Bolehlah refer pada gambar2 di entry pagi tadi yer....
Owh, Alhamdulillah, bukan kami. Cuma kami berada di kejadian. Waktu tu di PD. Kita, hubby dengan Adam singgah di satu warung untuk minum air kelapa dan makan goreng pisang. Tiba2 kami dengar bunyi kuat dan nampak macam habuk tebal berterbangan. Aik, takkan ada orang potong pokok kot...
Sekali sebahagian pelanggan berkejar ke tempat habuk terbang tu. Kami tak perasan sangat sebab duduk di meja sebelah lain warung tu. Bila kecoh2, baru kami tau ada accident. Kami pun pergilah juga ke tempat kejadian. Seorang uncle telefon 911.
Kereta Singapore dengan beberapa orang anak muda keturunan India di dalamnya. Mungkin beberapa keluarga sedang bercuti dan anak2 muda ni nak jalan2 bersama sepupu atau adik beradik mereka. Mungkin dek kerana berseronok dalam kereta, pemandunya hilang kawalan di selekoh situ dan terus menuju masuk ke dalam hutan. Melanggar sebatang pokok nangka yang tinggi dan sedang lebat berbuah serta sebatang tiang elektrik TNB. Bergelimpangan buah nangka atas jalan raya. Mak nangka, bapak nangka, anak cucu dan cicit nangka pun ada.
Ada 2 orang yang cedera, tapi tak parah. Darah penuh kat baju, tapi mereka cepat2 keluar kereta dan berdiri jauh dari kereta sambil lap2 darah. Syukurlah semuanya pakai tali pinggang keledar. Air bag deployed. So, cedera sikit jer la....
Bila dah ramai yang kerumun dan tiada wanita serta anak kecil, kita kembali ke warung. Ala, beberapa langkah jer dari warung.
15 minit kemudian, 2 buah ambulan tiba. Polis sampai dalam masa 5 minit yang pertama.
.
9 thoughts..
seriau kalau tgk accident depan mata...
cepat juga polisnyer datang yerk... nasib takder per2kan...
yang cedera parah adalah nangka dan cucu cicitnya.. hahaha...
nasib baik tak de apa2
SCARYNYE KAK....lieya minggu lepas balik dari kursus kat fraser hill..tup2 masuk putrajaya jalan jem...rupenye depan mate dpt tgk org baru meninggal ....eksiden sbab ade van buat uturn, arwah plak naik moto tak sempat elak.... takut sgt kak...kesalahan org lain tapi die yg jadi mangse...org gomen tu.... moga arwah dicucuri rahmat....
syukur semuanya selamat..
Kesian juga nak berhibur tapi duka jadinya.
Nangka tu buat gulai lemak sedap Ziela..
Kesimpulan, ambulans lambat. Ataupun hospital terdekat jauh.
semoga dijauhkan dari keluarga kita, aamiiinnn.
Catat Ulasan