Kekecewaan dengan UPSR 2014

10 comments
Assalamualaikum.....

Siapa yang tak kecewa kan. Seriously, gugur air mata. Sangat keciwa. Sangat sedih. Kasihannya anakku. Kasihannya anak2 ini semua. Kasihannya guru2 mereka sekalian.

Dalam berita malam tadi, ada juga yang gembira kerana mereka berpeluang untuk belajar lagi kerana mendapat masa tambahan.

Tapi, bagi anak2 yang telah bersedia, yang telah berikan segala2nya untuk persediaan ini, berderai harapan mereka untuk merdeka.

Macam mana nak kata yer. Mungkin ada yang tak dapat memahami kerana tak pernah mengalami.

Situasi kami sendiri yang tinggal berjauhan dan berasingan.

Dek kerana UPSR, dek kerana untuk memantapkan diri kerana Adam anak tunggal, maka bebannya sangat berat itu membuatkan hujung minggu dan cutinya terpaksa dikorbankan kerana UPSR. Lebih kurang 2 tahun kami semua menahan diri, 'berpuasa' dari kebebasan berkeluarga semata2 kerana UPSR. Oh, pasti ada yang 'tembak' kami semula. Salah kami kerana tidak pandai mengawal masa dan situasi. Hmmm...bukankah untuk berjaya harus disertai dengan pengorbanan? Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza pada pengorbanan dan pada kejayaan. Maka kami, ini yang kami corakkan. Persetujuan bersama.

Tapi bila kebebasan itu kami janjikan semalam punah, dan mereka yang sebelum ini beriya2 untuk bekerja keras asal saja mendapat kebebasan sementara itu bermula semalam tidak tercapai hasratnya, maka kesan daripada apa yang tidak nampak di mata ini sangat dalam. Kecewanya, hanya Allah yang tahu. Rasa bersalahnya seorang mama yang tidak mampu mengotakan janjinya sangat tidak tergambar.

Persoalannya....

Mengapakah kejam sangat sehingga kanak2 yang masih mentah ini menjadi mangsa?

Tahu tak beratnya bebanan mereka? Tanggungjawab kanak2 12 tahun pada masa ini tak sama dengan kita masa kita 12 tahun dulu. Nak memantapkan jiwa mereka agar mereka bertahan sehingga 11hb September 2014 bukannya mudah. Siang malam berbagai2 bentuk dorongan mereka terima. Keras dan lembut, kasar dan halus. Semua ada. Tapi bila ianya di tunda ke 30 September, lebih kurang 20 hari tambahan....itu sangat membebankan.

Mereka semua dah bersedia untuk redha dengan apa sahaja keputusan mereka kerana mereka telah buat yang terbaik sejak 3 hari lepas. Kapasiti maksimum untuk mereka.

Kita berpeluang duduk dan berkongsi rasa dengan guru2 sekolah semalam. Kecewanya mereka, lebih lagi dari anak2 murid. Lebih lagi dari ibu bapa. Sangat2 kecewa. Kasihannya mereka. Sehinggakan hari ini, semua pelajar darjah 6 di minta untuk bercuti. Tak perlu datang sekolah. Rehatkan diri, rehatkan minda. Ini tekanan yang amat berat untuk seluruh mereka.

Kita berdoa agar kita juga diberikan ketabahan dan kekuatan dan kembali berdiri teguh untuk menyambung perjuangan yang masih belum selesai ini. Semoga ujian ini adalah hikmah agar beroleh kecemerlangan di masa hadapan, walaupun bukan dalam UPSR ini.

Redha dengan kejadian ini, tapi siapalah kita untuk menidakkan rasa hati.....

.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

Anum berkata...

dugaan kan

Dr K berkata...

saya harap Adam dpt jalani exam ulangan tu dgn tenang..

saya geram..
maka saya boleh bayangkan betapa lagi geramnya parents macam akak

SalbiahM berkata...

saya tumpang bersimpati kak..kasihan anak-anak tak berdosa tu kan..

makchaq berkata...

Perbuatan yang sangat tidak amanah yang pada tahun ini memngait dan membebankan pulak ramai pelajar, guru dan ibu bapa.
Makchaq sangat simpati
Bagi makchaq yang dah ada 4 anak.ambik UPSR memang tahu setiap tahun ada pelajar yg dapat soalan bocor ni. Biasanya hanya hafal jawapan
Semalam Khadijah (form 3) balik dan bercerita ada kawan2 dia yg kata dia orang nasib baik x payah sit lagi sekali.. rupa2nya mereka memang dapat soalan dan jawapan untuk semua mata pelajaran, tetapi hanya dikongsi sesama sendiri dan tak dihebah macam ni..
Sedih.. dari kecik dah diajar untuk menipu dan tidak amanah untuk kepentingan diri..
dan ada juga dengar ibu bapa yg berkata.. 'anak dia tak berapa pandai, kalau dia memang dia nak soalan bocor tu... '
kecewa makchaq dengaq.. apa guna anak dapat 5 A kalau dengan menipu..
Entah lah.. lain orang lain pandangan agaknya..

IndaMarya berkata...

i dnt know wat to comment Aziela.As a teacher wat I knw is I am tired..but I have to keep on teaching sehabis daya until my little angels sampai that date.30th Sep.pulak....adoi

aizamia3 berkata...

Kasihan pada Adam jugak semua calon UPSR yang lain.
My SIL pun stress pasal isu memandangkan anak sulung SIL pun amik UPSR.. :(

aizamia3 berkata...

Kasihan pada Adam jugak semua calon UPSR yang lain.
My SIL pun stress pasal isu memandangkan anak sulung SIL pun amik UPSR.. :(

Unknown berkata...

Menyedihkan... Kesian adam.. Semoga dia tabah dan dapat menjalani peperiksaan ganti dengan tenang nanti..

Lee berkata...

Hello Aziela, my bahasa suda out of tune, but I boleh faham 36% and I guess its a parent's disappointment when a child fails to meet expectations in school exams. Betul? Correct me if silap.

This happens too where I am, and the children given another chance, as well extra tuition, or a special class.
Sometimes its not the child's fault, but the teacher's.
He or she had failed in getting the child interested, or in participating, in whatever studies.

As well, parents too have to play their part, in motivating, encouraging, with a time for play, a time for study.

Anyway, lots of millionaires, successful CEOs of Fortune 500 companies never completed their studies, but went on to become what they are.
Take Incik Bill Gates of Microsoft...he was a dropout.
You stay easy, keep well.
Lee.

che mid berkata...

Allahuakbar!!

Satu Malaysia sedang berkongsi kekecewaan sekarang Aziela. Ini menunjukkan sistem pelajaran di Malaysia ini sedang menuju kehancuran. Do something..NOW!!