Selasa, 27 Mac 2012

Movie Review : Hunger Games

Assalamualaikum.....

Last weekend, kami berada di Kuantan sebab hubby kerja masa weekend tu. Saturday masa lunch, hubby dapat call dipanggil ke kilang. So, kita minta dia dropkan kita dengan Adam di EC Mall jer. Nak beli a few basic things sikit. Lepas tu, bergegas ke TGV sebab dah prmise dengan Adam nak tengok wayang kalau balik ke Kuantan. Malangnya, x ada cerita yang menarik perhatian Adam. Kita adalah eyeing a few, tp takut Adam x suka juga. At last, kami beli tiket untuk cerita nie jer sebab masa tu 5 minit sebelum tayangan. Movie yang lain semua paling awal pun pukul 4 petang lebih. Takutlah nanti lewat pula, hubby nak datang ambil pukul berapa pun x pasti. So, utilise jer lah masa yang ada tu... The Hunger Games it is then...

Kena tengok dengan teliti dan focuskan. Adam langsung x faham. Dia punya subtitles kejap2 jer muncul....lagilah susah Adam nak faham. Simple conversation, bolehlah, tapi kalau dah pelik2 nama, dia pun x faham.

Cerita nie adalah adaptasi dari novel yang kita x pernah baca lagi.

Cerita macam kisah di masa akan datang. Tak pasti negara apa, tapi yang pasti ianya ciptaan. Negara tu di bahagikan kepada 12 bahagian, dipanggil Districts. Setiap district, rakyatnya hidup dengan susah. Nak makan roti pun susah, kira macam satu kemewahan kalau roti sebuku dapat digenggam. Perniagaan berdasarkan barter trade.

Started dengan seorang gadis bernama Katniss Everdeen yang hidup bersama ibu dan adiknya, Pimp. Adik dia dapat nightmare, takut di pilih. Interested nak tahu, kenapa takut dipilih, untuk apa..? Anywat, setelah tidurkan adiknya semula, dia pergi memburu di hutan. Oh, dia sorokkan busur dan anak panah di celah pokok. Rupa-rupanya dia sangat pandai memanah.



So, kerajaan negara tu telah bertahun2 lamanya menganjurkan satu pertandingan yang diberi nama Hunger Games untuk menggantikan tradisi peperangan di negara tu. Kononnya dulu2 mereka nie semua berperang to each other for powers and wealth, tapi oleh kerana berperang, sangat banyak nyawa yang terkorban dan sangat banyak kemusnahan harta yang berlaku. Untuk mengelakkan kemusnahan yang lebih teruk, maka mereka gantikan ia dengan pertandingan ini. Setiap satu district akan menghantar 2 orang wakil sebagai peserta yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun. Oleh itu, keseluruhan penyertaan ialah sebanyak 24 orang. Sadisnya, kesemua peserta ialah kanak2 dan remaja. Kekejaman yang menjadi hiburan orang2 kaya di Capitol City.

Maka pada hari yang ditetapkan, semua warga yang berada dalam lingkungan usia itu akan diminta berkumpul dan nama mereka akan di cabut secara rawak. Alah, tulis nama atas kertas, gulung, masuk dalam balang. Macam cabutan bertuah tu la....

Bila tiba wakil dari pusat bandar dia yang bernama The Capitol, kita terperanjat gila nengok pakaian. rambut, solekan semuanya dari konsep futuristik, sedangkan rakyatnya semua sekadar ada baju jer...

Anyway, mereka tak ada pilihan, terpaksa juga serahkan sesiapa yang dipilih. Adik Katniss, Pimp di pilih. Menjerit2lah budak tu x nak sebab dia baruu jer masuk umur 12 tahun. Mak dia redha jer... Tapi kakaknya si Katniss nie berlari selamatkan adiknya. Dia volenteer untuk gantikan adiknya. Ok, diorang pun x kisah, janji ada wakil. Lagipun, pergi untuk mati sebenarnya. Yang lelaki pula, Peeta Mellark dipilih. Dalam game nie, kesemua 24 orang mesti bunuh orang lain untuk menang. Seorang yang hidup akan menang. Game ni ialah realiti show untuk penduduk negara tu. Orang2 kaya Capitol City tu sukalah, sebab yang mati bukan anak2 diorang.

Kalau dah nama reality show, mestilah nak cari sponsor dan jadikan menarik kan... So, perjalanan ke Capitol dari district 12 tu ambil masa 3 hari dengan keretapi. Sepanjang perjalanan, Katniss dan Peeta berbincang dengan mentor macam mana nak defeat musuh dan dapatkan sponsor. Tak faham kenapa nak dapatkan sponsor, sebab peserta akan mati kan..? Eishh... Tapi si Katniss nie macam berfikir sangat banyak. Cemerlang betul lakonan Jennifer Lawrence. Dia 'menyampaikan' kata2 minda dia hanya melalui bahasa tubuh dan mimik muka. Dia nampak roti, bun dan kek macam2 jenis atas keretapi tu untuk hidangan dia, tapi dia x lalu nak makan.

Sampai bandar, diorang nie dibersihkan. Basuh kaki, mandi, waxing bulu2, pakai cantik2 dan tinggal dalam rumah, hotel yang mewah. Semuanya untuk penampilan istimewa diorang yang pertama dalam tv show tu.

Pakaian/kostum untuk pengenalan peserta. Diorang last sebab District 12 yang last. Tapi, baju dia ada api masa tengah jalan atas kereta kuda yang tak kuda tu berjalan laju.

Lupaaa nak introduce. Ini boyfriend Katniss. Sort of la, walaupun x pernah declare rasanya.


Inilah mentor Katniss dan Peeta. Dia pernah jadi juara dalam game nie, so dia hidup mewah sekarang. Pemabuk..

Orang tua tu President Negara yang jahat. Yang muda sket tu ialah director TV shows.


Games nie ada beberapa peringkat. So, started dengan skills, tenaga dan kebijaksanaan. Setiap peserta kemudiannya harus memberikan persembahan individu tentang skill mereka untuk menarik hati sponsor.

Last sekali ialah pertempuran sesama peserta di medan yang disediakan. Sebelum2 ni, adalah yang di gurunlah, kat a few other tempat lagi. This time, kena pergi hutan. Untunglah Katniss sebab dia dah biasa dengan hutan.

Sesi di hutan nie memang sangat menarik. Ada banyak babak yang saspen dan banyak babak yang mengujakan. Kesudahannya macam bukan penamatan. Mungkin akan disambung di sekuel lain agaknya...

Apa-apa pun, Adam x suka, tapi mama suka. A good movie, except ada a few babak yang bila kita pun ikut rasa pening macam Katniss.

Recommended. 

0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink