Jumaat, 13 Februari 2015

People Come And Go

Assalamualaikum.....

Inilah lumrah kehidupan. Ada yang pergi, cepat saja yang mengganti. Tapi untuk kes2 eksklusif, bukan mudah nak cari pengganti.

Kisah 1

Salah seorang petugas Jabatan Akaun kami, yang sama2 bertugas dengan saya di Bangsar dulu telah menerima tawaran lain. Alhamdulillah. Rezeki masing2 lah kan.

Yang bertudung biru gelap, hari terakhir beliau bersama kami. 

Kisah 2

Semalam, kehilangan Allahyarham Hasbullah Awang. Saya membesar dengan suara beliau. Kepetahan beliau, kebijaksanaan beliau menimbulkan emosi semangat dan merudum, ketenangan beliau dalam menghadapi situasi yang tidak terjangka....amat saya kagumi. Al-Fatihah untuk beliau.


Kisah 3

Seorang tokoh ulama yang sangat disegani. TGNA adalah watak penting dalam perkembangan ummah dan sahsiah Islamiah di Malaysia. Beliau mula menonjol sebagai ahli politik walaupun masyarakat setempat telah lama mengenali beliau sebagai seorang ulama. Dan keperibadian seorang ahli politik yang tulus, yang jujur dan amanah...yang berjuang demi yang benar, masih belum lagi mengubah politik Malaysia yang agak tercemar. Tapi, sedikit pendedahan itu, mula membuka minda rakyat.

Damailah tuan di sana. Al-Fatihah....


Kisah 4

Berita sedih dan gembira bercampur aduk. Isnin minggu hadapan merupakan hari terakhir saya di syarikat ini. Alhamdulillah, saya telah menerima tawaran di daerah kelahiran saya, Port Dickson. Adam dah mula membina kehidupannya sendiri, maka mak dan ayah kembali berdua. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk saya terus dekat dengan mak ayah. Dan saya juga bolehlah tinggal sebumbung dengan hubby setelah berpisah 14 tahun. Alhamdulillah....

Namun, tempat jatuh lagikan dikenang. Syarikat ini, saya bantu bosses bina bersama2. Sejak dari pendaftaran syarikat, sehinggalah syarikat ini stabil dan mampu retain petugas dengan kukuh. Saya sayang keluarga saya di syarikat ini. Tapi, tanggungjawab saya telah selesai disini. Saya bersama2 dengan team yang lain dah meletakkan tapak yang kukuh. Hanya yang tinggal adalah untuk membawa syarikat ke arah kecemerlangan.


Dalam pada itu, saya akan bertahan dengan blog ini. Stay with me friends...... Doakan yang baik2 untuk kita semua...Amiin.



.

11 thoughts..:

RamRamCute berkata...

It's difficult for me to see you after this awak!!...Dah jauh la kita...takde saya tengok awak kalau saya singgah di BESSAR nanti...

But am proud of u my free and wishing u all the best on your new tasks and working environment...

yang penting keep in touch ya.

Jangan lupakan kami. :-(

Rai OurKizuna berkata...

terkejut saya dengar 2 berita tu.. innalillah utk dua tokoh tersebut..

tahniah kak dapat reunite dengan husband.. semoga semuanya baik2 saja..

aizamia3 berkata...

Hidup ibarat roda.. sentiasa berpusing.. Alhamdulillah.. akhirnya akak kembali ke pangkuan keluarga. Pasti semua akan gembira.. ;)

Kakcik Nur berkata...

Begitulah perjalanan hidup menuju sebuah alam abadi...

Macam2 rencah akan kita tempuhi.

Selamat Maju Jaya teman...

Azian Elias berkata...

masyallahhh... berjauhan dgn hubby 14 years..dasat tuu

aby berkata...

salam aziela ..
hidup setiasa kedepan ..
wlupun kita merancang. tidak semestinya
ianya menjadi kesemua ..
apa yang datang dan pergi, kita redho atas ketentuan Allah swt

aby berkata...

jalan ke res Tok ki ..
dari Bentong ikut arah Raub ..
tk jauh dr pekan bentong, blh jumpa sbb kt tepi jalan jer

lieyalatif berkata...

eh akak pun ke...ya Allah tahniah kak...mmg sedih nak tinggalkan kawan2 skrang tapi rasenye family akak lebih memerlukan akak.... moga akak terus bahagia dgn kehidupan selepas ini....seronok dpt bersame ahli keluarga yg lain ....

take care akak...ape2pun akak jgn stop blog plak tau...

ujie othman berkata...

Roda hidup terus berputar...begitulah, ada yg sedih ada yg menggembirakan.

Baru tau akak PJJ begitu lama..tabah!

Sukma Haron berkata...

Amiinn....

elly nadyra berkata...

14 tahun
lama tu kak

begitulah kehidupan
bila ada tawaran
ada baik dan buruknya
perlu ditimbang dan diteliti serta diselusuri

semoga yang baik2 utk akak dan keluarga

alfatihah utk mereka yang telah tinggalkan kita

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink