Jumaat, 12 Disember 2014

Penang Short Trip: Buah Pala (Nutmeg)

Assalamualaikum.....


Selepas lunch yang sedap, perut dah mula berat, kelopak mata dah mula berat dan minda pun jadi berat untuk aktif. Tapi kami nak bawa Mommy dan SIL untuk pusing Penang di bahagian Balik Pulau. Maka dari restoran, kami terus ikut jalan belakang pulau dan melalui kampung2 untuk ke kawasan Batu Feringgi.

Sambil2 tu, mata melilau juga cari port laksa janggus, tapi tak nampak pula. Bukan nak makan, cuma nak 'mark' tempat tu sahaja. Dalam pada kami menikmati pemandangan gunung ganang dan lurah gaung tu, tiba2 hubby ternampak satu signboard kecil di tepi jalan untuk pintu masuk ke tenpat memproses buah pala. Hubby terus melencong masuk dalam tu. Tak pernah masuk, so jalan2 saja lah. It could be educational for the kids and for the adults too.

Bila masuk jer, ada satu bangunan usang dari papan yang tersergam di hadapan kami. Oh, jalan nak masuk, agak mencabar sebab kena menurun jalan raya yang curam juga. Driver kena berhati2lah yer...tapi jalan tu pendek jer.

Anyway, kami nampak ada beberapa dulang besar yang di isi dengan buah yang berbiji2 di atas sebuah meja panjang yang lebar. Setiap dulang berisi buah yang berbeza warna.


Ok, siapa tak pernah tengok buah pala? Ini lah buahnya.... Ini buah yang mentah. Dijemur untuk dikeringkan bagi diproses untuk berbagai produk.


Ini Apek. Dia bahasakan dirinya Apek. Tapi kami panggil Uncle, rasa kurang sopan pula nak panggil Apek. Tapi dia rasa lebih mesra kalau kita panggil Apek, maka dalam blog ni, mari kita beramai2 panggil dia Apek.

Di depan Apek ialah buah peringkat2 buah pala yang dalam proses pengeringan. Rasanya ini hanyalah untuk pameran dan education sahaja. Proses sebenarnya dijalankan oleh pekerja2 beliau iaitu penduduk2 kampung yang beragama Islam. Dan beliau juga dalam proses untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM untuk produknya.

Apek ceritakan apakah buah pala. Dari mentah, dari sabut, dari isi, dari buah yang digunakan oleh mat salleh dalam cooking show di asteruk sehinggalah ke bijinya yang boleh dipelbagaikan. Berbagai jenis gred buah pala digunakan untuk berbagai produk.

Selain itu, apek juga tunjukkan jantina buah pala. Yesss....ada jantina yer. Perlu tahu jantina untuk tanam pokoknya. Ditanam dari buah pala female sahaja.


Oh, kilang ni ada siapkan air jus buah pala. First time kami tahu yang buah pala boleh dijadikan jus. Memang percuma untuk tetamu yang datang melawat. Eh, memang sedaplah jus buah pala ni.


Ini kami bersama dengan Apek. Kita yang jadi tukang snap nya. 

Inilah berbagai jenis produk buah pala.
Bakul sebelah kiri atas sekali dan bawahnya ialah buah pala mentah. Yang dalam bakul hijau ialah female dan bakul pink pula ialah male. Err, sendiri boleh tau kot kenapa...hehehehe. Kami dah gelak berdekah2 dah di situ masa Apek explain.

Dalam besen pink sebelah kanan ialah satu keratan rentas buah pala. Kulitnya tu lah yang kita makan jeruk buah pala. Isinya, di sagat dan dimasukkan serbuknya dalam berbagai jenis masakan.

Di dalam bakul pink kecil di sebelah kiri bawah sekali ialah pecahan dari biji yang kualitinya agak kurang baik. Tak boleh eksport untuk jadikan serbuk atau untuk masuk dalam masakan, tapi di stimkan dan dapatkan minyaknya yang akhirnya di pasarkan sebagai balm puah pala dan minyak angin. Memang harum sangat baunya... Bau yang mentah ni pun memang berangin dah rasa. Kami ambil sedikit, Apek bagi semua orang..."Lu simpan dalam keleta. Lu punya keleta banyakkk wangi.." pesanan dari Apek. Memang wangi.


Inilah pokok buah pala. Nampak tak buah pala yang bergantungan?


Ha, sila ambil nama kilang Apek. Nampak tak muka Apek di signboard? Hubby sangat gembira bertemu Apek...hilang terus rasa mengantuk dia...hahahaha

Since kami adalah pengunjung terakhir, Apek suruh ambil semua jus buah pala. Pergi cari botol kosong dalam kereta, tadahlah air jus tu untuk minum2 dalam kereta. 

Oh, tujuan sebenar kami ialah nak cari balm buah pala di Penang ni. Dah masuk kilang Apek, apa lagi..borong laaaa. Beratus juga laa duit yang melayang.....hahahaha. Takper, nak datang bukannya dekat. Balm buah pala ni memang kegemaran kami sekeluarga sejak bertahun2 lagi. Ada kawan di penang ni yang syorkan pada asalnya....hingga mak ayah di PD pun laju jer capai balm ni kalau ada. Kami suka yang warna putih kerana baunya lebih lembut dan kurang menyengat pijarnya. Kalau ada selsema, kembung perut...memang sangatttt mujarab. Loya2 nak muntah pun sangat berkesan lah membantu. 

So, dah pergi sini, tak perlulah kami meredah kesesakan untuk ke Chowrasta... Alhamdulillah.

Lepas tengok Batu Feringgi dari dalam kereta, kami terus masuk highway untuk ke Ipoh pula. Goodbye Penang. We'll be back for more nutmeg balms...hihihihii....


.

13 thoughts..:

Kakcik Nur berkata...

Wah...walaupun terjumpa secara tak sengaja kilang Apek (apek tu maknanya Pakcik juga kalau tak silap kakcik), tapi boleh dapat ilmu juga... :)

Ujie berkata...

byk jugak info dapat.
Kalau tak, tau makan jeruk pala je lah. :)

SalbiahM berkata...

menarik ni!saya tau makan je, tak tau pun ada jantan betina dan rupa pokok dia.great sharing!

Nurzakiah Hanum berkata...

bestnya dapat tgk live

lieyalatif berkata...

wahhh best2 akak..singgah penang...makan sedap tu...syorga makanan tuu kat sane heheheeheh.... liey akalo ke sane kak list jjcm mmg panjang menjela kakaakakakk...kene stenbai diet kaw2 sebelum ke sana.....

kak, buah pala lieya tak suke sgt sbb rase n bau die tu kuat...tapi syok kalo mkn sebb ubat angin..lepas mkn mmg tekentut2 heheheeheh

Acik Erna berkata...

acik tak pun tak pernah tengok buah pala mentah aziela..buah pala pun acik tak suka makan..

Bunda a.k.a KN berkata...

Bunda suka buah pala halus2 yang bersira gula tu...salam jumaat..

Amanina Mads berkata...

salam singgah sini.. org penang sendiri pun baru tahu pasal buah pala ni :)

Dr Singa berkata...

baru saya tau macamana buah pala yang live!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sebab dah selalu ke Penang.. akk rasa macam tahu jer signboard kilang buah pala tu.. pernah hsbnd ajar singgah tapi akk tak mahu.. seram tengok jalan dia.. dan satu lagi akk bukanlah peminat segala produk berasaskan buah pala... tapi bila Ziela kongsi ni dapatlah jugak belajar.. kann.. tq Ziela..

adianiez AIDA berkata...

info terbaru bagi aida ni...
sebelum ni makan buah pala dlm peket tu aje :)
tq for sharing...

aizamia3 berkata...

Entry yang menarik.. dan boleh dijadikan salah satu tempat untuk persinggahan..

elly nadyra berkata...

ni dah nama hari buah pala sedunia ni

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink