Selasa, 15 April 2014

Bersarapan Kacang Pool Haji, Larkin, Johor

Assalamualaikum.....

Sambung dari semalam yer. Tak perlulah letak link sebab tak ada entry sisipan pun.

Ha, kami nak cari ini. Hubby tak sampai hati dengan isteri dia yang meroyan nak kacang pool ni. Hahahahha. Dia set kan GPS, so kita drive la pelan2 daripada Jemaluang tu. Lama juga la sebab kita kan tak biasa. Nak lalu Kota Tinggi dulu, baru masuk JB. Ikut jer la jalan yang sesak sebab tak pandai nak cilok2 guna jalan lain kan. Masalahnya, entah macam mana, masuk ke jalan Kg Melayu tu. Ikut2 google map, eh2 bukannya sampai balai bomba Larkin, tapi sampai ke kuarters bomba Larkin. Aduhaii...nak nangis dah masa tu. Syukurlah hubby dah segar semula. So, dia take over kereta semula. Hubby cilok sana, cilok sini, eh..eh...dah sampaiiii. Hahahahha...confirm la city boy hubby kita tu. Janji dalam bandar, dia lepas jer ke sana ke mari.

Memang tak susah nak cari kedainya. Kami 3 beranak ni order sorang satu set kacang pool. Ooo...inilah rupanya yer....


Kacang pool yang pekat, ada telur goreng 'dangdut' (goyang) lagi...

Setnya ialah sekeping roti lembut tebal yang di bakar sedikit. 

Kita suka.... Kuahnya ada daging cincang sikit. Rasanya lemak2 dengan kacang pool. Bila diperahkan limau, ada rasa masam2 sikit dan rasa lemak itu 'mencair' sedikit. Kita gaulkan dengan cili dan bawang yang segar2 belaka tu. Tapi kalau taste nogori kita, kita nak cili api..hahahahhaha. Ishh....when you go to Roman, be a Romans kheeennn....

Yang amazingnya tu kan.... roti yang sekeping tu, ngam2 sesuai di makan dengan kacang pool setengah mangkuk tu. Ketebalan dia, berapa gram kacang pool tu semua memang cukup2. Tak adalah kacang pool berlebih banyak sedangkan roti dah habis, atau tak adalah kacang pool tu tak cukup walaupun roti banyak lagi.

Selain daripada tu, kita dengar ada customer yang minta roti garing...planta lebih, kasi garing sikit. Bila sampai roti, baru kita faham. Rotinya hanya di sapu planta secalit dan di bakar sedikit saja. Yer lah, masing2 punya selera kan....



Nasi lemak ikan

Selain dari set roti kacang pool tu, ada juga nasi lemak kan. Nasi lemak dengan anak2 ikan selar ni memang berbeza sedikit. Telur rebusnya setengah biji tau. Takder kedekut punya. Nasi lemaknya sikit jer, tapi bila dah makan kacang pool, nasi lemak ni terasa macam banyak. Sedap juga...boleh tahan. Kita tapau beberapa bungkus untuk kami makan di hotel nanti. Kononnya nak rehat dan tidur dulu di bilik...so makan jer lah nasi lemak ni dulu untuk alas perut nanti kan.


Adam yang segar bugar sebab tidur dengan lena sepanjang malam dalam kereta. 

Dari KL ke Kuantan, Kuantan ke JB...dia tidur jer... Nampak dia dah sihat sikit, kita rasa lega dalam hati. Alhamdulillah. Mungkin idea untuk ke Johor itu sendiri dah berikan dia sedikit semangat. 

Oh, semalam Pak Hassan Al-Manar  ada tanya kenapa ke JB kan. Hmm..sebab hari tu masa kami husband and wife ke JB, dia tak ikut. So dia rasa dia ketinggalan sebab tak venture the same journey dengan kami. Furthermore, tempat2 lain yang Pak Hassan suggest tu, dia dah boring. Bukan 'selera' dia. Tenpat2 lain tu 'selera' mama dia ni..hihihihi. 

Adam, suka luxury untuk release stress dia. Masa2 yang lain, kalau dia dalam high spirit, bersemangat untuk menikmati kehidupan, dia suka explore. Masuk hutan, naik perahu, cuba berbagai2 jenis makanan dan observe masyarakat. Tapi disebabkan sekarang ni dia stress, maka JB agak sesuai dengan dia. Boleh dikatakan short trip ini ialah agak luxury sedikit untuk dia.

Suapan roti yang terakhir... Minum milo panas...

Hubby mencebik...
Hubby kita suka sakat kita. Dia akan kondem pilihan kita..heheheheheh. Sebab kan kita ni meroyan pasal makanan kan. Memang tak bagus pun sikap tu... Masa ni hubby kata tak sedap kacang pool ni. Apa jer yang special...takder rasa apa pun.... dan macam2 lagi komplinnya.

...tapi dia yang habis paling awal dan mangkuk dia paling licin. Serdak roti pun takder tau...hahahahhaha. 


Ok...duduk jauh dalam keadaan sesak dan orang ramai, maka ini sajalah yang mampu di snap.....


So, sahabat2 Johor sekalian....

Terima kasih banyak2 sebab sudi share tentang dish popular di JB yang memikat hati ini. Dr. Faiz, Kak Sari, Kakak Zakie dan lain-lain lagi... terima kasih.





.

33 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

SEDAPNYA

Mia Liana berkata...

pernah rasa sekali... memang sedap... kacang pool dia... famesss...

Adie Zaff berkata...

perghh..kecur ayaq liur adie...
;)

NzA berkata...

xpernah rasa kacang pool + roti nie...xdpt nk bygkan camne rasanya..mesti sedapkan......

Acik Erna berkata...

assalam Aziela..dah lama baca kacang pool ni..tapi belum dapat nak merasa lagi.

Salwa berkata...

Ooo..nasi lemak lauk ikan ek.

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Lately byk gak tgk org dok citer pasai pool ni...
Ader rezeki blk mesia cuti2 Nnt nk try
Tp x de la smpi ke jb tu hikhik
Nasik lemak ngan Ikan grng something def ek
Wah Adam makin ensem ni 😊

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

hihihihi.. tu kalau selet betul2 roti keliling mangkuk takyah basuh dah mangkuk tu, bersih hingga menciutkan, hahahaha

sama2 kasihhhhh

Daddy Ziyyad berkata...

Sama sama :)

Hahahaha..hubby mencebik kata tak sedap, tapi licin licau mangkuk!

Jumpa tak pelakon Wan Maimunah? Dia baru kawin dgn tokey kacang pol tu...tuhari masa parents saya makan kat situ, Wan Maimunah ni ada kerja sekali ambik order..angkat pinggan :)

t.a.t.a berkata...

Kak, roti nya tu roti bantal ala-ala gardenia atau bhai punya roti?

Kakzakie berkata...

Sebenarnya kalau yg jenis tak suka roti tak ada special sangat kacang pol ini Ziela. Tapi kalau jenis yg suka makan roti macam family kakak so kami suka...

Kenapa tak ajak kakak? Jgn-jgn masa tu kakak ada dekat kawasan itu kot hihi..

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Oh, memang sedap..hihihihi

Aziela berkata...

@Mia Liana Macam nak makan lagi dan lagi kan...

Aziela berkata...

@Adie Zaff Pergi cari cepat... :)

Aziela berkata...

@NzA Akak kena cuba kak..seriyes...

Aziela berkata...

@Acik Erna Kita orang nogori ni memang susah sikit kan kak.. Tu yang saya meroyan tu...hehehehehe...

Aziela berkata...

@Salwa Di Terengganu, biasa memang macam ni. tapi di selatan, tak banyak macam ni..

Aziela berkata...

@☆♥L@dy @yU♥☆ Jauh tu Ayu, dari utara nak ke JB semata2 kacang pool..hahahahaha. Masak sendiri la kat sana. Cari jer kacang pool dalam tin lepas tu proseskan. Hehehehehe... Ha, cik Mat Gebu pernah tepek resipi...

Adam? Hahahaha...Arigatou. Sama lah dengan Adam kat sana tu..makin gentleman jer nampaknya...

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Hahahah...nasib baik rotinya punya serdak pun licin yer kak...

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Ha, masa tu akak tak jumpa. Maybe masa tu dia tengah honeymoon.

:: idzwa :: berkata...

terlioooo...

Rai Ourkizuna berkata...

saya tak penah rasa kacang pool.. haha.. malu nak ngaku saya warga johor..

suami suami kan.. memang suka kondem pilihan kita... contoh aritu kita kata nak buat lontong..dia punya lah perli..sekali dia yg over makan bila dah siap tu..siap tanya.. kenapa yg dia makan sebelum ni rasanya lain dan tak sesedap tu..haha

Cik Puan Rann berkata...

Tengok kacang phool akak nie, ingat dulu rajin masak sendiri sebab dah suke snagat. SKang ni nak masak pun hasben tak suka sangat makan benda nie ...

gadisBunga™ berkata...

punya la bizi sampai saya taktau akak datang JB!!!

makchaq berkata...

Good idea la ziela bawak Adam relax sebab dia dah penat sangat belajar... kesian pulak dia penat sangat belajar sampai demam2...

Makchaq x pernah lagi rasa kacang pool tu..lain kali pi johor kena try la.

Shane berkata...

Hi Aziela, I was very familiar with Johore back in the 70s, 80s...Jemaluang, Kota Tiggi, Desaru, Pengarang, etc..but have never tried this kachang pool. Laksa Johor, nasi lemak, da try...

Anyway, from your pics, looks really delicious. And that nasi lemak ikan...best la tu. One of the best nasi lemaks I have eaten was at Alor Star, opposite the Merlin hotel.

Sold by a makcik sitting on a 3 legged stool, small table. Her nasi lemak ada kangkong, ikan bilis, ikan goreng and sotong.
And she always ketawa at my ordering "tiga bungkus, makcik".

You went by the coast road to Kuantan, or Kuantan to JB? Love that stretch of road, passing kampongs by the sea.

Aziela, next time you at Telok Chempedak, take some pics of the kedai makanan there, and the beach...post it here...Used to go there to eat at the foodstalls...rojak, mee soto, mee laksa kerang.
I sure miss all that. Da 27 years!
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Al-Manar berkata...

Kalau begitu lain kali Adam kena cuba apa yang terdapat di Kedai Payang dan Pasar Siti Khadijah, kalau belum lagi kesana.

JunAina berkata...

Kalau jalan2 bab makan2 paling best tapi kalau jalan dengan suami dia kira cepat dan mudah je tak de maknanya nak request makan2 glamer dalam blog...ehehehe...

aizamia3 berkata...

tak pernah try lagi walau biasa diceritakan oleh blogger2 tersebut..

elly nadyra berkata...

sedap kan kak!
tak rugi cari kedai ni nak rasa.
percaya tak, saya org johor, baru awal tahun ni makan tau
heheheheh
malu saya!

Hamzah berkata...

Assalam, pada sesiapa yang ingin menikmati kacang pool di lembah klang boleh datang di kedai kami di uptown langat (batu 14). Kami beroperasi dari pukul 8 malam - 12 malam.FB page (https://www.facebook.com/uptown.langat?fref=ts)

kehidupan sihat berkata...

memang top kacang pool ni kt jb.tp nana prefer buat sendiri..resepi lain sikit la..hehe

jemput ke blog nana,tq
https://www.diyanarazim.blogspot.com

kehidupan sihat berkata...

nana memang duduk jb,so kalau keluarga jauh datang mesti bawak diorang makan sini. :)

salam perkenalan & jemput ke blog nana

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink