Khamis, 15 Mac 2012

Langkawi : Dinner Malam Ke-2

Assalamualaikum.....

Sambung lagilah yer. Harap2 masih ada yang sudi baca. Kalau x ada pun, semoga Adam boleh baca bila dia dah besar sok2nya....

Lepas check-out dari English-style homestay tu, kami dibawa pula oleh En Rahim ke penginapan yang seterusnya...

Kami di bawa ke Apartment Chogm di pekan Kuah tu. Tak ambil gambar langsung pun disini sebab tak sempat. Disamping tu, rasa tak best sikit sebab masih rindukan rumah homestay En Rahim tu. Sob..sob...

Homestay di Chogm nie, ok juga. Macam townhouse, tapi apartment style. Ada swimming pool, tapi kami langsung x sempat nak gunakan facility tu. Sibuk tour de Langkawi jer... Kalau nak dapatkan view, boleh refer blog homestay Chogm. Klik SINI. Walaupun kami tak duduk rumah yang sama, tapi macam tulah lebih kurang. Owner kami orang lain, member En Rahim tu rasanya.

Yang bagusnya di sini, dekat sangat2 dekan pekan Kuah. Seronok sikit nak shopping (macamlah rumah En Rahim tu jauh sangat...).

Selepas check-in disini, kami semuanya rehat dulu sebab kepenatan mandi laut dan snorkeling. Bila dah rehat sikit, mulalah misi mencari makanan. En Rahim cadangkan restoran D'Sa dekat2 situ sebab dia kata laksanya sedap. Asalnya sebab kita dah plan nak lepak di Laksa Power sebelah landasan kapal terbang di Padang Matsirat, tp en Rahim soh try Restoran D'Sa nie dulu. Dia kata sedap. Yang kami nie menggagau mencari, tapi x jumpa. Last2 call tanya En Rahim, dia datang semula pada kami dan sanggup bawa kami tunjukkan jalan. Baik sungguh En Rahim nie....

Dan semestinya kami order laksa. Tapi kanak2, macam biasalah... Ada yang nak nasi goreng, mee hailam, mee udang dan sebagainya....



Ini Laksa Penerak namanya.


Ini pula Mee Udang hubby.



Inilah restorannya. Gambar restoran nie jer pinjam di Google.

Well, memang sangat menarik. Laksa, macam biasa2 jer kot. Lidah org N9, nak yang pedas jer..hehehehhe. Laksa dia sedang2 nice, tak pedas. Tapi dishes yang lain2...perghh...memang lulus cemerlanglahhh... Sesedap rasa, seimbang dan boleh dimakan hingga licin pinggan.

Selain daripada tu, ada juga nasi campur, western food dan sebagainya...

Lepas makan, kami berpisah lagi. Pak Su and family shopping di Pekan Kuah. Kami pula headed tu Pantai Cenang, nak shopping di sana pula.

On the way ke Chenang, singgah juga di Laksa Power, tapi x makan laksa lah.. Just minum air jer sebab dah kenyang. Sajer ambil angin laut. Kita ambil juga rojak sepinggan besar. Ambil kuih muih mcm biasa, termasuk 2 ekor udang goreng yang sederhana. Total rojak sepinggan ialah RM58.00!!! Pergh...confirm!! Kedai kecil2 mcm nie, kalau time ramai tourist diorang naikkan harga makanan. Lebih baik ke retoran mcm Restoran D'sa tu sbb dalam menu memang harga dah fixed. Tak yah asyik nak terkejut terperanjat. Tambah lagi seminggu kat sini, boleh sakit jantung rasanya.

Anyway, Pak Su call, kata nak join. Kami tunggu Pak Su and headed tu Pantai Cenang utk shopping lagi. Best...mcm2 ada. Baju pun mcm2 jenis..seliparlah, souveniers la, senapang lah...hehehehhehe. Tak sempatlah nak click sana sini... Banyak sangat anak2 ayam bertebaran. Dah jumpa boys kat sini, anak2 dara plak ilang, dah jumpa anak2 dara, mak2 pula ilang, dah jumpa semua, drivers pula ilang. Haishhh... penat...

Oh yer, masa que utk beli souveniers dengan Adam, ada sorang pakcik Mat Saleh tegur Adam.

Mat Saleh : How are you, boy?
Adam : I'm fine, thank you. (Dengan muka malu2 tapi mcm sombong2)
Mat Saleh : Do you know how to speak English?
Adam : Yes
Mat Saleh : Mee too, but little bit only.

Lepas tu dia dengan Adam gelak2 macam lawak sungguh. Ok, bagi these 'boys' lawaklah kot. Mat Saleh tu either orang German, atau French kot dengar dari loghat dia tu..

Dah settle kat situ, we all makan di pekan Kuah, mana yang ada jer, and retired. Pergh.... penatnyaaa....



3 thoughts..:

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ berkata...

sedapnye laksa..huhu

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

uit tang laksa tu sedap betul

Aziela berkata...

KaiSara : Kan...

Hawa : Ooo..minat laksa gak ekkk...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink