Rabu, 28 Mac 2012

Langkawi : Lagenda Suri

Assalamualaikum.....

Selepas naik bot di Kilim tu, waktu masih awal lagi. Dalam pukul 11 pagi macam tu. So, kami teruskan perjalanan untuk ke kawasan Beras Terbakar. Niat asal memang untuk shopping di situ. Tapi, cari2 tak jumpa. Dah beberapa hari dah kami cuba cari. Rasa2nya senanggg tempat tu, tapi entah kenapa kali ni bolehkan susah nak jumpa. Dalam pada mencari, kami dah sampai pula ke tempat Mahsuri nie. Well, dah alang2 sampai, kami pun turunlah. Lagipun ianya satu pendekatan yang terbaik untuk Adam dan Firdaus belajar tentang Lagenda Mahsuri. Mereka tak pernah belajar lagi tentang Mahsuri disekolah, eloklah mereka belajar di sini.

Tiket masuk RM5.00 untuk dewasa. Punyalah ramai orang masa tu....





Melangkah jer pintu masuk, dah jumpa hiasan beca. Kemudian dah dengar alunan musik tradisional. Rupa2nya ada persembahan musik tradisional disediakan. Waah, bagus sungguh. Kami teruskan berjalan dan akhirnya tibalah di Makam Mahsuri nie. Adam beriya2 memanjat tembok mengambil gambar. Gambar bawah nie dialah yang ambil. Bukan main bangga lagi dia, konon2 macam pro sebab siap panjat2 tembok lagi. Sebagai ibu, kita pujilah dia. Encouragement is important to motivate children...




Sila abaikan wanita berbaju pink tu. Kami tak kenal. Cumanya, ada sebuah rumah kayu di situ yang kami dengar alunan muzik dari dalamnya. Kami dapat tahu, dalam tu ada persembahan kebudayaan. Maka kami tunggulah di tepi rumah tu untuk show berikutnya.
Gambar Adam snap lagi...


Rumah yang belakang tu lah kami nak naik.

Dah masuk dalam. Tapi golappp...

Dalam tu ada macam tangga2 lebar sebagai tempat duduk di susn secara bertingkat. Macam dalam panggung. Bukan teater, tapi persembahan tarian dan nyanyian kebudayaan. Siapa yang suka, memang tak nak keluar dari sini. Tapi yang x minat, especially lelaki, panass jer vontut dalam tu...hehehehehheehe


Cantik x? Inilah Mahsuri. Gambar tak cantik, tapi lukisan nie macam hidup betul. Memang cantik sungguh. Subhanallah... Jadi orang cantik pun susah kan..?

On the way keluar, kami masuk muziumnya. Ada sangat banyak barang2 peninggalan. Dan ada turutan penceritaan di sebalik gambar dalam muzium tu, di atur mengikut susunan. Daripada perpindahan Pandak Mayah ke Langkawi, hinggalah ke saat selepas kematian Mahsuri. Di pintu keluar pula, dihidangkan dengan video drama pendek penceritaan tentang Mahsuri. Ini lebih memberikan kefahaman yang jelas kepada Adam dan Firdaus tentang hubungkait Langkawi dan Mahsuri.

Selepas keluar, dah lapar. Nak cari lunch pula lah....



3 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

selalu terjah langkawi mmg lupa nak gi sini...tataw nyapa ngeeee...maybe lepaih ni boley la terjah gak

Aziela berkata...

Lady Ayu : Iyerlah, konon macam tak menarik. Akak pun sama. Tapi rupa2nya dah sangat banyak improvement mereka buat.... Nice..

Miss BaNu berkata...

hehe..thanks singgah n beri komen kt blog..nak join sama2 uat segmen..boleh gak hehe berdua lebih baik..tpi akak ada idea dak nak uat segmen ttg apa n syarat2 sume..?saya setakat ni xde idea lagi..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink