Memaparkan catatan dengan label driving. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label driving. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Kita pasti ramai yang dah berkenalan dengan kamera2 AES kan. Samalah...kita pun dah bermesra2 dah dengan kamera2 nie.

Salah satu laluan rutin kita ialah PLUS Highway dari KL menghala ke Selatan sebab nak balik PD atau Melaka. Begitulah juga sebaliknya.

Salah satu kamera yang dipasang ialah sebelum fly over exit ke Kajang dari selatan ke KL.



Gambar2 fresh, kita snap sambil memandu pagi tadi. ( Err, Cik Ros, akak belum belajar lagi nak tepek benda tu kat gambar..uwaaa!)

Di kawasan nie, had laju yang dibenarkan ialah sehingga 90km/j saja.

Untuk pemandu2 yang dah biasa melalui jalan nie, memang dah faham sangat. Daripada Bangi lagi, yang daripada 130km/j tiba2 terus brekkkkkk kereta sampaiiilah kelajuan turun ke 90km/j. So, daripada Bangi lagi, memang berderet lah kereta2 brek sana sini. Hiihhihi.

Tapi, di kawasan kamera nie, semuanya bawak berhemahhh sangat. Macam kambing beratur nak masuk kandang, elokk jer bersusun bumper to bumper bawak antara 60 ke 80km/j. hehehehhe. Even lane kiri sekali pun kosong. Punyalah x nak dekat dengan kamera tu. Kelakarr sangat.

Tapiii, bagi yg tak tahu, memang sedapp jer kilat flash kamera memancar2. Tak pernah lagi kita lalu sini, kamera tu tak berkelip flash nyer. Pasti ada kereta yang laju melintas dia. Dan kita dalam kereta memandang flash tu dengan gelak ketawa. Hehehehhehe..

Bukan gelakkan apa...

Biasanya drivers memang dah tahu area situ strictly 90km/j saja. Even sebelum ada kamera pun, polis2 selalu jer bertenggek bawah flyover tu. Tapi ada sesetengah driver nie memang sangatttt degil. Nak juga mencabar undang2. Ha, hambekk... Glemer kat database JPJ dengan polis kan...

2 hari lepas, ada konvoi kereta2 seangkatan dengan Porsche, Ferrarri, Mazda dan macam2 lagi..dalam 7 buah dan kesemuanya dari Singapore. So, apa kelas kereta sporty dan mahal nak bawa 90km/j kan...? Berdesuppp jer semuanya rempit.

Kamera AES pun apa lagi, flashnya menyala tanpa hentilah....

Dan kita tetap tergelak sorang2 dalam kereta...


Read More
Assalamualaikum.....

Uwaahh, tajuk tak boleh nak proses kan...hahahahhaha.

Sebenarnya nak berkongsi perjalanan balik ke KL dari Kuantan ikut laluan yang bukan lebuhraya. Hehhehe, sajerlah kan kami nak cuba. Kami memang suka explore route baru. Yang penting luaskan pengalaman dan boleh menikmati alam semulajadi.

Lepas follow up hubby, kami terus gerak ke KL kan? Tapi dulu ada seseorang pernah beritahu yang ada shortcut dari Temerloh ke Kuantan tanpa mengikut highway biasa tu. So, first time cuba dulu, dah malam. Memang cuakk sangat. Tapi redahkan juga. Gelap gelita. So, this time nak try lagi sekali untuk familiarkan jalan pula.

Dari Kuantan, ikut Gambang or ikut Pekan pun boleh. Sampai di simpang 4 sebelum Balai Polis Paloh Hinai, masuk simpang ke Chini. Jalan straight dan make sure ikut signboard ke Chenor.

Silapnya, tak trip mileage dan tak take note duration. Lagipun nak tengok jalan dan view jer. Kereta memang lengang. Tenang jer. Hutan belantara kan. Signal hp pun kejap2 jer ada. Menariknya ialah pemandangan hutan sebab kita kena mendaki bukit iaitu sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dan turun bukit terus ke Chenor. Lepas turun bukit, jalan tepi sungai jer. Seronok...

Kami berhenti di jalan nie sebab hubby tertarik dengan sungai yang mengalir di bawahnya.
Lengang jer kan...


Keroh. Tapi tetap mendamaikan.


Tenanggg jer kan. ( Err..ada En Croc ke ek..?)



Antara bahagian delta sungai.



Malas nak keluar dari kereta.


Kita tak keluar dari kereta pun sebab panas dan penat. Hubby jer yang keluar dan klik klik. Lagipun doctor suruh dia berjalan dan berdiri setiap 45 minit. Selamba sungguh berhenti atas jambatan kat tengah2 jalan raya. Ishh..kalau malam memang menyeramkan situasi nie. 10 minit kemudian baru ada sebuah kereta lalu.

Next time kena trip mileage dan duration pula. Kalau menjimatkan masa dan mileage, memang boleh redah. Sebab kami terus keluar ke Chenor, masuk Temerloh, lalu Lanchang dan tembus ke Karak. Masuk highway di Karak. Bayar tol untuk Bentong dan Gombak jer. Journey not bad..lancar jer.

Anda suka explore tak?
Read More
Assalamualaikum.....



Kadang2, bila baca blogger lain ceritakan tentang pengalaman ujian memandu masing2, kita teringat juga kisah kita. Kadang2 nak simpan jer dalam lipatan sejarah, tapi apa salahnya ceritakan di blog. Kurang2nya bila baca semula, bolehlah nak tersengih2.

Sejarah belajar memandu nie sebenarnya secara illegal dan secara tak rasmi. Masa umur kita 20 tahun, baru 1st year di main campus, ada seorang kawan baik kita telah encourage kita untuk belajar memandu. Dia kata dia dan bf dia sanggup nak ajar kita slow2. Masa tu hostel di kawasan PJ.

So, pada suatu malam, bf kawan kita sewakan sebuah kancil untuk 24 jam. Kami start di kawasan lapang. Lepas tu, bila malam semakin lewat, jalan raya semakin lengang. Maka kita di paksa untuk memandu di jalan raya yang lengang. Berulang alik dari satu roundabout ke roundabout lagi satu. Berpusing2 jer lah kat situ sampaiii mahir. Owhh, kalauulah terjadi apa2, menakutkan sungguh, kan? Tapi syukurlah usaha itu berhasil di bawah pemantauan yang sangat teliti. Maka sedikit demi sedikit, kawan2 kita urge kita untuk try memandu di kawasan kampus. Nak keluar...memang takut lah kan.

Bila kami berpindah ke kampus baru yang lebih besar, dengan keadaan yang masih padang jarak padang terkukur dan tanah yang tandus, maka peluang untuk memahirkan diri terbuka luas. Setakat dalam kampus lah jer pun sebab nak pergi kelas ke, makan ke, amatlah jauh nya. Paling jauh pun, keluar gate kampus, untuk ke pasar malam di kampung berdekatan. Itupun bukan main kecoh lagi...

Bila kita masuk persatuan, kadang2 ada mesyuarat di ceruk2 kampung di negeri lain, bila akak driver dah penat, agak2 jalan felda lengang, kita take overlah stering kejap. Tapi adalah 2 kejadian kelakar yg berlaku.




KEJADIAN 1

Ada satu hari tu, time program berlangsung di Felda Palong 11, kita terpaksa drivekan pegawai univ. ke sebuah tempat lain dari program dalam kawasan felda kerana urusan urgent, di saat orang lain semua terikat dengan benda lain. Memandangkan laluannya dalam kebun getah jer, confident jer lah drive. Pegawai tu ada lesen, tapi dah lupa cara memandu and x confident. Kita yg x der lesen nie lebih cekap dari dia, that's y dia suruh kita drive. On the way balik, sekali terserempak road block..JPJ pulak tuuuu!!! Ah sudahh... Kelam kabut pakai seat belt, kereta dah melelong2 kanan kiri...panik punya pasal. Apa lagi..kenalahhh tahan. Dengan tak ada lesen, dengan x pakai seat belt...pergh..baaaikkkk jer abang JPJ tu nak saman. Dia bawak kitorang diskass jauh sket dr org lain. Mat2 motor x pakai helmet dah berlonggok kena tahan. Nak x nak, kami pun mencuba Hikmat Jurus Rayuan Menggoda Tak Hengat dengan abang JPJ tu. (Naseb lah hensem, membantulah jugak nak dapatkan feel lakonan) Last2, abang tu memang betul2 lepaskan kitorang dengan nasihat yang amat gentleman : Lain kali jangan buat lagi tau... Owwhhh..hensemnyer dia masa dia berkata begitu. Beriya2 kitorang cakap thank u. Pandai kitorang kan... Tp maybe sebab dia terpikat dengan pegawai kita tu kot..maklumlah, pegawai kita tu cantikk...hehehehhehe.





KEJADIAN KE 2

Untuk program kemasyarakatan, kami akan adakan Pameran Anti Dadah di Palong 11 tu. So, kenalah pergi ke Balai Polis Kuala Pilah untuk dapatkan kerjasama polis. Ha, this time kita drive juga... masuk balai, bawak AJK lain, semuanya perempuan. Selamberrr jer tak ada lesen bawak Iswara masuk balai. Balai tu pulak, atas bukit. Sekali nak naik bukit, enjin mati. A few time try, asyik mati jer... Mati kat sebelah pondok pengawal pulak tu. Last2 polis tu yang tolong drivekan naik atas bukit. Aduuhh..nak pecah dada masa tu dek terlalu takut.... Dah lah tu, dia minta lesen...Adoiii, rasa nak rebah kat situ gak lah... Rupa2nya minta K/P atau lesen untuk pengenalan diri nak masuk balai polis.... Perghh..selamaaatttttt.



Walaupun tak ada lesen, tapi kawan2 dan pegawai2 kita lebih selesa kalau kita yang memandu. Diorang kata rasa selamat. And diorang kata kalau kita drive, kereta jalan smoothh jer...tak der tersenggut2 atau brek2 mengejut segala. Iye ker..? Masa tu muda lagi. Zaman tu pula, kereta semuaaa manual. Susah sangat nak cari kereta automatik nie. Tapi, memang puas lah ke hulu ke hilir driving tak der lesen..dalam almost 1 year juga lah...walaupun tak jalan jauh, setakat dalam kampus jer. Sekali sekala untuk ganti orang dah letih drive jer kita pegang stereng. Itupun kalau dalam hutan belantara.

Tak lama selepas kejadian tu, kita dapat green light dari mak kita utk enroll masuk driving class yang formal punya. Barulahh betul kan....

Dah masuk driving school...ada cerita lain juga....

Nanti sambung lain kalilah yer...
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama