Jumaat, 25 April 2014

Mak Teh Buat Kenduri

Assalamualaikum.....

Hujung minggu lepas, makcik kita, Mak Teh buat kenduri sikit. Baca doa selamat sikit. Tapi, beliau dah siap2 tempah catering. Ya Allah, leganyaaaa rasa. Maklumlah, dulu kita dengan adik beradik semua muda2 lagi....cergas lagi. Sekarang semuanya dah layu sikit. Maklumlah, remaja purba. Dah lah tu, generasi anak2 kami pula kebanyakannya lelaki. So, nak bantu2 di dapur tu memang payahlah.

Lagipun, dengan travel, dengan hal itu dan ini, nak betul2 beri komitmen memang susah sikit. Jadi bila ada katering ni, kami datang melenggang kangkung jer la...hahahaha.




Antara kudapan yang ada... Pau sambal, buah anggur dan buah langsat.

Tapai daun getah. Mak oii..sedapnyaaa. Tapi manislah kan. Kena makan berpada2 kuih muih ni semua...


Dah siap setting dah. Kita sangat suka sebab sangat kemas.


Maaflah, tak snap gambar lauk pauk. Tak sempat dah sebab nak rushing balik Melaka pula. Menu malam tu, fillet ikan sweet and sour, ayam masak kicap, kari daging, kerabu kacang botor dan ulam serta sambal belacan. Masakannya memang sedap betul. Sangat berbaloi dengan harganya.

Kalau kat Melaka dapat cari katerer macam ni, mudahlah kami kan. Nak import dari PD, jauh la pulak mileage lori katering tu kang.

12 thoughts..:

elly nadyra berkata...

tapai tu favourite saya
kalau jual kat area opis ni selalu saya beli

t.a.t.a berkata...

Dulu masa duduk asrama ada seorang makcik cleaner ni kami panggil dia Mak Teh. Memang serius kami respek pada dia. Setiap hari sabtu atau ahad sesiapa yang baju masih berlonggok dalam baldi, haa jaga-jaga la. Mesti kena panahan peluru bebelan mulut Mak Teh ni. Hahaha.

Tapi kami sayang dan respek Mak Teh. Yang pasti Mak Teh ingat nama saya. Mungkin sebab senang nak ingat kot.

Last saya dgr mak teh dah meninggal. Sedih rasanya.

Acik Erna berkata...

Sedara mara acik buat kenduri pun catering je sekarang ni zila.sumo dah tak kuek laie dah

Kakzakie berkata...

kakak membayangkan semua menu yg Ziela katakan aduhai sedapnya..

Nurzakiah Hanum berkata...

TAPAI KE? NAK

Mang Lembu berkata...

waallaikumsalam...
sepertinya kenduri yang meriah dan penuh dengan pesona hidangan yang lejat dan nikmat ditambah dengan sumringahnya hati bertemu dengan handai taulan

NzA berkata...

kalau aziela kata sedap mmg sedap tuuu....
kalau masakan sedap mmg org akn cari katerin tu....

Pak Idrus berkata...

Thanks for sharing. It is not always we get to enjoy Tapai wrapped in Rubber leaves. Actually the Tapai taste better in wrap in Rubber leaves. It it rather difficult to get such wrapping nowadays. When I was growing up in the forties and fifties Tapai is always wrapped that way.

Have a nice day.

Al-Manar berkata...

Cerita makan makan. Kalau cerita kereta berlanggar pun dikedai makan juga. Tapai daun getah tidak sedap seperti tapai daun jambu laut. Datanglah ambil dekat rumah kami - 5 sen sehelai!

aizamia3 berkata...

Akan datang pun mungkin macam tu jugak kak.. lebih mudah tak memenatkan tapi itulah.. buat masa ni en. Suami xnak.. selagi boleh dia akan masak..

gadisBunga™ berkata...

memang sangat kemas!

sekarang ni nak masak2 sendiri tu memang boleh, tapi bab nak mengemas tu yang bercinta lebih. maka lebih mudah kite amik katering je kan. :D

Sukma Haron berkata...

zaman sekarang semuanya pakai caterer....tapi kalau kenduri buat gotong royong pun best jugak.....

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink