Langkawi : Wadah Peperangan

5 comments
Assalamualaikum.....

Selepas keluar dari Makam Mahsuri, kami teruskan perjalanan untuk mencari lunch pula. Lalu di Padang Matsirat dan kita memang ingat pernah makan di sebuah kedai yang menyajikan masakan kampung dan ikan bakar. Tapi tak pula berjumpa. Tapi kalau dah rezeki, dalam pada nak cari kedai atau restoran yang sesuai, akhirnya kami jumpa juga kedai tu.



Nama kedai tu ialah Jom Ikan Bakar, terletak di Padang Matsirat. Gambar ni di ambil dari blog Juadah Malaysia yang hebat. Kalau nak tengok lebih banyak gambar kedai nie dan menu2 yang ada, boleh lah ke blog Juadah Malaysia tu.

Yang paling spesel mestilah ikan bakar dia kan.

Ini yang ada. Selain daripada tu, mestilah ada ikan sembilang, keli, cencaru, terubuk dan siakap. Masa tu, kami ambil seekor siakap yang besar dan banyak ketul chicken wings bakar. Pergh...cubiit jer isi ikan tu dah terliur dah. Belum masuk mulut lagi tu.. Memang sangat lembut, sangat sedap perisa dia dan wangi dengan rempah ratusnya. Datang awal elok sikit. Kalau lewat, nanti habis. Bukan tu jer, harga memang sangat berpatutan.

Selepas makan, kami terus u-turn ke Beras terbakar. Hahahahhaha...sampaiiii juga kan. beberapa meter jer dari kedai Jom Ikan Bakar tu rupanya.

Tak ambil gambar langsunggg pun kat situ sebab perut dah kenyang, badan dah penat, mata dan ngantuk, tambah dengan cuaca panas terik masa tu. Tak ada mood sangat2. Sehinggakan niat nak memborong kain batik pun merudum. Kita jeling lebih kurangg jer...

Untuk yang tak pernah pergi, kita dah google gambar tempat Beras terbakar tu.



Kawasan rumah nie memang tak nampak langsunglah dari tempat parking tu sebab ianya dah dipenuhi dan tertutup dengan gerai2 yang jual berbagai2 barang. Kain baju dan cenderamata bumi Langkawi memang berbagai2. At the end of the alley, barulah nampak rumah nie. Berasnya dah tak ada, Yang ada hanyalah semangkuk kecil beras yang kehitaman dan diletakkan di dalam kotak kaca sebagai pameran.

Tapi kisah tentang beras yang terbakar disini memang menarik. Asalnya, Padang Matsirat ini adalah pusat pentadbiran di Pulau Langkawi. Oleh itu, selepas kematian Mahsuri, Langkawi mula dilanda musibah. Serangan dari Siam yang amat menakutkan dan mengancam. Tambahan lagi, beberapa pendekar Langkawi telah di hantar ke Kedah untuk menahan serangan Siam di sana. Oleh itu, untuk mempertahankan Langkawi, untuk mengelakkan agar Siam bertapak dan menakluk Langkawi, semua bekalan beras di kumpulkan di rumah ini lalu di bakar. Ianya untuk menghapuskan bekalan makanan agar tentera Siam tak akan survive di Langkawi. It happenned to be that the plan was a brilliant decision. Langkawi terselamat dari jajahan Siam sehingga sekarang...

Menarik kan, kisah peperangan di Langkawi?

Oh, ada kejadian tragis di sini. Adam dan Firdaus, memang kita kasi mereka sedikit sebanyak duit untuk mereka enjoy dan merasakan power to buy sendiri. Mereka dan boleh mengira, so untuk pendedahan dan untuk menggembirakan mereka, kita saja lah kasi duit sikit. Tak adalah sampai beratus2, tapi cukuplah kalau nak beli remote control car, atau kasut, atau apa2 toys yang diorang nak.

So, di situ, mereka nie tertarik pada satu kedai yang jual toys. Firdaus beli senapang kayu yang ada getah untuk menembak tu dan Adam pula beli sebilah pedang kayu ala Aladdin. Seronok sungguh mereka sebab membeli sendiri, memilih sendiri, dan menggunakan duit sendiri. Mereka rasa dewasa. Kita x nak decide dan x advise sebab biarlah mereka rasa bebas memilih sendiri dan berfikir sendiri.

Tapi bila hubby nampak, hubby tak puas hati dengan pedang Adam sebab hujungnya dah terkopek2 sikit. Pergi semula ke kedai tu dan minta pedang lain yang lebih elok. Tapi orang kedai tu kata tak ada lagi. Hubby komplenlah sikit, barang x elok, jual mahal2. Mentang2lah yang membeli tu budak2. So, hubby tawarlah sedikit. Dia mintak kurangkan 2.00. Harga pedang tu 10.00. Niat hubby nak ajar Adam macam mana proses tawar menawar. Tapi orang kedai tu naik marah tiba2. Dia terus ambil pedang tu semula, pulangkan duit Adam sambil marah2. Kami pun terkedu. Aik...customer cakap sikit pun x boleh terima ker? Kita cepat2 tarik hubby dan Adam keluar dari kedai tu. Dah mula rasa x selesa.

Kami kemudiannya tengok beras terbakar sikit lebih kurang, and hubby belikan pedang samurai pula untuk Adam, gantikan pedang Aladdin tu. Kesiann Adam. Kita perasan Adam agak kurang berpuas hati, tapi dia patuh jer. Adam memang seorang anak yang baik. Alhamdulillah...

Bila nak keluar pergi ke parking kereta, terpaksa lalu semula kedai tadi tu. Tiba2 orang kedai tu menjerit ke arah kami, Dia kata :

"Ha, nielah oghang yang kwang hajaq tu. Hang kalau x suka baghang aku, jangan nak perleceh plak. Kwang hajaq betoii...!! "

Perghh..! Inikah dia etika peniaga? Peniaga Melayu? Dan jangan terkejut. Peniaga tersebut ialah seorang wanita muda. Hilang betul nilai budi bahasa Mahsuri di bumi Langkawi.

Kami pun x nak cerita banyak, terus balik semula ke apartment. Rehat2 dulu sebelum keluar semula malam nanti.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

rasanyer pernah mkn kat kedai tue sekali...not bad...ayaq asam dia best khen,

Unknown berkata...

dah lama tak sampai ke langkawi

Cik Bambam berkata...

hamboi.. treat cutomer mcm tuh.. lingkup lar sok lusa tuhhh..huhuhu

Unknown berkata...

mahal ayat akak ni:

"hilang betul nilai budi bahasa Mahsuri di bumi Langkawi" huhuhu. sy sgt suka ayat tu heheheh

Aziela berkata...

Lady Ayu : Rempah dia buat bakar ikan tu pun dah cukup sedap

azam : Semakin lama semakin seronok tau...

CB : Ha kaann... Geram giler akak dgn minah tu

Azham : Nak cernakan kemarahan dengan ayat sastera...hahahahhaha