Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....


Semalam kita dengan hubby pergi ke pasar Ramadhan di Bt 4, PD. Mencari juadah berbuka puasa. Dari pagi memang dah pesan dengan mak, tak yah masak sebab mak dah letih buat revision sains dengan Adam. Kebetulan, kami memang bercadang nak berbuka di PD.

Bila pergi ke sana, tengok lauk pauk yang orang jawa panggil 'cebleh', lauk2 yang terdedah dan di hinggapi lalat, kuih muih yang kecut2 tak tahu bila di masaknya, kita jadi tertanya2. Peniaga2 ni pernah berniaga tak? Ikhlaskah mereka berniaga?

Last2, kami tak beli walau sekeping kuih pun. Lauk pauk pula kami hanya beli yang dibakar panas2 di situ, atau yang sedang menggelegak dalam kawah atau kuali. Ada juga kami beli sayur pecal yang dah siap dibungkus kemas dan bersih. Itu saja yang boleh diterima....

Maka mulalah tekak membayangkan menu yang simple macam sotong sambal ni. Bukannya susah, tumbuk cili padi dengan bawang putih, tumiskan sampai wangi. Lepas tu masukkan bawang besar yang dihiris. Masukkan sotong yang dipotong bulat. Kacau2 seminit, perasakan garam gulanya, angkat. Nak siang sotong pun bukannya susah kan.

Rasanya, kos lebih murah, kebersihan terjamin dan kesedapannya memuaskan hati. Nak masak yang susah2 tu...memang jauh lagi la kita nak mencapainya.....

.


Read More
Assalamualaikum.....

Seronok tak solat terawih malam tadi?

Entah kenapa, dalam hati rasa sangat sunyi. First time kot puasa hari pertama tanpa keluarga. Selalunya kami cubalah usahakan juga untuk sahur bersama, tapi kali ni memang tak boleh. Tuntutan kerja memaksa kami bersahur asing2.

Tapi, pagi2 tadi dah gayut dengan hubby. Dia sahur di Kuantan, kita sahur di KL. Kami berbual, sambil makan di lokasi masing2. Entirely online.

Tapi, petang nie kita nak usahakan juga balik ke PD. Nak berbuka dengan Adam... Kasihan dia. Sejak kita sakit, melarat ke Ba sakit...dia nampaknya rasa terpinggir. Dalam wajahnya menunduk Ahad lepas, dia tanya juga : Minggu nie mama langsung tak balik ke...?

Kita cuba luangkan masa semaksimum mungkin malam nie dengan Adam.

Insha Allah.

Oh, semoga anda semua berpuasa dengan bahagia hari ni.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya? Syukur Alhamdulillah, setakat hari ini, kita yakin semuanya sedang berbahagia dengan bulan Ramadhan. Dapat bersama-sama mengumpulkan sebanyak mungkin pahala dan berperang sehabis daya dengan nafsu masing-masing. Nafsu manusia dalam bulan Ramadhan nie double active tau. So, kita mesti double triple lagi usaha untuk melawannya kan.

Masa puasa nie lah nampak nasi goreng sampai terliur, padahal tiap2 hari tengok tak pernah ada selera pula.

Masa bulan puasa nie lah ada berita hangat pasal gossip pasangan bercinta kat opis sebelah. Bila tengah tunggu azan asar, sempat lagi nak mengumpat kan...?

Masa bulan puasa nie juga lah kita cepaat jer naik angin dengan anak kita yang baru belajar nak puasa. Bila dia merengek2 lapar dan dahaga, kita pula nak tunjuk garang kan...

Owhh..nehi..nehi...

Jangan yer kawan2 sekalian..! (Jangan yer Aziela. Pesanan utk diri sendiri juga).

Jadi, apa yang perlu? Ibadah sebanyak mungkin. Mudah? InsyaAllah... Yang pasti niat untuk beribadah dah ada, tinggal pelaksanaan saja...

Dah mula rancang menu berbuka ke...?
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama