Kesudahan UPSR Untuk Adam. Alhamdulillah..

50 comments
Assalamualaikum.....

Dah beberapa malam kita tak dapat tidur dek terlalu risaukan keputusan Adam. Tak dapat tidur bermaksud tak dapat tidur lena...kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. Mujur juga kita sangat sibuk dengan urusan pejabat, sekurang2nya bolehlah divert sedikit perhatian.

Pada awalnya kita dah beritahu pada Adam dan mak ayah yang kita tak boleh cuti sebab terlalu banyak kerja. Adam patuh jer angguk kepala. Tapi ibu mana yang sampai hati. Inilah satu2nya anak. Kita dah terlepas sangat banyak momen sepanjang dia membesar, maka kita nak cuba maximizekan momen2 berharga. Susah dan senang Adam, jatuh dan bangun Adam, ibunya harus sentiasa disisi.

Dan hari sebelumnya kita dah minta izin bos untuk keluar waktu pejabat bagi menemankan Adam di sekolah. Maka, jam 7.30 pagi kita dah masuk ofis dan buat kerja macam lipas kudung. Jam 10.00 pagi kita bergerak dari Bangsar ke Port Dickson. Ngam2 pukul 11.00 pagi kita tiba di sekolah yang mana Adam telah tiba satu jam sebelumnya dengan atuknya. Tapi atuknya balik rumah pula.

Semua murid dan ibu bapa yang hadir dah duduk di dewan sekolah. Telah diagihkan fail2 peribadi, sijil2 yang berkaitan dan sebagainya. Adam dah terima sijil lisan/bacaan untuk BM dan BI. Setiap bahasa ada 4 penilaian seperti tatabahasa, kelancaran dan sebagainya. Adam Alhamdulillah memperoleh A untuk semua aspek..maka 8A di situ.

Hati semakin tidak tenang. Adam ni pula duduknya di kerusi depan sekali. Aduhai.... terpaksa lah mama sentiasa mengadap guru2 dengan segannya. Pukul 11.00 pagi, keputusan masih belum keluar. Tapi tiba2 semua guru2 yang terlibat hilang dari dewan. Telefon kami pula tak berhenti berbunyi. Dengan wassap, dengan sms, dengan panggilan dari ahli keluarga dan rakan2 untuk mengetahui apa keputusan Adam kerana kebanyakan pelajar dari daerah lain dan dari KL sendiri telah pun menerima keputusan.

Sementara tu, kita tak berhenti pesan dengan Adam macam2. Tak kiralah apa keputusan sekalipun, tiada sebutir A sekali pun, selepas ambil slip, pergi salam setiap guru, ucapkan terima kasih, mohon halalkan ilmu yang mereka berikan kepada Adam selama ini. Adam hanya angguk patuh dengan penuh debaran.

Jam 12.00 tengah hari, barulah guru2 semua masuk kembali ke dalam dewan berserta dengan Guru Besar sekolah sekali. Guru Besar memberikan ucapan yang pertama kali di dengar dengan penuh takzim tanpa ada suara dari para hadirin. Selalunya kalau ada majlis yang melibatkan ibu bapa...walau siapa pun berucap, pasti suasana masih hingar bingar macam dalam pasar.

Dukacita dimaklumkan kepada kami, keputusan UPSR sekolah merosot dengan teruk. Kami ibu bapa di ingatkan agar jangan memarahi dan menyalahkan anak2 sekiranya keputusan anak2 tidak seperti yang diharapkan. Tambahan lagi dengan tekanan kerana pengulangan beberapa kertas peperiksaan yang menjadi isu hangat negara tahun ini.

Maka kita sendiri terus set dalam minda untuk bersedia sekiranya keputusan Adam juga jatuh merudum kerana prestasinya tahun ini juga agak kurang cemerlang berbanding tahun2 yang lepas. Tak apalah...yang penting usahanya sangat utuh. Jiwa dan raga telah Adam korbankan tahun ini. Walau apa pun rezeki Adam, dia telah berjaya mengharungi cabaran ini.

Guru Besar menyambung bicara dengan kenyataan yang sangat, sangat memeranjatkan ibu bapa sekalian. Tahun ini, hanya DUA orang murid yang mencapai 5A.

 DUA orang jer...???

Sekolah Adam ni, sepanjang sejarah, yang paling teruk pun 9 orang pelajar yang dapat 5A...manakala tahun2 lain semuanya belas2 orang atau puluh2 orang. Aduhai...semakin lemah longlai rasanya. Kita pandang Adam, Adam pandang kita. Kasihannya anakku, Ya Allah. Adam pandang kita dengan pandangan pasrah. Yer lah...kalau 2 orang tu, dah sah2 la top student sekolah, sedangkan tahun ni Adam bukannya top student. Kita peluk Adam, cium dia dan minta dia redha dan pasrah. Hidup masih panjang lagi... Dia nampak tenang sedikit lepas tu.

Selepas Guru Besar berucap, slip2 dan sampul2 di susun di dalam dulang. Seorang guru membuat pengumuman bahawa pelajar2 yang mendapat 5A dan 4A1B akan diberikan slip peperiksaan oleh GB di atas pentas.

Untuk 5A, nama pelajar perempuan yang hanya berjaya di'potong' Adam sekali diumumkan. Keputusan yang memang dijangka kerana beliau memang ratu akademik sekolah. Untuk pelajar 5A seterusnya, cikgu mengumumkan...

MUHAMMAD...
                                 SAIFUL.....

Adam dah terus berdiri, kita dah menitiskan air mata.... Yerlah, untuk pelajar darjah 6, hanya dia seorang yang bernama Muhammad Saiful......Adam.

                                                       ADAM!

Sebaik habis namanya disebut, terus kita tarik dia dan cium dia dalam tangisan dan Adam terus melangkah ke pentas.



Alhamdulillah, Ya Rabbi... Terima kasih Ya Allah....

Keputusan 5A yang sangat tidak dijangka. Kami sangat bersyukur dengan pemberianMu Ya Allah....
Tak sangka seorang pelajar lelaki yang dimaksudkan itu ialah Adam. Secara automatik, terus terlayar seperti sebuah filem segala susah payah Adam sejak dia bergelar pelajar di sekolah itu sehingga sekarang.

 Guru2 yang sangattt baik dan ambil berat dengannya, tidak kurang juga guru2 yang meminggirkan dan mengenepikan Adam kerana dia bukan siapa2. Ibu bapanya bukan orang berpangkat dan atok neneknya hanya orang kampung yang tinggal di dalam kebun getah. Tapi kami tetap beri semangat pada Adam, jangan bersedih, jangan patah semangat...bersangka baik dengan segelintir guru2 yang begini...masih ramai guru2 yang sayangkan beliau, yang membimbing beliau. Alhamdulillah...Adam anak yang matang sebelum usianya.


Guru Besar di apit oleh pelajar2 5A dan yang lain2nya adalah rakan2 sekelas Adam yang memperoleh 4A1B. Kesemuanya kita kenal, terutama sekali rakan2 lelakinya yang manja dengan kita seolah2 mereka berkongsi mama juga dengan Adam. Dihujung kanan ialah Penolong Kanan HEM sekolah.


Ini adalah antara guru2 yang menyayangi Adam, yang memberi semangat dan harapan kepada Adam, yang melindungi Adam, yang membuka jalan di saat Adam seperti dihalang daripada berjaya. Guru yang memakai kemeja kotak2 biru dan merah, Cikgu Asharuddin terus memeluk Adam dan sentiasa memeluk Adam. Di hadapan kita kata beliau, "Ini anak angkat saya. Adam sentiasa dengan saya" sambil memandang Adam dengan gembira dan kita nampak riak bangga beliau terhadap kejayaan Adam. Well cikgu, itu sebenarnya, refleksi kejayaan cikgu. Bukan setakat Adam...namun doa dan bimbingan dan kasih sayang cikgu2 sekalian turut terkandung sama di dalam kejayaan ini.

Yang cikgu2 lain ialah ustaz pendidikan Agama dan Bahasa Arab dan yang sebelah kiri sekali mengajar Adam masa Adam darjah 3 rasanya. Tapi mereka ni semua satu geng.

Kisah yang menambah debaran kami sebelum keputusan diumumkan, ustaz yang paling kanan sekali rupa2nya menunggu Guru Besar tiba di sekolah dengan keputusan. Mereka dengan tak sabar2 memeriksa nama pelajar yang dapat 5A. Agaknya dek terlalu gembira, ustaz ni tak sabar2 nak beritahu Adam. Terus dia naik ke dewan, dan masa itu kita nampak dia mundar mandir di depan pintu dewan berdekatan dengan tempat duduk kami. Setelah beberapa minit, dia panggil Adam keluar. Sebaik Adam keluar, dia hulurkan tangan. Adam sambut huluran salam beliau dengan terpinga2. Kenapa agaknya?

"Tahniah.." kata ustaz. Adam terpinga2 lagi.
"Tahniah kenapa, ustaz?" tanya Adam
"Tahniah kerana tak kisahlah apa pun keputusan kamu, saya nak ucapkan tahniah." Jawab beliau.
Beliau terus berlalu pergi dan Adam hanya memandang beliau dari belakang masih lagi bingung. Tapi kata Adam, sambil dia jalan pergi, sebelah tangannya di angkat rendah sambil mengembangkan kelima-lima jarinya.

Bila Adam ceritakan pada kita, kami tak nak menaruh harapan. Sangat menyakitkan kalau itu bukannya kenyataan.

Tak lama kemudian, rakan baik Adam iaitu ketua pelajar sekolah dan juga anak kepada Guru Kelas darjah 6 juga, beri isyarat pada Adam sebab dia duduk jauh dari kami...jarinya ditunjuk pada Adam dan dia juga mengembangkan 5 jarinya. Pun, kami tidak mahu percaya...mungkin salah tengok agaknya.

Bila guru2 kembali ke dewan, salah seorang dari guru2 itu, terus datang dekat dengan kita, di bisiknya perlahan tapi jelas...

"Tahniah.." katanya...sambil segera berlalu ke meja yang khas buatnya.

Hati tetap mengharap bahawa benarlah Adam berjaya. Tapii, bila Guru Besar kata hanya 2 orang, kami mula hilang keyakinan. Tapi benarlah, kalau ada ihsan Allah...rezeki kita bukannya boleh dilihat mata...

Selepas kami bersalam2an dan mengucapkan terima kasih pada semua guru2 dan ibu bapa rakan2 Adam juga...peluk memeluk dengan sesiapa saja yang sudi....kami terus pulang ke rumah.

Atuknya tak sabar2 buka pintu rumah. Sebaik saja Adam beri salam dan masuk rumah, atuk terus peluk Adam sambil menangis dengan penuh esakan. Bukan suasana gembira...tapi suasana pilu di rumah. Penuh dengan tangisan. Nenek lagilah tak tertahan tangisannya. Kita masuk rumah juga memeluk mereka dengan tangisan. Adik bongsu kita yang juga ada di rumah dengan suaminya juga mengalirkan air mata.

Kami menangis kerana bersyukur. Kami tak sangka kasih Allah kepada Adam dan kepada kami sebegini besar kerana bila dimuhasabah, rasanya kami juga insan yang banyak dosanya.

Kami bersyukur kerana Allah memperkenankan permintaan kami. Kami bersyukur kerana doa kami, usaha kami dan tawakkal kami didengari Allah. Kami terharu dengan keadilan untuk kami... Pilunyaaa...sebaknya..tak dapat dibayangkan.

Selepas reda tangisan, barulah bercerita pula tentang apa yang jadi di sekolah. Yang penting, kami rasa Adam memang berhak untuk merasa puas hati dengan usahanya. Semoga kejayaan ini tak akan berhenti di sini. Semoga Adam tidak lupa tentang pengajarannya. Untuk berjaya, untuk cemerlang...bukannya mudah. Usaha, semangat, tabah dan sabar sangat perlu disamping berdoa dan bertawakkal.

Apa-apa pun, kita percaya..selain yang disebutkan itu, doa dari rakan2 sekalian juga pasti ada makbulnya, Terima kasih kerana sudi mendoakan Adam seikhlasnya...terima kasih kerana sudi menyayangi Adam walau hanya melalui tulisan mamanya ini sahaja.

Terima kasih semua....





Nota kaki : Maaf kalau entry ini terlalu panjang. Entry ini sesi luahan perasaan dan juga sebagai rekod untuk masa hadapan....



.





Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

50 thoughts..

Kakcik Seroja berkata...

Ya Allah...

kakcik menangis baca catatan ini.

Tahniah Adam. Teruskan kecemerlanganmu...

Dr Singa berkata...

alhamdulillah

Tahniah Adam!
Dan maknya juga..
:)

Kakzakie Purvit berkata...

Ziela... kakak iki cewek. Boco N3 iki wahe banyu moto kakak wes nderejes. Mugo Adam terus maju. Anak siji tapi menyejuk kae hati.

Alhamdulillah...

Congratulation Adam. Good boy!

~Liya Sufiah~ berkata...

Tahniah Kak Aziela dan keluarga... Tahniah berganda untuk Adam...saya baca entry ni boleh pulak menitis air mata. Bisa betol.... huhuhu

Anum berkata...

alhamdullilah

pizli.mw berkata...

Saya pun sebak jugak baca ni.

Tahniah Adam.. Belajarlah bersungguh-sungguh lagi. Ini baru permulaan. Semoga dapat masuk sekolah bagus-bagus dan berjaya sampai bila-bila.

Unknown berkata...

meremang remang bulu roma saya baca.. saya pun debar kak.. walau pun tengok tajuk saya dah yakin adam akan berjaya.. alhamdulillah.. tahniah buat akak sekeluarga dan terutama sekali adam.. semoga dia terus berjaya mengharungi cabaran peperiksaan akan datang..

Lynda Che Lah berkata...

Tahniah Kak..
Tahniah Adam.
Layaklah untuk akak bergembira dan terharu dengan kejayaan ini.
Sy tumbang bangga dan gembira..

Dr K berkata...

Tahniah Adam !!

Tahniah juga buat akak & suami...Yg banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit selalu ulang alik KL- PD

ellynadyra berkata...

Eh jatuh lk baca airmata baca entry ni
Tahniah adam
Tahniah utk family adam gak

NzA berkata...

Alhamdulillah3x....auntie sgt2 bangga dgn adam. Kalau dkt rasa nk peluk2 adam mcm ank2 auntie jugak.
Dpt memahami perasaan gembira aziela sebagaimana 4farah hadiahkan 5a utk akak dulu....

Pesanan utk adam...prjlnan masih jauh dan permulaan yg baik insyaallah akn menghasilkan sesuatu yg baik. Jgn sesekali lupa jasa mama, daddy, atok, nenek dan guru2.
Jgn sskali menyimpan dendam pd insan yg mencurahkn ilmu pd kita,...
Tahniah adam..tahniah utk aziela n suami serta atok yg membesarkn adam.

Unknown berkata...

Alf mabrook Adam,
Ini cuma satu permulaan.. teruskan usaha utk masa akan datang..

aizamia3 berkata...

Tahniah buat Adam..
Doa ibubapa dan keluarga serta semua mengiringi Adam.. tahniah sekali lagi..
Sebak saya baca entry ni kak..
Alhamdulillah.. rezeki Adam..

Sukma berkata...

Alhamdulillah....debaran yg sama pada tahun 2000 tak ingat tapi terima call anak jer...

Al-Manar berkata...

My heartiest congratulations to him and parents. It is not such a great achievement to us as to the boy.

My days to see children own children are long over - a generation ago! One of our grandchildren is of Adam's age, a girl who went to a Chinese school in KL. I suppose it is more than 5A for her since her Chinese language, I understand, is an A as well.

Etuza berkata...

Asalam setinggi2 tahnia adam terbaik..sejuk tengok dia

Acik Erna berkata...

Tahniah Adam dan ibuayah adam..sedih lak acik baca..terimgat setiap kali anak2 ambil keputusan di sekolah

Acik Erna berkata...

Tahniah Adam dan ibuayah adam..sedih lak acik baca..terimgat setiap kali anak2 ambil keputusan di sekolah

Azian Elias berkata...

Tahniah Adam dan mommy dia gak..semoga terus maju..

zoul dahan™ berkata...

Saspens giler baca entri ini.
Mcm baca novel.

Tahniah untuk Adam.
Tahniah untuk ibu Adam.

Semoga banyak lagi kejayaan yg akan menyusul.
InsyaAllah.

Lee berkata...

Hello Aziela, my bahasa is very limited and just guessing from some of the familiar words Adam has done well in school.
I guess you must be proud of him....
My congratulations to him...
And best regards.
Lee.

Diet Diet Sihat berkata...

Alhamdulillah, semuanya berjaya

Jom kita makan Minyak Ikan

gadisBunga™ berkata...

tahniah Adam dan akak!!! permata nan sebutir ni... syukur... :D

lieyalatif berkata...

ya Allah kak...lieya bace satu2...pastu membayangkan seolah2 dlm dewan tu jugak kak.... naik sebak bace kak.....

segala usaha, perit jerih berbaloi...adam org yg mengharumkan nama sekolah..... alhamdulillah...tahniah kak...tahniah adam..tahniah buat semua family akak.... satu perkara yg amat2 menggembirakan semua org....tahniah kak.....

adam request adiah ape kak hheeheheh

Arysa Nasir berkata...

Sis, aduhai, saya pulak yang menangis baca entry ni...
i can feel what u felt...
tahniah mohd saiful adam!
ia permulaan yang baik untuk sebuah perjuangan akademik yang besar di hadapan...
see.. how your parents, grandparents and everyone are so proud of you... touched...

Cik Puan Kocik berkata...

Tahniah untuk anak akak dan akak juga!!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Ziela... Allahu Akbar... tahniah ya Ziela.. terutamanya buat Adam.. semoga ini membuka jalan yang lebih terbentang luas buatnya, aamiiinnnn...

aby berkata...

salam aziela ..
mcm mana aby blh miss entry ni,
baru perasan arini,
mungkin kesibukan yg kurang buka blog buat sy terlepas pandang ..
apapun tahniah kt adam dan tk lupa pd parents nya juga ...
moga kejayaan sekarang sebagai pembuka jalan utk kejayaan yg lebih besar pd masa akan datang

IndaMarya berkata...

Wow wow wow. baru bukak blog after so long sibuk dgn anak2 murid kat sekolah.well taniah to yr Adam. I tell you a mother's doa memang the best.makbul.tahniah skali lagi.I am happy too. I am new to the sch.baru tahn ni ke situ. and so glad english melonjak 30% dri tahn lpas.in fact our sch duduki tmpat ke 5 in Perlis..usaha warga mas ni berhasil nmpaknya...he he.congrats again Aziela.a happy mother smstinya.

adianiez AIDA berkata...

tahniah adam!!!
alhamdulillah )

Aziela berkata...

@Kakcik Nur Terima kasih Kakcik...saya terharu.

Aziela berkata...

@Dr Singa TQ Doc... Saya tak jangka

Aziela berkata...

@Kakzakie Kakak, terima kasih. Seng lanangnyo siji...... syukurlah kakak.

Aziela berkata...

@~Liya Sufiah~ Akak pun tak sangka rezeki kami begini, Lieya. Alhamdulillah...

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum TQ

Aziela berkata...

@Pizli Mat Wazip TQ Pizli. Kenapa akak tak boleh komen entry awak yer?

Aziela berkata...

@Rai OurKizuna Alhamudulillah, TQ Rai... Rai pun anak2 semuanya bijak..

Aziela berkata...

@Lynda Che Lah Terima kasih... Kami tidak berapa mengharap sebenarnya.

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Akak rasa, nenek dan atoknya lebih menyumbang dalam kejayaan ini.

Aziela berkata...

@elly nadyra TQ Elly... Arissa pun sangat cemerlang...nanti Elly pun tau sebaknya macam mana

Aziela berkata...

@NzA Terima kasih kak. Saya selalu suruh dia baca cerita cemerlang 4Farah sebagai motivasi. Alhamdulillah...

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Syukran Jazilan, Kak Sham.. InsyaAllah...

Aziela berkata...

@aizamia3 Alhamdulillah...Ai... Tengkiu...

Aziela berkata...

@Sukma Haron Tq kak. Saya tak sabar...tu yang menempel di sekolah.

Aziela berkata...

@Al-Manar Congratulations to you and family as well, Pakcik. She must have been studying all the way to the top. She comes from a strong academic background family. Those might be one of the agents to success too, right Pakcik?

Aziela berkata...

@Etuza Etuza terima kasih cikgu. Tahniah kepada cikgu sekeluarga juga.

Aziela berkata...

@Acik Erna Hero2 Acik semua dah berjaya kan Acik. Adam masih jauh perjalanannya.

Aziela berkata...

@Azian Elias Tq so much Kak Yan.

Aziela berkata...

@Zoul Dahan Amiin. Anak2 Doc lagi hebat2 belaka.

Yuzie Amir berkata...

anak saya bakal menduduki upsr lagi 2 minngu.Tgh google pasal mrsm terjumpa blog puan.Sebak saya rasa baca entry ni.Harap2 anak saya jugak berjaya dlm upsr sperti Adam tapi thn ni susah skit format baru dah dan bkn lagi 5A tapi 6A.Terima kerana memberi inspirasi serta berkongsi rasa dan pengalaman.