Ok, lepas makan late lunch, kami berlegar2 dalam AEON tu. Cari kasut sebenarnya. Tapi tak berapa berkenan, so kami keluar. Teruskan perjalanan ke tempat shopping tu la...mana lagi kan. Johor Premium Outlet, the one and only JPO.
Tak ada sekeping gambar langsung pun di sini. Dah letih, tak teruja nak bergambar. Kami datang sini pun untuk beli kasut, so kedai kasut jer la yang dituju. Adam dapat kasut pilihan dia yang dia suka. Memang dia sangat happy dapat kasut tu. Hubby pun happy sebab dapat kasut yang dia suka sangat juga. Alhamdulillah. Kita? Tak perlu lah. Niat kita untuk Adam happy dan release stress. Itu lah hadiah kita.
Kemudian, kami bincang2, nak cuba teruskan ke Senibong juga. Try seafood kat situ. Hubby managed untuk cari Senibong walaupun kami cuak2 juga nak sampai ke Permas tu.
Adam, tidur dalam kereta. Dia kan baru nak elok demam, lepas tu kami dah heret dia ke sana ke sini, so maybe dia perlu sedikit masa lagi untuk pemulihan. Kita message Kak Seri Kandi Tanah Jauhar tu... Iyerlah, nak minta pendapat kedai mana yang best. Hehehehehehe. Alhamdulillah, sabar jer Kak Seri melayan kerenah kita.
Kami masuk ke Senibong, mula2 dah termasuk satu restoran Cina. Eishh... tak meriah pun. Peliklah kami. Putar semula. Gamble jer teruskan perjalanan. Jalan pun memang kedesaan gitu kan... Tapi cuba jer lah. Last2 baruuuulah nampak kereta berpusu2 di hujung jalan. Kami pun ikutlah sekali beratur. Oh, kena bayar parking 2.00 rupanya.
Kak Sari suggest kami pergi ke 6 corner nie. Kita pula, bolehkan tak study dulu pasal Senibong ni kan. So, gamble jer lah.... Adam pula, bangun dengan terpisat2. Kesian dia. Tapi, paksa juga dia bangun. First time sampai, kan. Kami redah lautan manusia untuk cari kedai ni.. Syukur, jumpa juga.
Ada banyakkk ikan berbagai2 jenis. Ada lobster. Tapi entahkan sebab penat, atau segan, kami langsung tak teruja nak petik2 gambar. Biasanya, untuk kali pertama, kami ambik masa sikit untuk 'break the ice'. Cuma, kami mungkin agak kurang bernasib baik malam tu sebab di 6 Corner ni, ikan2nya tak sebanyak jiran2 sebelah. Tambahan lagi, nampak macam kurang fresh. Kami ambil masa sikit nak memilih.
Psst, ada nama kat menu tu. C. Milah. Rasanya kakak yang attend kami tu namanya Milah. Mak oiii, pushy yang amat. Hubby mula tak senang jiwa raga bila kena push macam tu. Tapii, ada satu ikan yang buatkan semua tak best tu berlalu..hehehehehhe.
Adam nak air tembikai. Order satu jag terus. Hidangan makanan belum sampai, air dah tinggal separuh jag.
Nampak tak muka mengantuk dia? Kena paksa bergambar juga. Konon kenangan dia berlatarbelakangkan Singapore. Gambar2 dia di Singapore a few times ago semuanyaaaaa habis rosak sebab memory card rosak. Bila entah nak masuk Singapore lagi.
Oh, ada kacang rebus, jeli kelapa dengan otak2 yang memang di letakkan atas meja. Kami tak sentuh pun. First, kacang rebus tu dah hitam lebam, second, jeli tu tak sejuk, lastly, otak2 tu dah sejuk.
Ini adalah menu yang kita nak order agar hubby dan Adam rasa. Siput gonggong atau pun escarrrrgo. Hehehehe. Kita dah pernah makan di Kuching, tapi tak berapa ngam dengan selera. Tapi yang kat sini, dia masak sambal. Mak oiii...sedapnyaaaaa. Tapi tak kena dengan selera Adam dan hubby. Hubby memang kurang berkenan siput2 ni. Tapi dia kaut sembal2 tu semua. Heheehehhe.
Adam masih mengantuk. Senyum pun nampak sangat dipaksa. Mata dok separuh tertutup lagi. Tapi tangan dah mula menggaul nasi..hehehehehe.
Kailan ikan masin...boleh laaaa.
Udang saiz XL goreng butter. Perghh...sedapnyaaaaa. Memang betullah kata Kak Sari. Sedap betul masakannya... Just nice semua rasa tapi rasa lemak butter tu memang menyerlah. Complimet dengan isi udang yang manus tu. Harum dengan tumisan daun kari. Rasa macam boleh di ratah2 jer.
One more, Adam. Itu air tembikai gelas ke dua dia...
Rasanya, ini ikan siakap. Stim limau. Tapi, ada oren. Tapi, sedaplah. Sedapp sangat2. Kami dok hirup2 jer kuahnya tu. Ikan tu kami berjaya habiskan....
Ok, yang nielah star if the day. Siakap merah. Siakap merah memang mahal sikit. Kalau di pasar pun, sekilo boleh cecah lebih dari RM40.00 sekilo. Itupun susah nak jumpa. Bila ada kat sini, kami pilih seekor. Ada 3 ekor jer. Tapi besar, tapi yang besar ni jer yang nampak fresh. Masak 3 rasa. Tau tak, menu yang ni lah, ikan tu sendiri tenggelamkan sos tiga rasa tu. Makan isi ikan tu jer dah tiba2 bawa kita ke suatu rasa yang berbeza, seolah2 bukan berada di medan ikan bakar. Memang sedap sangat. Patutlah mahal ikan ni kan...
Adam sedang makan. Tapi dia masih mamai juga tu. Dan kami pun penat. Tapi bukan senang nak datang kan. Makan jer lah....
Memang tak habis. Especially ikan kerapu merah tu. Separuh lagi tak habis. Takper, kami bungkus bawa balik. Bila bayar, memang rasa macam sangat terkejut. Mahal sangat2. Untuk dishes kat atas tu, yang tak banyak mana pun, total bil kami ialah RM280.00!!!! Ok, kenapa kita kata mahal, let's review ekk...
Udang saiz XL, kalau di pasar dan bukan di masa Tahun Baru Cina, harganya less than RM60.00 sekilo. Tapi di sini harganya RM160.00 sekilo! Kami hanya ambil 6 ekor yang jauh lagi nak sampai sekilo.
Kerapu merah. Macam kita sebut, harganya lebih daripada RM40.00 sekilo. Paling mahal pun dalam RM55.00 sekilo. Tapi di sini, harganya RM160.00 sekilo juga!!
Siput gonggong, sepinggan tu memang satu set, harganya RM40.00. Bukanlah banyak sangat pun. Lain2 hanyalah kailan, air dan nasi. Itu saja.
Kalau di Umbai, Melaka, RM280 tu boleh makan mewah sekurang2nya untuk 8-10 orang.
Well, maybe sebab Singaporean ramai. Atau memang orang Johor kaya2 kot. Kami orang Melaka jer..hehehehehhe.
Walaubagaimana pun, mungkin kami akan datang lagi. Akan datang untuk bawa Mommy atau mak dan ayah. Nak bagi diorang experience rasa makan2 kat sini nanti. Tapi by that time, memang kena standby dengan sepenuh2 poket. Hehehehehehhe.....
Oh, despite of the unreasonable price, masakannya memang undeniably sedap.
.
13 thoughts..
GREAT ENTRY
SINGGAH SINI
Kak, saya lupa janji yang saya buat pada diri sendiri. Hari Isnin dan Khamis tak nak masuk blog akak, tapi hari ni ter masuk jugak. Haa kan dah ngences tengok food akak.
Hahahah.
alamak mahalnya. tapi makanan kat JB mmg agak mahal aziela berbanding tmpt lain sbb ramai rakyat Spore akn dtg mkn2 kt sana...Jgn trkedut jika 1 skop aiskrim pn dlm rm10.00.
togozut makcik, biaq betik???
wow..dkt rm300! tapi kalau rasanya mmg sgt puas hati..tak le ralat sgt.
siput tu..saya tak penah try pun.
mak oiii mg mahal tu kann, kalau kak ain sekeluarga berapa la pulak harganya tu yee..
tapi sedap ye ziela...
perghh..saya mmg tak makan la kat situ kak.. hahaha..
tak penah makan atau jumpa siput escargo tu..saya pun bukan jenis suka makan siput..tapi sesekali dan nak mencuba saya makan je..
sepanjang umur saya.. jarangg sangat makan di kedai, walau pun saya ni orang johor..so saya mmg kurang arif harga makanan.. biasa mmg mak je masak..huhu
kat Senibung tu mmg femes mahal nya...hahahhaa..tu pasal saya tak ke sana...Lain kali, kalau ada rezeki, gi la Jeram...makan sifud kat situ..berbaloi2..murah....kat Aroma Jeram
Makan di JB ni jgn haraplah nak dpt murah Ziela. Mana-mana tempat pun kalau seafood memang agak mahal tapi nak makan apa boleh buat - bayar ajelah. Awal tahun ini kalau tak silap kakak beribu en abe kakak bawa staff termasuk kakak sekeluarga makan di sini... (tapi company yg bayar).
Yg sedihnya itu pun S'porean kata "Wah... so cheap!" apa rasa kita as a Malaysian?
Tengok harga je pun dah kenyang.. Kenyang telan air liur.. Gulpp...!!! Hahaha..
p/s: Pasal crinoline tu, tak sakitpun bila duduk sebab benda tu plastik dan elastik.. Boleh je duduk atas kerusi.. Tapi kalau nak duduk bersimpuh tu, tak boleh la kott.. hehe.. Best tau pakai crinoline tu sebab rasa berangin je kat dalam.. hahaha..
mahalnya kak.. huhu
kak tau tak
saya makan 13 org
800 hengget kena
Saya makan 4 orang RM 488!!
Catat Ulasan