Assalamualaikum.....

Sangat gembira tidak terhingga bila dikhabarkan bahawa kita telah memenangi segmen yang kita join., Segmen tu dah lama dah, tahun lepas. Kita dah lupa. Lagipun kita ingat dah ada orang lain menang,... heheheh. Segmen itu ialah "Pengalaman 'Dating' Yang Paling Memalukan" yang dianjurkan oleh Cikgu Cinta.

Sayangnya blog tu dah tak aktif walaupun masih wujud lagi. Tapi, walaupun dah tak aktif, tapi Cikgu Cinta tidak mungkir janji. Alhamdulillah, kita tak pernah lagi di tipu dalam dunia blogging nie. Mungkin kita pun masih di tahap suam2 kuku kot.... hehehehehhehe.

Oh yer, kita menang hadiah top-up sebanyak RM30.00. Dah dapat dah pun hadiahnya. Seronok sangat. Lepas nie bolehlah gayut everyday dengan Adam.... Banyak pahala Cikgu Cinta sbb hadiahkan akak top-up...

So, terima kasih banyak-banyak.
Read More
Assalamualaikum.....


Hari nie tak ada WW kat blog kita, sebab teruja dengan SPM results nie. Ada seorang je cousin yang bakal mendapat keputusan hari ini. Semoga beliau dapat keputusan yang membanggakan....

Teringat kenangan masa kita ambil result dolu2. That was about, more or less 20 years ago... Dah lama kan...? Hahahha..mmg zaman batu masa tu. Tak ada internet pun masa tu...

Well, kita nie agak bernasib baik sebab dapat keputusan cemerlang masa UPSR darjah 6 kan. Masa tu, sekolah rendah kita kategori sekolah bandar yang ada ratusan pelajar darjah 6, hanya dapat persembahkan 3 orang jer pelajar yang dapat keputusan cemerlang. Kitalah salah sorangnya tu..hehehehhehe. Memang x sangka sungguh dan tak pernah bermimpi apa2 langsung akan dapat flying colors masa tu.

Yer lah, kita nie dulu2 dibela oleh nenek dan atuk di kampung. Mak Ayah jenguk hujung minggu jer, itupun x setiap minggu. Adalah makcik pakcik adik beradik mak yang tengok2kan homework kita. Itupun ala kadar jer lah... Zaman dulu, manalah ada tusyen2 sangat nie... And family biasa, hidup di kampung. Memang x pernah terfikir pun di kalangan seluruh keluarga yang kita boleh dapat keputusan macam gitu. Alhamdulillah...

Tapii, oleh kerana cemerlang UPSR, kita diterima masuk ke salah sebuah SBP. Aduhhh... 5 tahun cuba survive dalam kehidupan sekolah berasrama, memang sangat menyiksakan. Homesick, extremely high expectations dari sekolah, no morale support, no guidance....everything will be on your own in darkness. Nak belajar macam mana pun x tahu. Setiap kali exam, nama kita antara yang tercorott sekali dalam kelas. Yess...!! Kita x malu nak admit, memang kita antara pelajar corot. Tapi x pedulilah, sebab mak kata, buat selagi terdaya. Lagipun walau corot di kelas, tapi kita di sekolah SBP. Mungkin kalau di sekolah biasa, kita antara pelajar cemerlanglah agaknya..(Cehh..perasaannn..).  Lepas tu, sejak tktn 4 lagi, SETIAP kali keputusan exam penggal atau semester keluar, mesti nama kita akan di announcekan melalui PA system sekolah supaya berjumpa dengan Pengetua. Apa lagi kalau bukan sebab result yang memanjang pangkat 2 tu. Oh yer, dulu kan main pangkat2 kalau SPM. Nak kena kira agregat bagai masa tu... bukan macam sekarang, kira berapa A.

Untuk orang2 biasa, kalau dapat pangkat 2 tu pun sebenarnya dah boleh kira membanggakan. Especially bagi orang kampung macam kami semua. Dalam sekampung tu, kampung kita dan yang berdekatanlah...kalau ada yang dapat pangkat 2, memang kecoh dan riuh sungguh... Anak orang tu pandaiiii... SPM pangkat 2! Sebab masa tu, nak lulus SPM pun susah! Tapi, sekolah kita SBP, so kalau ada sorangg jer student yang dapat pangkat 2, maka itu adalah perkara yang memalukan sekolah. Oh yer, bukan nama kita sorang jer... Selalunya adalahhh geng.. Dalam 12-20 orang biasanya... hehehehhehe. Mcm kita katalah tadi, itu perkara biasa...hehehehehhe.

So, kita x kisah. Orang tak ada wawasan...macam tu lah. Tak plan pun nak buat apa. Tak plan nak further study ke, nak keje ke..apa benda semuanya blank. Hanya go with the flow jer. So, tak expect much dalam SPM. Cuma berdoa sangat2 agar kita bukannya calon yang memalukan sekolah dengan mendapat pangkat 2. Family kita memang x kisah sebab dalam family kita, tak ada sorang pun makcik pakcik yang pernah merasa pangkat 2 tu kan... hehehehhehe. Maklumlah, orang susah, orang kampung. Kalau bodoh sangat sekolah, apa lagi, masuklah kebun, menoreh getah!

So, pada hari result, agak2 pukul 11.00 pagi baru berani telefon sekolah. Masa tu kita lah suri rumah kan. Maklumlah, mak ayah kerja, adik2 sekolah. Dah siap masak, mengemas, baru berani nak angkat fon. Tak nak pergi tunggu kat sekolah sebab mak kata petang baru nak hantar ke sekolah. Maklumlah, sekolah asrama, rumah dengan sekolah jauhhh. Anyway, bila call, kakak clerk tu kata, ada sorang yang dapat 2nd grade. Addduhhhhhh....!!! Aku ker tu...? Tapi bila dia kata lelaki, secara automatik rasa sangat gembira sebab itu bermakna kita dapat pangkat 1. Ya Allah....bersyukur sangat2 sebab dapat pangkat 1. Apa agregat, memang tak tahu sebab kena pergi ambil slip sendiri. Tapi x kisahlah apa agregat pun. Pangkat satu bermaksud, dari 6 agregat hingga 24 aggregat. So, kita fikir, dapat 24 pun, tak kisah, janji pangkat satu...hehehehhee. Teruk betul kan...!

Kita pun call lah mak kat klinik. Mak kita kan nurse... Bagitau dia, kita dapat pangkat satu... Terperanjat mak.. Berkali2 dia tanya, tak percaya. By the time nak tunggu mak sampai rumah, sbb mak ambik cuti half day, makcik pakcik yang lain bertubi2 telefon. Punyalah excited sbb kita dapat pangkat 1. Ha..kan dah cakap kan..... Glemer tau kalau dapat pangkat 1.

Tgh hari, mak sampai jer rumah, kita buka pintu, mak terus peluk kita, cium kita. First time mak cium, first time mak peluk. And mak nangis sungguh2. Mak kata, inilah hadiah paling berharga mak pernah dapat...! Tak kisahlah apa agegat sekali pun. (Once again..pangkat satu tu jer yang penting) Sejak kita kecilll lagi, memang tak pernah langsung rasa pelukan mak, ciuman mak. Sebab, family mak bukan jenis yang show loves to each other.

Bila ambil slip di sekolah, lagi menggembirakan sebab kita bukan sekadar dapat agregat cukup makan, malah boleh dikatakan cemerlang juga....

Dah kata dah, mesti glemer satu kampung. Dapat SPM pangkat satu, dapat agregat cemerlang dan tak lama kemudian, diterima masuk ke U. Alhamdulillah.... Dan memang glemer yang tidak terhingga, sebab kitalah anak kampung pertama yang dapat SPM pangkat 1, dan yang pertama dapat jejakkan kaki ke U. Siap ada yang mengharap agar dapat bermenantukan kita. Pening mak dan ayah nak menolak hajat2 mereka tu semua sebab jauh lagi perjalanan hidup kita kan....

Walau apa pun, sehingga sekarang, itulah hadiah pertama yang paling berharga kita 'beri' pada mak sehingga gugur air mata mak.... Rasanya perasaan itu tidak ternilai dengan hadiah2 lain. Even menghadiri convo kita pun mak kita tak menangis macam masa dapat result SPM.

Kita harap, Adam dapat memberikan kita hadiah yang lebih cemerlang dari itu....

Insyaallah...

So, selamat berjaya kepada adik-adik sekalian...
Read More
Assalamualaikum.....


Gambar semua pinjam dari Google


Bukan tak boleh makan, bolehh. Cuma kita nie jer yang berisiko besar kalau makannya.

Ahad pagi, masa keluar ke pasar, singgah minum di gerai di Alor Gajah. Ada tapai ubi atas meja. Hubby memang suka. Dia suruh juga kita makan seketul, walaupun kita menolaknya. Dah boleh bayangkan 'bahananya'.....

Petang pula, Mommy buat kuih seri muka satu loyang. Makan kami anak beranak 6 orang tu jer. Dahlah sepiring kita kena makan share dengan Adam. Disebabkan sedap, sedar x sedar, memang habis. Aduhh..paginya ubi, tapaiii pula tu, petang pula melantak pulut...

Lepas Maghrib, masa berbual2 dengan mak ayah di PD, ZASSS! One sharp pain attack di perut. Mula rasa x selesa...

A few miniutes later, dah mula rasa mual, nak muntah, pening, dan perut mula buat summersault. Jalan pun pegang dinding, Adamlah yang tolong ambilkan bantal, selimut, minyak, ubat segala macam. Menangis2 menahan sakit....

Owhh, gastrik menyerang secara ganas.... Lepas makan ubat gastrik mak yang disyorkan doktor pakar untuk level gastrik yang teruk, adalah kurang sikit. Tapiiii....sampai ke pagi esoknya x boleh nak tidur sebab serangan2 kecil tu sentiasa ada. Last2, pergi juga ke klinik. Macam 'gong' bunyi perut kita bila doktor ketuk2, tanda kembung dan gastrik masih bersarang. Apa lagi...satu jarum terpaksalah di tadah....

Sampai sekarang, perut memang rasa kurang selesa lagi...huhuhuhuhu....


Read More
Assalamualaikum.....

What's the weekend planning? Yes, a few weeks before, hubby dragged me and his son for fishing. Before Subuh, we shopped prawns at the Pasar Borong for baits. Next we moved to Pulau Melaka and went to Selat Mosque for the obligations. Hubby set-up his fishing equipments and we wait. I was busy snapping pictures. It was sooo beautiful. Adam had his nice sleepover in the car. Oh, we fished at the bridge which connected the Malacca Town and the Pulau Malacca. If you are heading to Selat Mosque, you will find a lot of people parked their car on the bridge with their fishing poles buried in the sea.

The sunrise. Owh..I loveeee Malaysia


Where's the fish..? Fish..fish..come to me...



Ah haa..! Here comes the fish... Hahahhahaha..

Hubby caught fish called 'sembilang'. Hmm..yummy to fry, or to cook lemak cili padi, even to be turned into asam pedas ikan sembilang. He caught 2 fishes. The other one, I didn't recognize. Well, this sembilang is quite big actually. I plan to fry it with chillies...

Err...it was Adam who ordered the menu...

Read More
Assalamualaikum.....



Kita di tag oleh sahabat kita, Pn Rahmah yang main glemer dan berjaya dalam dunia blogging. Alhamdulillah...Itu adalah kerana hasil usaha beliau yang tak pernah putus asa dengan dunia blogging. Syabas wakk..

Owhh... sementara ada masa sedikit nie, kita join jugalah give away nie...

Ada syarat...

Er...kita tag semua yang baca entry nie... Ha, jangan buat donno jer ekk..Amanah nie taw.. (Owhh, jahat sungguh kita perangkap kamu semua dengan cara ini..).

So, marilah ramai2 join Give away PenMerah.Com nie. Ada banyak hadiah dengarnya...dalam 60 hadiah. Banyakkan...?
Read More
Assalamualaikum.....

Sambung lagilah yer. Harap2 masih ada yang sudi baca. Kalau x ada pun, semoga Adam boleh baca bila dia dah besar sok2nya....

Lepas check-out dari English-style homestay tu, kami dibawa pula oleh En Rahim ke penginapan yang seterusnya...

Kami di bawa ke Apartment Chogm di pekan Kuah tu. Tak ambil gambar langsung pun disini sebab tak sempat. Disamping tu, rasa tak best sikit sebab masih rindukan rumah homestay En Rahim tu. Sob..sob...

Homestay di Chogm nie, ok juga. Macam townhouse, tapi apartment style. Ada swimming pool, tapi kami langsung x sempat nak gunakan facility tu. Sibuk tour de Langkawi jer... Kalau nak dapatkan view, boleh refer blog homestay Chogm. Klik SINI. Walaupun kami tak duduk rumah yang sama, tapi macam tulah lebih kurang. Owner kami orang lain, member En Rahim tu rasanya.

Yang bagusnya di sini, dekat sangat2 dekan pekan Kuah. Seronok sikit nak shopping (macamlah rumah En Rahim tu jauh sangat...).

Selepas check-in disini, kami semuanya rehat dulu sebab kepenatan mandi laut dan snorkeling. Bila dah rehat sikit, mulalah misi mencari makanan. En Rahim cadangkan restoran D'Sa dekat2 situ sebab dia kata laksanya sedap. Asalnya sebab kita dah plan nak lepak di Laksa Power sebelah landasan kapal terbang di Padang Matsirat, tp en Rahim soh try Restoran D'Sa nie dulu. Dia kata sedap. Yang kami nie menggagau mencari, tapi x jumpa. Last2 call tanya En Rahim, dia datang semula pada kami dan sanggup bawa kami tunjukkan jalan. Baik sungguh En Rahim nie....

Dan semestinya kami order laksa. Tapi kanak2, macam biasalah... Ada yang nak nasi goreng, mee hailam, mee udang dan sebagainya....



Ini Laksa Penerak namanya.


Ini pula Mee Udang hubby.



Inilah restorannya. Gambar restoran nie jer pinjam di Google.

Well, memang sangat menarik. Laksa, macam biasa2 jer kot. Lidah org N9, nak yang pedas jer..hehehehhe. Laksa dia sedang2 nice, tak pedas. Tapi dishes yang lain2...perghh...memang lulus cemerlanglahhh... Sesedap rasa, seimbang dan boleh dimakan hingga licin pinggan.

Selain daripada tu, ada juga nasi campur, western food dan sebagainya...

Lepas makan, kami berpisah lagi. Pak Su and family shopping di Pekan Kuah. Kami pula headed tu Pantai Cenang, nak shopping di sana pula.

On the way ke Chenang, singgah juga di Laksa Power, tapi x makan laksa lah.. Just minum air jer sebab dah kenyang. Sajer ambil angin laut. Kita ambil juga rojak sepinggan besar. Ambil kuih muih mcm biasa, termasuk 2 ekor udang goreng yang sederhana. Total rojak sepinggan ialah RM58.00!!! Pergh...confirm!! Kedai kecil2 mcm nie, kalau time ramai tourist diorang naikkan harga makanan. Lebih baik ke retoran mcm Restoran D'sa tu sbb dalam menu memang harga dah fixed. Tak yah asyik nak terkejut terperanjat. Tambah lagi seminggu kat sini, boleh sakit jantung rasanya.

Anyway, Pak Su call, kata nak join. Kami tunggu Pak Su and headed tu Pantai Cenang utk shopping lagi. Best...mcm2 ada. Baju pun mcm2 jenis..seliparlah, souveniers la, senapang lah...hehehehhehe. Tak sempatlah nak click sana sini... Banyak sangat anak2 ayam bertebaran. Dah jumpa boys kat sini, anak2 dara plak ilang, dah jumpa anak2 dara, mak2 pula ilang, dah jumpa semua, drivers pula ilang. Haishhh... penat...

Oh yer, masa que utk beli souveniers dengan Adam, ada sorang pakcik Mat Saleh tegur Adam.

Mat Saleh : How are you, boy?
Adam : I'm fine, thank you. (Dengan muka malu2 tapi mcm sombong2)
Mat Saleh : Do you know how to speak English?
Adam : Yes
Mat Saleh : Mee too, but little bit only.

Lepas tu dia dengan Adam gelak2 macam lawak sungguh. Ok, bagi these 'boys' lawaklah kot. Mat Saleh tu either orang German, atau French kot dengar dari loghat dia tu..

Dah settle kat situ, we all makan di pekan Kuah, mana yang ada jer, and retired. Pergh.... penatnyaaa....



Read More
Assalamualaikum.....

Maaf, tak mampu mencoret kata-kata indah sebab dah rasa mual, pening, nak muntah, segalanya ada. Berjaya selesaikan 19 orang datang temuduga hari nie. Dari pagi, bawa sampai ke petang... Adoii..pening kepala. Siapa ada yang berani nak 'menggoreng' dalam interview tu. Apa, ingat orang HR tak tau langsung pasal teknikal ke? Ha, kan dah 'hangus' dengan kita. Hope they learnt a lesson here.

Bagi masa untuk sambung kisah Langkawi yer....

Terima kasih kerana sudi juga jenguk blog kita....
Read More
Assalamualaikum.....

Nak join klik SINI yer


Last time dah join segmen utk List February. Now, nak join untuk April pula.

Tujuan utama ialah nak dapatkan lebih ramai kawan. Tapii, sebelum bermulanya sesi perkenalan kita semua, kita nak minta maaf kepada bakal rakan-rakan yang mana kita tak dapat nak terjah atau tinggalkan komen, atau memberikan jawapan kepada mereka. Ini kerana, ada sesetengah blog, loading sangat lambat. Maaflah. Kita ada masa yang terhad untuk blog, tapi nak berkawan ramai2. Jadi, kalau ada yang berat tu, kadang2 pc nie boleh 'hang'. Menakutkan sebab kita perlu menjalankan urusan kerja juga di pc ini. Tapi, berikan kita masa sedikit yer dalam membalas lawatan.

Oh yer, jangan lupa enjoy semua posting dalam blog ni. Selamat berkenalan.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama