Sabtu, 24 Mac 2012

Makan di KL : R&R Kinrara - KESAS

Assalamualaikum.....

Dah lama kita tak bercerita tentang makan-makan kat blog nie kan. Meh lah selit sikit pasal makan-makan nie yer....

Ada satu hari tu, kita dengan sahabat baru balik dari taklimat di Shah Alam. Meniju ke Bkt Jalil, kami melalui highway KESAS. Itu yang paling mudah dan confirm tak ada traffic jam sebab dah tengah hari. Since dah lapar, niat memang nak makan di R&R Kinrara. Terbayanglah lauk-lauk kampung di food court itu kan.

Tapi bila sampai, nampak macam ada restoran baru kat hujung food court tu. Restoran makanan Arab. Oklah, teringin nak cuba.


Suasana kedai nampak bersih. Orang tak ramai. Belum ramai ke, atau x sedap ke, atau orang tak tau ke, tak pastilah pula. Pelayannya hanya ada 2 orang saja. Tapi panasnya Ya Rabbi. Tak ada air cond langsung dan kipasnya pula sedikit sangat.

Mula2 kami dihidangkan dengan sampingannya dulu.

Rasanya nasi bukhara la. Rempah agak sikit kuat. Tapi ayamnya, alahai..secotett jer. Nasib baiklah nasi dan ayamnya boleh diterima tekak.

Ini sahabat kita punya. Nasi Mandhi. Dia kata nasinya sedap, tapi ayamnya macam kurengg sikit.

Air Lemon Ais Pudina. Boolehlaaaa.....

Untuk sekadar menghilangkan lapar dan dahaga, bolehlah. Tapi untuk special, rasanya jauh lagi perjalanan restoran nie.



3 thoughts..:

Papa Mifz berkata...

papa mifz x pernah lg mkn nasi arab...huhu

Suhami Ahmad berkata...

ala, seco'ek je ayam eh kak...kalo nasi arab ni ayamnya selalunya dia kasi suku ayam kan

Aziela berkata...

Papa Mifz : ada orang suka, ada orang x suka. Trylah nanti...

Suhami : Ha...tauu pun. Kocikkk yooo.. Anak ayamlah agak eh...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink