Assalamualaikum.....

Yer....mari kita sambung story. Teruskan percutian ke hari kedua pula. Memang dah termaktub dalam jadual dan dah uruskan dengan En Rahim tu. Kami nak pergi Island Hopping, tapi lain sikit dari yang biasa. Kami request mengikut kehendak kami. First of all, semua orang x nak pergi Pulau Tasik Dayang Bunting sebab dah pernah pergi. So, kami pilih untuk pergi eagle feeding dengan nak berlama2an di Pulau Beras Basah sebab nak mandi puas2. Kita pula teringin nak ajar Adam snorkeling sbb dia suka sangat terapung2 kat laut tu. Bila kita cerita keseronokan snorkeling, Adam pun excited sungguh. Bila request macam tu dengan En Rahim, dia ada baiikkk punya idea. Dia kata kalau nak snorkeling, dia bawa ke suatu pulau yang boleh snorkeling untuk beginner. Dia bagi 5 snorkeling set extra. YES!!


Jadi, pagi hari ke-2 tu, kami semua bangun awal. Maklumlah, dah cukup rehat kan....

Tapi, Pak Su dengan Mak Su lagi cekap! Lepas Subuh, dah keluar. Pergi cari sarapan. Bukan sekadar sarapan, siap extra lagi nasi lemak bungkus dengan kuih muih untuk dibawa berkelah di pulau nanti. On the way tu, singgah lagi di satu warung/gerai dekat2 dengan Laman Padi untuk tambah bekalan. Beli nasi dalam 6 bungkus, dengan air mineral beberapa botol, kena bayar dalam 60.00++ Gilaaa.!!! Ada satu family tu, dalam 10 orang breakfast, kena sampai 100.00. Hinggakan 'tukang bayar' tu amik pe, kira semula satu2 apa yang mahal sangat. Hisshh..memang mahal betul semua makanan di Langkawi. Cuti sekolah, + cuti umum. Ambil kesempatan betul mereka yang tidak bertanggungjawab nie...

Kami janji dengan En Rahim pukul 9.00 pagi di jeti Awana. Kami semua tiba tepat pada masanya. Sebelum tu, minta bantuan En Rahim carikan kami tikar yang besar untuk duduk2 berkelah nanti sebab kami round satu Langkawi x jumpa. En Rahim pun susah nak cari sbb kedai banyak tutup, Public Holiday kan...

Anyway, bila tiba di jeti, punyalah ramainya oranggg... Kereta sikit punya jauh parking... Dahlah tu, bila tengok banyak group yang tersadai tunggu turn bot diorang, kita pun dah cuak. Tapi syukur Alhamdulillah, En Rahim memang cekap. Kami baru nak tanya, dia dah panggil tauke bot. Tauke bot pun terus suruh kami naik salah satu bot yang baru sampai. Terus naik bot. Tak buang masa. Gambar kat jeti nak naik bot, memang x der sebab tak sempat nak keluarkan kamera pun. Terus kelam kabut naik bot. Yang ada, photographer yang jual gambar sekeping 10.00 tu adalah... Bagus betul.... mcm tau2 jer...


1st sekali kami dibawa ke Pulau Intan Kecil, untuk snorkeling, mandi manda dan berkelah. Yes....! Memang tak pernah dengar pasal pulau ni, and mengikut kata En Rahim dan budak bawa bot, memang tak berapa expose lagi... Since tujuan kami untuk snorkeling for beginners, memang sesuai...

Oh, orang dewasa semuaa cuak naik bot nie sebab diorang rasa sangat laju dan melambung2 dengan kuat. Parents in law kita dengan Pak Su Mak Su, senyaappp jer. Diorang x biasa, dan rasanya ada yang x pernah pun, macam Mommy.

Tapiii kanak2...semuanyaaaa menjerit2 gelak ketawa seronok bila dilambung. Kita dengan hubby memang seronoklah, sebab dah biasa... hehehehehehehe...







Bila tiba ke Pulau Intan Kecil, memang menakjubkan sebab nampak sangat terang benderang...hahahahhahaa.

Sila bayangkan anda semua tersadai di pulau yang tak ada penghuni.... Yess...inilah pulau yang sangat back to nature. Tak ada apa2 langsung. Yang ada, hanyalah pasir, pantai, ombak dan laut, serta pokok2 dan semak samun. Tak ada bangunan, rumah, gerai, mahupun tandas awam... Errr...semua orang berdoa agar tiada sesiapa yang perlukan tandas sepanjang kami disini.

Tapi, budak yang bawa bot tu kata ada satu pondok tempat penduduk tempatan selalu lepak kalau ke sini. Inilah dia pondoknya. Tak jauh dari pantai, tapi di bawah redup pokok2 hutan. Besar pula tu. Siap ada bekas unggun api...


Kami bentangkan 'tikar' yang diberi oleh En Rahim. Actually, kanvas, bukan tikar sebab kedai tutup. Tapi syukurlah ada kanvas nie sebab besarrrr. Bolehlah duduk dengan selesa. Yang duduk pun, pasangan orang dewasa jer. Eh, kat pulau ni, kita dengan hubby bukan kategori dewasa yer...harap maklum. Kami kategori pasangan remaja yang sedang dating di tepi laut. Ha...nanges x...?

Kanak2 semua dah tak sabar terjun laut. Kasi rendam2 dulu, bagi mesra dengan air laut dan 'introduce diri' dengan alam hidupan laut. Jangan nak main terjun jer... Nanti ikan, udang, ketam, pasir semua sakit hati sebab kita main terjahh jer kawasan diorang. Kasi sopan sikit yer.... Umpama masuk rumah orang, ada adab, ada santun, kan?

Yang kat atas tu, sesi beginner lesson untuk snorkeling class. Itu untuk kanak2 ribena. Since kita sorang jer yang pernah snorkeling, maka kita secara tak langsung menjadi tenaga pengajar snorkeling x bertauliah... Hahahhaha. Untung sungguh dapat anak murid yang pintar2 sebab ajar sekejap jer, mereka dah bebas snorkeling ke sana sini.... syukur....

Sesi ke-2 ialah dengan anak2 dara pula, iaitu Syafiqah (anak Paksu) dan Ain, adik ipar kita. Tak ada gambar sebab 1st, photographer dalam air juga, and 2nd, bahaya lah nak tayang anak dara dalam air laut kat sini kan...


Yang atas nie, anak murid paling special kita. Kita bagi dia private lesson. Khas utk dia sorang... Utk private lesson, kena pergi jauh2 sikit dari anak murid yang lain... Maklumlah, anak murid special nie, bayar mahal tau.... Owhh, nampak ada jet ski ke? Yes, ada satu couple mat saleh baru sampai. Pun, snorkeling juga...
So, yang ada di situ, hanyalah family kami dan couple tu jer. Bot akan pick-up kami pukul 1.00 petang nanti...


Seronok kan kanak2 nie main air.. Gambar snorkeling tak ada sebab semuanyaaa dalam air. Camera underwater, memang tak ada....




Coral?

Uishhh...banyakk.. Cantik2 juga. Sama seperti di mana2 tempat snorkeling lain. Ikan pun banyak, cuma ikan2 kat sini tak berapa familiar dengan manusia lagi rasanya... Still suci murni gitu. Kami hulur roti pun, diorang lari. Bila dah hujung2, baru ikan2 nie takut2 berani datang ragut roti di tangan. Agaknya ikan2 ni x pernah makan roti, tu yang diorang pelik2 sikit. Kalau compare dengan di mana2 marine park, memang kejap jer hilang roti di tangan. Meloncat2 diorang rebut roti.

So, memang sesuai untuk introductory session untuk kanak2 mahupun orang dewasa yang baru mula berjinak2 dengan snorkeling. Orang x ada, private beach, private lesson and private fishes...hahahahha.

Bot datang tgh hari tu, kami panjat bot untuk balik. Tapi, sebelum tu tengok helang makan dulu lah kan... Wahh...seronok betul kanak2 tu semua. Kita bukannya seronok sangat tengok helang. Kitadah banyak kali tengok, tapi kita seronok tengok kegembiraan semuaaaa ahli keluarga. Baik yang dewasa, mahupun kanak2. Sangat bahagia tengok senyuman dan gelak ketawa di wajah masing2. It's priceless...





By the time tiba di jeti, dah pukul 2.00 petang lebih...

Lepas bergambar beramai2, baru kami pulang ke homestay. Aiseh..kena check-out pula... Sedihnya nak tinggalkan homestay tu...


Read More
Assalamualaikum.....

Selepas dinner birthday ayah di Seremban Sabtu malam tu, kami tidur di PD. Esoknya, pagi2 dah bangun, menuju ke KLIA sebab hubby outstation ke China (againn..?!). Kami breakfast di McD Nilai sebelum ke KLIA. Konon nak senang lah.... Apa, sampai ke airport, hubby dah kelam kabut sebab waktu check-in makin tinggal sikit. Dah lah orang beratur punyalah ramai. Berkejar ke sana ke mari. Seat no. dia clash pula tu dgn orang lain, ntah mcm mana ntah travel agent tu booking. Memang marathon sungguh la kami anak beranak dalam tu. Betul2 macam exercise di pagi Ahad selepas melantak McD.

Bila dah babai2 hubby, kita dengan Adam lepak2 lagi kat situ. Cuci2 mata tengok pilot2. Adamlah beria2 tengok. Yang uniform mcm nie, uniform mcm tu... Eishhh...nak jadi pilot ke Adam oiii? Tak dok rumah nnt...Asyik terbang jer sok...

So, nak balik ke parking, kami nampak la buggy yang tunggu orang mcm kat bawah nie...

Google jer...

Kita pun dengan Adam seronok la naik bila driver tu angguk2 kata boleh bila kita tunjuk arah ke parking. Adam bukan main seronok lagi sebab dia kata kaki dia dah sakit berlari dan berjalan dalam airport.


 Seronokkk jer muka dia kan. Dahlah tak ada orang lain, hanya kami berdua jer..

Sekali tu, bila sampai ke parking.....elokkk jer buggy tu meluncur laju. Takder slow langsung, berhenti lagilah tidak kan....

Ahhh, sudaaahhh!!!!

Rupa2nya buggy utk Pan Pacific hotel. Adam dah cubit2 kita dah... Kita gelakkk jer. Dia dah tarik muka masam. Dia kata, jauhhh tau, nak jalan kaki balik ke parking... Hahahhaha...memang jauh pun....

Bila sampai ke lobby, kita sengih sana, sengih sini. Staff hotel wish welcome, kita kata thank you sambil seret Adam. Masuk jer ke lobby, kita cakap ngan Adam, kita round2 sini sket, pas tuh kita naik buggy semula yer.. Barulah dia nak senyum..sebab x yah jalan kaki jauh2 lagi...hehehehehe


Posinglah dulu kat situ kan....

Lepas tu, baru pergi balik tempat turun tu, cari buggy yang driver lain plak. This time, pesan : Pakcik, nanti berhenti kat tempat parking yer....

Hehhehe..lepas tu baruuu sampai tempat parking... hahahahahha

Masuk kereta, Adam terus capai air. Haus mama...jalan jauuhhh.... hahahahhahaha
Read More
Assalamualaikum.....

Yer, menarik tak rumah tu? Seronok kan? Memang kita bercita2 nak ke Langkawi lagi, tapi nak lepak kat homestay tu jer. Tapiii, nak kena booking awal lah.. Sebab rumah tu memang idaman ramai. Setahun awal pun ada yang dah mula booking.

Oh yer, lepas berehat, petang tu kami keluar menuju ke airport sebab nak jemput Mami and Ba. Lepas dari pick-up diorang, baru plan nak pergi makan. Since, tiba awal, kami lepak2 psoing2 dululah kat airport...

Kita dengan Mak Su yang sangat sporting dan best. Muka pucat lagi sebab rasa letih lagi...


Kanak2 2 orang nie jer lah yang gembira sakan...


Bila dah sampai Ba dan Mami, barulah kami gerak mencari makan pula. Malam tu kami makan di Ikan Bakar, Balai Nelayan. Tak tau nak citer kat mana, tapi masuk simpang kiri lepas hospital Langkawi kalau daripada Kuah. Dulu kita dgn hubby pernah makan kat sini. Punyalah sedap dan murah. Tu yang repeat tu. Tapi entah kenapa, malam tu x sedap langsung pula rasanya. Ikan dan seafood pun x banyak choice. Dah ler tu, mahal berganda2 pulak tu.... Ishh..dah lapar kan.. Telan jer lah... Licin juga semuanya...

Tak banyak sangat gambar....



Selepas makan, kami berpecah. Pak Su dgn familynya mengambil kesempatan utk shopping sebab diorang x lama kat sini. Kami pula, tak shopping apa2 sebab mmg x bajet utk shopping, sekadar nak menikmati keindahan Pulau Langkawi. Apa2 pun, malam tu shopping selipar dulu, sebab semua x bawa selipar. Ini adalah untuk preparation esoknya...

Ada apa esok? Nak ke Pantai Cenang kah..? Nak mandi air terjun ke? Ha...kena tunggu next week... Macam biasalah...drama swasta kan ker hari weekdays jer... Weekend kan citer blockbuster...

So, jumpa next week yer....



Read More
Assalamualaikum.....

Sebenarnya dinner nie adalah sempena menyambut birthday ayah. Birthday dia, 28 Februari, hari selasa, tapi kami makan pada hari Sabtu malam...

Yang lagi best, ayah sendiri kata nak belanja... Eisshh, x patut betul kan... Dia pulak nak belanja anak menantu. Dah dia berkeras juga, kami ikutkan jer lah... Tapi time bayar tu, kita senyap2 ikut ke kaunter, top-up separuh... Sajer, x sedap sangat rasanya kalau biar dia belanja semua. Tapi dah niat ayah..yer tak...

So, kami agreed untuk makan western dishes di Windmill, Seremban 2. First time bawak parents makan di Windmill ialah di Melaka. Tak lama kemudian, Windmill buka cawangan di Seremban... Memang nice.


Opss, disebabkan kami ramai, dalam 12 orang, maka mestilah buat reservation kan.... Nama ayah tu..heheheh.

Minta ala-carte. Semua orang choose menu pilihan masing2.



Kasih sayang cucu... Adam suapkan atok sandwich. Yang duduk depan Adam tu, bakal menantu..hehehehe. Tunang Ida tu...





Selain dari menu pilihan one set each, we all order gak menu2 sampingan lain. Sampai tak habis sebab kenyang sangat. Terpaksa tapau.




Asrul, adik ipar kita di Sepang, masih bertongkat. 2 minggu sebelum tu dia jatuh masa main badminton. Terpaksa operate sebab ligamen koyak. Nasiblah bini dia (adik ke-3 kita) nurse kat hospital tu. Senang sikit nak monitor.




Kita duduk hujung sekali di sini. Sajer kasi peluang anak menantu lain bermesra dengan ayah. Kita dah biasa...every week mesti jumpa punya..




Adam dan Adlina. Sayang menyayang. Kalau Ina balik, sibuk nak ikut Abang Adam. Kalau Ina ada, Abang Adam sibuk seret Ina kehulu kehilir..

Very nice, everyone happy and ayah pun happy... Suka sangat...



Read More
Assalamualaikum.....

Ok..ok...mari kita sambung tentang kisah ini.

Selepas sarapan, kami bergegas ke jeti. Segala barang2 dan beg2 dikeluarkan dari bonet dan supir2 kami membawa kereta untuk mencari parking. Hubby beruntung sebab dapat cari parking di saat semua parking berbumbung telah penuh. Itupun lelaki yang jaga parking tu baik hati bawa kereta hubby parking di garaj rumah dia sendiri. Pak Su pula parking di kawasan terbuka sebab dia tak lama di Langkawi. Dia, setakat 3 hari saja...

Kita segera mencari contact person En Rahim. Ambil tiket dari belakang kaunter jer. Sempoiii. Syukur Alhamdulillah sebab tiket kami dah diuruskan awal2 oleh En Rahim sebab kalau baru nak beratur, mak datuk..punyalah panjang. Dari kaunter tiket, beratur sampai sepanjang jalan raya. Departure hall tok sah cakaplah...yang duduk dah penuh..yang diri pun bersesak. Syukur juga kerana kami tidak menunggu lama. Lebih kurang 5 minit, feri kami dah tiba. Kalau baru nak beli tiket, mungkin petang baru dapat naik feri sebab penuh sangat dah...

Kita dah beberapa kali naik feri. Cuma Firdaus jerlah yang 1st time. Seronok sungguh dia. Kami yang dewasa nie semua ambil kesempatan lelapkan mata, sebab letih sangat. Kanak2 semua beriang gembira lah, apa lagi. Diorang dalam kereta sepanjang malam elok jer tidurnya...

Adam muka berminyak2. Kita suruh dia mandi kat R&R, dia tak moh.. Dah busyuk...humphhh..

Anak2 Pak Su


Bila kami tiba di Kuah, En Rahim dah standby. Oh yer, kami order 2 biji kereta dari En Rahim. Kita order satu MPV sebab kami bertujuh. Pak Su sekadar ambil Proton Saga sebab dia berlima. Lagipun Pak Su confirmkan trip last minit sangat. Itupun berjaya juga En Rahim carikan. Kalau ikutkan, memang dah habis kereta sewa kat sana...

Kami disambut oleh En Rahim yang sangat friendly dan mesra. Tak dan (sempat) nak ambil gambar masa sampai tu. Maklumlah, orang ramai sangat, sesak betul kat situ.


Kami cepat-cepat naik kereta dan bergerak dari situ, menuju ke homestay yang ditempah.

Kita harap, pembaca semua dah visit blog homestay tu yang kita providekan dalam entry lepas. Menarik kan gambar2nya? Dan bila kami tiba di rumah tu, memang sama sebijik seperti dalam gambar blog tu. Maknanya, gambar tu bukan sekadar untuk promosi, tapi memang gambar sebenar... Kami semua gembira sangat....

Meh tengok gambar rumah satu setengah tingkat dengan English theme decorations tersebut...


Ruang tamu dengan sofa baru yang selesa sangat.

Dining hall yang sangat comel. Mejanya untuk 4 orang, tapi ok jer..

Bilik tidur utama. Cantikk sangat kan. Owhh..cadar dia meruntun jiwa.

Bilik tidur ke-2. Sangat cozy. Tidur sini mesti susah nak bangun pagi...

TV flat screen tuuuu. Astro ada semuaaaa channel. Besttt!


Gambar dapur yang sangat comel. Sangat kemas, sangat bersih dan sangat cantik. Washing machine pun ada. Bukan tu jer, siap ada minyak, bawang segala, kopi, teh, gula, garam..semuanya adalah...

Asymeer di buaian luar... Memang seronoklah nak santai kat sini...


Syafiqah, satu2nya anak dara Pak Su, posing di pondok tepi rumah. Nyaman sungguh...

Pondok nie memang bersih sangat. Kawsan halaman pun sangat bersih. Minum kopi petang2, seronok sungguh ramai2 disini.

Ha, rumah nie tepi sawah padi tauuu. Seronok betul kanak2 semua dapat main tepi sawah...

Kereta kami. Mitsubishi Grandis. Macam mana anda lihat dalam blog, macam tulah juga yang kami terima. Tak ada tipu2 punya.

Ini bahagian tepi rumah. Kereta Pak Su parking kat sini. Saga baru. Sangat selesa. Sangat jimat minyak. Oh yer, rumah nie, corner lot.

So, sangat berpuas hatilah kami semua dengan kondisi rumah nie. Selesa sangat2. Sayang sungguh sebab kami dapat 1 malam jer. Oh yer, katil2 yang disediakan, muat untuk 7 orang. Tapiiiii, En Rahim sediakan banyakkk sangat tilam extra, toto, selimut dan bantal. Oleh kerana kami ramai, bergelimpangan tidur di sofalah, depan tvlah, tepi tanggalah.. Oh yer, kawasan sebelah tangga pun dihias cantik sangat. Ada karpet tebal lagi.... Entah mana gambarnya entah...

Selesai segala pemantauan dan pembayaran pakej dengan En Rahim, kami semua berehat dulu. Petang baru keluar semua, nak jemput parents in law kat airport pula...

Berminat?

Boleh hubungi En Rahim di 019-4784 300

Read More
Assalamualaikum.....

Kami bertolak ke Langkawi dari Melaka, selepas Maghrib. Masa tu kita, Firdaus dengan hubby jer. Adam gerak dari PD direct dengan Pak Su n family. Kami berjanji akan berjumpa di R&R Rawang pada jam 10 malam. Kita dengan hubby kena jemput SIL kat asramanya di Sg Buloh dulu. On the way ke Sg Buloh, terpaksa berhenti di R&R Seremban sebab hubby terpaksa attend global meeting. Ala, teleconference. Sempoi jer meeting dok dalam kereta. Pasang speaker fon, buka laptop. Sampai ngantuk kita dibuatnya. Adalah setengah jam kot kat situ. Kami teruskan perjalanan ke Sg Buluh melalui highway KLIA, Utara. Dari KL lagi, kereta punyalah banyak atas highway. Tapi masih bergerak lagilah...

Selepas ambik SIL, kami teruskan perjalanan ke R&R Rawang seperti yg dijanjikan. Tapi sampai situ pun dah pukul 11 malam. Rupa2nya Pak Su pun baru tiba sebab kesesakan jalan raya yang sangat teruk. Kami teruskan perjalanan dan nak cari port untuk berhenti dan makan...

Konvoi 2 kereta, siap equipment walkie talkie setiap kereta untuk memudahkan komunikasi. Tapi, tetap terpisah. Setiap R&R penuh hingga melimpah ruah. 1km sebelum masuk dan 1km selepas keluar R&R pasti dipenuhi dengan kereta2 yang parking untuk berhenti rehat dan tidur.

Kami berhenti di salah satu R&R dan makan. Yang lawaknya, Pak Su entah di mana, dan kami pun entah di mana. Nasiblah...apa nak buat. Last2 kami bincang, siapa sampai dulu ke Jeti Perlis, dia tunggulah...heheheheh. Tak jadi nak konvoi dah sebab teruk sangat sesaknya.

Hubby drive sepanjang malam sebab kita memang sangat tak berdaya. Apa taknya, Khamis malam sebelum bertolak tu lagi kita dan kena diarhea yang teruk. Sampai muntah2. Pening, toksah cakaplah... So, dalam kereta tu masih merehatkan diri lagi dan mamai sebab telan ubat.

Akhirnya, kami tiba di Jeti Perlis pada jam 8.00 pagi setelah berhenti secara runcit2 di beberapa kawasan rehat. Oh yer, pagi esoknya, baru kita take over stereng sebab dah rasa sihat sikit dan hubby pula amik giliran tidur. Pak Su pun tiba lebih kurang sama waktu dengan kita...

Bila sampai Kuala Perlis, kami cari kedai makan dulu untuk breakfast. Elok pula jumpa kedai makan yang sedap. Siap ada ikan bakar fresh lagi pagi2 tu... Yummy...


 Gambar makanan dah tak ada.... Kebuluran tahap melampau, hehehehehe. Tupperware tu semua isi bekalan dari rumah. Ada lagi balancenya, kami makan juga breakfast tu... MIL dah siap masakkan nasi dan lauk pauk. Ada sambal telur, ada ayam goreng, ada daging goreng cili. Perghh..marvelous, wa cakap lu....


 Inilah Pak Su kita dengan anaknya yang ke-3, Asymeer. Percutian mereka adalah sempena keputusan UPSR Asymeer yang memenuhi piawaian... Alhamdulillah...

 Ha, ini 3 stooges. Adam dan Firdaus, 10 tahu, anak Pak Su pulak, si Asyrul tu 9 tahun. Memang berkepitt jerlah budak2 nie. Seronok tengok budak2 nie happy.

Walaupun penat dan letih, tapi kami bersyukur kerana akhirnya dah tiba di Kuala Perlis... Alhamdulillah...

Apa jadi di jeti? Nantikan episod berikutnya...hehehehhehe
Read More
Assalamualaikum.....

Maka dengan rasminya, bermulalah episod pengembaraan kami ke Pulau Langkawi....

Apa-apa pun, sebelum ke Langkawi, mesti nak kena booking penginapan dan kenderaan. Maklumlah, cuti umum yang panjang dan bersambung pula dengan hujung minggu, semua hotel dan apartment telah penuh dibooking. Walhal, kita dah mula mencari 4 bulan sebelum tarikh percutian tu lagi. Hubby pula tak nak duduk di chalet. So, setelah puas mencari, survey dan bertanya, maka kita terjumpa dan jatuh hati dengan guest house ini. Ianya ala-ala homestay tapi sangat berbeza. Sangat menarik. Boleh klik sini : http://dsentosalangkawi.blogspot.com/

Kami merancang untuk berada di Langkawi selama 5 hari 4 malam. Maklumlah, selama ni, ada yang kami pergi 2H1M dan ada juga 3H2M, tapi macam x cukup pula. Terkejar2 sikit. So, untuk keselesaan, kami tambahkan sehari lagi.

Percutian kali ini adalah bersama dengan parents-in-law, anak buah kami Firdaus yang sebaya dengan Adam, serta dengan keluarga Pak Su kita di Port Dickson. So, keseluruhannya, kumpulan kami adalah seramai 12 orang. Ramai kan..... Memang kita dan hubby dah lamaaa teringin nak bawa parents-in-law pergi bercuti. Masalahnya, FIL kita tu tak berapa gemar nak berjalan jauh. Punyalah susah nak memujuknya.... Bukan apa, sebagai anak, kami berhajat, biarpun cuma sekali untuk mereka bercuti dengan hasil mereka membesarkan hubby... Last2, Adam juga yang berjaya pujuk. Sampai FIL kita kata : Nie, Adam punya pasallah Atuk terpaksa ikut nie.... hehehehhehehee.

Namun, memandangkan FIL tak berapa sihat dengan usia yang lanjut, perancangan asal untuk menaiki 2 biji kereta kami tukar. Asalnya nak pandu kereta kita dengan kereta hubby. So, kita bawa separuh ahli rombongan dan hubby bawa separuh lagi. Sebabnya tak nak susahkan FIL memandu beratus kilometer. Sekali, bila fikir2 semula, kami putuskan bahawa eloklah FIL dan MIL naik flight saja. Mudah. Sekejap, tak memenatkan dan lebih jimat. Itupun kami belikan tiket FireFly sebab tak nak mereka merempuh kesesakan di LCCT. Kebetulan BIL kita kerja di Subang, so dia lah yang tolong hantar ke airport dan pick-up dari airport. Syukur, selesai semuanya.



Berbalik kepada penginapan, bila kami cuba hubungi owner homestay ini, iaitu En Rahim Abdullah (019-4784 300), kami dimaklumkan bahawa hanya ada satu malam saja kosong, iaitu malam pertama kami disitu. Tapi, oleh kerana kami memang nak sangat duduk disitu, hubby suggest, kami duduk juga disitu utk malam pertama. Yang selebihnya, En Rahim yang sangat baik hati itu telah bantu mencarikan penginapan yang lain. Bukan itu saja, kami juga menyewa kereta dari beliau, serta mengambil pakej Island Hopping dan Kilim Geopark River Cruise juga dengan beliau. Mudah sangat-sangat. 1 stop center. Semuanya diuruskan dengan baik oleh beliau. Ada juga 10% rasa ragu2 sebab kami hanya berurusan melalui telefon sahaja. Tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan tak ada contact yang kenal pun. Tapi, atas dasar percaya, maka kita tawakkal sajalah....

Sedikit demi sedikit duit deposit kami bank-inkan pada beliau. Hanya deposit, setakat memberi tanda urusniaga dipersetujui. Selebihnya, kami akan bayar sebaik saja tiba di Pulau Langkawi nanti.

Oh yer, bukan setakat itu saja, tiket feri ke Langkawi juga diuruskan oleh En Rahim. Kami tiba di jeti nanti, hanya perlu ke kaunter untuk ambil tiket saja.

Kita berdoa sangat-sangat semoga semua urusan di permudahkan, dan semua ahli keluarga akan menikmati percutian dengan gembira. Paling penting, agar kami tidak ditipu.... Tetapi entah mengapa hati ini percaya sungguh dengan En Rahim walaupun rasa ragu2 harus ada sekelumit.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama