Isnin, 12 Mac 2012

Langkawi : Hari ke-2 Dibuai Damai

Assalamualaikum.....

Yer....mari kita sambung story. Teruskan percutian ke hari kedua pula. Memang dah termaktub dalam jadual dan dah uruskan dengan En Rahim tu. Kami nak pergi Island Hopping, tapi lain sikit dari yang biasa. Kami request mengikut kehendak kami. First of all, semua orang x nak pergi Pulau Tasik Dayang Bunting sebab dah pernah pergi. So, kami pilih untuk pergi eagle feeding dengan nak berlama2an di Pulau Beras Basah sebab nak mandi puas2. Kita pula teringin nak ajar Adam snorkeling sbb dia suka sangat terapung2 kat laut tu. Bila kita cerita keseronokan snorkeling, Adam pun excited sungguh. Bila request macam tu dengan En Rahim, dia ada baiikkk punya idea. Dia kata kalau nak snorkeling, dia bawa ke suatu pulau yang boleh snorkeling untuk beginner. Dia bagi 5 snorkeling set extra. YES!!


Jadi, pagi hari ke-2 tu, kami semua bangun awal. Maklumlah, dah cukup rehat kan....

Tapi, Pak Su dengan Mak Su lagi cekap! Lepas Subuh, dah keluar. Pergi cari sarapan. Bukan sekadar sarapan, siap extra lagi nasi lemak bungkus dengan kuih muih untuk dibawa berkelah di pulau nanti. On the way tu, singgah lagi di satu warung/gerai dekat2 dengan Laman Padi untuk tambah bekalan. Beli nasi dalam 6 bungkus, dengan air mineral beberapa botol, kena bayar dalam 60.00++ Gilaaa.!!! Ada satu family tu, dalam 10 orang breakfast, kena sampai 100.00. Hinggakan 'tukang bayar' tu amik pe, kira semula satu2 apa yang mahal sangat. Hisshh..memang mahal betul semua makanan di Langkawi. Cuti sekolah, + cuti umum. Ambil kesempatan betul mereka yang tidak bertanggungjawab nie...

Kami janji dengan En Rahim pukul 9.00 pagi di jeti Awana. Kami semua tiba tepat pada masanya. Sebelum tu, minta bantuan En Rahim carikan kami tikar yang besar untuk duduk2 berkelah nanti sebab kami round satu Langkawi x jumpa. En Rahim pun susah nak cari sbb kedai banyak tutup, Public Holiday kan...

Anyway, bila tiba di jeti, punyalah ramainya oranggg... Kereta sikit punya jauh parking... Dahlah tu, bila tengok banyak group yang tersadai tunggu turn bot diorang, kita pun dah cuak. Tapi syukur Alhamdulillah, En Rahim memang cekap. Kami baru nak tanya, dia dah panggil tauke bot. Tauke bot pun terus suruh kami naik salah satu bot yang baru sampai. Terus naik bot. Tak buang masa. Gambar kat jeti nak naik bot, memang x der sebab tak sempat nak keluarkan kamera pun. Terus kelam kabut naik bot. Yang ada, photographer yang jual gambar sekeping 10.00 tu adalah... Bagus betul.... mcm tau2 jer...


1st sekali kami dibawa ke Pulau Intan Kecil, untuk snorkeling, mandi manda dan berkelah. Yes....! Memang tak pernah dengar pasal pulau ni, and mengikut kata En Rahim dan budak bawa bot, memang tak berapa expose lagi... Since tujuan kami untuk snorkeling for beginners, memang sesuai...

Oh, orang dewasa semuaa cuak naik bot nie sebab diorang rasa sangat laju dan melambung2 dengan kuat. Parents in law kita dengan Pak Su Mak Su, senyaappp jer. Diorang x biasa, dan rasanya ada yang x pernah pun, macam Mommy.

Tapiii kanak2...semuanyaaaa menjerit2 gelak ketawa seronok bila dilambung. Kita dengan hubby memang seronoklah, sebab dah biasa... hehehehehehehe...







Bila tiba ke Pulau Intan Kecil, memang menakjubkan sebab nampak sangat terang benderang...hahahahhahaa.

Sila bayangkan anda semua tersadai di pulau yang tak ada penghuni.... Yess...inilah pulau yang sangat back to nature. Tak ada apa2 langsung. Yang ada, hanyalah pasir, pantai, ombak dan laut, serta pokok2 dan semak samun. Tak ada bangunan, rumah, gerai, mahupun tandas awam... Errr...semua orang berdoa agar tiada sesiapa yang perlukan tandas sepanjang kami disini.

Tapi, budak yang bawa bot tu kata ada satu pondok tempat penduduk tempatan selalu lepak kalau ke sini. Inilah dia pondoknya. Tak jauh dari pantai, tapi di bawah redup pokok2 hutan. Besar pula tu. Siap ada bekas unggun api...


Kami bentangkan 'tikar' yang diberi oleh En Rahim. Actually, kanvas, bukan tikar sebab kedai tutup. Tapi syukurlah ada kanvas nie sebab besarrrr. Bolehlah duduk dengan selesa. Yang duduk pun, pasangan orang dewasa jer. Eh, kat pulau ni, kita dengan hubby bukan kategori dewasa yer...harap maklum. Kami kategori pasangan remaja yang sedang dating di tepi laut. Ha...nanges x...?

Kanak2 semua dah tak sabar terjun laut. Kasi rendam2 dulu, bagi mesra dengan air laut dan 'introduce diri' dengan alam hidupan laut. Jangan nak main terjun jer... Nanti ikan, udang, ketam, pasir semua sakit hati sebab kita main terjahh jer kawasan diorang. Kasi sopan sikit yer.... Umpama masuk rumah orang, ada adab, ada santun, kan?

Yang kat atas tu, sesi beginner lesson untuk snorkeling class. Itu untuk kanak2 ribena. Since kita sorang jer yang pernah snorkeling, maka kita secara tak langsung menjadi tenaga pengajar snorkeling x bertauliah... Hahahhaha. Untung sungguh dapat anak murid yang pintar2 sebab ajar sekejap jer, mereka dah bebas snorkeling ke sana sini.... syukur....

Sesi ke-2 ialah dengan anak2 dara pula, iaitu Syafiqah (anak Paksu) dan Ain, adik ipar kita. Tak ada gambar sebab 1st, photographer dalam air juga, and 2nd, bahaya lah nak tayang anak dara dalam air laut kat sini kan...


Yang atas nie, anak murid paling special kita. Kita bagi dia private lesson. Khas utk dia sorang... Utk private lesson, kena pergi jauh2 sikit dari anak murid yang lain... Maklumlah, anak murid special nie, bayar mahal tau.... Owhh, nampak ada jet ski ke? Yes, ada satu couple mat saleh baru sampai. Pun, snorkeling juga...
So, yang ada di situ, hanyalah family kami dan couple tu jer. Bot akan pick-up kami pukul 1.00 petang nanti...


Seronok kan kanak2 nie main air.. Gambar snorkeling tak ada sebab semuanyaaa dalam air. Camera underwater, memang tak ada....




Coral?

Uishhh...banyakk.. Cantik2 juga. Sama seperti di mana2 tempat snorkeling lain. Ikan pun banyak, cuma ikan2 kat sini tak berapa familiar dengan manusia lagi rasanya... Still suci murni gitu. Kami hulur roti pun, diorang lari. Bila dah hujung2, baru ikan2 nie takut2 berani datang ragut roti di tangan. Agaknya ikan2 ni x pernah makan roti, tu yang diorang pelik2 sikit. Kalau compare dengan di mana2 marine park, memang kejap jer hilang roti di tangan. Meloncat2 diorang rebut roti.

So, memang sesuai untuk introductory session untuk kanak2 mahupun orang dewasa yang baru mula berjinak2 dengan snorkeling. Orang x ada, private beach, private lesson and private fishes...hahahahha.

Bot datang tgh hari tu, kami panjat bot untuk balik. Tapi, sebelum tu tengok helang makan dulu lah kan... Wahh...seronok betul kanak2 tu semua. Kita bukannya seronok sangat tengok helang. Kitadah banyak kali tengok, tapi kita seronok tengok kegembiraan semuaaaa ahli keluarga. Baik yang dewasa, mahupun kanak2. Sangat bahagia tengok senyuman dan gelak ketawa di wajah masing2. It's priceless...





By the time tiba di jeti, dah pukul 2.00 petang lebih...

Lepas bergambar beramai2, baru kami pulang ke homestay. Aiseh..kena check-out pula... Sedihnya nak tinggalkan homestay tu...


7 thoughts..:

Azham Vosovic berkata...

hehe...bahagia bercuti ramai-ramai....teringin nak pergi Langkawi lagi huhuhuhu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

syoknyer lama x mandi manda ngan air laut ni...pulau intan kecil tue x biasa plak terjah

Suhami Ahmad berkata...

atok tak ponah poie sini lagi...insyaAllah, next time! =)

NzA berkata...

wah bestnya brcanda2 di pantai....

Cik Rose Cute berkata...

BESTNYA PEGI LANGKAWI...CIK ROSE DAH LAMA TERINGIN...

Rahmah Ram Ram berkata...

Bestnya pergi Langkawi saya ni bilalah nak sampai..hehhe

awak saya ada tag awak untuk join GA..kalau FREE silalah...

http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2012/03/megagiveaway-by-penmerahcom.html

msredcheesecake berkata...

TERINGIN NAK SNORKEL TAPI SY TAKUT AIR...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink