Selasa, 23 Disember 2014

Nasi Vanggey di Ipoh

Assalamualaikum.....

Lepas balik dari Kuala Kangsar, kami berehat di homestay sekejap. Selepas solat Maghrib, baru keluar semula. Nak cuba cari Nasi Vanggey yang disebut2 sebagai nasi ganja. Mungkin kerana sedap sangat sehingga jadi ketagihan di kalangan peminatnya, maka itulah yang dikatakan sebagai ganja kot. Dan sebab itulah juga ianya menarik ramai pengunjung kerana nak mengesahkan bahawa ianya memang betul sedap ke?

Alhamdulillah di Ipoh ni, Waze memang boleh diharap. Kami ikut Waze, susup sasap celah2 lorong mencari restorannya. Memang kita sengaja cari restorannya sebab tak nak bersesak beratur tengah panas sebab bawa Mommy dan budak2. Disini pun beratur juga, tapi beratur dalam keadaan yang selesalah sikit.

Kedainya besar, bersih dan tersusun. Bolehla.... Beratur dan nasi serta lauk disendukkan oleh pekerjanya. Kita hanya tunjuk, angguk dan geleng. Tapi part geleng tu, pekerja tu biasanya tak nampak. Kalau tak nak sesuatu lauk tu, kena cakap kuat2. Kalau tak, habis segala lauk yang dipamerkan tu penuh dimasukkan dalam pinggan. Lepas tu sendiri mau ingat masa nak bayar ye...hahahaha.



Kita tak sempat snap gambar pinggan sendiri. Terlupa. Bila dah separuh makan, baru teringat...model depan mata jer la jadi bahan.

Adam ambil lauk ayam dan sotong. Kita ambil lauk ayam dan telur masin. Kami semua lauk lebih kurang sama je. Ambil juga papedom dua bungkus.

Memang tak dinafikan, karinya memang sedap. Ayam rasa seperti biasa jer... Lagipun malam tu kami tak dapat rezeki nak makan ayam goreng berempah dia. Dapat makan ayam madu jer. Sambal kelapa yang dijadikan trademark istimewa tu pun dah habis. Aduhai...macam nak suruh datang lagi jer kan...hahahaha.

Memang selesa dan puas hati makan di situ. Kami bayar 99.50 untuk 6 orang makan. standard la...bila angguk pada pekerja dia tanda setuju lauk sotong, dia ambil 2-3 ekor sotong. sotong sekor 4.00. Darab 3, campur dengan ayam dan telur masin..hahahaha.

Tapi, memang nak kena datang lagi. Kena try ayam gorengnya dengan sambalnya yang special tu.



Nota : Adam gagal dalam permohonan ke SBPnya hari ni. Tapi dia ok jer.. Masuk sekolah harian biasa di PD, dapat bergonjeng kembali dengan kawan2nya...


.


16 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

sedap tue

Daddy Ziyyad berkata...

So nasi vanggey ni lebih kurang macam nasi kandar lah ye kak?

Tak pa Adam, duduk rumah bersekolah harian pun OK....lepas tu boring2 boleh selalu lepak kat pantai PD petang2..:)

Kakcik Nur berkata...

Walaupun kakcik orang Kuala Kangsar dan selalu juga ke Ipoh, tapi kakcik belum pernah makan nasi ganja tu... :)

Di sekolah harian pun, Adam boleh menjadi murid yang cemerlang, InsyaAllah.

Kakzakie berkata...

Puas makan kalau menepati selera kita Ziela.

ps: SBP sekarang lebih mementingkan org kampung dan mereka yg berpendapatan rendah Ziela. So kita kena akur. Tak apa pulun masa SPM ajelah buat anak-anak kita kelak.

idzwa kamaruddin berkata...

Ayam grg dia sedapp

IndaMarya berkata...

jenis nasi kandaq huga kan Ziela. wow Adam nmpak berselera makan.sedapnya.ckp dgn dia tk pa tk dpt asrama penuh pun ,kalau pandai di mana2 pun pandai.lagi satu kalau dpt takut mak dia tk tahan.dok rindu anak sorang tu boleh kurus mkn hati tau.I dh rasa mcm mana.semua 4 org anak2 dpt asrama penuh.yg paling tahan lama ank kedua 2 tahun.yg lain sebulan ada , 4 hari ada.yg ketiga lgsug tk dak hari.tak pi terus..hehe.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ berkata...

is xpenah lagi makan nasik vegey tu (^___^)

macam besss ja

NzA berkata...

Kalau aziela kata sedap mesti comfirm sedap..he3x.

Adam jgn sedih2 ye...ank2 auntie pn semua xp sbp n mrsm w.pn ditawarkn. Sk kt mana2 pn sama. Yg pnting rajin berusaha...insyaallah akn cemerlang.

aby berkata...

salam ziela ..
ada nasi vanggey juga yer !!
tk apa tk dpt masuk SBP,
sekolah biasa pun boleh cemerlang juga kan...

Ujie berkata...

mcm nasi kandar lah kan?

takpe tak dpt SBP, Allah ada perancangan lebih baik.

Zoul Dahan berkata...

Dah jadi blog makan dah ni...
Asyik review makan sahaja...
Ha ha ha.

Adam boleh buat rayuan kalau betul2 nak masuk SBP.
Saya pernah buat.
Alhamdulilah dapat.
Cuma lepas 2 bulan dia balik rumah semula.

Lee berkata...

Hi Aziela, first time I read about this nasi vanggey. I suka nasi kandar, banana lef rice, but nasi vanggey ta'pernah. Looks sedap best.
Can see Adam enjoying himself. You and family having fun trying out foods fron different states.

By the way, ada floods where you are?We got no snow yet. And I am feeling much better today.
Aziela, here's wishing you and family happy holidays.
Best wishes, Lee.

Cho Zila berkata...

ni nasi vanggey yang barunyer.. yang betoi2 asli kat jalan yang kalsom... isyh kita kalau balik ipoh asyik terlupa jer nak singgah...

aizamia3 berkata...

takpelah Adam.. di sekolah biasa pun masih boleh berjaya dengan cemerlang.. ;)

Rai OurKizuna berkata...

dekat wisma cosway dulu saya pernah beli nasi ganja.. memang umph..sedap kemain.. macam letak ganja giannya.. hahaha.. tapi tatau la sama ke tidak ngan nasik vanggey ni.. menunya simple.. nasik lauk ayam goreng, acar dengan kuah ala ala kari dalca gitu..

afeb pilah berkata...

bogonjeng yo tak? hahaha..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink