Banjir, Kapal Terbang. Semuanya Ujian dan Amaran

16 comments
Assalamualaikum.....

Banjir dan kehilangan kapal terbang lagi sekali. Rasanya dalam tempoh setahun, kedua2 peristiwa ini berulang terjadi di Malaysia. Yang penting, bersabarlah kita. Redha sepertimana yang dituntut dalam Islam. Muhasabah diri kembali. Bab muhasabah ni, sangat personal. Terpulang kepada individual apa penilaian mereka terrhadap dosa dan pahala masing2.

Kehilangan kapal terbang, menarik perhatian seluruh dunia. Nama Malaysia terkenal kerana peristiwa ini. Banjir pula mungkin telah mengorbankan lebih ramai nyawa dari yang terlibat dengan nahas kapal terbang, tapi tidaklah menjadi isu hangat dunia ketika ini.

Anyway, kita rasa usaha membantu mangsa-mangsa banjir ini tidak cukup lagi. Untuk mereka2 yang berupaya membantu kerana mereka terlibat secara langsung atau kebetulan mereka berada hampir dengan kawasan kejadian, kita percaya mereka lelah dan kecewa. Lelah kerana sangat banyak tenaga dan bantuan fizikal lain yang diperlukan namun kecewa kerana nampaknya seperti rakyat Malaysia yang lain hanya memandang.

Kita berada di kalangan rakyat yang tidak mendapat maklumat yang mencukupi. Untungnya sedikit, kerana kita bernaung di bawah syarikat. Sumbangan peribadi boleh ditumpangkan kepada syarikat juga. Beberapa syarikat korporat lain seperti Astro dan Media Prima juga menggunakan kelebihan mereka untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk turut sama membantu.

Tapi, tempat pengumpulan barang untuk dihantar, bukankah bagus kalau dilakukan secara sistematik seperti titah Sultan Pahang?

Katalah ada penduduk luar bandar di kawasan yang kering tanpa banjir ingin menderma pakaian dan sebagainya, takkan daripada Felda Pasir Besar di ceruk Negeri Sembilan kena datang ke tesco di Puchong semata2 sebab nak dermakan sebungkus pakaian? Walhal, walaupun sebungkus pakaian, ianya sangat bernilai untuk mangsa banjir di sana.

Mungkin boleh dipusatkan satu tempat untuk penghantaran barang. Jadi, rakyat marhain boleh membantu. Seperti contoh, sebuah kampung beri satu lori sumbangan dan hantar ke pusatnya di daerah dan seterusnya ke pusat penghantaran bantuan. Lebih teratur dan lebih bermanfaat dan pantas.

Sukarelawan pula, ibu bapa yang ada anak2 lepasan SPM yang bercuti, apa salahnya lepaskan mereka untuk buat amal. Bantu menyusun dan menkategorikan barang derma agar mudah di agihkan. Sebagai balasan, anak2 ini boleh diberikan sijil penghargaan atau mungkin boleh digantikan kerja sukarela ini dengan PLKN. Sesiapa yang menjalankan tugas ini, tak perlu ke PLKN lagi. Graduated dari PLKN contohnya....

Kita rasa, kalau setiap keluarga...setiaaaap keluarga di dalam negara, menderma cuma sepersalinan bagi setiap orang ahli keluarganya, ini sudah cukup bagus. Bayangkan kalau keluarga anda kena bersedia untuk banjir, apa yang perlu ada. Contoh, untuk isteri, kena ada pakaian dalam, baju dan tuala. Untul suami, mesti ada pakaian dan torchlight serta lighter. Untuk anak, mesti ada selimut selain pakaian dan pampers. Wet tissue pun boleh diselitkan sekali. Kalau semua menyumbang, setiap mangsa banjir boleh terima lebih kurang 3-5 set setiap sorang. Cukup kan....?

Ok...kita semua bantulah apa yang terdaya yer. Be creative.

Ujian untuk semua mangsa dan kita yang berada disekitarnya juga. Amaran juga secara tidak langsung. Jangan buat tak endah dengan kuasa Allah. Bila2 masa kita semua akan dihancurkan. Maka apakah cukup bekalan yang ada sekarang?

Paling penting, bersyukurlah. Kita rasa menyampaaaaaahhhhh sangat kalau waktu sekarang dengar orang Islam yang merunguttt dengan mulut herot, dengan muka masam berkata seperti ini : "Asyikk hujaaaaan jer. tak berenti2 langsung hujan ni. Eiii...apasal la asyik hujan jer?"
Bila dengar rungutan macam ni, memang rasa nak lempang kuat2 berdas2. Sedar diri sikit! Ko boleh nak menyampah ke kalau Allah turunkan hujan? Habis yang masa kemarau kau mulut herot juga, tangan mengipas muka konon panas sangat...takder hujan langsung...kering melekat sebagainya pun ko komplen juga.

Nak seimbang? Bila nak hujan, hujan datang...bila nak sunshine, matahari menyinar? Collect pahala bebanyak. Nanti masuk syurga, semua tu ko boleh dapat.

Ok...bawa bersabar, Aziela.... Astaghfirullahhhh....


Kita nak bersedia shopping untuk bantuan mangsa banjir untuk menggantikan alatan rumah yang rosak. Syarikat kami mungkin menyumbang rice cooker atau dapur gas 2 tungku....

In Sha Allah....



.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

16 thoughts..

Izwa Kamaruddin berkata...

saya baca je la kak..nak komen memang tak terkata dah..

pizli.mw berkata...

Like :-)

SalbiahM berkata...

suka entry ni kak...the one yang offer solutions instead of complain saje. ;) like seribu kali

aizamia3 berkata...

Moga barangan yang dihantar dapat digunakan sepenuhnya.. moga ianya dapat diagihkan secara sistematik serta moga dipermudahkanNYA.

Dr K berkata...

Saya setuju 200% tentang tugas sukarelawan ni sebagai pengganti PLKN...

Tentang derma baju, saya dalam tergelak tgk gambar pemuda2 yg terpaksa pakai baju derma ( baju kurung), tak kan tak cukup langsung baju lelaki/ t- shirt? :)

Kakzakie Purvit berkata...

Tempat yg terdekat dengan tempat tinggal kakak pun buat pengumpulan. Dah banyak dah Ziela cuma tunggu 31-12-2014 baru nak dihantar ke pantai timur. Di negeri Johor tak teruk sangat Ziela sebab rumah taklah sampai ranap. Sedih tengok yg di pantai timur tu..

Lelaki Ini berkata...

bantu selagi boleh kan kak? hehe

Al-Manar berkata...

Betulkah syarikat akan hantar rice cooker? I am impressed

Kak Vit berkata...

banjir kalini betul luar dugaan.. apapun kita bantu mereka yang sangat memerlukan..

Ujie Othman berkata...

merungut mmg jgn sekali, byk perkara kita dpt/pelajari dari tiap tragedi. Moga2 kita tergolong dikalangan hamba Allah yg tetap iman.

Azian Elias berkata...

kita cuba lah sehabis baik kan..serba sikit lah kan.

Acik Erna berkata...

Alhamdulillah besar maknanya sumbangan syarikat tempat kerja ziela tu

Nastyna berkata...

thanks for dropping by my blogs and your doa. anyway..setuju sangat degan apa u cakap kat sini, finally something to think about and great ideas..

Unknown berkata...

menyumbang sekadar yang mampu~

melihat mereka~

hebat ujian untuk mereka yang kehilangan harta

ujian jugak untuk kita dalam mengeluarkan harta

sama berat

moga amal kita diterima~ amin (^___^)

Lee berkata...

Hello Aziela, wishing you and family a very happy new year with lots of laughter and good health.
We have been in Canada 27 years and hardly ever read or see on TV about Malysia.
But the past 1 year, practically every day, often headlines too.

I guess its just incredible for an Airline company to suffer 3 air losses in a year, and the loss of so many lives. Really sad.
And then the big flood displacing thousands!

For us, its an unusual X'mas and new year day today, no snow! Past 2 weeks too, though temp around -9'c.
You have a great 2015 year, Aziela, and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

NzA berkata...

setiap ujian dan dugaan terselit hikmah disebaliknya..
Alhamdulillah seorg rakan sk akak juga mengambil inisiatif mengumpul segala sumbangan brangan n wang ringgit utk disumbangkan ke team AMAL....mrk brgerak sndiri dari rumah ke rumah di sana....trkdg byk juga kerenah badan2 trtentu yg masih mementingkan diri sendiri dan inginkan nama....
Syukur Alhamdulillah rakan akak sndiri trlibat dan mrk update dr masa ke masa prkembangan rombongan disana...Skrg ni fasa utk memberi kelengkapan persekolahan kpd mangsa....

moga niat ikhlas ini mendapat ganjaran pahala brganda dr Allah.....