Khamis, 10 April 2014

Best Tak Pergi Majlis Perkahwinan...?

Assalamualaikum.....


Kita dengan hubby tak selalu dapat undangan untuk majlis perkahwinan. Maklumlah, tinggal pun merata2. Jiran2 di kesemua negeri tu selalu konpius sebab tak tau kami ni ada ke tidak...dah pindah ke atau masih ada dan sebagainya.

Entah kenapa, ada masa dan ketikanya, kita teringinn nak pergi makan nasi orang kahwin. Menunya tetaplah biasa..nasi minyak dan nasi beriyani. Tapi, feel tu lain la kalau makan di majlis ni.

Masa pregnant dulu, pernah juga mengidam nak makan nasi orang kahwin, tup2 minggu depannya mak dengan ayah ajak join pergi jemputan diorang. Wah, syukur dapat juga....

Cuti sekolah yang baru lepas nie, seminggu jer. Sempat juga kita pergi ke satu majlis. Hubby dapat jemputan juga di Kuantan, tapi kami tak ada rezeki nak attend. Pergi2 tengok lengang jer... rupa2nya majlis tu di malam hari. Yang kami pula nak kena berkejar balik ke Melaka.

Majlis yang sempat kami hadir tu, jiran Mommy di Melaka kahwinkan anaknya. Seronok juga.... Menu biasa, katerer pun masak ala kadar. Tapi oklah juga. Layan juga lauk pauknya....


Kari daging, gulai nangka masak dengan tulang lembu dan jelatah. Cuma, daging2nya agak keras. Ada ayam masak merah, tapi menu tu kesukaan Adam sebab Adam tak makan daging. Tapi kita biasanya avoid ayam masak merah sebab biasanya ayam tu digoreng keras. Yer lah, nak tahan lama kan....

Ok... ada sesiapa yang nak kahwin lagi...?


.

9 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

BEST

t.a.t.a berkata...

Yup agreed with you sis part ayam digoreng garing sangat smp jadi keras. Kalau macam tu saya suka cari part yg hancur-hancur aje. Senang sket nak makan.

lieyalatif berkata...

nampaknye kite same kak!! lieya ni kaki diet, tapi kalo dpt jemputan kawin mmg tolak diet2 nie..bantai betul2 nasi minyak ...lagi2 kalo katerer yg pemes nie heheheeheh...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

nasi orang kahwin ni sedapnya lain macamlah.. hehehe..

ayam tu keras pasal goreng dgn api yg terlalu besar, nak masak cepat kan...

Rai Ourkizuna berkata...

musim cuti sekolah nanti banyaklah jemputan kak..hehehe..

saya takde plan nak kawin lagi buat masa sekarang..tatau la husband ada plan ke tidak..hahaha

saya pun suka makan nasik kenduri.. tapi kami pun jarang dapat pegi..

Kakzakie berkata...

Kakak ni kan Ziela apa pun tak kisah makan janji perut terisi sudah. Kena dua-tiga majlis satu hari memang senak perut nak melayan..

Ujie berkata...

baru pegi minggu lepas, pegi dah lewat..tinggal ayam msk merah hancur. Tapi nasi masih lembut sedap.

Mohd Azham berkata...

sedapnya lauk kenduri...dah lama tak makan nasi kenduri hasil gotong-royong orang kampung....

Cho Zila berkata...

lauk pauk kendurini feelnyer lainkan... mungkin makan beramai2... tengok perangai orang...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink