Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....


Cerita nie kanak2 tak boleh tengok. Ganas! So, kita pergi dengan hubby jer. Itupun di suggestkan oleh budak kaunter tiket sebab kami tak plan nak tengok movie.

Gambar semua from Google yer...

Jason Statham nie kita memang minat dia sejak dia berlakon dalam Transporter. Suka sebab dia selalu bawa watak hero yang cool dan bijak. Matang cara dia. Dia memang tak hensem kan? Dengan kepala botaknya, dengan muka semak penuh janggut tu kan? Tapi serius, kematangan, kebijaksanaan dia memang sangat mencairkan hati.

(So men, jangan ingat tak hensem tak boleh tackle pompuan, ok..)

Cerita nie mengisahkan perompak kecil2an yang baik hati sebab dia merompak tapi tak nak bunuh2 orang awam dan cederakan orang. Siap jadi consultant dan psychologist lagi amsa tengah merompak sebab salah sorang polis tu macam akan mati dek terlalu takut.





Tapi, bila dah berjaya, rakan2 geng perompak dia yang dia baru kenal tu ajak dia rompak something bigger. Tapi dia tak nak. So, diorang bunuh dia. Malangnya bagi mereka, dia tak mati. Dia sempat diselamatkan oleh sekeluarga peladang.

Bila dia sihat, dia mulakan misi untuk ambil bahagian dia dalam rompakan pertama tu. Masa nie lah jumpa Jennnifer Lopez yang tengah sangat2 tersepit dengan masalah kewangan. Akhirnya dia berjaya dapatkan kembali hak dia, siap dapat untung berganda. Setiap orang yang berjasa pada dia pun dapat untung berganda juga. Walaupun J. Lo jatuh cinta dengan dia, dia tetap setia dengan girlfriend dia.



Yang menarik ialah mission dia dan implementation dia. Kecekapan berfikir dan bertindak semasa dilanda konflik, bagi kita itu kekuatan jalan cerita nie. Stunts are ok..so and so jer.


Read More
Assalamualaikum.....

Yer...memang betul lah sangkaan anda semua. Tai Chi Zero tu memang ada sambungannya. Cheh...buat suspen jer. Bila tengok dalam Astro First dia keluarkan sambungannya, kami terus purchased. This time, baru puas hati tengok endingnya. Tapi macammm akan ada sambungan juga.

Hero yang nak belajar kung fu taichi tu kahwin dengan anak Master Chen. So, dia jadi ahli keluarga Chen dan ianya tiket yang selamat untuk dia belajar kungfu tu. Walaupun bini dia tak suka dia, tapi sebab dia nie memang jujur dan lurus, akhirnya bini dia falling for him juga.


3 heroes

Pasangan misteri
 Pada wedding day dia, ada satu couple yang misteri datang. Siapa, dan untuk apa...semua orang tak tau. Sampailah ke saat dia nak masuk dewan mesyuarat, baru semua orang tahu dia tu anak sulung Master Chen yang dah lama merantau. Tapi banyak betul tindakan dia yang misteri. Isterinya pula adalah seorang wanita yang pekak dan bisu, tapi handal berkungfu.


The bad guys
Segala onar dan kacau bilau di kampung Chen tu ialah kerana dendam Fang ni. Girlfriend dah terkorban, muka dah calar balar pun masih nak balas dendam juga. Balas dendam sebab apa? Sebab sejak kecil lagi, dia selalu sangat kena buli dengan teruk di kampung Chen tu sebab dia tak pandai kung fu. Kira konon macam budak bebal la. Padahal dia expert bab2 mekanikal sampai akhirnya dapat jadi engineer. So, konon nak berlagak dengan orang kampung, dia dah ada pangkat besar. Tapi everytime dia nak berlagak, everytimelah dia kena buli balik.

Yang jelas dan nyata :

- Setiap manusia ada kelebihan dan skills masing2. Jangan perkecilkan kelemahan orang lain hanya kerana kita tak nampak kelebihan dia.

- Tak semestinya kena jatuh cinta pada orang yang romantik dan jiwang jer...

- Sentiasa beri peluang kepada orang lain untuk berubah kerana ianya akan membawa kebahagiaan kepada kita juga.

Ada lagi..nanti tengok yer.
Read More
Assalamualaikum.....

Back to back. Lepas tengok Breaking Dawn itu hari, terus sambung tengok Ponti vs Omi pulak. Disamping menonton filem Hollywood, filem tempatan pun kita mesti sokong juga kan.

Kita pilih cerita nie sebab Afdlin Shauki. Afdlin selalu beri satu kelainan dalam filem2nya. Kita suka. Selain daripada tu, sebab Adam pun request nak tengok.

Sinopsis ialah pasal Nabil yg transform jadi Pontianak dan Johan yang transform jadi orang minyak. Bezanya, Johan memilih secara sukarela sebab hasutan syaitan iaitu boss besar org minyak (Harun Salim Bachik).
Nabil pula, terrbunuh diri sendiri sebab nak berkaraoke di warung kopi Farah Fauzana yang sedang sarat mengandung sulung. Patutnya Farah yang mati dan jadi Pontianak, tapi dah Nabil pulak ter mati. Salah sasaran. Jadilah Nabil pontianak kerana terpaksa.

So, mereka berdua sama2 belajar menjadi hantu dalam bidang masing2. Of course dalam belajar, ada test. Sebabkan dengki ngan diorang oleh rakan2 sepengajian, mereka ditest melaksanakan misi dan skill hantu mereka di Kg. Puaka.

Kg Puaka nie ketuanya ialah Afdlin, jadi Pak Rejab. Penuh dengan pawang2 dan bomoh2 handal. Semua hantu takut nak masuk kampung nie sebab 'dipagar' dengan jampi berkuasa. Heheehehhe. Pak Rejab nie pun sikit punya power. Bini dia ada 3. Nama bini2 dia, Satu, Dua dan Tiga sebab mereka ialah wanita cantik yang berasal dari pontianak. Pak Rejab dah paku tengkuk diorang. Heheheehe.

Disebabkan kaya rayanya Pak Rejab nie, adik iparnya iaitu bomoh handal sudah cemburu dan dengki. Nak take over. So, dia dan bininya iaitu adik Pak Rejab menjalankan misi take over. Mcm mana? Kena tengoklah endingnya kan.



Pak Rejab dan Assistant

Farah Fauzana yang sedang mengamuk di warungnya.

Ponti dan personal tutor, Senior Ponti. 

Adik ipar Pak Rejab dan adik Pak Rejab. 

Cerita nie memang cerita tahyul. Nama pun komedi. Seram pun memang tidak lah. Sangat2 bahan hiburan ringan berserta moral story yang biasa2. Tapi, berani lah Afdlin buat filem nie. Confirm bnyk yg kritik. Pada kita, nak kritik buat apa lagi. Dah nama pun hiburan ringan. Mmg dari awal cerita nie cerita tahyul. Bukan macam certain filem yang konon berkualiti dan bagus, tapi di bawah sedar sebenarnya membodohkan penonton. At least cerita nie jujur.

Afdlin, sama macam Mamat Khalid. Filem2nya jujur.

Yang menarik ialah semua pelakonnya hebat2 belaka. Tengok Farah Fauzana jer dah rasa teruja sangat2. Walaupun sedikit, tapi kualiti lakonannya much..much..much more better dari filemnya Jin Notti. Itu belum tengok lagi Adibah Noor dan anak2 daranya. Belum tengok lagi Sharifah Shaheira dan Sharifah Amani. Tapi kesian Nabil. Dahlah muka pontianak dia yang paling buruk antara pontianak lain, dia nak bercakap pun susah sangat sebab pakai gigi double dengan taring. Itu belum terperanjat lagi tengok wanita jelita Vanida Imran baca jampi tu.

Tapi kan, pelakon perempuan semuaaa gorgeous. Pelakon lelaki, tak ada yang boleh buat desert. Erkk..!!

Sesiapa yang nak tengok cerita nie, harus buka minda anda. Buang sifat pesimis. Maintain optimis. Kalau tak boleh, tak perlu tengoklah. Tunggulah lagi 2 tahun nanti keluarlah kat tv masa raya. Tengok pun, tak ada hasil, melainkan anda rasa nak berhibur dengan aspek baru industri filem Malaysia.




Read More
Assalamualaikum.....


Ha, kita tengok tau cerita nie last week. Giler best lah.... Hanis Zalikha jadi Mariam dalam cerita nie. Not bad at all bagi pendatang baru macam beliau. Lakonannya tak kaku.

Cerita dia simple jer. Bahan hiburan ringan di samping pengajaran moral yang lain2. Contohnya, kalau nak jadi gebu macam Gaga Gebu, kena makan ulam buah putat setiap hari. Hehehehehhe.

Ala-ala cerita Cinderella pun ada. Cuma bezanya, disesuaikan dengan kehidupan kita lah kan. Kalau Cinderella cicir kasut, Prince Charming cari seluruh kota. Cerita nie, Mariam di cari serata kampung oleh anak orang kaya kampung merangkap ketua kampung (Azhar Sulaiman) kerana kelazatan karinya yang tertumpah kat anak ketua kampung. So, Aiman selaku heronya (Danial) cari puteri idaman dia dengan cara menganjurkan pertandingan memasak kari tersedap di kampung.

Kehadiran Azad Jasmin selaku kontraktor kampung yang terkenal dan kononnya dari keluarga Cina amatlah memeriahkan. Dengan pelat Cina dan romantik geli gelemannya, memang sangat melucukan.

Apa-apa pun, tahniah Hanis. Dah melangkah setapak lagi ke hadapan.


Klik nama Hanis untuk ke blognya. Tapi, nampak gaya blog Hanis pun ada masalah malware juga. Banyak sungguh blog yg ada masalah nie. Nuffnang tak nak solvekan cepat2 ke?


Read More
After a year of waiting, finally I watched it with Adam and hubby.

The final part of Twilight Saga.

The satisfaction of watching the movie is so different from reading the books. I expect more in the movie but at the end I realized. How long could the movie be if the whole book is being transformed...

So all in all, it is a powerful ending. The crucial question left blank in the book was finally answered in the movie. So, that was it...? That was what Alice showed to Aro... It was amazing.....

The new powerful Bella

Bella learned hunting


You may shut your mouth, Emmet!

The cottage. 

Mother and daughter


Zafrina meets Renesmee

The handsome and cool Alec

Kate's electric power does nothing on Bella


The total books are undeniably attractive. I could read and read and read those books. The movies are quite amazing. But, I really feel that from the beginning, Stephanie Meyer could choose someone else other than Kristen Stewart to be Bella. And the most beautiful vampire which is Rosalie could be played by someone else which could suits the character best. 

Owh, in the book, Alec's power is a transparent mist, hardly seen even to the vampires' eyes, but in the movie his mist is more like dark spooky smoke. That is frustrating. 

Besides, the biggest frustrating ever is Bella's shield power doesn't projected as strong as it should be as in the book. 

Other than that, all are awesome. 

I just wish I could go and watch it once again alone and send myself into the screen. 




Read More
Assalamualaikum.....

We watched the latest James Bond's movie recently. Skyfall.

Sangat2 best dan entertaining. Tak rasa bosan langsung walaupun lama sangat. This is the most realistic James Bond's movie ever, rasanya. MI6 kena attack. Giler, security yang paling canggih dan secured pun boleh kena hack! The ladies sebagai penyeri dalam cerita kali nie tak berapa menonjol. The other aspects yang lebih menonjol. Especially Judi Dech yang sekian lama jadi M tu.

 This time, M bukan sekadar memberi arahan. Dia join the battle, political aspects and in the filed as well. In which dia mengundurkan diri dari MI6 dengan dignity. Well done!.


 Inilah penjahat tersohor dalam cerita nie. Tak menampakkan kegilaan dia, tapi cukup untuk menggambarkan kekejaman dia. Brilliant!

And, his name is Javier Bardem dan memegang watak sebagai Silva, ex-agent yang berpaling tadah dan punca kenapa Daniel Craig harus bangkit kembali menjadi Bond penyelamat Britain seperti biasa. Walaupun Bardem nie orang Spain, tapi dia memang betul2 menghidupkan karakter dia and in fact memberikan warna yang sangat bersinar dalam Skyfall nie. Jahat, but funny. Zalim but loving. So, camna tu? Kena tengoklah kan...


 And...Ben Whishaw sebagai Q yang baru. Quarter master yang dulu tu dah takder. Q kan ker tukang supply gadjet kat James Bond sejak dulu lagi kan... Tapi, because of something, this time JB hanya dapat pistol sempoi sepucuk dengan transmitter kecil sebijik. Itu semata2. Takder kereta, pen boleh letup, chewing gum bom..semua tak der.

Menarik, sebab Ben nie start glemer bila dia jadik boipren Betty dalam Ugly Betty. Jadik Henry. And then menyerlah semula dalam cerita Covert Affairs yang CIA tu, jadik agent buta. So, bila dia muncul jadik Q dalam movie nie, rasa excited sangat. Ternyata, dia tak terikat kepada Q yang lama.

And Daniel Craig.....

The best James Bond ever. Sangat real. Cumanya trademark James Bond yang dipenuhi dengan gadget canggih tu semua hapus sama sekali. Mereka just utilize whatever yang diorang boleh dapat jer. Bak kata JB, he's doing it old-fashioned way.

Oh, kereta classic tu sangat best. Ada weapon. Gadget old style but still impressive. Sayangnya kereta tu musnah...

Final say...

It's awsome!

Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama