Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Minggu lepas, kita sekeluarga ke klinik di Cheng Perdana, Melaka. First, hubby dah mula batuk2 dan selsema yang agak teruk. Second, kita punya tonsil dah semakin melarat. Sampai nak telan air liur pun meleleh air mata sebab sakit. Kenalah ambik antibiotik juga.

Kebetulan, kami sua kan Adam sekali. Adam dah seminggu demam on and off. Doctor on duty kat klinik tu ialah doctor locum. Biasalah, bila hari cuti memang doctor2 muda nie rajin buat locum kan. Sempatlah tanya doctor tu, sekadar berbahasa.

"Doctor locum yer kat sini?"

Muka terkejut. "Yer, hari cuti." katanya.

Oklah..

Bila cerita pasal Adam demam dah seminggu on and off, dia tanya 2-3 kali. "Tak pernah bawa jumpa doktor?"

Kita geleng2. Jelaskan yang bila temperature naik, just bagi panadol and dia pun ok semula. Kita assume sebab Adam masih penat dek padatnya aktivity dan function kenduri kahwin. Yerla, kita rasa tonsil kita mencanak naik pun sebab tak cukup rehat.

Doctor tu cerita.....

"Saya bertugas di ICU. Baru minggu lepas, seorang kanak2 berusia 10 tahun meninggal sebab denggi. Sama juga, tak ada tanda2 typical seperti kebiasaannya denggi. Sekadar demam biasa2 tapi dah lama. Bila bawa ke hospital, dah kritikal. Ibunya menangis2 sebab tak sangka anaknya ada denggi hingga meninggal."

Wahh...kami terpempam. Adam dah mula resah.

Doctor kata lagi..

"Saya ambil darah sikit yer. Just untuk confirmation tak ada denggi. "

Wah, dengar jer macam tu, Adam dah nangis2. Bukannya takut sebab tangannya nak kena cucuk, tapi dia takut dia ada denggi dan...... Na'uzubillahiminzalik.

Tak ada berita dari klinik, makanya keputusan darah beliau normal lah tu. Alhamdulillah.

Tapi kena beringat. Demam berlarutan walaupun tak teruk dan luar biasa, tetap berisiko denggi.

Read More
Assalamualaikum.....


Gambar semua pinjam dari Google


Bukan tak boleh makan, bolehh. Cuma kita nie jer yang berisiko besar kalau makannya.

Ahad pagi, masa keluar ke pasar, singgah minum di gerai di Alor Gajah. Ada tapai ubi atas meja. Hubby memang suka. Dia suruh juga kita makan seketul, walaupun kita menolaknya. Dah boleh bayangkan 'bahananya'.....

Petang pula, Mommy buat kuih seri muka satu loyang. Makan kami anak beranak 6 orang tu jer. Dahlah sepiring kita kena makan share dengan Adam. Disebabkan sedap, sedar x sedar, memang habis. Aduhh..paginya ubi, tapaiii pula tu, petang pula melantak pulut...

Lepas Maghrib, masa berbual2 dengan mak ayah di PD, ZASSS! One sharp pain attack di perut. Mula rasa x selesa...

A few miniutes later, dah mula rasa mual, nak muntah, pening, dan perut mula buat summersault. Jalan pun pegang dinding, Adamlah yang tolong ambilkan bantal, selimut, minyak, ubat segala macam. Menangis2 menahan sakit....

Owhh, gastrik menyerang secara ganas.... Lepas makan ubat gastrik mak yang disyorkan doktor pakar untuk level gastrik yang teruk, adalah kurang sikit. Tapiiii....sampai ke pagi esoknya x boleh nak tidur sebab serangan2 kecil tu sentiasa ada. Last2, pergi juga ke klinik. Macam 'gong' bunyi perut kita bila doktor ketuk2, tanda kembung dan gastrik masih bersarang. Apa lagi...satu jarum terpaksalah di tadah....

Sampai sekarang, perut memang rasa kurang selesa lagi...huhuhuhuhu....


Read More
Assalamualaikum.....

Ha...amekaw...berdas2 kena tembak arie nieh. Ok..semua dah tau tentang fakta yang hangat diperkatakan hari ini. Paling tinggi di Asia dan ke-6 di Asia Pasifik!

Yer...kitalah penyumbang kepada statistik itu...HUAAAAA...!!

Kalau tanyalah kepada semua orang yg obes nie, diorang pun x minta nak jadi obes. (Ayat stenderrdd...tettttt). Masalahnya, tanpa sedar tetibaaa jer dah jadi obes. Habis tu camno? Okeh..meh tengok alasan2 jujur dan ikhlas daripada penyumbang statistik negara ini...

1. Zaman sekarang, duit menjadi keutamaan kebahagiaan. Maka masyarakat Malaysia menilai status darjat seseorang especially untuk buat menantu berdasarkan kedudukan kewangan. Untuk cari duit yang banyak, harus bekerja dengan teruk. Korbankan masa rehat, korbankan masa dengan keluarga dan paling teruk, korbankan masa riadah. Semakin tinggi ganjaran pekerjaan, semakin banyak yang perlu dikorbankan dalam kehidupan. Maka, bilakah masanya nak bersenam tu? (Nak cari calon menantu perempuan pun, mak mertua tanya kerja apa taw..)

2. Oleh kerana nak kejar masa, maka ramai yang lebih selesa dengan membeli makanan di luar. Fast food dah jangan cakaplah berapa punya teruk sumbangan kepada obesiti. Even nasi campur pun bukanlah secara sihat di warung2 dan di kedai2. Memanglah ada makanan yang sihat, tapi sikit sangat. Kalau lambat sikit, habissss! Contoh paling nyata dan jelas, food court kat opis kita nie. Sayur ada lah 3-4 macam, tapi nak serve untuk beribu2 orang! Yang banyak..ikan, daging, kambing, AYAMMMM dan benda2 bergoreng. So, kalau dah lapar, boleh amik ke ikut piramid makanan?

3. Kerja sekarang semua dihujung jari. Tak perlu bangun dari tempat duduk dan berjalan jauh2. Pejabat2 pula semakin kecil, maka semakin kurang langkah untuk berjalan dan exercise tetiap hari. Itupun nak bangun kena berhati2 supaya tak langgar bucu meja, tak tersangkut wayar di lantai dan sebagainya.

4. Bila dah kerja lewat, normal waktu balik pun pukul 6.00 petang. Kalau rumah dekat, 6.30 bolehlah sampai. Kalau rumah jauh tu, dengan nak lencong amik spouse, amik anak kat nurseri, Maghrib pun kat tengah jalan jer. Anyway, kalau 6.30 sampai rumah, siap2 untuk bersilat kat dapur utk masak makan malam, mandi dan kemas rumah, lepas solat nak siapkan hidangan (take note, makan pukul 8.00pm), kemas meja, basuh baju, tidurkan anak, kita sekali hanyut. Itu adalah sebab kita semua dah penat di pejabat, dan penat bersilat atas jalan raya dan di dapur. So, bila nak exercise? Esok pagi? Nak bangun pukul 4.00 pagi ke? Yerlah, kalau hari biasa pun, nak bangun pukul 5.00 pagi baru sempat nak siapkan sarapan, sidai kain baju, siapkan anak ke nurseri, dan siapkan diri sendiri ke tempat kerja. Kalau 4.00 pagi nak exercise, memang hilang akal lah. Patut 4 pagi tu buat qiamullail kan...

5. Weekendlah exercise ekk. Weekdays x sempat. Oh yer x yerrr.... Weekend nie nak kena pergi rewang kat sana..oh anak ada hari sukan, alahai, family day opis husband, aik..ada dinner la dengan persatuan, waa..berkelah dan BBQ di tepi pantai. Ok... jadual penuh. Penuhkan jadual sepadat2nya untuk menggembirakan anak2, gembirakan suami (supaya suami tak beri alasan cari 'betina' lain sebab isteri sibuk exercise dan uruskan rumahtangga), gembirakan ibu bapa sanak saudara, gembirakan ibu bapa mertua dan ipar duai. Ok..now tell me, bila nak exercise?

Those are typical reasons from typical Malaysian family. My situation which is slightly abnormal is roughly about this....

- Weekends start dari Friday dah travel. KL-PD-Melaka-Kuantan-KL. Ini adalah rutin WAJIB! During weekends, sentiasa ada dengan husband, anak daan family in-law. Takkan nak loncat2 kat rumah orang pula kan. Sampai rumah, dah waktu tidur malam jer.

- Weekdays, balik kerja lepas Maghrib. Nak loncat2 dalam rumah, x sesuai sebab nanti bangunan bergegar. Maklumlah..dok tingkat 12. Nak buat yang ringan2 pun, kurang sesuai sebab rumah sangat kecikkk. Ada x der, buat stretching lebih kurang. Stretch pun, kalau nak angkat tangan, dah boleh capai bumbung rumah. Itupunnn kalau ada tenaga lagi. Biasanya dah layu dah.... Basuh baju manually, sapu, mop rumah, masak dan layan panggilan pulau telefon dari kekasih hati yang 2 orang tu....kelopak mata pun macam dah ada magnet jer...

Makan? Percayalah, kita tak makan sebanyak orang gemuk yang dipaparkan dalam filem2 tu. Tipu jer tu. Jarang lah orang gemuk makan gile pelahap mcm tu. Cuma mungkin pilihan makanan tidak berapa berkhasiat. Tak ada choice. Kita jarang pergi pasar sebab tak ada masa. Sayur2 tak boleh simpan lama. Nak makan buah kena berhati2 juga sebab most fruits ada kandungan sugar yg tinggi. Nak makan oats? Tried it, failed it!

Apa2 pun, kalau nak seribu daya kan...! BAIK! Saya cuba. Untuk langkah pertama :

Minum Tea4Life yang didapati dari Kak Jee. Kena buang segala toksin dalam badan akibat kimia dari ayam, kimia dari racun serangga sayuran dan buah di pasar, racun dari ubat pengawet supaya ikan sentiasa nampak segar di pasar dan supermarket, kimia dari air karbonat, kimia dari bahan2 sampingan fast food dan sebagainya. Mak oii, kita hidup dalam bahan kimia rupanya.



sumber dari Google

Mujurlah ada Kak Jee. Sayanggggggg Kak Jee.

And, beruntunglah anda2 yang menjadi Home Manager tu. Anda punya banyak masa untuk diri, untuk anak dan untuk suami. Wanita mana yang tak nak kan? Tapiii, tak semua individu sama. Ada interest yang berbeza, ada pandangan aspek yang berlainan dan ada perancangan yang perlu dilaksanakan.

Mari hidup dengan sihat..!

P/S : CB... kok dokek, buleh joging kek PD potang2 kan...
Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Kita doakan semua nya dalam keadaan sihat sejahtera. Agak sedikit kurang selesa bila tak sihat macam kita nie. Yer, hidung yang berlari tu, kita punya. Hehehhe..direct translation from running nose. Maksudnya tengah selsema...berhingus. Demam since Sabtu, tapi ada kurang sikit dah last nite. Cuma selsema nie baru nak start pula.

Ada tak petua tradisional untuk menghentikan selsema nie..?
Read More
Assalamualaikum.....

Waahh...sibuk sungguh semua yer. Meriah nampak? Mesti keseronokan dan kegembiraan menari2 di dalam jiwa yer. Kita nak sambung kisah semalam.

Ahad tu, kita bangun pagi dalam keadaan yang segar sebab dah cukup rehat. Maka mulalah menyapu dan mengemas rumah. Dalam pada kita menyapu, Adam bacakan sms dari adik kita Ida. Katanya mak pula ada di hospital PD sebab chest pain juga. Kita terus campak penyapu, sarung tudung terus start engine.

Sampai di emergency hospital PD, kita tunggu dengan Ida kejap kat luar. Tak lama tu kena panggil, dan mak kena masuk ward. Sama juga, doktor buat segala macam test juga. Bezanya kita tak tidur hospital sebab memang x boleh tunggu. Lagipun mak nampak macam ok sikit.



Esoknya pagi2 lagi kita dah masak untuk bawa ke hospital. Sampai di hospital, mak cakap semua test ok. Tak ada yang positif jantung, kolesterol dan sebagainya. Maka doctor detect mak sakit dada sebab gastrik yang melampau. Maka kena buat ujian untuk scope usus nanti.

Petang Isnin, mak dah boleh discharge.

Alhamdulillah. Tapi kita memang risau sangat kalau ada mana2 family yang sakit. Tapi kalau kita sakit, biasanya kita dok la kat hospital sorang2. Tak ada siapa yang sudi teman pun. (ngada2 kan..hehehe)

Disebabkan itu semualah maka tumpuan kita lebih kepada follow up kesihatan mereka, bukannya kepada raya. Kesihatan itu lebih penting dari perayaan...
Read More
Assalamualaikum.....

Ingat tak kita ada sedih2 sebab tak sempat buat persiapan raya? Ianya adalah kerana beberapa peristiwa yang berlaku kan.

Inilah peristiwanya.

Pertama sekali, Rabu minggu lepas, dah petang sangat dah, hubby kata dia kena outstation ke Hong Kong dan China. Ada issue dia kena selesaikan. Dan dia akan berada disana selama seminggu. Maknanya, perancangan hujung minggu untuk shopping dan buat persiapan dengan rasminya terbatal. Sedih, Tapi kerja, maka kita relakan jer. Konon rancang nanti shopping berdua dengan Adam jer.

Khamis pagi, usai saja mesyuarat dengan MD syarikat, kita dapati adik kita si Abang Ngah miss call banyak kali. Of course kita silentkan phone. Dan dia hantar message, mengatakan dia akan berpindah ke ICU KPJ Seremban sebab ICU di Colombia Hospital dah penuh.
Apa?

ICU?

Ya Allah! Adik aku.. Kenapa?!

Maka kita segera call dia, tapi x jawab. Hati dah berdebar kencang. Kaki makin kuat tekan pedal minyak meredah lautan kenderaan di Jalan Tun Razak.

Kita call wife dia. Katanya Abang Ngah ada mengadu sakit dada. Jadi, Abang Ngah kata dia nak pergi check. Maka dia drive sendiri ke hospital selepas hantar wife dia ke pejabat. Colombia hospital kata dia kena masuk ICU bila ECG test abnormal. Tapi ICU Columbia dah penuh, maka ambulan terpaksa hantar ke KPJ pula.

Abang Ngah konon dari awal tak nak pergi KPJ sebab dia kata sikit jer. So, tak nak inform family, nnt menyusahkan. Bila dah di KPJ, pecah la tembelang sebab adik kita yang nurse tu memang keje di sana. Good for him la, mudah sikit nak berurusan.

So, kita jemput adik ipar kita di Sepang dulu, kemudian terus ke hospital. Terus ke ICU dan jumpa Abang Ngah. "Ko sakit jantung ke, Ngah?" Angah muka dah pucat. Gentar.

Doktor kata, nak observe dia dulu. Dalam tempoh 24 jam, akan buat beberapa blood test dan monitor closely condition dia.

And Abang Ngah semakin rasa restless. Sekaligus, rasa chest pain nya hilang sama sekali.

Kita tunggu di ICU waiting area tanpa bergerak. Luckily kita sentiasa bawa beberapa pasang baju spare dalam bonet kereta. Dan malam itu, Adam insist untuk stay di hospital juga sebab dia sangat sayangkan pak ngahnya itu. Mak pun ikut tidur dihospital. Kita selamba bentang tikar dan tidur berbantalkan beg. Tapi kejap2 bangun dan masuk ICU untuk tengok dia sepanjang malam tu.

Mak dapat tidur atas sofa yang melengkung dan tak selesa. Demi anak, mak sanggup tunggu walaupun mak sakit perut sebab gastrik yang teruk sejak 8 hari lepas. Kita dan Adam, atas lantai tu ajer.

Esoknya, doktor kata akan teruskan dengan engiogram, iaitu masukkan device ke jantung Abang Ngah melalui either urat lengan atau kaki untuk memastikan tahap kronik jantungnya. Prosedur dijalankan selepas Asar hari tersebut.



Orang semua susah hati, nurse (si Yana ler tu) tu lebar jer senyum...


Adam n Yana sedang cuba buat lawak sebab Abang Ngah dah seram sejuk takut.

Alhamdulillah, sebelum Maghrib semuanya selesai dan tiada apa2 salur yang tersumbat. Chest pain Abang Ngah mungkin kerana muscle pain atau sebab tekanan. Memang lately Abang Ngah sangat tertekan dengan kerjanya. Namun risiko serangan jantung tetap tinggi sebab Abang Ngah ada diabetes dan juga dia seorang perokok. Tapi dia dah berhenti merokok sejak mula puasa. Mungkin kerana terlalu mendadak, maka body system dia terkejut.

Malam tu, mak balik, tapi kita tetap tunggu dia di ICU. Sebab doktor guna urat paha dia, maka sekiranya malang tidak berbau, macam2 boleh berlaku. Kita paling takut kalau darah keluar membuak2 dari urat peha dia. Maka Adam turut di situ.

Sabtu esoknya, dia minta balik dan doktor benarkan berehat di rumah sebab KPJ punya wad semuaaa dah penuh.

Maka kita pun ajak Adam balik Melaka untuk berehat. Sampai jer rumah, kita terus ZZzzzzz sampai ke petang. Petang, pergi buka kat rumah mommy, borak kejap dengan mommy dan balik rumah sambung tidur.

Tapi, esoknya ada kejadian lain pula berlaku.

Nantikan sambungannya....
Read More
Assalamualaikum.....


Terpanggil untuk menyertai segmen Ben nie. Dalam keghairahan kita membuat persiapan Hari Raya, apalah salahnya kita cool down sebentar dan menoleh melihat kesengsaraan umat manusia di pelusuk alam yang lain.

Ben kata, maklumat boleh diperolehi di blog Islamic Relief Fund. Kita dah pergi sana dan anda semua dijemput ziarah ke laman ini : http://irmblog.org/

Tak banyak pun. Kalau sekadar RM10 seorang pun dah banyak membantu mereka menyalurkan bantuan pada mangsa kebuluran. Apalah sangat dengan RM10 berbanding dengan harga kasut raya kita, kuih raya kita dan bunga api yang kita bakar kan..? Walaubagaimanapun, semuanya hak masing2. Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. (pandai betol tok nenek kita karang peribahasa).

Pada yang tak tau, sila lawat laman yang kita beri address tu. Atau ada yang nak lebih mudah, boleh masukkan saja dalam akaun berikut:
Maybank : 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058

Alang2 beratur tukar duit raya kat kaunter bank, bolehlah layangkan serba sedikit. Atau nak mudah, guna online banking jer...

Alhamdulillah, syukur seribu rahmat. Sesusah kita semua tak ada baju raya, tak dapat balik kampung, hatta tak dapat beraya sebab kena kerja sekalipun, kita masih ada makanan dan kita ada air untuk hidup, sedangkan mereka? Tengoklah gambar di atas, ibu tu berkorban bagi anak dia minum dulu...

Allahu Akbar.

Read More
Assalamualaikum.....



Baruuu jer baca news kat blog Lulu pasal kisah nie di sini. Memang geram betul. Semata2 sebab menolak pelawaan suami untuk buka puasa, dia diperlakukan sedemikian rupa? Itu suami ker, haiwan? Haiwan tau puasa ekk? Kalau puasa, kenapa seperti syaitan?

Ok, fine, salah isteri ada juga. Dia engkar arahan suami dia untuk buka bersama. Tapikan, agak2nya kenapa dia tak nak buka dgn hubby, instead of that, dia nak gi buka puasa kat rumah kakak dia pula? Obvious dan jelas kan... Kalaulah suami dia sanggup buat mcm nie atas kesalahan kecil, yang sebelum2 nie entah apa lah lagi agaknya. Entah dah berapa kali di tampar, di maki dan caci, di pukul, disepak terajang agaknya isteri dia tu. Takut barang kali nak duduk makan bersama suami. Atau mungkin cuba mencari perlindungan dari kakaknya.

Kalaulah ada pembaca entry ini di luar sana, kita nak kongsi sedikit apa tindakan wajar yang boleh dilakukan.

Kalau anda SELALU dan SERINGKALI menjadi mangsa penderaan rumah tangga, segera buat laporan di balai polis. Dapatkan laporan perubatan dari doktor terlebih dahulu.

Kemudian, cari perlindungan di rumah saudara mara. Seterusnya, boleh ke pejabat agama berhampiran dan failkan permohonan fasakh, iaitu memohon perceraian daripada suami.

Ingat lagi tak? Setiap pernikahan, suami akan membaca lafaz taklik. Cuba semak semula sijil nikah anda semua. Baca dan fahamkan lafaz taklik itu.
- Kalau isteri ditinggalkan tanpa berita selama 3 tahun....
- Kalau tiada nafkah zahir dan batin selama 6 bulan...
- Kalau isteri disakiti zahir dan batin (psychology)....

Ha..inilah hak kaum wanita. Pergilah tuntut hak anda. Allah dah tetapkan wanita itu bukan untuk ditindas. Isteri bukan hamba abdi suami. Isteri adalah untuk disayangi. Isteri adalah kekuatan dibelakang kejayaan lelaki. Isteri tidak untuk disakiti.

Cuma, pastikan anda semua ada bukti yang anda disakiti. Laporan perubatan, laporan psychology dari kaunselor dan sebagainya.

Geram dengan lelaki BODOH macam nie....
Read More
Assalamualaikum.....

Sangat gembira membaca perkhabaran dari Ben di sini. Ben dan isterinya Pn Azila ( erkk..nama kita Aziela...different yer..) Insyaallah akan beroleh cahaya mata kilauan jiwa pada tahun hadapan.

Yer, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setelah usaha yang diiringi dengan ketekunan, kesabaran dan keyakinan, pasti Allah itu tidak akan menghampakan umatnya. Alhamdulillah... Cuma bagi mereka yang masih belum mendapat rezeki, maka bersabarlah. Hayatilah apa maksud perkataan 'sabar' itu sendiri dan yakinlah bahawa apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Untuk Ben dan Pn Azila, sedikit pesanan dari kita. Itupun kalau pasangan ini baca entry ini (which I doubt so much..).

Untuk Ben:
- Banyak-banyak bersabar dengan kerenah ibu mengandung. Bukannya ibu tu mengada-ngada, tapi kadang-kadang memang tak dapat di tahan-tahan.
- Banyakkanlah memberi sokongan tenaga dan moral pada isteri. Kadang-kadang ada yang lemah lesu sebab mabuk di awal kandungan. Maka kenalah cuba2 turun ke dapur dan pegang penyapu.
- Cuba alert dengan deria bau dan deria rasa si ibu yang mungkin agak berbeza dari kebiasaannya. Yang penting, cuba untuk accommodate dengan isteri bagi keselesaannya.
- Cuba-cubalah research tentang persediaan ketika ibu mengandung dan ketika menghadapi proses kelahiran. Mungkin boleh cuba visit sini untuk bantuan.

Untuk Pn Azila:
- Di awal kandungan, AMAT PENTING untuk tidak melakukan tugasan berat. Ianya adalah tempoh kritikal untuk menguatkan kedudukan bayi di dalam rahim. Ada kawan yang lap sedikit lantai akibat air tumpah, tapi keesokannya beliau keguguran. Maka berhati-hatilah.
- Jaga makanan dan minuman. Tak semua orang sama. Ada yang minum air tebu seteguk boleh keguguran, namun ada pula yang minum berjag-jag pun sihat walafiat jer. Maka, jangan ambil risiko. Terutama di awal kandungan.
- Minum susu khas untuk kandungan. Macam kita dulu tak lalu minum yang putih, kita ambil perisa coklat. Tak lalu juga, masukkan jer ais ketul sedikit. Janji, boleh telan.
- Pastikan sentiasa ada makanan di dalam handbag dan kereta. Makanan yang boleh alas perut, contohnya biskut atau roti. Kalau boleh, cubalah makan sedikit setiap 2 jam. Kalau tidak nnt boleh pedih perut.
- Makan sedikit-sedikit, tapi kerap kali.
- Minum air suam dengan banyak. Kalau boleh 2 liter ke atas setiap hari. Masa mengandung nie, kita sentiasa rasa panas tau.
- Jangan sapu minyak angin di perut, walaupun ketika kembung. Dikuatiri boleh merosakkan kulit bayi nanti.

Untuk Ben & Azila :
- Saling faham memahami dan saling bertolak ansur.
- Sentiasa lebihkan curahan kasih sayang dalam perhubangan.
- Orang tua2 kita pesan, kalau kandungan belum cukup 7 bulan, jangan shopping baju baby dulu. So, simpankan jer duit banyak2 untuk shopping till drop lepas kandungan 7 bulan.
- Prepare beg lengkap persalinan ibu dan anak dan letak saja dalam bonet kereta. Kalau emergency, beg dah siap sedia di dalam kereta.
- Err, kalau ada mengidam yang agak2 waras tu, segeralah cari. Kalau lewat sikit jer, nanti mengidam ibu tadi hilang sebab kecewa. Bila dapat pun, dah tak thrill sebab dah kecewa. Nnt jenuh nak lap air liur baby...hehehehe....

Ok..pendek jer... Nanti korek2lah lagi dari orang lain yer. Cuma kita pesan berdasarkan pengalaman diri sendiri yang singkat dan cetek.

Sekali lagi..tahniah.
Read More
Assalamualaikum.....

I received this news from a friend through email. Some of you might have known about this, but let's just spread the news for cautions. Please take time to read !


Very important !

Tell your sons/daughters about it.

A well known family in Mequon lost their 25 year old son (Arun Gopal Ratnam) in a fire at home June 4th.

This is what happened.

He graduated with MBA from University of Wisconsin-Madison two weeks earlier and came home. Had a lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his room at school.
Father told him to wait and see his mother before he goes back for a few days. He decided to take a nap while waiting for his mom to come home from work.

Neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Their 25 year old son Arun died in the three year old house.

It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by lap top in the bed.


When the lap top is on the bed cooling fan does not get air to cool the computer and that is what caused the fire. Uneven surface of the bedsheets has blocked the air intake vent below the CPU fan. When the laptop is placed on a flat surface i.e. on desk/table, there is a gap between the desk surface and the base of the casing to allow air to flow/suck in through the air intake vent by the CPU fan to cool the CPU.

He did not even wake up to get out of the bed he died of carbon monoxide (CO).

The reason I'm writing this to all of you is that I have seen all of us using our lap top in bed.

Let us all decide and make it a practice not to do that.

Risk is real.

Let us make it a rule not to use lap top in bed or put computer on bed with blankets and pillows around.
Read More
Assalamualaikum.....

Waah..lama betul kita tak update blog. Erk...Baru beberapa hari kita tak update blog, tapi rasa macam dah bersawang dah kat sini. Dalam masa tu, ada beberapa story yang kita nak share dengan u all semua kat sini. Tapi nak kena ikut priority dulu la kot. Err...tak semua orang berminat membaca kisah peribadi setiap orang kan, tapi walaupun tak ada yang baca, mungkin juga kita perlu rekodkan untuk tatapan di hari2 pencen kendian hari (ada pencen ke..?).

Ha...berkenaan entry ini, dah baca ke suratkhabar hari nie? Ada kat dalam Utusan Malaysia, m.s. 22.

Yer.... kita dan rakan kita, Cik Puan Bable-Bla-Bla-Blup-Blup adalah antara yang terlibat. Beliau pun ada paparkan kisah ini beserta gambar2 lain.

Anyway, kronologi cerita adalah seperti berikut:
9.00 pagi : Kita tiba di bangunan yang tersebut untuk masuk kerja. Lewat setengah jam sebab lupa bulan Ramadhan waktu kerja di awalkan setengah jam. Tapi kelihatan sangat ramai orang berkumpul di lobi utama. Tak tau kenapa. Jadi, kita tanyakan pada pegawai Tech Park Malaysia, merangkap seorang kenalan juga lah. Katanya : Keluar dari bangunan kak. Suruh semua orang keluar...ada paip gas bocor!

Kita bergegas nak masuk pejabat untuk wartakan pada petugas-petugas lain. Tapi malangnya, baru nak masuk, dah ditutup laluannya oleh polis. Kita call boss kita dan beliau kata tak ada apa-apa pemberitahuan dan mereka semuanya tak tahu apa-apa. Dalam hati kita dah panik. Habislah nanti kawan2 kita terperangkap. Kita mohon pada polis yang berkawal agar lepaskan kita sebab pejabat kita tak dapat apa2 berita. Polis tu pun terperanjat, lalu segera suruh kita keluarkan semua petugas dari bangunan.

Kita bergegas ke pejabat dan segera buat pengumuman agar semuanya meninggalkan pejabat. Kami berkumpul di kawasan luar bangunan sementara menunggu arahan selanjutnya.

Untuk pengetahuan : Pihak pentadbiran Technology Park Malaysia tidak memaklumkan kepada kami. Jelas sekali mereka tiada prosedur untuk mengawal insiden2 kecemasan yang berbahaya seperti ini. Mana mungkin syarikat2 yang menyewa lot pejabat di sini dibiarkan menghidu udara beracun tersebut? Dahlah kami TERPAKSA menyewa lot pejabat di sini atas requirement MSC Malaysia sebagai MSC status company, membayar harga sewa yang tinggi tetapi dibiarkan 'mati' sendiri. Sangat kecewa dengan tindakan pihak pengurusan TPM. Jelas tiada keikhlasan untuk mereka bekerja. Hanya beberapa pegawai TPM saja yang bertungkus lumus ke sana ke mari. Sedangkan yang lain2 tu bersenang lenang duduk di bawah pokok menikmati pemandangan kereta bomba.


Petugas TPM itu bersantai dibawah pokok sebelah kiri kereta yang terbuka bonet ini.
 Apalah salahnya mereka turut membantu pergi ke setiap pejabat dan beritahu secara rasmi. Kalaupun tak nak gunakan interkom atas apa alasanpun jua, mestilah ikhtiarkan cara lain untuk menangani masalahkan? Ini adalah insiden yang melibatkan nyawa. Harap2nya Kementerian Sains, Teknologi dan Maklumat akan mengambil berat tentang perkara ini.

10.00 pagi : Kami semua diarahkan berkumpul di bangunan letak kereta bertingkat iaitu seberang jalan dari bangunan pejabat kami. Ianya untuk mengelakkan dari apa-apa kejadian yang tidak di ingini berlaku. Maka berdedai-dedailah manusia2 yang terlibat mengikut arahan seperti gambar di bawah ini.

Kita dan rakan2 lain, semuanya berkumpul di tepi jalan nie saja sebab nak tunggu CEO kita datang untuk arahan selanjutnya. Arahan selanjutnya tu ialah harapan agar kami diberikan cuti saja...hehehe.

Tapi kita dan boss kita telah cuba mencungkil maklumat dari mereka-mereka yang dipercayai mengenai insiden ini. Ceritanya :
- Pada hari Sabtu, Pest Control dipanggil untuk menjalankan kerja2 penyemburan racun untuk memusnahkan serangga dan kulat seperti contoh anai2. Ini adalah prosedur biasa untuk penyelenggaraan bangunan.
- Namun, mungkin kerana jumlah yang digunakan agak lebih dari biasa oleh kerana tuntutan keadaan, maka racun yang digunapakai telah meninggalkan kesan yang besar lalu perlahan-lahan merebak dan diserap oleh saluran penghawa dingin yang berangkai untuk seluruh bangunan.
- Pada hari Isnin, apabila pejabat2 mula beroperasi seperti biasa, penghawa dingin di pasang lalu membantu aliran racun itu merebak dengan lebih meluas.
- Mengikut kata ahli bomba yang hadir, sekiranya ada manusia yang duduk di dalam udara tersebut selama 2 jam, dia pasti MATI!
- Setelah sedikit hilang rasa panik dan gemuruh, barulah ada pegawai2 TPM yang bertanggungjawab mengedarkan kertas pengumuman pada kami semua di bawah pokok, di lereng bukit, di tepi longkang dan seratanya.
- Ada juga yang mengedarkan face mask untuk menutup hidung dan membantu mengurangkan terhidunya gas tersebut.
- Kereta bomba yang datang sebanyak 3 biji menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
- Ambulan juga turut bersedia sekiranya ada kejadian yang tidak di ingini.



11.00 pagi : Kelihatan anggota BOMBA dan syarikat Pest Control tersebut bergegas memasuki bangunan dengan menggunakan baju dan topeng khas untuk menangkis serangan kimia.
Boss kita cuba mendapatkan maklumat, bilakah dijangka keadaan akan pulih agar kami boleh masuk semula ke pejabat. Maklumat ini adalah untuk laporan kepada pihak pengurusan syarikat. Namun pihak BOMBA tidak dapat memberikan jaminan berapa lama masa yang akan di ambil. Mungkin 2-3 jam, dan mungkin sampai esok hari.

12.00 tgh hari : CEO syarikat tiba dan stay bersama kami untuk setengah jam yang berikutnya. Beliau lantas memberikan kenyataan agar petugas harus menunggu hingga jam 3 petang. Sekiranya pada pukul 3 petang masih belum selesai, maka petugas dibenarkan pulang ke rumah. Namun, ada yang mohon diberikan pelepasan terus, tapi CEO berikan arahan, sekiranya jam 3 petang keadaan kembali pulih, HR akan mengarahkan semua petugas masuk bekerja semula seperti biasa. Jadi, daripada balik ke rumah dan datang semula, baiklah kami semua menunggu di situ. (Hampa...).  CEO kami kemudiannya beredar untuk menghadiri beberapa lagi mesyuarat syarikat di luar.

1.00 tgh hari : Kita cuba menghampiri pegawai2 yang ada di bangunan pejabat. Sebaik saja kita berada dalam jarak 10 meter dari bangunan, terus bau yang sangat pedih menusuk ke rongga hidung menyerbu kita. Dengan segera, kita tanyakan perkembangan terbaru. Bukan apa. Kasihan dengan petugas lain yang terpaksa duduk di atas tanah di tepi jalan kerana telah penat berdiri. Dahlah cuaca sangat panas dan ada petugas yang mengandung telah mula pitam. Tambahan lagi, inikan hari pertama puasa. Keadaan pula hingar bingar dan sesak dengan lebih 1000 orang mangsa. Dalam pada itu, pihak polis kemudiannya membuat pengumuman bahawa semua orang boleh balik kerana keadaan merbahaya dan pihak BOMBA akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan keadaan. Hooreyyy!!!!

1.30 tgh hari : Kita dan bos kita telah mula membuat pengumuman rasmi kepada petugas2 syarikat mengenai keadaan tersebut. Setelah mendapatkan kebenaran dari CEO, maka kami semua bergegas pulang kerana dimaklumkan bahawa pihak BOMBA akan 'melepas'kan keluar udara beracun dalam masa terdekat.

Hari ini...keadaan telah kembali pulih. Alhamdulillah kerana tiada nyawa yang melayang. Kami masih diizinkan oleh Allah swt untuk menghirup udara yang memberi nafas..bukan udara yang menghentikan pernafasan. Khabarnya ada seorang petugas syarikat lain yang datang bertugas pada hari Sabtu telah terhidu gas tersebut dan mula menampakkan simptom yang serius. Semoga dia selamat.

Walaubagaimanapun, itulah pengalaman hari pertama puasa pada tahun ini yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
Read More
Assalamualaikum.....

credit to google

Sempena tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang mengenali diri kita, baik secara zahir mahupun sekadar di alam maya.

Sama-samalah kita semua merebut peluang ibadah yang hanya tiba sekali dalam setahun ini. Semoga kita semua akan sama-sama menghidupkan suasana Ramadhan.

Amiinn...

P/S : Doakan kita puasa penuh ekkk...
Read More
Assalamualaikum.....

I was not in good condition days before.

This is how exactly I felt (and feel). Even the office floor seems like moving. Doc gave me MC for 2 days since Monday. I stayed in bed whole day. Hubby will have to pick me up every day for dinner.

Maybe due to hectic weekend, jumble up schedule and lack of rest, top up with the hot and dry weather in Malacca, my tonsils got infected. Can see big ulcers at my throat. I can't drink and eat which caused the dehydrations.

Adam said and has been saying many times : Hah..tunggu apa lagi? Potongg jer maa.... Mama suruh Adam potong tonsil, tapi mama sendiri takut nak potong.

YESSS!!! Takuttt... The thoughts were so scary. Adult and children's tonsil removal situations are totally different. It was so awful for adults. I've seen it many times. But children take it more easier.

Sigh...I hope there won't be any more tonsilitis attacks esp during Ramadhan. Aminn...
Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya? Hmm..mesti ramai yang selsema, batuk-batuk, demam dan pening-pening kan. Yer la, pagi tadi kita dengar radio, hanya 30% sahaja kawasan dalam Malaysia yang udaranya bersih. Selainnya semua dilitupi jerebu sejak beberapa hari yang lepas.

Jadi, jagalah kesihatan anda dan anak-anak anda sekalian. Kalau ikutkan, dah bolehlah kalau nak spare face mask untuk keluarga. Spare kan dalam handbag kita supaya mudah dicapai bila keadaan memerlukan.


credit to google
Jangan lupa juga galakkan ahli keluarga dan diri kita juga untuk minum air masak dengan banyak. Kalau boleh, cubalah kurangkan ais.


Sebolehnya, kita banyakkan aktiviti di rumah dan elakkan daripada bercanda di tempat terbuka. Shopping complex adalah salah satu contoh tempat riadah yang menyihatkan. Nak lagi menyihatkan, sila bawa banker (suami2 sekalian) anda bersama-sama. Heheheh..jangan marah yer untuk pembaca kaum Adam. Tak apalah kan, asalkan keluarga sihat dan bahagia. Disamping tu, belilah stok2 makanan lebih sikit untuk mengelakkan keluar rumah selalu untuk membeli makanan kan.

Kita faham ada sesetengah orang tu belum ada peti ais jadi agak sukar nak menyimpan makanan. Gunalah kreativiti masing2. Pernah dulu MIL ada seorang bujang menyewa di rumah sebelah. Oleh kerana nak simpan ikan keli yang banyak tapi tak ada peti ais, maka dia biarkan ikan tu hidup dalam air yang berisi baldi. Setiap hari nak makan, dia tangkap dan siang. Ha, ciri2 orang berjimat. Kalau kita, ya ampun...lebih rela makan sardin dek nonnn...

Yang penting sekali, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa. Manalah tahu, sekolah tutup ke, tak yah datang kerja ke sebab jerebu tebal kan..(horeeyyy).

Selamat berperang dengan jerebu..!!
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama