Sambal Paprik Sardine Haruman Thyme

10 comments
Assalamualaikum.....


Ha, panjang betul namanya kan. Oh, kita break sekejap dari bercerita tentang trip Adam ke Johor yer.

Sebenarnya, kat cafe office siangnya tu ada uncle jual pokok2 herba nie. Kita berangan la ambik daun thyme nie. Nampak tak pasunya tu. Mak oii..wangi betul. Belum ada nak bakar2 atau kukus2 ikan atau ayam, so belasah jer campak dalam sambal sardine. Hahahhaha

Dah lama juga teringin nak makan sambal sardin. Maka gigih la cari sardine kat kedai runcit. Beli kacang panjang sebab ingat nak goreng sotong kunyit nanti2. Tapi masa masak sardine nie, kita terrcapai plak kacang panjang dan campak masuk kuali. Kekdahnya, sayur dan protein bersatu dalam mangkuk. Eh, ada ubi kentang. Maka cukuplak sifat lauk nie. Ada sayur, ada protein dan ada karbohidrat. Untuk penambah selera, ada cili padi dan untuk haruman mewah, ada daun thyme.

Hasilnya? Sendiri masak, sendiri puji lah. Makan sensorang, untuk tekak sendiri, jadi lah. Sambil2 makan, layan novel A380 Evelyn Rose tu. Mantap. Setiap chapter ada dalil dan hadis walaupun novel ni novel cintan cintun. Eh, novel buat review nanti2lah yer...

So, weekend ni apa aktivitu anda semua..?


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

Farah Waheda Wahid berkata...

ok this is the first time ever iolss dengar such resipi ni kak, selalu sambal sardin biasa jer, warna merah tu jer... he he he...mind to share your recipe? nak jugak cuba sambal paprik ni...

Cik Puan Kocik berkata...

akak, sardin ni kalau time hujan...sedap tu. kena plak nasi panas campur kicap!

aizamia3 berkata...

Makan dgn nasi panas + ikan masin.. dapnye..
Say x ke mana2 weekend ni.. ciklan keje.. ninggu dpn baru pulun habis cuti.. hehehe..

t.a.t.a berkata...

Aktiviti saya adalah buat laundry utk 4 hari punya baju sebab air baru ada. Huhu.

Acik Erna berkata...

Pepagi avik masak pulut ngan sambal tumis Aziela..dah petang..berangin..hi hi dah tua2 tak tahan dah

NzA berkata...

3 in 1 ni....nmpk menyelerakan dan sardin adalah feveret akak....

Unknown berkata...

sardine tu ikan segar ye kak? bukan yg dalam tin punya??

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

A380????

Tajuk novel ke tu???

Suka novelis ni sebab berkarektor...

aby berkata...

masak sardin???
stok wajib kt umah aby tu ..
klu tk sempat apa2 lauk ..
sardin la dihadap ..
nampak sedapmasakan ziela tu

Cho Zila berkata...

memang bereksprimenni... ehm bestnyerkan ....