu lentok ialah tahu telur yang lembut tu di bakar. Ditaburkan dengan timun, tauge dan sengkuang, dicurahkan sos pekat yang manis dan pedas2 sedikit dan akhir sekali di taburkan kacang tanah tumbuk.

Pada kita, kita suka. Compared with tahu bakar yang biasa tu, kita suka lagi tahu lentok nie.


Dua calon UPSR yang masa ni masih belum risau lagi. Bukan main happy lagi. Order air pelik2, makan sate macam 2 hari tak makan. Hahahahaha.

 Lontong ialah pilihan kita. Kita memang suka lontong, tapi yang ni kurengggg la. Nama dalam menu ialah Lontong Champion, tapi tak berapa nak champion lagi. Kita lebih suka lontong yang Mommy masak, di makan dengan sambal tumis udang Mommy. Perghhh...sedapnyaaa.

Ok, ini adalah entry pengenalan. Kena pergi lagi sekali untuk betul2 buat entry yang mengancam lagi. Oh yer, sesiapa nak ke Muar, boleh cari yer kedai ni. Senang jer nak cari. Nak cari parking tu yang susahnya.

.

12 thoughts..:

Lynda Che Lah berkata...

ok..telur goyang tu memikat!

Sal Bee Yah berkata...

selalu ke muar tapi tak pernah singgah sini.thanks for sharing kak...nanti bila-bila boleh singgah lagi.hehe

Nurzakiah Hanum berkata...

meriah kan

aizamia3 berkata...

Saya yang tetiap tahun beraya di Muar pun tak berjalan sakan kat Muar.. huhuhu..

idzwa kamaruddin berkata...

aduiii telur itu sgt sedappppp

permatabiru berkata...

ada sorg mmber ddk muar selalu post breakfast with sate..perrhhh terliur tgk mkn pagi sate tu..hehehe

Shane berkata...

Hello Aziela, I always love your postings, of places and foods that I miss a lot.
I suka the food pics you put up. Can practically get the lovely scents too, the asap smells too.
I miss eating that lontong.
Another I miss is ulam.

Your mention of Alor Gajah brings to mind how I used to pass that town, often stopping for a quickie iced coffee enroute to Singapore, or returning.
I still remember a big padang nearby town...and my passing a small mosque just leaving the town.

And Muar? Used to eat oh chien oysters dekat tu HongKong bank tepi Sungei Muar, one of the best besides the ones in Penang.

Back in the early '70s tada h/ways...so it was going thru towns like Alor Gajah, Tampin, Muar, Batu Pahat, Segamat...etc.

Thanks for the memories.
You have a fun weekend, and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Pondok Usang berkata...

waahh.. episod pengenalan rupanyaaa... =)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

setiap kali nak ke KL atau Melaka, singgah makan sate di Muar adalah wajib.. gerai ni antara yg pernah kami singgah. Betul cakap Ziela.. lontong tu belum champion lagi, bolehlahhh buat syarat dah sampai Johor.

NzA berkata...

area situ mmg susah nk cari parking kan aziela...tapi kalau sedap mmg berbaloilh....

aby berkata...

salam ziela ..
count down ..
tk sampai 48 jam ..
masuk la depa kedalam dewan exam ..
moga 2 calon UPSR tu ..dimudahkan menjawab peperiksaan nanti

Nilsae Ramli berkata...

Aku makan hari ni tkde jumpa pun satey daging kt cafe maharani muo tu...26/3/16 ,11am..rasanya semua yg diletakkan satey Ayam je... Daging zero... Tak heran lah kenapa customer tidak ditanya dan diberi pilihan nkkan satey ape?.... Pelayan cuma amik order kita aje tanpa tanya nk makan satey ape.... Apetah lg bila aku dengar ade sorang makcik tu bertanyakan satey daging ade? Lalu Bro yg jaga bahagian satey juga selaku tukang bakar satey bg jwpn...Kt sini hanya jual satey ayam aje...daging memang takde... Hanya ayam sj....Bila aku Google pulak cerita n info yg aku baca dr blogger2 ternyata tidak spt mana sahihnya terdpt satey ayam daging dan perut... Mana satu yg benar ni?

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink