Memaparkan catatan dengan label Yusri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yusri. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....


(Sumber gambar : Google)

Yusri KRU....

Siapalah yang tak kenal beliau kan. Seluruh negara mengenali beliau. Bukan sahaja kerana nyanyian dan lakonan, tapi juga oleh kerana ketampanannya, kebolehannya mengarah dan berniaga sekaligus meletakkan beliau dalam kategori Most Eligible Bachelor (bachelor ekk..erkkk..erkk..tercekik).

Anyway, rasa terpanggil pula untuk buat entry ini sebab nak berkongsi rasa dengan pembaca yang lain.

Kita katakan magnet sebab beliau sentiasa menjadi perhatian. Sesetengah aritis, menjadi perhatian untuk musim2 tertentu, tapi beliau belum pernah sunyi dari perhatian. Apa saja yang terjadi dalam hidupnya, dihidangkan kepada awam.

Tapi anda perasan tak? Isteri pertama Yusri ialah Erra Fazira. Dan semua orang tahu yang Erra bukanlah pelakon kaki lima. Beliau adalah primadona Malaysia. Kisah dan gossip percintaan mereka pun x lama rasanya. Tiba2 terus nak kahwin. Dan kita tak pernah terlintas di fikiran bahawa Erra akan berkahwin dengan Yusri.

Dan sekarang, selepas menduda, Yusri memilih Lisa Surihani. Siapa Lisa Surihani, adik2 sekalian? Yer betul... Pelakon wanita yang hebat dan paling glemer pada musim ini.

Ok, magnet Yusri memang sangat berkuasa hingga mampu menarik dan membuatkan pelakon2 wanita hebat dan jelita dalam negara kita yang menjadi buruan lelaki pelbagai jenis dunia ini, melekap padanya dan menyerah untuk menjadi seorang isteri kepada beliau.

Kenapa agaknya?

Ada udang di sebalik mee kah?

Ada politikkah?

Apa lagi 'kekuasaan' Yusri yang kita tidak tahu, yang hanya wanita2 ini saja tahu?

Ataukah sekadar : Sudah ketentuan Ilahi dan rezeki beliau?

Allahu'alam bissawab....

Note : Tanda soal tetap berlegar dalam minda...
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama