Selamat Tinggal, Pak Andak. Al-Fatihah

13 comments
Assalamualaikum.....

5.30 pagi semalam (Khamis), kita menerima panggilan telefon dari sepupu hubby yang agak rapat dengan kami. As memaklumlan dengan suara yang tertahan2 bahawa bapanya telah menyahut seruan Ilahi.

Kami bersama2 menahan tangis didalam telefon.

Kita telefon mommy di Melaka dan memaklumkan beliau tentang berita itu. Selepas solat Subuh, kita bersiap dengan segera dan terus memandu pulang ke Melaka. Tiba di Melaka jam 8.30 pagi dan kami tiba di rumah arwah setengah jam berikutnya di Selandar, Jasin, Melaka. Ketika kami tiba, jenazah baru tiba dan majlis tahlil ringkas sedang berlangsung.

Sayunya hati...sayu sangat....

Pak Andak dengan nama Abdul Ghani bin Jamaludin merupakan adik kepada arwah Ba. Berusia 63 tahun, muda 2 tahun dari arwah Ba. Ketika Ba sakit tahun lepas, beliaulah yang memantau dengan rapi. Setiap hari... setiap hari...tak kira siang atau malam dia pasti sentiasa di samping Ba. Di samping kami semua.

Ketika Ba sakit, beliau juga di diagnose dengan kanser usus tahap 3. Tetapi beliau sering mempertikaikan keputusan diagnos tersebut. Katanya dia rasa sihat, dia tak rasa sakit. Apa yang membuktikan bahawa beliau sakit? Beliau masih gagah menjaga cucu, mesin rumput di kebunnya, memandu ke hulu ke hilir dan gagah menjalankan kehidupan seperti seorang polis bersara yang sihat. Yer, beliau adalah seorang polis juga.

Namun, di hari yang sama Ba meninggalkan kami semua, di hari itulah Pak Andak mula jatuh sakit. Malah Pak Andak tak dapat mengiringi arwah abangnya ke persemadian terakhir kerana beliau sendiri sedang di rawat di dalam wad.

Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Pengasih.

4 bulan selepas Ba disemadikan, Pak Andak menyusul jejak abangnya.

Sayunya, kami suami isteri sempat ziarah beliau untuk kali yang terakhir 5 hari sebelum beliau meninggal dunia. Memang sayu sangat. Dalam pada keadaannya yang kritikal, beliau tetap berusaha untuk tampil kuat dan cergas.

Semoga Pak Andak damai di sana....

Al-Fatihah...




.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

13 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

al-fatihah...

*sedihnyer kak*

Tanpa Nama berkata...

takziah...semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..

t.a.t.a berkata...

Alfatihah sis.

Anum berkata...

al-fatihah

aizamia3 berkata...

Al-Fatihah buat Pak Andak.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam takziah buat Ziela dan kelaurga. Moga roh arwah ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

Dr K berkata...

Al Fatihah

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sayunya hati membaca.. teringat pakcik akk yg meninggal dunia menurut jejak pakcik yg seorang lagi dua bulan sbelumnya...

Al-Fatihah

NzA berkata...

Al-fatihah. Semoga arwah ditmptkn dikalangan solehin.

Lee berkata...

Hello Aziela, read with regrets of Pak Andak's passing away. May he rest in peace.
My deepest sympathies and condolences to Pak Andak's family, and yours.
Lee.

sekadar satu coretan berkata...

alfatiah..
sayu bila bacanya kisah ni..

makchaq berkata...

Semoga roh pak andak ditempatkan dikalangan orang2 beriman..
Sedih baca.. macam baru je baca pasal arwah Ba ziela

Unknown berkata...

Al-Fatihah...