Memaparkan catatan dengan label Masalah Sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah Sosial. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Ramai sungguh yang dah memperkatakan tentang video yang tersebar luas tu. Mestilah orang ramai freak out, sebab baru tahu. Walaupun si pelaku yang zalim tu sedang dihukum dalam penjara, tapi public tak tahu. Jadi, bila tengok video tu, melompatlah semua orang. Siapa yang dah tengok, boleh recall perasaan tu. Perasaan geram, terperanjat, marah, sedih, dan pilu yang sangat-sangat.

Manalah kita semua tahu itu video tahun lepas. Mungkin orang yang sebarkan pun x tahu. Menyebarkan video itu, kita percaya bukannya untuk hiburan, tetapi sebagai peringatan tentang siapa kita sebagai manusia. Kita yakin, ada dalang yang bersalah dalam hal ini, iaitu orang yang menyimpan rekod video ini, telah membocorkannya kepada umum.

Yang pasti, bukan individu yang merakam, sebab kalau dia nak sebarkan, dah tentu tahun lepas lagi dah kita saksikan. Siapa yang simpan rekod rakaman ini lagi? Fikir2kanlah....

Cumanya, kalau kita dengar ada bunyi anak menangis disertai dengan tengkingan si ibu atau penjaga, cepat2lah jadi jiran yang busybody sebab ianya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seorang manusia. Oh yer, tolong ikuti etika yang baik untuk menjadi jiran yang busy body. Setiap langkah, ada panduannya.

Selamat bermasyarakat kepada semua...
Read More
Assalamualaikum.....

Entry kita nie, merujuk kepada berita daripada Cik LULU mengenai kisah wanita yang melacurkan diri untuk mengumpul duit untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya.

Jawapannya : Mestilah TAK PERLU kan...?

Tapi persoalannya, mengapa ianya berlaku?

Issue #1:
Yang paling ketara, berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh wanita terbabit, untuk mengumpul belanja kahwin. Kenapalah dia sampai merendahkan diri meniagakan kehormatan diri untuk berkahwin? Adakah kerana kenduri perkahwinan yang gah itu adalah kemestian? Ini membawa kepada permasalahan yang berikut iaitu
- Tradisi masyarakat Melayu di Malaysia yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan kemestian perbelanjaan yang tinggi.
- Kejahilan wanita terbabit dalam pendidikan agama.

Semakin lama belanja perkahwinan semakin mahal. Kebanyakan pasangan pengantin baru, terpaksa menanggung hutang selepas majlis kahwin. Mungkin hingga anak mereka bersekolah, itupun kalau mereka tak menambah atau top-up dengan hutang2 lain. Sangat sedikit yang tidak berhutang dan menjalankan majlis dengan kemampuan yang ada. Kita ucapkan syabas! Yang paling menyedihkan, dan ianya pernah berlaku di hadapan mata kita sendiri, ada ibu bapa yang kurang kemampuan, sehingga berhutang dengan ceti haram seperti Along untuk menjalankan majlis perkahwinan anak yang sederhana. Luluh rasa hati melihat pengorbanan pasangan itu demi kasih sayang mereka kepada anak mereka.

Kita rasa, dalam menjalankan urusan majlis perkahwinan ini, biarlah perbelanjaannya ditanggung oleh anak yang berkahwin, sekadarnya kemampuan mereka. Ibu dan bapa diharap agar dapat menyokong dan menguruskan seperti sepatutnya adat setakat kemampuan anak-anak mereka. Tak semestinya jawatan anak itu adalah pegawai lulusan universiti, bermaksud mereka mampu menanggung majlis yang besar. Tak terbukakah mata ibu bapa mereka tentang hakikat imbangan pendapatan dan perbelanjaan di zaman sekarang? Masakan anak yang baru bekerja setahun telah dapat mengumpul simpanan beribu? Tak mustahil, tapi kita pasti dengan penuh kepayahan.

MELAINKAN.......

Anak-anak itu tinggal bersama ibu bapa, tiada tanggungan adik2 yang bersekolah, rumah dan tempat kerja adalah berdekatan dan tidak terdesak untuk memenuhi permintaan ahli keluarga ataupun girlfriends, ataupun diri sendiri untuk barang2 material yang tidak perlu.


Ok, kita pergi ke persoalan seterusnya :

Kurangnya didikan agama. Wanita itu sanggup melacur, seolah2 ianya adalah satu opsyen pekerjaan kepada beliau. Gelap sungguh seketul hatinya hingga sanggup melacurkan diri sendiri. Bila dah tiba ke peringkat RELA melacurkan diri, maka agak susahlah untuk beliau kembali ke pangkal jalan. Tiada jalan pintas, melainkan ianya harus dilakukan perlahan2 dan dengan istiqamah. Allahhh....sayangnya....

Kita tertanya2 di dalam hati. Adakah bakal suaminya tahu tentang usaha wanita ini? Kalau bakal suaminya tak tahu, apakah yang akan berlaku bila dia tahu? Kalau dia memang tahu, adakah dia sanggup memperisterikan wanita itu? Tiadakah nilai2 lelaki budiman dalam dirinya? Layakkah dia menjadi seorang suami kiranya dia membenarkan perbuatan wanita itu...?


Pokok pangkalnya,
- Isu wanita itu sendiri menjalankan 'usaha' ini ;
- Isu bakal suaminya... ;
- Isu ibu bapa dan kaum keluarga pasangan ini yang mahukan majlis gilang gemilang ;
- Isu masyarakat secara keseluruhannya ;

Semuanya bertitik tolak daripada pendidikan agama sendiri.... Jika kita semua merujuk kembali tatacara kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Insyaallah tidak akan wujud isu2 ini semuanya....


Allahu'alam



Nota : Maaf kerana belum dapat berkunjung ke rumah rakan2 sekalian... Kita kesuntukan masa....
Read More
Assalamualaikum.....

Basically entry nie merujuk kepada entry adik tersayang iaitu Azham Vosovic di SINI. Sebelum baca entry kita yang berikutnya, sila baca dulu entry beliau di situ. Yang paling penting ada seorang kanak2 yang super comel di situ dengan berbagai aksi2 yang mencair luluhkan hati anda....

Ini adalah masalah yang telah mengundang perbincangan dari seluruh dunia... Bukan sekadar negara, malah umat dan penduduk dunia keseluruhannya. Kalaulah masalah ini telah menular menjadi masalah dunia.... maka kita rasa penyelesaiannya harus bermula dari akar umbi.

Cara terbaik ialah cara dari Al-Qur'an. Kisah Luqman Hakim mendidik anak2nya. Bagaimana dia berjaya? Katanya dia mendidik anak2nya sejak dia sendiri masih kecil lagi. Maksudnya, dia kawal dirinya agar menjadi muslim sejati maka zat dirinya itulah yang mengalir di badan anaknya, seterusnya praktikal amali kehidupan berlandaskan ajaran Islam.

Jadi, pokok pangkalnya ialah 'aqidah anak2. Kalau anak2 tidak memahami tauhidnya Tuhan (Allah), maka dengan mudah mereka akan hanyut bersama arus deras syaitan dari berbagai sudut. Bagaimana caranya nak kita bawa mereka (dan diri kita juga) ke 'tempat' yang selamat dari aliran ini, tidak mampulah kita nak ceritakan satu persatu dalam satu entry yang ringkas.

Kesimpulannya? Teknologi tetap akan berkembang. Cuma kita harus kuatkan benteng pertahanan aqidah keluarga kita agar dapat menepis 'serangan2' zahir dan batin yang tak mungkin putus2 hadir dalam kehidupan manusia.

Adik Azham,

Sejak akak menuntut lagi, dah berbagai aktiviti sosial dan motivasi akak ceburi, dah merata pelusuk akak pergi untuk bertemu dengan adik2 sekalian. Hatta sehingga ke Rumah Pengasih, iaitu Rumah Pemulihan Swasta (NGO) untuk penagih dadah. Namun, semua masalah sosial ini akan mampu dibendung dengan 3 aspek utama iaitu : Agama, Kasih Sayang dan Disiplin.

Ini hanyalah pendapat kita. Siapa yang hendak betulkan, atau menambah baikkan, kita persilakan dengan hati yang terbuka....

Allahu'alam.
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama