Assalamualaikum.....

Dah lunch ker? Makan apa tadi? Tak kisahlah kan. Janji kenyang dan halal. Alhamdulillah. Anyway, weekend bebaru nie, kita cuba2la buat kebab sendiri kat rumah. Sekadar untuk breakfast kami sekeluarga. Selalunya hubby suka ajak breakfast kat luar, tapi dia selalu siap lambat. Sampai perut dah berkeroncong, muka anak dia dah masam mencuka baru dia nak bersiap. So, kita punya alternatif ialah buat sarapan sendiri. Selalunya bukan malas buat, tapi bila kita start kelentang kelentung keletek kat dapur, hubby mesti marah. Dia kata tak payah susah2 masak..nanti makan luar jer. Weekend nie nak jalan2 dengan family. Maklumlaa..jumpa seminggu sekali. Tapi this time kita abaikan amarah dia. Maka terhasil lah begini :

Nampak plain ke? Memang x letak sos atau mayonis sebab isi rumah kita tu ada mcm2 selera. Solutionsnya, kita hidang kebab nie dengan deretan botol sos. Ada sos cili, sos lada hitam, sos masam manis, sos BBQ, mayonis, salad dressing dan mustard. Ha..senang..pilih jer nak yang mana.

Meh tengok resipi.

Homemade Kebab

Bahan-bahan :
2 keping roti pita
1/2 labu bwg besar *
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
5-6 ulas bwg putih*
* = ditumbuk atau dihancurkan
1/2 labu bwg besar : dadu
1 kiub pati ayam >
2 batang sosej ayam >  di hancurkan (boleh juga blend dalam food processor atau food chopper)
2 keping burger ayam >
Beberapa keping daun salad
Sedikit lada sulah dan garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daging-daging yang dihancurkan
3. Masak hingga sedikit garing dan perasakan dengan lada sulah dan garam.
4. Angkat dan gaulkan dengan sedikit mayonis.
5. Panaskan roti dalam kuali non stick.
6. Potong roti kepada 2 . Hati-hati sebab senang koyak. (Kita gunting jer..)
7. Masukkan campuran isi tadi dan hidang dengan sos kegemaran.


Portion memang besar. Boleh makan dengan gembira bersama keluarga dan kenyang sampai ke petang.


Selamat mencuba yer...
Read More
Assalamualaikum.....

Incik Ben buat segmen. Tak ada apa2 hadiah dan kita pun tak mengharapkan apa2. Cuma untuk memeriahkan dunia blog. Lagipun boleh laa update blog kita nie sekali. Saper nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini.

This time kita rasa kita nak join. Lagipun memang bersesuaian dengan objektif blog nie... Untuk berkongsi pengalaman supaya dapat dijadikan panduan dan sempadan untuk pembaca yang lain.



Sebagai permulaan, kita adalah anak sulung dari 4 beradik dan secara kebetulan juga, kita merupakan cucu sulung di dalam keluarga sebelah emak. Oleh kerana emak dan ayah bekerja, dan secara kebetulan, nenek menyuarakan pendapat untuk membela kita di kampung, maka emak dan ayah berkorban dengan membenarkan kita diasuh dan dibesarkan oleh atuk dan nenek. Sejak beberapa jam melihat dunia, sehinggalah sekarang, kita boleh dikategorikan sebagai membesar dalam dakapan atuk dan nenek. Nenek, atuk... I luv u soooo muchhh...

Zaman dulu, tak ada child psychology, family development programme dan sebagainya. Maka kami dibesarkan dengan ayat2 : Mak dengan ayah kerja... Itu saja yang diulang2. Hinggalah lahirnya adik bongsu, masa tu umur kita 6 tahun. Dia tak tinggal dengan atuk dan nenek macam kami 3 beradik, tapi ayah dan mak bela sendiri. Pemikiran kanak2 yang mentah mula la cuba memahami apa status situasi itu. As time goes by, kita membesar dengan anasir negatif ciptaan sendiri, bahawa mak dan ayah x sayangkan kita dan adik yang 2 lagi tu. Tu sebab hantar kami pada nenek.

Tetapi, tibalah satu saat, waktu kita berumur 14 tahun. Pertama kali dalam hidup, dapat duduk berdua dengan mak dan mak pula mula open dengan berbual seperti kita nie seorang rakan. Kita gunakan peluang tu untuk tanya dengan mak... Kenapa hantar kita 3 beradik pada nenek dan atuk? Memang x sayang kami ke? Kami bukan anak yang baik ke? Adakah adik yang bongsu tu perfect sehingga dia menjadi anak pilihan?

Saat itu, mak nampak terkejut dengan serangan pertanyaan yang sangat tidak disangka. Dan disaat itu, dia sebagai seorang ibu, sangat tidak menduga bahawa anak2nya menyimpan persoalan besar sepanjang tempoh membesar. Soalan yang mempertikaikan kewajaran dia sebagai seorang ibu.

Maka mak pun jawab dengan sangat berhati2. Dia sayangkan semua. Hatinya hancur di saat menyerahkan kami dibawah jagaan nenek. Tapi nenek ibunya. Bagi mengubat kesunyian nenek dan atuk yang baru kehilangan anak pertama kerana demam panas (arwah kakak mak), maka mak dan ayah serahkan kami untuk membahagiakan dan menggembirakan nenek dan atuk. Itu ialah mak yang cuba berbakti kepada kedua ibu dan bapanya. Jawapan mak diiringi dengan getaran sendu yang susah untuk kita fahami ketika itu.

Namun, itu jawapan yang sudah cukup menggembirakan. Untuk pengetahuan semua...komunikasi kami 3 beradik dengan ibu ayah, seolah2 orang asing. Makan dan segalanya dalam diam. Tiada cerita untuk dikongsi, tiada masalah untuk ditanya, tiada tawa untuk bergelak. Tidak pernah seumur hidup kami adik beradik menyambut hari ulang tahun. Tiada majlis, tiada kek, tiada hadiah malah tidak pernah ada ucapan. Betapa sejuknya hubungan ketika itu. Tapi, sejak wujudnya perbualan itu, sedikit demi sedikit kami mula membina bahagia.

Bila umur kita meningkat ke 16 tahun, kita berazam untuk ubah trend itu. Kita perlukan silaturrahim yang lebih erat. Maka, kita ajak adik2 berpakat, beri hadiah untuk mak sempena birthdaynya. Tibanya hari ulangtahun mak, kami ramai2 suruh mak duduk di kerusi, dan wish Happy Birthday dan serahkan sekotak hadiah. Dah lupa apa hadiah pertama tu. Mungkin frame gambar. Tapi mak sendiri sangat terkejut dengan peristiwa itu hinggakan suasana kami sekeluarga diselubungi dengan kepiluan dan aliran air mata kerana perasaan bahagia itu sangat bernilai untuk diungkapkan.

Sehingga sekarang, Alhamdulillah... kami sekeluarga sangat rapat. Sangat sering bertukar pendapat. Sangat banyak juga air mata mak mengalir kegembiraan dek kejayaan kami adik beradik, seorang demi seorang. Insyaallah, kita semua akan memberikan lebih kegembiraan di masa akan datang. Amiin.

Semoga pembaca sekalian tanamkan keikhlasan dalam menyayangi ibu bapa kalian kerana keikhlasan mereka menjadi ibu bapa kita tidak perlu disangkal lagi.

Ok Incik Ben.. Akak dah siap.
Read More
Assalamualaikum.....

Mcm mana nak cerita yer. Dah a few weeks jadi perkara nie. Bila buka blog, kita log in kan. Lepas tu page akan terus direct ke dashboard. Drpd dashboard, view blog semula, kita macam automatically log out. Selalunya kita akan stay log in kan? Ini automatic log out. So, tak boleh nak balas komen kat blog sendiri...atau blog kawan2. Sebab bila kita balas, akan jadik Mak Anon (anonymous).

Ada sesiapa boleh bantu tak? Dah puas godek dalam setting blog, setting account..setting google... tetap x berjaya juga.

Tolonglaa.....tolonglaa.....
Read More

Cerita makan2 lah yer... Kita review sikit2 yang mana ada. Ada bnyk lagi gambar dalam folder, tapi semuanya gelap sebab pakai hp cikai. Kamera kita dah misplaced. Dah puas cari, tapi x jumpa. Tak tau ada di negeri mana satu kamera tu. Kita x ckp pun dgn hubby...senyappp jer. Hehehehe, bukan hilang...tak jumpa lagi jer..hehe.

Kedai nie adalah salah satu stall yang terletak di Hentian R&R Rembia. Rembia adalah satu kawasan bersempadan antara Melaka Tengah dan Alor Gajah. Kalau sampai di kawasan itu, landmarknya adalah kilang Sunpower. Malacca Solar Valley. Kedai nie, kalau dari Melaka ke Alor Gajah, sebelah kiri sebelum balai polis Rembia dan sebelum kilang Sunpower. Kalau dari Alor Gajah, of course sebaliknya. Tapi kalau dari Alor Gajah, selepas kilang Sunpower, u-turn di traffic light seterusnya.

Apa yg menariknya ialah roti canai dan rojak yang sedap. Tapi hubby memang suka makan kat sini. Dulu masa hubby kerja di Melaka, setiap malam akan singgah makan di sini. Masakan goreng2 dia pun sedap. Ada rasa macam home cooking. Kedai dibuka dari pagi hingga 10.00 malam.

Last week breakfast kat sini. Hubby makan mee goreng ( x sempat snap gambar ), kita teringin maggi goreng dan Adam mcm biasa, makan roti canai.



Roti canai garing tapi lembut dengan kuah yang cukup perisa dan pekat...sampai hubby tambah lagi order. Mcm tak cukup la pulak. Maggi kita memang lain sangat dari kedai mamak. Moist, terasa cili dan banyak sangat bhn2 rencahnya. Puas hati sungguh. Usually kalau nak makan rojak, kitorang makan malam. Power sket kuah dia.

Kedai nie ada juga jual nasi ayam. Tapi kita tak berapa nak recommend la. Kurengggg sket. Lebih sedap lagi makan nasi ayam Sg. Udang yang kita pernah citer dulu.

Ok..cukuplah citer pasal kedai nie. Sekadar panduan untuk sesaper yg tersesat di Melaka nanti..atau utk org Melaka yang terasa nak ubah angin.
Silakanlah yer....
Read More
Assalamualaikum.....



Tgklah gambar kat atas tu. Balik Melaka seminggu atau dua minggu sekali...ingat nak tenangkan fikiran, tapi sampaii jer rumah terus disambut dengan pemandangan nie. Memang geram betul tau.

Selalunya kalau balik Melaka, hubby akan panggil sorang brader nie, tolong mesin rumput dan sama2 kemaskan garden sedikit sebanyak. So, banyaklah sampah kan. Sampah domestik, sumbat kat dalam tong kuning tu dan selebihnya masukkan rumput2 dan daun2 yang kena potong tu. Kadang2 tak muat.. Tu pasal lah letak kat sebelah tong kuning tu. Semua sampah memang telah dibungkus dan diikat dalam plastik sampah hitam.

Tapiiii...orang yang ambil sampah nie, dia hanya ambik yang kat dalam tong kuning tu jer. Tengoklah...dah kosong tong tu...penutupnya dia campak jer. Nnt kalau hujan...air bertakung..ada nyamuk aedes pulak. Semakk tau. Lepas tu..nampak tak daun kering selonggok atas tanah tu. Ha...org yang sapu sampah dan bersihkan tepi jalan tu...dia sapu dan longgok jer. Bukan nak kaut dan buang... Eiii..memang pemalassss...

Tapi, we all dah ckp verbally dgn salah sorang pekerja dia. Nak tengok ada improvement tak minggu yg akan datang nie. Kalau tak ada juga..siaplaa koranggg.... Semua pegawai dan menteri dalam negeri Melaka tu akan dapat surat komplin. Kalau nak rasa tak senang duduk...buatlah lagi macam nie...

Eiii..gerammm...
Read More
Assalamualaikum.....

Semalam kan, kita beria-ia masuk ke gsc punya web. Konon nak booking tiket untuk filem nie kat Melaka. Entah kenapa, tak ada pula. Dah habis ke tayangan dia kat wayang? Tapi kita tengok certain tempat masih lagi ada. Ke...disebabkan keadaan internet yang sangat tak stabil men'tidakboleh'kan kita download full page ek?

So, geram2, kita pun terus purchase kat Astro First. Ha...5 minit lepas purchase...terus boleh tengok. Hambekkk.... Puas hati dapat tengok dengan keselesaan di rumah sendiri.

So, inilah dia...

Polis2 dalam kongsi. Semua orang tahu Shaheizy Sam pelakon utama. Tak ramai yang tahu tentang pelakon2 yang lain.

Cerita nie padat, kelakar dan memberi pengajaran. Seronoknya cerita nie, sebab tak nampak terlalu bergantung dengan skrip. Walaupun review dari kolumnis newspaper ada yang kata longgar disana sini, tapi kita rasa kelonggaran tu tak menampakkan kepincangan filem secara menyeluruh.

Macam biasa, kita jarang nak cerita sinopsis. Ianya boleh didapati di mana-mana media. Cuma nak share pandangan kita jer. Farid Kamil muncul dalam satu babak jer...tapi memberi kesan. Fizo Omar is excellent dalam cerita nie. pencapaian yang cemerlang. Yana macam biasa memang bagus, cuma martial art skill dia harus ditajamkan lagi. Sebab ada scene dia fight dengan Temulak kat atas bumbung tu nampak sangat dikareografikan dan kurang tangkas.

Yang kita sanjung Farid Kamil, cerita nie adalah satu2nya cerita yang menunjukkan bahawa Polis Malaysia TIDAK BODOH!. Bangga dengan pendekatan yang Farid Kamil berikan. Sebagai manusia biasa, Polis ada kelemahan dan kekuatan. Tapi, melalui filem nie, kita yakin yang polis itu memang boleh diharapkan.

Syabas...!
Read More
Assalamualaikum.....

Memang dah janji kan....

Hubby belikan Adam skate board. Skate board nie agak susah sikit nak balancekan sebab hanya ada satu tayar depan dan satu tayar belakang. Plus, board bahagian depan dan belakang terpisah dan independently moved.

Adam bukanlah seorang kanak2 yg suka bersukan sangat. Dia hanya obses dengan bola sepak. Every day, balik sekolah terus main bola dengan team dia. Weekend, karate class...itu saja.

So, bila dapat skate board yg susah nie, dia dah malas nak main. First day tu, asyik jatuh jer...so dia mcm trauma. Tp, ptg tu, kita bawak Firdaus balik rumah kita. Bila ptg, kita encourage diorang practice pelan2 kat dalam rumah atas karpet (jahanam karpet mak, dek noonnn). Dapatlah bergerak 2-3 langkah.... Tp bila practice ber dua nie, diorang jadi semangat dan seronok sikit.

Akhirnya, pada hari ke-2 memiliki skate board nie, Adam dah boleh gerak jauh sikit. Dan dia jadi seronok. Mujurlah dia seronok sbb masa dia rasa tak seronok tu, dia dah suruh simpan jadikan perhiasan. Layan gambar dia dgn skate board dia.





Yeyy...dah berjaya....
Read More
Assalamualaikum....

Hubby pergi China last week. Last month pun spent 1 week, this month pun 1 week kat sana. Cuma daerah dan kawasan yang berbeza jer. Friday, pick him up at airport and straight drive to Malacca. My hubby nie sangat suka kalau everytime sampai rumah, keluarkan dan test segala macam barang yg dia bawa balik. Tak kiralah dari mana..shopping complex ke, overseas ke...or even Kg Jawa sekalipun... So, inilah antara barang2 yg dia bawa balik.





Yang atas sekali tu leather handbags. One for me, and one for mommy. Kat sebelah bags tu adalah fridge magnet. Kita mmg suka fridge magnets. Pergi mana2 mesti nak fridge magnets. Next is gambar key holder. Yg dark colour tu pulak, a small waist pouch. Itu untuk FIL. Yg key holder tu utk ayah and mak.

Seterusnya, 3 utas rantai utk handphone. Apa nama benda nie ekk? Terselit kat tgh2 tu ialah key chain dapat free kat CIMB KLIA masa hubby tukar currency. Oh yer...hubby soh pesan kat dalam blog, untuk perhatian semua... Sesiapa yg tukar currency di bank airport, sila minta free gift yer. Sbb free gift memang ada utk semua customer. Cuma kalau kita tak tanya, memang bank pun senyaplah. Nie, org kaunter bank tu yg pesan. Baik kan CIMB?

Gambar last sekali tu ialah helicopter view semua yg dia bawa balik. Yang memutih tu ialah sabun dan segala tok nenek dalam bilik hotel hubby. Dia mmg suka collect. Every day sebelum tidur, dia akan simpan semua benda2 tu dalam beg. Err...mommy kata kurang senonoh. Tapi hubby kata, satu hari fees adalah inclusive brg2 tu semua...so dah tentu itu memang hak guest la.

Brg utk Adam? Aderr.... dia mana boleh lupakan anak tunggal dia. Nnt la next entry.
Read More
Assalamualaikum.....

Gmail ada problem ke? Dah 2-3 hari asyik jem jer... Mcm2 error kuar. Nak masuk blog pun susah. Nak set auto-publish...dia publish ikut suka..siap ada yg dah draft ilang2 lagi...

Adoii...menganggu gugat perasaan la...

U all sama juga ker...?
Read More

Amacam? Mengancam tak?

Ini projek weekend minggu lepas. Projeklah sangat kan...padahal simple yg amat. Asyik tgk kat blog org lain jer... keinginan utk mencuba tu membuak2. Tak pernah buat pun jelly nie sebenarnya. Masa cuti Wesak tu, sempat la sambar sekotak dua jelly Konyaku nie... Salah satunyer, perisa honey dew. Kaler ijau kan...suka kita.

Sementara hubby mengemas laman rumah, kita cepat2 tenggek periuk. Ikut instruction kat belakang kotak exactly mcm gitu.... lepas tu terus masuk dalam acuan. Eceh...baru inilah nak menerai acuan bentuk kat atas nie...setelah 6 thn membelinya. Sadis kan..?

Masa menghidang, curahkan susu Ideal sikit. Semua yg makan kata sedap. Bersemangat sikit nak buat desert bila ada yg puji. Bawak pergi rumah MIL, parents-in-law pun kata sedap. Mommy kata boleh la buat selalu2. Eheh...naik segan seh. Mana boleh celen mommy masak. Mommy pakar masakan. Apa saja yg disentuh semuanya jadi makanan yg sedap.

Ok...enjoy yer.
Read More
Assalamualaikum...

Well boys and girls, ladies and gentlemen...

My company is looking for programmer. Whoever is good in programming and have passiions, patients and wills are encouraged to apply.

Requirements? Check this out...

Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Engineering (Computer/Telecommunication), Computer Science/Information Technology or equivalent.



Required skill(s): C#, ASP.NET, Oracle programming.


At least 1 year(s) of experience in the above listed required skills.


Hard working and willing to work extra hours.


Passion, team-work player and willing to explore new challenges.


Applicants must be willing to work in Bukit Jalil,Jalan Tun Razak.


Preferably Junior Executives specializing in IT/Computer - Software or equivalent.


3 Full-Time positions available.



The motivation? Good company, excellent benefits comparing to most of the IT companies, and 2 months contractual bonus each year.

As usual...any interested applicants, please e-mail me at aziela.adam@gmail.com
Read More
Dd....

Thank u so much. You know why..and I luv it...
Read More
Assalamualaikum...


Yezzzaaa......malam semalam buat kerja giler lagi. Gerak dar PD ke Kuantan lepas Zohor. Sebelum Maghrib tiba di Kuantan. Lepas solat Maghrib, hubby ajak tgk movie... Since Adam x ada, dan kami sekali lagi dating ber-2, maka kami ambil kesempatan tgk movie yg Adam tak boleh tgk...

Full sgt. Terpaksa tengok show pukul 10.00 malam. Itu pun baris ke-3 dr screen. Jenuh jugak laa mendongak. Tapi x la dongak tinggi sgt..sikit jer sbb seat agak tinggi. Takder la sampai patah leher.

Dari awal cerita sampai habis...sangat seronok. Tak rasa nak minum, makan, mahupun 'toot'.... Hinggakan dah habis pun, rasa macam x puas lagi. Macam : Eh..dah habis ke? Seronok. Fighting x ganas sangat, perasaan kasih sayang tu sangat kuat walaupun beberapa saat jer pandangan mata diorang. And sangat funny. Memang lawak...bnyk lawak...bukan lawak bodus tuh... tapi lawak yg agak bijak.

Adegan panasss...x ada. Cuma a few scene, pakaian wanita penghias sexy ya rabbi. Maklumla...Rio de Jeneiro...panas seh ( kat neraka lagii panass..). Tu pasal laa kanak2 x sesuai. Tp terpk gak..nnt sok2 kuar kat HBO..sama gak sexynya kan.. adoiiii....

Anyway...untuk yg dah dewasa...sila tonton..seronok...
Read More
Assalamualaikum....

Satu Malaysia sedang bersedih dengan tragedi yang menimpa penghuni2 rumah anak yatim dan madrasah ini. Tak perlu lagi la kita berikan perinciannya kerana fakta itu boleh di dapati dengan mudah dari semua media di Malaysia.

Kita nak share gambar ini yang kita nampak di blog illustrasiaku. Gambar yang satu ini sangat menyayat hati.

Tiada kata yang dapat diungkap...berjuta perasaan, emosi, kekesalan, pengajaran dan sebagainya dilayarkan dalam kotak fikiran kita.

Anak2 ini semuanya suci dan bersih. Mereka pergi Insyaallah dalam keadaan hati yang bersih.
Kita cuma agak kesal dengan beberapa pihak...
-Kenapa baru sekarang nak pertikaikan status rumah tu?
-Jangan cari salah lagi...betulkan keadaan.
-Anak2 ini ada yang berjumpa ibu dan bapa pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas... Kenapa? Jauh sangatkan ibu dan bapanya? Hinggakan anak2 ini menelefon dan tanya bila mak ayah nak dtg jenguk mereka... Betapa rindunya mereka ini dengan kasih sayang ibu dan bapa. Mereka masih kecil, Ya Tuhan.  Tinggal di asrama tidak bermakna tak boleh melawat kan? Sekurang2nya...sebulan sekali... Atau, anak2 ini boleh di ajak pulang menghabiskan cuti panjang sedikit dan meluangkan masa... Terkilan...
-Kita sebagai masayarakat Islam yang bebas bertindak di negara sendiri seringkali meminggirkan golongan2 ini. Mengapa? Terlalu sibuk dengan urusan peribadi? Saudara sesama agama bukan peribadi kita kah?

Ok..kita dah jadi emotional. Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke opis di KL pg nie, kita asyik sedu mendengar perkongsian cerita dan pengalaman yang tidak di paparkan di media...

Al-Fatihah untuk insan2 yang menghadap Ilahi....
Read More
Assalamualaikum....

Rentetan daripada entry ke Tasik Chini minggu lepas, kita nak ceritalah tentang 'pemburuan' lauk ikan patin kita dengan hubby. Setelah 3 atau 4 kali cuba menjejak, akhirnya pada beberapa minggu yang lepas, kami berjaya juga terjah. Ingat tak tentang pemandangan kebakaran dari bangunan EPF? Sehari selepas itu, kami pulang ke Kuantan dan cuba menyinggah di situ. Tanpa apa-apa pengharapan yang besar oleh kerana waktu sudah agak lewat, hampir jam 3 petang... kami tetap tidak putus asa mencuba nasib.

Alhamdulillah...berjaya sampai dan memang pelanggan sedang ramai dan kami juga amat bernasib baik kerana lauk yang tinggal memang cukup2 untuk kami saja. Orang yang kemudian, memang tak merasa ikan patin dan udang galah. Oh yer, kedainya adalah di Felda Chini 3 kalau x silap. Ini kedainya...

Masa gambar di atas nie di ambil, kita dgn hubby dah selesai makan dahh...hehehehhe. Masa baru sampai tu...memang penuuuuhhh. Itupun kami terpaksa menunggu dalam setengah jam sebab nasi dah habis.. Kena tunggu nasi masak dulu..heheheh.

Inilah dia lauk ikan patin buah yang dikejar oleh ramai orang tu.


Hanya kepala nie jer yang tinggal. Tapi isinya memang cukup pejal dan manis. Terasa sungguh kesegarannya. Terus terang, masakannya biasa2 saja. Tak ada yang outstanding. Tapi dek kerana ikan yang sukar di temui dan amat segar... maka gaya pemasakan tu tenggelam dan dilupakan.

Dan ini pula udang galah yang memang susah nak jumpa pada zaman sekarang nie.

Dapat 3 ekor. Sama seperti patin, gaya masakan biasa saja. Seperti masak berlada, tapi sangat cair. Mungkin tukang masak nak highlightkan rasa udang yang sangat manis dan segar tu. Kalau kat kg kita, biasanya mak masak lemak cili padi pekat2, atau pun buat rendang Negeri Sembilan. Memang tak bangun2 kalau makan. Tapi yang ini pun kami suami isteri x bangun2 juga, hehehe

Selain daripada ini, kami ada juga ambil lauk sampingan yang lain. Lagipun tak ada apa yang nak dikejarkan. Jadi, kami makan sambil berbual dengan penduduk setempat. Tentang pembangunan Felda, tentang buruh asing, tentang masyarakat Melayu yang tak sedar di untung dan memilih kerja dan sebagainya. Sementelah pelanggan sudah berkurangan, pemilik kedai turut sama bersembang. Peramah dan mesra sungguh masyarakat di situ.

Kami tinggalkan kedai dengan azam, next time nak datang awal supaya dapat lebih menikmati keenakannya...
Read More
Assalamualaikum...

Mari review cerita nie pula. Hmm..nak kata review tu tak sangat la...selalunya kita sembang2 jer kan....
7th May 2011, dah janji dengan Adam, nak bawa tgk movie kat Kuantan. Disebabkan dia berjanji lepas tu dia akan concentrate study utk mid year exam dia. Asalnya nak tgk movie Fast & Furious tu (betul ke spelling?), tapi 18sx daa. So, try pujuk dia ganti dgn movie Kungfu Panda 2 nnt. Tak nak dia u all....dia mula la screen list movie..apa yg nak tgk. Last2 dia chose citer nie. Blasah jer la nakk...

Tak pernah terfikir pun nak tgk citer hantu kat wayang sbb kita nie mmg extra penakut. Tapi masuk juga tgk, anak punya pasal. Sepanjang dlm panggung, selubung kepala, muka semua dgn selendang/shawl yg sepatutnya utk selimut..sejuuukk. And, sepanjang masa juga, kita watch movie tu dari celah2 helaian benang yang menutup muka. Seraaammmm....

Kita surprise sbb hantu kat dlm citer nie mmg real. Citer pasal hantu raya, volkswagen kuning without driver kat Karak, warung bunian, pontianak and polong. Diselang seli dgn beberapa lagi kisah misteri dalam perjalanan mereka.

Tak nak citer bebanyak. Teringat jer pun dh seram okey.. Owhhh..seram adalah kerana kita sangat penakut. Tapi setakat Damping Malam, Senjakala semua tu..kita ok lagi. Yg nie, memang seram. Tahniah M.Jamil. Cuma lirik x berapa mantap. Ada sedikit loose dan dengarnya seolah2 menghafal skrip. Sikittt la...x bnyk..

Err...sila tonton dan berikan feedback anda. Takut x???
Read More
Assalamualaikum....

Hmmm..cuti sekolah bakal menghampiri. Apa plan u all nak bawa anak2 bercuti? Yang bujang pun bolehhhh... Lagi mudah. Sementara belum ada anak, boleh la bercuti2 dengan selesa. Tak perlu tunggu cuti sekolah macam kami nie. Waktu hari biasa, mohon cuti 2-3 hari, dah boleh melancong tanpa kesibukan dan kesesakan dengan harga murah lagi....

Pada salah satu weekend yang lepas, kami bertolak pulang ke Port Dickson untuk hantar Adam agak awal pada hari Ahad. Kononnya, hubby nak bawak pergi makan ikan patin buah di salah sebuah kedai di Felda Chini. Hubby kata ikannya sangat sedap. Tak ada rasa hanyir langsung dan isinya pun pejal dan manis. Memang kedai tu terkenal dengan ikan patin fresh dan udang galah yang fresh... 

Oleh kerana tu, kami gerak dari Kuantan sebaik saja selesai sarapan pagi. Dalam pukul 9 lebih juga la... Maklumlaa...Sunday. Kena kemas rumah dulu.

Kami tiba di Chini dalam pukul 10.30 pagi. Masih terlalu awal dan kenyang untuk memburu ikan patin kat kedai yg hubby cakap tu. Untuk kill the time, hubby ajak jalan ke Tasik Chini. First time tiba kat situ. Tapi gambar yg kita amik turn out gelap...cuaca agak mendung kejap masa tu. Ke...battery fon kita dh weak ekk.. Sbb lepas amik gambar sesikit tu...battery fon terus kiok!

Layan pemandangan dari tingkat 2 resort dulu la yer....




Ok...gambar atas sekali adalah jeti untuk naik bot. Antaranya ialah bot2 yg parking berehat di gambar ke-3. Hubby ajak kami naik bot. Ada beberapa package. Kami beli package 1 jam, berharga 70.00. Pergi ke semua tasik, ada 12 kesemuanya termasuk lawatan ke kg org asli.

Tak ada apa sgt yg menarik. Cuma ada sgt bnyk rumpai tasik yang mengganggu pembiakan ikan dan tumbuhan dalam air yang lain. Mengikut kata pakcik bot, dh bnyk usaha dilakukan, tapi makin bnyk membiak pula. 12 tasik tu dipisahkan oleh rumpun2 pokok mengkuang dan pokok apa ntah lagi yang tumbuh merata2 di tasik.

Kami tanyakan tentang mitos dan dongeng Naga di Tasik Chini tu. Pakcik tu kata sepanjang 20 tahu dia bawa bot kat situ, mmg x pernah jumpa. Kalau boleh, dia pun x nak jumpa dia kata. Yer la.. kita pun x nak jumpa. Nnt kena ngap kang...ha. TAPIII...dia ada beberapa pengalaman benar.

Kisah Pertama :
Dia pernah bawa sekumpulan pelancong korea perempuan. Mereka sangat gembira naik bot. Salah seorang memulakan nyanyian, lalu mereka terus bergembira dan menyanyi hingga ke tahap tepuk2 tgn, hentak2 kaki dalam bot. Dlm kemeriahan gelak tawa tu, secara tiba2 org yg memulakan nyanyian tadi, terus jatuh pengsan. Pengsan x sedarkan diri. Kebetulan dah dekat dgn Kg Org Asli. Bawa naik ke pondok dulu dan renjis air, rehatkan dulu hingga dia sedar. Bila sedar dalam 2 jam kemudian, dia sgt lemah dan tak boleh bergerak. Dia terpaksa dipapah oleh kawan2nya dan di bawa pulang. Apa yg jadi seterusnya, x diketahui.


Kisah Kedua :
Ada lima orang anak muda berbangsa Cina menaiki bot beliau. Semasa melangkah masuk, salah sorang dari mereka sambil tergelak besar, bertanya : "Pakcik...ada naga ka? Naga boleh nampak ka? Kalau ada naga..bagus maa.... hahahahhahaha."
Pakcik tu hanya diam saja.
Semasa sampai di tasik ke berapa, kita x ingat, secara tiba2, that young boy yg bertanya tadi tu terus pucat dan menggeletar sambil tangannya menunjuk ke tengah tasik. Mulutnya bising menjerit2.
" Naga besar....besarrrr...cepat pakcikkk..dia sudah dekat...besar..besar...!!"
Tapi x seorang pun yg di dalam bot tu nampak apa2. Hanya air tasik yg tenang saja. Pakcik tu pun pelik...sbb mmg x nampak apa2. Tapi budak tu terus2an menjerit sampai dia tarik2 baju kawan2 dia soh tgk. Mmg kawan2 dia x nampak apa. Pakcik tu teruskan perjalanan seperti biasa, tapi budak tu mmg pucat ketakutan hingga tiba kembali di jeti.

Kisah ketiga :
Ada seorang penduduk tempatan yang sering menjala di tepian tasik. Ada satu lubuk yang banyak ikan dan lelaki nie memang selalu menjala di situ. Tapi... pada suatu hari, dia terjumpa seekor ular yang tersangkut di jaringnya. Ular tu memang lain daripada biasa rupa bentuknya. Lalu dia bunuh ular tu dan kerat kepada 3 bahagian. Dia kemudiannya mencampakkan keratan ular tu di tasik bersebelahan.
Esoknya, ketika dia menjala, lagi sekali ular yang sama tersangkut. Sama ada ular yang sama atau tidak, hanya Allah yg tau. Sebab rupa dan bentuknya memang sama dengan ular yg semalam. Sekali lagi lelaki ini mengerat tiga dan campakkan pada tempat yang sama.
Sebaik tiba di rumah, seluruh badannya terasa panas dan sangat gatal merenyam. Tak sampai 24 jam kemudian, badannya dah dipenuhi dengan sisik yang tumbuh di segenap kulit badannya. Dah banyak hospital, bomoh dia pergi, tapi belum ada yang berjaya menyembuhkan dia.
Kalau u all ingat, pernah kisah dia masuk dalam berita akhbar beberapa tahun yang lalu. Sehingga sekarang, dia hanya makan nasi berlaukkan ikan bilis oleh kerana pantang makanan lain yang boleh mendatangkan rasa gatal. Lelaki itu sekarang membuka gerai makan bersama isterinya di Chini dan masih belum sembuh juga lagi.

Kami pulang tgh hari tu dengan segala rasa insaf di hati. Maha Besar kuasa Allah. Berbagai2 cerita yang manusia tempuhi atas dunia nie.

Lepas sesi naik bot, kami cari kedai ikan patin. Alahaiii...rupa2nya kedai tu memang tutup pada setiap hari Ahad. Tak dapat patin, dapat naik bot..ada la juga hasilnya menempuh jauh perjalanan ke Chini...

Jadi, kalau ada sesiapa nak melancong atau menacing, jagalah beradaban anda sekalian. Sentiasa beringat dengan rezeki Allah dan mohonlah dilindungi dari kejadian yang tak di ingini. Apa2 pun, setiap langkah kita, di atur dengan niat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah swt.
Read More
Assalamualaikum...

Keje kosong..keje kosong...!!! Mari..mari!!!

Ha..opis kita ada nak cari temporary Accounts Clerk. Sementara jer, sebab nak gantikan sorang staff maternity leave. Details :

Location : Bukit Jalil, K.L.
Duration : 3 months
Effective from : June to August 2011
Salary : negotiable
Working Hours : 9.00 to 6.00 (Mon to Fri)
Job Scope : Prepare cheque, calculate claims and booking flights and hotels.


Ok..sesiapa yg sedang bercuti sem tu, di alu2kan.. Dapat juga pengalaman kan... di samping income sampingan.

Kalau ada sesiapa kenalan ke, sedara mara ke pun boleh juga. Minta tolong la kalau ada sesiapa yang sudi hebahkan. The power of blogs...oyeaahh!

Ok..sesiapa yang berminat, sila hantar e-mail kat kita yer...
aziela.adam@gmail.com

Tarikh tutup : 27 Mei 2011.


Thank you....
Read More
Assalamualaikum...

Hari kita dimulai dengan berita yang menyedihkan.. Lebih kurang jam 5.30 pagi tadi, kita terima sms dari colleague, menyampaikan khabar bahawa ibu kepada salah seorang rakan setugas telah pergi menyahut seruan Ilahi malam tadi.

Takziah untuk Sdra Asri. Semoga beliau tabah dan redha dengan ketentuan Allah.

Beliau adalah yang memakai life jacket oren.  Ini gambar sewaktu Team Building kami di Pulau Perhentian beberapa tahun yang lepas. Sdra Asri merupakan ketua unit penyelidikan dan pembangunan syarikat. Selain daripada itu, beliau merupakan imam rasmi untuk surau di pejabat.

Takziah sekali lagi....
Read More
Assalamualaikum...

Masa ke EPF di Ayer Keroh Melaka bulan lepas... kami ternampak asap berkepul2 di udara. Berselisih dengan beberapa buah ambulan di sekitar kawasan MITC. Setelah selesai urusan di kaunter EPF, kita sempat snap picture nie sementara hubby borak2 manja dengan pakcik guard di luar pintu...

Setelah keluar masuk beberapa kali, pakcik guard tu kata dapat info yang terbakar tu adalah kilang buat mercun dan colok untuk masyarakat Cina. Memandangkan pada kepulan asap tersebut, mungkin ada beberapa peralatan yang meletup....

Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku......
Read More
Assalamualaikum...

Ok, meh kita bercerita pasal makanan lagi. Err..bukan nak buat apa pun..kalau tekak kita rasa sedap, maybe u all boleh la nak try, tapi kalau kita kata sebaliknya, pun u all boleh try gak. Eh...apa purpose? Ermm.. terpulang pada interpretasi individulah yer...

Ada one fine day, kita dan hubby pulang ke Kuantan dari Melaka ikut route yang lain. This time :

Alor Gajah--> Selandar ---> Btg Melaka ---> Gemencheh ---> Gemas ----> Buluh Kasap ----> Segamat -----> Kuantan : Masuk simpang ke Kuantan sebelum tiba di Bandar Segamat.

So, kami berhenti Maghrib dan makan di Gemas. Oleh kerana 1st time ikut route tu, maka tak tau apa lagi yg akan ditempuh dan berapa jauh lagi. Tak pasti ada tempat makan lagi ke tak, maka kami singgah di sini.



Antara deretan gerai, kami pilih yang ini sebab nampak konon macam happening sikit.



Kami order makanan2 ini :




Yang atas sekali tu nasi goreng apa..x tahu. Tp asalnya hubby order mee goreng mamak. Bila dtg pinggan, ada nasi goreng. Malas nak cerita bnyk. Telan jer la... Kita pula order char koay teow sbb bnyk signage dia promot. Maybe itu yg popular. Appetizer, kami order cendawan goreng tepung tu.

Ok...cendawan goreng tu jer yg betul2 boleh diterima. Yang lagi dua tu, setakat boleh dimakan jer la. Bukan tak bersyukur, tapi tak ada kepuasan atas duit yang dilaburkan. Nasi goreng mcm gaul dgn kicap, char koay teow banjir tapi cair bair...

Next time x dtg sini lagi kot....
Allahu'alam...
Read More
Header baru..cun..cun? Heheheh..ok la... Kita nie kan sentimental sket.. Jiwang karat ker? TQ Kei. Kesabaran Kei melayan kerenah kita tu memang petanda dia akan berjaya dengan cemerlang di dalam hidupnya nanti.. Amiiinnn.....

Saper nak, boleh contact Kei kat sini yer....
Read More
Assalamualaikum....

Happy Teachers Day to all teachers whom are teaching, retired and soon to be. All of the knowledge transferred to those kiddies will be an investment to you in thereafter...Insyaallah. Being a mother, I wish all the teachers could teach with an open heart and with sincerity. Because I've met teachers who are giving heart and soul in teaching thoroughly and I've met teachers who teach for the sake of being employed. After all....we are human beings.

A special Happy Teacher Day to Cikgu Anida.

She's teaching secondary school of Arts and currently is Ketua Bidang of Arts in her school. I thought she would have more time to spend with family since teachers always have much free time (at least those what we thought of), but nope...she doesn't even have time to spend for herself. The school children will always, constantly come to her for help, including for their personal problems. And she's always been elected by the headmistress to be in-charged of this and that events for the school, district and states. Believe it or not, last year's end year school holiday, she was able to be contacted for holiday during the second final week only. The rest was filled up with monitoring SPM and STPM candidates, extra classes, trainings and courses and few other projects.

Ok..she's my youngest sister.. The most dedicated and hardworking teacher I've ever know...

Happy Teachers Day darling...
Read More
Assalamualaikum....

Entry ini, pertamanya ditujukan khas untuk adik kita : Yana. Hari nie adalah hari lahir dia dan secara pakej juga hari ni adalah Nurses Day. Macam tau-tau pulak dia adalah seorang nurse...hehehhehe.

Yana, Happy Birthday. Walaupun pagi2 tadi dah hantar wish, tapi nak juga buat entry kat sini. Semoga hidup sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kebahagiaan. Kebahagiaan itu didatangkan dalam berbagai rupa. Kadangkala dugaan yang kita terima ada bahagian yang tersembunyi. Bersyukurlah, dan tabahlah.

Yana memakai tudung putih di dalam gambar atas tu.

Dan kami juga bertuah kerana Yana sudi menyambung delegasi jururawat dalam keluarga kami. Mak dulu adalah seorang nurse juga, tapi dental nurse. Yana pada mulanya mengambil bidang electrical engineering dan grad dgn cemerlang sehingga dinobatkan sebagai Best Student of the faculty. Tapi rezeki dia sangat susah dalam bidang tu. Mungkin kerana dia seorang wanita. Ada sedikit diskriminasi disitu. Maka beliau mencuba nasib dalam bidang jururawat pula. Alhamdulillah, beliau sekarang ialah seorang Staff Nurse di salah sebuah hospital swasta di Seremban. Semoga dia akan berjaya untuk meneruskan pendakian ilmu dan kerjaya dia di masa akan datang.

Ok, mari kita pergi pada nurses pula....


Nurses yang ada dalam family adalah seperti berikut :


Ok... Yang kedua dari kanan, bertudung hitam adalah Achik. Merupakan seorang nurse di hospital swasta di Seremban. Seterusnya my mak, tudung purple cair tu. Dental nurse kerajaan. Pernah berkhidmat di Banting, Seremban, Kuala Pilah, Bahau dan Port Dickson. Next is Mak Teh bertudung putih dan berseluar. Bermula sebagai jururawat desa dan sekarang berkhidmat di Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Port Dickson.
Last but not least is my little sister in law :

Ain is going to be 19 years old next month. Dia sekarang sedang mengikuti kursus kejururawatan di Kolej Jururawat Sg. Buluh, Selangor. Dah masuk semester ke-2 rasanya. Dan dah selamat menjalani latihan praktikal di Hospital Besar Kuala Lumpur bulan lepas. Alhamdulillah, dia sangat seronok dan dapat sesuaikan diri.

Tak ada doktor dalam family, tapi ada ramai nurse.. Oklah kan..?

Dear all nurses in the whole world.... Keep up the good work... We need you!
Read More
Assalamualaikum semua...

Hari nie apa khabar? Kita agak sibuk lately nie. Tp sempat juga balas komen and BW sesikit...hahahhaha.

Anyway, ptg semalam company kita ada jamuan teh secara kecil2an sebagai majlis silaturrahim dengan Chairman. Kami di syarikat rasa sangat terharu kerana big boss kami orangnya sgt down to earth. Dia berusaha utk mengenali kami dan mendekatkan diri.

Antara ucapan azimatnya yang kita rasa sgt tepat dan perlu dipegang sampai bila2 oleh sesiapa sahaja adalah :

" Setiap hari sebelum melangkah untuk pergi kerja, kita mesti pasang niat bahawa kerja yang akan kita lakukan pada hari ini adalah sebagai amal jariah di atas muka bumi. Maka ikhlaskanlah hati kita untuk berkerja sebagai menghalalkan gaji yang kita terima kerana rezeki itu turut dikongsi oleh anak, isteri, suami, ibu dan ayah kita. "

Gulp...terasa sket kita kan. Time keje kenkadang BW kan. Haip...akak gantiii tawwww. Kita akan masuk kerja awal atau balik lewat utk ganti waktu kita berblog dgn kerja... Fulfillkan hour bekerja dengan sempurna.

Lagi satu Gulp! semalam sebab lagi 2 minit big boss nak sampai, CEO kita secara spontan kuarkan arahan soh kita jadik Pengerusi Majlis. Alamakk...x prepare speech, agenda, etc. Apa lagi...boh jer la...apa yg terlintas jer. Alhamdulillah berjalan lancar.

Jadi, kita sharekan pesanan dia kat sini dgn semua org. Dlm apa jua tugasan harian... ikhlaskanlah diri anda.
Read More
Assalamualaikum...


Jenggg....inilah buah jambu sulong yang dihasilkan oleh pokok jambu yang kita dan hubby tanam 2 tahun lepas. Beli anak pokok kat pasar tani Alor Gajah. Harganya RM18.00. 2 tahun menunggu, membaja dan membelai, akhirnya dah mengeluarkan hasil. Ini tangkai pertama yang masak. Ada 3 biji. Sebiji hubby dah terus ngap sbb x sabar nak rasa. Sangat watery, crunchy and bulat. Memang sedap dan kemanisannya pun sedang elok sangat2. Kelopak dia terkopek satu tu sbb kita basuh ganas sgt agaknya...hahahhaha.

Nak tgk pokoknya? Inilah pokok jambu di bahagian belakang rumah, sebelah dapur kita...



Rimbun dan tinggi kan..? Ada beberapa tangkai lagi yang dah berputik dan we all pun dah balut. Mungkin weekend nie nak balut lagi... Weekend nie balik Melaka ke? Alaaa....

Ooo...entry nie bukan bermaksud apa2 yang negatif. Cuma seronok sbb inilah pokok pertama yang kita dan hubby tanam bersama dan membesar dengan sihat. Jadi, kita sharelah rasa seronok tu dengan pembaca semua kat sini.

So, u all tanam pokok apa?
Read More
Cakkkk..!!!! Hehehehhe...

Meh sambung perjalanan.

Lepas keluar dr rumah pengantin, hubby ajak tgk gajah. Dah alang2 sampai kan. Lagipun x der la rushing nak ke mana2. Cuma nak pulang ke Melaka jer. Berpandukan signboard, kami pun sampai la ke tempat yg dituju. Mak datukkkkkkkk punya la ramainya oranggggg... Sampai dekat 1 km la agaknya keluar dari pusat tu orang parking ditepi2 jalan. Masa tu dah petang, dalam pukul 3.00 petang. Sanggup betul mereka. Tapi kami tak. Hubby try juga drive masuk ke dalam. Kalau x jumpa parking kat dalam, we all nak chow jer. Alhamdulillah, ada rezeki. Ada parking kosong betul2 beberapa langkah dari pintu masuk.

Disebabkan terlalu ramai org, x boleh naik gajah sebab kuota dah penuh. Jadi, pada sesiapa yg nak melawat gajah  Boleh melawat dan bagi makan jer. Cuaca pun sgt panas dan kami pun letih sgt. Tambahan lagi kita pakai baju kurung. Alamak..panas2 nie, pakai baju kurung, nak redah masuk hutan ke? So, kita ckp dgn hubby, kita x nak masuk hutan tgk gajah dulu sbb panas sgt. Ingat nk rehat dulu.

Sekali terperasan ada bilik pameran dan informasi pasal gajah, so kami tour bilik tu dulu. Lepas tu tgk kat sebelahnya ada bilik berhawa dingin. Wahh..air cond la..bagusss. Bilik tayangan video pasal gajah rupanya. Ini sudah bagus. Next tayangan dalam sejam lagi. Kami pun masuk, duduk atas kerusi empuk dan hawa sejuk dan terus hanyut dalam mimpi ...hehehehe. Tapi x la lena sbb ada ramai kanak2 ribena dgn ibu bapa dan nenek atuk mereka. Punyala gamat. Namun tetap bersyukur sbb dapat rehat.

Cukup sejam kemudiannya, kami disajikan dengan tayangan video tentang Jabatan Perhilitan menyelamatkan gajah liar. Macam mana diorang pujuk gajah tu dengan gajah jinak dan transportkan ke tempat baru. Memang suspen. Menggadai nyawa pegawai2 nie semua. Tabik sungguh pada mereka nie.


Selepas tayangan, hari pun dah teduh sikit. Kami pun bergerak masuk ke hutan. Masa tu ramai yang dah nak pulang. Orang keluar, kami masuk..hehehhehe. Dapat laa tgk gajah. Tapi x se-excited masa tgk gajah di Ayuthaya, Thailand 3 thn lepas. Sekurang2nya Malaysia dah memulakan langkah pertama. Syukur.

Gajah nie, nama dia Cherry. Masih kanak2 ribena gajah lagi nie :


Nampak tak tu? Cherry tgh sedap makan btg pisang. O yer...batang pisang ialah makanan ruji gajah yer, mengikut kata En Penjaga Gajah, seekor gajah dewasa memerlukan 3 pokok pisang untuk dimakan setiap hari. Dan pusat nie ada lebih kurang 24 ekor gajah buat masa ini. Tiap2 hari pusat nie kena cari batang pisang berlori2 kan...

Oh yer, selain daripada aktiviti menunggang gajah, dulu pelawat boleh mandi bersama gajah. Tapi kebelakangan ni, aktiviti tersebut telah di batalkan. Ada keluar dari berita mengatakan seorang pelawat patah jari kakinya kerana di hempap gajah.

Namun, mengikut petugas di situ, fakta tu banyak kepincangannya. Pelawat mendakwa jari kakinya patah sebanyak 3 batang kerana di himpit gajah. Dan perkara ini hanya di adukan 3 hari selepas kedatangan pelawat itu ke sini. Kalaulah betul kerana gajah, mengapa bukan pada hari kejadian sendiri? Ramai yg bertugas pada hari kejadian, tapi tiada apa2 insiden berlaku. Malah kesemua langkah2 keselamatan di patuhi dengan ketat. Dan satu lagi, kalau betul di hempap gajah, kenapa 3 batang jari saja? Kalau gajah hempap, paling tidak pun sebatang kaki mesti patah, kalau tak, mesti org tu mati kan? Ini 3 btg jari jer. Hmm..ada fishy sket kat sini kan..

Terpulanglah pada interpretasi individu sekalian. Yang pasti, kami bangga kerana Malaysia ada pusat pemuliharaan gajah seperti ini. Cuma ralat sebab tak banyak tarikan untuk disajikan pada pelancong2 luar. Mungkin boleh di pertingkatkan lagi di masa hadapan.



Read More
Meh review cerita lagi. Malam2 jer cerita bab movie kan. Alaa, sekadar hiburan utk melapangkan fikiran kan... Anyway, filem kat atas nie adalah remake dari version 2007 kalau tak silap. Ini adalah sebagai mengisi masa lapang dgn hubby di Kuantan. Adam x ada sbb sekolah, so we all dating ber-2 tgk wayang. Seronokkk sgt sbb susah nak dating tgk wayang dgn hubby.

Cerita hanya utk keseronokan. Dia dh mmg x logik...maka kita pun boleh terima. Berbanding cerita seram Malaysia, seolah2 nak buat real, mmg berlaku dlm kehidupan, tp x logik. Yang nie dah sah2 x logik. Org boleh terbang2, kuar api, kuar petir semua bagai kan. So, mmg sekadar hiburan.

Tp, percintaan di antara hantu betina dgn hero nie, mmg terasa la sampai ke jiwa bila menonton. Sgt romantik dan kasih sayangnya sgt jelas. Mcm mana director dia boleh hasilkan mcm tu kan, walaupun filem sekadar remake. Very beautiful. Ohh..hantu mmg cantik.... sopan, lemah lembut.... Kalau cerita seram Malaysia, hantu semua buruk kan..hehehehhe.

And sangat best tgk bahagian2 pemburu hantu nie lawan hantu. Pergh...action packed sungguh. Kalah James Bond la kiranya. Tembak jer panah, confirm kena hantu..hantu terus berkecai... Cun la penghasilannya.
Tapi mmg betul la.. ada babak yg x sesuai ditonton oleh kanak2. Maklumla, cerita cinta cina kan.

Ok...utk yg dewasa, kita recommend la cerita nie. Menarik...
Read More
Assalamualaikum....

Kadang2 kita memang rasa berat nak pergi kerja. Tambah2 lagi bila dah bersiap pagi2 dan awal dari biasa, kononnya nak jadi pekerja cemerlang dengan tiba awal dan mula bersiap untuk kerja dengan semangat yang kitu, tapi terpaksa pula menempuh keadaan ini :

And ini adalah pemandangan yang jauhhhh ke hadapan dan tak tahu di mana penghujungnya. Tambah memenatkan perasaan ialah bila kita dah menempuh kesesakan seperti di bawah :


Ooo..... gambaran kesesakan yang telah ditempuh itu ialah yang didalam cermin tu. Pun tak nampak di mana penghujungnya. Bayangkanlah dah berapa jauh kereta kita 'merangkak'...

TAPIII...walau apa pun dugaan itu. Tegakkan kembali badan dan kuatkan semangat. Kita telah berjaya tempuh sejauh itu, bermakna kita akan berjaya tempuh yang akan datang.
Tabahkan hati, ikhlaskan jiwa....
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama