Memaparkan catatan dengan label recipe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recipe. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....


Ini namanya masak ekspress. Bila tiba2 ada tetamu yang datang mengejut, tuan rumah pula tengah mamai terpisat2 baru bangun tidur, ini lah menu penyelamat.

Ada spaghetti angel hair, rebus dan toskan. Sekejap jer. Tak sampai setengah jam dah masak. Masa spaghetti sedang di rebus, bolehlah sediakan sosnya.

Tumis bawang putih dan sedikit bawang besar cincang sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan sosej yang dipotong kecil ikut kesesuaian diri masing2. Lepas tu tuangkan jer sos carbonara dalam tin. Kat supermarket kan banyak. Nak banyakkan sikit, campurkan dengan susu cair atau susu segar. Masukkan bay leaf atau pun oregano kering dan didihkan. Siap! Boleh hidang.

Masa raya tahun lepas, kita spare kan menu nie sebagai penyelamat kalau keadaan terdesak. Wah, laku betul masa tu. Maklumlah, raya2 kan banyak makan rendang dan makanan berat yang berempah, maka bila ada rumah yang hidangkan spaghetti nie, cepat jer lah lakunya.

Sejak lepas tu, kita makin rajin simpan stok bahan2 instant ni.

Rasanya? Mestilah yummmyyyyyy....!


Read More
Assalamualaikum.....

Musim2 jerebu nie, tekak sakit, mata berair. Selera pun ke laut jer kan. Kenalah banyak minum air. Kalau boleh, cubalah pakai mask. Kita hari tu kononnya rasa boleh tahan. Konon tak berada lama di luar. Tapi bila start mata berair, hidung pedih, sikit2 nak acchuummm jer, terus rasa insaf. Now, sentiasa spare face mask dalam kereta.

Oh yer, time2 tak lalu nak makan, bila ada 2 menu simple macam di bawah nie...laju la pula menyuap nasi.




Masak lemak putih tauge dan tauhu. Kita masukkan juga lobak merah yang di racik. Untuk natural flavour rasa manis. Adam dan hubby tak suka tauge dan masak lemak putih nie, tapi dah omak eh nak makan...kita masak jer lah. Lagipun, masak kat rumah mak kita di PD. Hubby tak ada masa tu. Resipi mudah. Didihkan jer santan dengan hirisan bawang putih dan bawang merah serta beberapa ekor ikan bilis yang di belah2. Masukkan tauge, tauhu dan carrot. Perasakan garam...taraaaa dah siap! Senang kan?


Memang dah berhari2 terbayang sambal telur rebus. Bukan sambal tumis biasa, tapi kita guna cili padi. Nampak jer cenggitu, tak pedas pun. Banyak bawang jer. Ayah dan mak tak makan pedas sangat. Tapi yang penting, telur rebus tu, mestilah di goreng dulu..bagi kulit telur tu menggerutu sikit. Baru kaww. Oh, menu ini sangat tidak menyihatkan. Apologise for all the health conscious readers. Once in a while should be fine, right?

So, tengah hari nie nak makan apa yer. Bila terkenang menu kat kafe opis nie, mula lah rasa macam tak bersyukur jer dengan rezeki Allah. Makan jer lah kan.... banyak komplin pula.



.


Read More
Assalamualaikum.....


Ok...seperti yang dijanjikan semalam, kita kenalah huraikan tentang gambar WW tu kan.

Sebenarnya kejadian nie lebih kurang 2 minggu lepas. Weekend tebang pokok tu lah....

Sabtu tu kan adik2 dah start datang rumah kita. So, tak sure diorang nak sampai pukul berapa. So, sebelum masak untuk lunch, kita prepare jer lah spaghetti nie. Manalah tahu kalau tiba2 diorang muncul jer kang, apa pulak yang nak kita hidangkan. Kalau setakat dalam rumah tu, tinggal kita berdua jer dengan Adam sebab hubby kan ada training di Colmar.

Kobek2 lemari turun temurun kat tepi dapur tu, jumpalah angel hair nie sekotak. Kita memang suka masak angel hair spaghetti nie sebab bila makan tu tak cepat muak (maka boleh makan dengan banyak), dan masa untuk memasak pun lebih pendek berbanding spaghetti biasa.

Anak2 Abang Ngah tak makan pedas. Adam pula suka yang creamy2 sikit. Nampak pula ada satuuuu jer tin Prego sos carbonara. Jadilah....buat rencah jer kan. Nak masukkan ayam dan sayur over extreme kang, budak2 nie bukannya layan. So belasah sosej jer lah...boleh menarik minat mereka sikit.

Rebus spaghetti. Sementara tu, racik dadu bawang putih, bawang besar dan cili besar hijau sebatang. Lepas tu kita racik sebatang carrot macam batang mancis, tapi lebih halus lagi. Nak ala2 sembunyikan daripada mata kasar kanak2. Janji, ada sayur.

Tumis bahan dadu, dah wangi baru masukkan carrot. Lepas tu, curah jer lah sos prego tu. Nak banyakkan kuah, masukkan sus segar dan bancuhan sedikit tepung jagung untuk pekatkannya. Bila dah mendidih, bolehlah masukkan sosej yang main hentam potong tu kan. Kalau ikutkan kita, nak potong dadu, tapi kang budak2 tak nampak rupa sosej pula. Tak menarik minat pula. Tu yang potong dadu jer tu.

Kebetulan, tengah2 masak2 didih tu semua, adik kita pun sampai. Syukur.

Bila nak tutup api, taburkan dengan serbuk oregano dan juga serbuk cheese parmesan. Bila nak makan, masukkan spaghetti dalam pinggan dan curahkan dengan kuahnya. Maknanya hidangkan spaghetti dan kuahnya berasingan lah.

Dan Alhamdulillah, lajuu pulak diorang makan. Yang kecik umur 2 tahun tu bukan main susah nak makan selalunya, tapi dengan spaghetti nie, kejap2 dia mintak lagi..kejap2 datang balik meja makan, mintak lagi. Terperanjat mak ayahnya tengok dia makan banyak.

Adam?

Tak yah tanya. Senyappppp jer cedok ke pinggan dia, terus khusyuk. Bertambah2.

Dan, org2 dewasa nie pun laju jer makannya. Termasuklah kita...hahahahaha

Bila mak ayah dan Yana sampai, terus licin lincau jadinya. Alhamdulillah....

Ada sedikit hint rasa cili, ada rasa bawang2 yang ditumis dan kuahnya tak sepekat carbonara biasa. Rasa macam makan spaghetti berkuah pun ada. So, sesuai lah dengan lidah melayu sikit.

Satu peket angel hair spaghetti tu boleh dapat satu mangkuk besaaaarrrrr spaghetti tau. Banyak juga lah.

So, mudah kan? Agak2 malas nak masak, atau nak cepat ada tetamu dah nak sampai, bolehlah cuba cara nie. Tapi, kalau nak proper, sosej tu dadulah kan. Campur dengan button mushroom dan ketulan isi ayam. Masukkan capsicum dadu sikit. Wallah..special nanti jadinya...

Ish...rasa macam nak repeat pula. Masakkan untuk hubby pula dengan in-laws this time. Weekend nie lah repeat. Insya Allah.


Ada yang tak makan western menu macam nie yer..?


.
Read More
Assalamualaikum.....


Menu for breakfast, on previous weekend. Adam's favourite! The recipe was named as 'hentam ikut kreativiti tak terancang' respectedly. Alhamdulillah, the outcome was super yummy. Actually Adam requested mac & cheese, but I decided last minute that my stomach was screaming for a Malay cuisine. Huh...so I've bullied my son....and the macaroni. However, the delicate fusion favour of this macaroni has drawn Adam's dream, hehehehehhe. He satisfied his passion with this.

Ok, let's peek at the simple recipe...

Recipe by me http://the%20rainbowjourney.blogspot.com/

200 grams macaroni (boiled as per instruction on the packet)
3 cloves of garlic (chopped)
2 red onions (chopped)
2 red or green chillies (sliced thinly)
half cup of diced chicken meats
carrots : as much as you want and cut into desired piece
3 tablespoon chilli sauce
1 tablespoon oyster sauce
1 tablespoon soy sauce
half cup of water
a pinch of salt

Method:
1. Stir fry garlic and red onions until fragrant.
2. Add in chicken meats and continue to fry until it turns slightly brown.
3. Pour in the water and wait until it boils.
4. Once it boils, add in the chilli sauce and oyster sauce.
5. Stir in the carrots or any other vegies that you like for another 1 minute or until the gravy thickens. .
6. Add the boiled macaroni, sliced chillies, soy sauce and a pinch of salt. Fry and coated the macaroni with the sauce.
7. Serve it hot. Yummy.
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama