Sabtu, 31 Mac 2012

Makan di Melaka : Coconut Shake Pantai Klebang

Assalamualaikum.....

Entry ini sepatutnya scheduled weekend baru lepas nie, tapi dia tukar jadi draft pula. Suka hati blog jer kan... Anyway, kita publish kan juga. Happy Mondays all...
Ini, macam biasalah yer... hujung minggu nie kita cerita pasal tempat2 makanlah. Langkawi punya, Insyaallah minggu depan habislah postingnya...hehehehhehe

So, dah banyak giles dah orang buat entry pasal Coconut Shake di Pantai Klebang nie kan. Walaupun dah banyak dan rasanya malas sikit nak cerita, tapi mengenangkan ianya negeri Melaka, rumahku syurgaku di sana, maka buatlah juga entry. Jangan nanti orang kata sombong pula, tak nak pomot Melaka.

Anyway, coconut shake di Pantai Klebang nie memang dah jadi sebutan ramai. Asalnya, dia hanya berniaga di tepi simpang tepi jalan besar di Klebang tu jer. Tapi disebabkan pelanggan semakin bertambah dan ramai, ditambahkan pula dengan promotion tidak berbayar di blog2, maka jalan di pantai Klebang tu pun jadi traffic jam setiap kali hujung minggu terutama masa cuti sekolah. Untuk mengelakkan kesesakan sebegitu, maka mereka pindahkan warung coconut shake ke dalam. Ada signboard dari tepi jalan tu. Owhh, warung tepi jalan tu tetap wujud lagi, tapi untuk yang nak bungkus saja. Kalau nak duduk kat kerusi, minum shake sambil makan2 kuih, kenalah drive ke dalam sikit.


Inilah warungnya. Kaunter buat coconut shakelah tu...

Presenting the famous Coconut Shake of Klebang.


Adam nie memang perasan hensem la.. Dia ingat posing mcm tu nampak macholah kot..

Ada kerepek geragau kat tepi warung nie. Not bad juga, cuma tak cukup attractive untuk panggil kita membeli.

Ada nasi lemak juga... Sambalnya, pedass!

The taste of the shake bukanlah extravaganza sangat. Biasalah orang meniaga kan.. Sometimes ago, it used to be soo thick and soo creamy. Tapi nowadays dah kurang rasa creamy ad of course the thickness. Kuih muih pun rasa biasa2 jer. It's just that, sambil minum shake yang sejuk denganhembusan angin laut, priceless! Walaupun lautnya x nampak dah....

So friends, bolehlah kalau nak try the famous coconut shake...



4 thoughts..:

eyryn berkata...

hehe.. dah berkali2 makan sampai dah tak terase nak lagii :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

makan kat gerai2 mcm ni mmg sedap khen akak...dah la murah

Aziela berkata...

eyryn : kan..?

Lady Ayu : sekali sekala oklah...selalu2 muak..hehehehehhehe.

Suhami Ahmad berkata...

atok pun poenah dengar tompek ni, tapi tak ponah poie laie...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink