Isnin, 10 November 2014

Felda Residence, Jerantut

Assalamualaikum.....

Sengaja kita tak memunculkan diri sebab masih geram dengan video buli yang ditunjukkan. Pertama, kenapalah nak terajang pijak anak orang suka2 hati dia jer? Kedua, budak2 yang kena buli tu semuanya pasrah jer makan penendang terajang tu. Tak teringin nak melawan ke? Janji dapat lepaskan diri dan kemudian, bolehlah lari ke pondok pak guard ke...rumah cikgu ke.....

Entahlah, Adam tak masuk asrama. Kata orang, belum kena belum tahu....

Ok...cerita kemudianlah yer.

Ini kisah 2 minggu lepas yang mana kita bercuti jari Jumaat dan sambung ke minggu depannya. Sebenarnya cuti untuk menyediakan pakaian dan apa sahaja keperluan hubby kerana beliau akan menuju je Felda Residence di Jerantut, Pahang ini untuk kursus Team Building syarikat.

Tapi, bila tiba di Melaka hari Khamis malam Jumaat tu, tiba2 hubby suruh pergi sekali. Wah, another last minute plan? Wadduhhhh!!

Kami try call ke resort untuk bertanyakan jika ada kekosongan chalet. Memang ada, tapiii, bukan yang berapa baik keadaannya kerana chalet yang telah dibaik pulih semuanya memang penuh dan penuh dan penuh. Alahai...belasah sajalah....Janji ada tempat untuk tidur dan mandi. Harganya selepas diskaun cuma RM120.00 untuk satu malam.

Maka selepas kelam kabut menyelesaikan berbagai2 urusan pada hari Jumaat, kami pun bertolak ke Jerantut dari Melaka selepas Maghrib. Kami tiba dalam jam 12.30 malam.

Dah lengang. Dalam perjalanan tu, reception counter called, beritahu kami yang kunci bilik kami akan diserahkan pada pengawal keselamatan kerana waktu kerja mereka berakhir pada jam 11.00 malam. La...macam tu pula. Ingatkan 24 jam. Mungkin kerana biasanya tetamu mereka adalah daripada pakej khas ataupun berkumpulan, maka mereka jarang menerima tetamu walk-in. Maklumlah, lokasinya jauh di tengah2 ladang Felda itu.

Urusan check-in hanya diuruskan pada esok harinya. Tak perlu deposit. Bayar lum sum jer untuk 2 malam tu...hehehe. Koboi dan sempoi....

Gambar bilik memang kita tak ambil. Lebih kurang macam gambar dalam website jer. Cumanya betullah, chalet kami nun di hujung barisan. Keadaan chalet macam anda balik kampung dan tinggal di rumah papan lama milik nenda anda.... So, pandai2lah imagine rumah kayu kampung yang basic dan sederhana. Syukurlah ada tandas yang berfungsi....

Tak mewah, tapi mungkin kita ni anak kampung, so kita tak berapa kisah sangat lah. Lagi pun memang dah last minit sangat. Tak payah komplin banyak2 sebab dah diberi tahu awal2 dan kami sendiri yang bersetuju. Kalau ada sesiapa yang nak selesa, sila booking awal2. Ada bilik jenis chalet dan ada bilik jenis hotel juga. Pilih lah...


Antara aktiviti team building syarikat hubby ialah ini...flying fox. Tak tinggi mana pun, tapi ramai rupanya yang gayat sampai teresak2 menangis. Ini, kita nasihatkan hubby, tak perlu join. Jangan ambil risiko....dan management mereka pun setuju....

Pagi hari pertama tu hubby dah kena berperang dalam game paintball. Lebam sikit2 jer la sebab hubby ambil jalan selamat dengan menembak sambil meniarap disebalik batang pokok...hehehehe.

Mereka pergi caving juga. Setengah hari, sempat meneroka 3 gua. Dan makanan tengahari disediakan pihak hotel di dalam gua. Buffet spread lagi... Ha, mana nak dapat lunch dan piknik dalam gua sambil dilayan waiters dari hotel kan...?

Yang lain2 tu hanyalah game biasa management untuk team building seperti yang di atas tu. Happening juga...hehehe


Oh, disebabkan kita dengan Adam bukan petugas syarikat, maka kami ambil kesempatan untuk berenang. Yess....berenang okeh...tapi kita baru perasan....skill berenang kita makin tumpul...hahahaha. Adam pula yang kena tarik mamanya ke hulu kehilir sebab mama panik kaki tak boleh pijak lantai kolam...hehehehe....

Sebelum tu pagi2 lagi kami dah merayau ke bandar Jerantut. Cari menu istimewa Jerantau yang tiada di tempat lain. Alhamdulillah...berjaya. Sangat memuaskan hati.... Itu nanti kita cerita hari lainlah...

Kami shopping sikit2 di Tunas Manja...hahahaha. Baru perasan ada beberapa barang yang tak dibawa...

Harga chalet kami sekali dengan sarapan pagi yang sangat minima. Gambar di atas ialah menu untuk hari pertama. Hanya 2 jenis itu dan 2-3 jenis kuih.

Kita makan ini...Alhamdulillah,,, dapat juga isi perut. Makanannya agak terasa pedas cilinya. Betul lah kata beberapa blogger lain...

Ha, ada scramble egg yang dah siap digoreng dan ditinggalkan. Hanya kita dengan Adam yang ada di situ sebab guests lain semuaaanya pakej dan berkumpulan. Maka mereka dihidangkan dengan pakej makanan sendiri....

Kami bermalas-malasan disitu sebab tak ada apa yang nak dikejar...maka bakarlah roti juga...
Kuihnya sedap juga...dan itu sajalah kuih yang dihidangkan...


Ini roti bakar Adam. Nampak menyelerakan jer yer....

Tapi disebelah lagi tu hitam melegam dikkkkk. Adam tersengih2 jer....


Oklah....seronok juga ke sini. Untuk relaks dalam suasana kampung....bolehlaaa.... Staff semua nya friendly...

.Oklah.... next entry citer pasal makanan Jerantut yer.....

.

17 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

BESTNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

wooohhaaaa.. dahlah check-in kul 12.30 malam.. kalau akak memang... tidur berselubunglah nampaknya...

elly nadyra berkata...

amik kesempatan bila cik abang ada kursus bagai
mmg best kak, walau kena wat hal sendiri
dpt gak jenjalan kan

Rai OurKizuna berkata...

honestly kak..saya amat amat memilih kalau bab tempat tinggal.. especially bab tandas..

tapi makanan tu semua nampak sedap.. kamera akak pandai bagi kesan khas makanan jadi nampak macam sedap sangat sangat tau.. haha

Kakzakie berkata...

Bagus Ziela bawa Adam merasa sama suasana begitu. Bagi dia rasa. Kalau tak mana dia tahu semua tu kan..

Itu pun dah lebih bersyukur kerana makanannya still istimewa. Patut makan bungkus daun pisang aje..

Daddy Ziyyad berkata...

saya teringin nak main paintball tu...flying fox? saya nak try jugak..walaupun berattttt! hahaha

Yana Yani berkata...

mungkin yang kena buli tu, terlalu takut untuk bersuara
lagipun mereka golongan minoriti
harap tak adalah keturunan kita mengalami nasib serupa

suami saya pun suka buat rancangan last minute
malam nak pergi baru cari chalet atau homestay
boleh dapat, tapi idaklah canggih mana =)

saya dah lama tak join team building =)

lieyalatif berkata...

kak lieya penah sampai situ...kursus teambuilding kemetnerian buat...mmg best...tempatnye ala2 kampung...mknn semua sedap berase...kiteorg dijamu dng lauk2 kampung mcm patin tempoyak...ya Allah kak nikmat sebab sedap giler...rindu nak ke sane lagi....

lieya pun jenis mcm akak suke ikut laki gi kursus ke bengkel ke...kebetulan opis husben lieya pun rajin buat bengkel n kursus..so mengekor jek laa lieya nieh...cuti seklah ni bersusun dah plan dok hotel semata2 ikut die kursus hahaahahahah

MegaImaginasi berkata...

makanan nampak superb

Al-Manar berkata...

Kalau ada anak sungai seronok juga. Begitu juga kalau dalam satu kumpulan, tidak lah dua tiga orang dahaja

Mrs Velentine berkata...

wah bestnya kak..MV ni dah 2 kali miss team building ofis..last year pregnnt..this year baby FUll BF

Nur Arifa berkata...

Sekali skali ke sana ok jgk kan...nice entry sis

kakyon berkata...

nampak best tempatnya..

Ujie berkata...

kalau last minute ni mmg kena berlebih kurang kan..tapi xpe, yg penting boleh jln2. :)

Lee berkata...

Hi Aziela, interesting posting. And love the pics....the resort, the food and your hubby activities.
I guess must be fun tackling that climbing bukit whatever.
I suka tu swimming pool. Ta'nampak you dal am pool?
Ha ha.
Have a fun week.
Lee.

Dr Singa berkata...

jerantut femes dengan apa ya?
ikan patin?

eh.. tu Temerloh kan..?

Cikna berkata...

Ahaaa,nape sis xdpt memijakkn kaki kt lantai kolam eyhh... flying fox tu mmg best la...>_<

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink