Memaparkan catatan dengan label Dunia Pekerjaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Pekerjaan. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....



1.Sumbangan Tabung Kebajikan untuk petugas bagi anak-anak yang baru lahir tidak tertakluk sehingga anak ke-lima sahaja. Selagi petugas itu menerima kelahiran anaknya, maka dia layak untuk menerima sumbangan itu. Anak-anak petugas juga tidak hanya tertakluk kepada anak daripada isteri pertama sahaja. Selagi petugas tersebut mendaftarkan nama isteri yang lain, maka ianya akan diiktiraf syarikat.
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni ialah cuti tersepit.

Untuk orang2 macam kita yang berstatus weekend family, cuti tersepit nie adalah menguntungkan. Bila Khamis menjadi cuti umum, Rabu malam selepas habis kerja, boleh terus pulang ke Melaka dan meng'honeymoon'kan diri dengan hubby dan Adam. Kalau cuti hari ini, boleh terus sambung ke hari Isnin sebab ada cuti umum gantian Thaipusam.

Lagipun, memang melibatkan kos yang tinggi bila kena ulang-alik ke Melaka hanya untuk bekerja satu hari. Selain daripada itu, kualiti untuk dihabiskan dengan keluarga lebih bernilai dari segalanya bila ada peluang.

Tapi, mengenangkan tahun 2013 baru saja bermula dan banyak bulan lagi yang perlu ditempuhi, maka apa saja cuti yang tak perlu harus di jimatkan. Adam pun dah besar, dah 11 tahun. Teenager. So, bolehlah kita longgarkan sedikit kebergantungan dia dengan kami. Sebaliknya, sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu dan seorang kakak, kita harus bersedia untuk bercuti sekiranya ada di antara mereka ini memerlukan khidmat. Tapi, setiap tahun memang ada saja.

Sebagai contoh, oleh kerana hubby di timpa masalah slip disc tahun lepas, maka hampir keseluruhan cuti kita dihabiskan untuk beliau. Syukur Alhamdulillah majikan kita memahami. In fact, cuti tanpa gaji pun diluluskan.  Tahun sebelum itu pula, adik kita jatuh sakit dan tak lama kemudian, mak pula. So, kita uruskan mereka juga. Tak sampai hati nak biarkan orang lain uruskan. Kita lebih puas hati bila kita sendiri yang memantau perkembangan mereka. Hatta ibu bapa mertua sekali pun, kita yang akan ke hadapan.

Tapi, kalau dah majikan tidak berkira dan menjaga kebajikan, maka hari2 bekerja biasa, haruslah diberikan tumpuan 200% kan? Selagi boleh dikorbankan masa rehat, selagi itulah diberikan kepada syarikat.

Oleh itu, hari ini pejabat agak sunyi kerana hampir 50% petugas mengambil cuti tersepit ini untuk bercuti panjang dengan keluarga. Oleh kerana itu juga lah, kita cover kerja beberapa rakan yang bercuti. Bersedia jer, tak ada yang urgent. Tetaplah perlu perhatian lebih hari ini.


Anda semua macam mana pula?




P/S : Kalau ada follower baru yang ingin tahu tentang masalah slip disc, boleh search dalam blog ini yer. Entry tahun lepas, sejak bulan puasa hingga selepas raya. Atau, boleh taip 'slip disc' dalam kotak search di sebelah kanan.


.



Read More
Assalamualaikum.....

Hmmm...dah lama juga kita tak cerita2 tentang dunia pekerjaan nie. Last sekali pun masa tahun lepas rasanya. Lagipun, bulan nie kita ada buat recruitment sikit, so kita selitkan sekalilah dalam blog sikit yer.

Anyway, kita dah pernah cerita tentang permohonan kerja dan juga tentang temuduga, so sambung tentang tawaran kerja pula.

Katalah, anda telah berjaya dalam temuduga. Anda menerima panggilan telefon dari syarikat terbabit yang memberikan berita gembira tu. Mesti anda nak tanya tentang banyak perkara bukan? Yang paling penting ialah gaji yang ditawarkan. Oh, jangan tak tanya. Mesti tanya. Adakah gaji itu seperti mana yang dipersetujui di dalam interview? Ada sesetengah syarikat, tak bincang tentang gaji amsa interview, so masa nie lah anda mesti tawar menawar. Of course kena letak gaji tinggi. Tapi berhati2. Sometimes gaji yang tinggi sangat pun, melebihi dari bajet syarikat itu, maka syarikat itu terpaksa melepaskan anda dan cari calon berikutnya pula. Tapi kalau gaji yang ditawarkan tak masuk akal rendah, tak perlulah anda rebut2 lagi. Mungkin ada peluang yang lebih baik. Namun, daripada menganggur, eloklah terima gaji yang rendah tapi agak munasabah itu.

Selain daripada gaji, sebenarnya ada beberapa lagi aspek yang perlu anda titikberatkan. Antaranya :

1.) Taraf Jawatan.
- Yang paling penting sekali ialah taraf jawatan. Tetap.../ Kontrak.../ Sementara...? Yang mana satu? Kalau kontrak, harus dinyatakan berapa lama, atau sehingga apa-apa kerja selesai. Katalah anda digajikan sebagai pekerja kontrak untuk menyelesaikan sebuah website. Atau anda diberikan jawatan itu untuk kontrak setahun, 6 bulan, atau 3 bulan?

Kalau jawatan tetap pula, kena tengok, ada tempoh percubaan (probation period) tak? Kena clarifykan, sekiranya anda lulus tempoh percubaan tu, adakah anda akan menerima kenaikan gaji? Selalunya tiada, tapi ada sesetengah syarikat ada polisi ini.


2.) KWSP
Adakah syarikat akan menyumbang kepada KWSP  sepertimana yang tertakluk kepada undang2?
- Ini sangat penting. Kepada adik2 yang baru tamat belajar, ada yang dimomokkan oleh syarikat2 ini. Kononnya tak perlu KWSP, dan mereka boleh beri gaji lebih kepada anda. Anda pun boleh dapat gaji bersih lebih tinggi. Ha, jangan terpedaya! Potongan KWSP adalah untuk simpanan hari tua anda. Macam iklan, but it's true. Anda jamin ke, bila dah umur 60 tahun nnt boleh menyimpan berpuluh atau beratus ribu? And, kena ingat, katalah gaji anda RM1,000.00, anda kena menyumbang sebanyak RM110.00 dari gaji anda ke KWSP DANNNN majikan anda kena mencarum untuk anda sebanyak RM120.00. So, setiap bulan, dengan hanya membayar RM110.00 dari gaji anda, anda sebenarnya telah menyimpan RM230.00 untuk bulan itu. Berganda dari simpanan anda, bukan? Kalau setahu, 10 tahun, 50 tahun?

3.) PERKESO
Sesetengah syarikat tidak membayar caruman bulanan PERKESO untuk anda. Anda WAJIB menuntutnya. PERKESO ialah insuran untuk pekerja. Sangat penting. Kalau di tempat kerja lama anda telah menjadi ahli PERKESO, bermakna anda akan menajdi ahli PERKESO seumur hidup sepanjang anda bekerja. Tetapi, sekiranya pekerjaan pertama anda setelah tamat belajar MELEBIHI RM3,000.00 sebulan dan anda tidak pernah mendaftar, maka anda diberi pilihan untuk menjadi ahli ataupun tidak.

TAPI.....

Kita nasihatkan, daftarlah sebagai ahli PERKESO. Kita semua tak tahu apa yang akan berlaku kepada kita di masa akan datang. Katalah dalam perjalanan ke tempat kerja, di waktu pagi, hujan lebat tiba2 motor yang anda tunggang tu 'dicium' sedikit oleh sebuah kereta kerana pemandu tu rabun di waktu hujan. Lutut luka teruk, betis melecur kena ekzos dan lengan anda bercalar balar. Anda dapatkan rawatan di klinik berhampiran, dapat MC untuk 3 hari. Hari ke-3, follow-up untuk cuci luka, dapat MC lagi 2 hari. Dah 5 hari  MC. Straight away, anda dah boleh mendapat faedah hilang-upaya sementara daripada PERKESO yang merupakan pembayaran wang tunai maksimum 80% dari gaji harian anda. Ha, katalah gaji tadi RM 1000.00 sebulan kan? Paling2 tidak pun dapatlah lebih kurang RM155.00 dari PERKESO. Bolehlah nak buat tambang pergi klinik kan? Ha, tu baru sikit tu. Ada banyak lagi faedahnya.


4). Jadual Berkerja
- Jadual waktu bekerja anda mesti dijelaskan di dalam surat tawaran itu. Dan anda harus agree dengan jadual tu. Sekurang-kurangnya dalam seminggu, anda mesti ada satu hari untuk rehat.

5.) Cuti tahunan
- Cuti tahunan minimum mengikut undang-undang ialah 8 hari setahun. Ada syarikat yang menyatakan anda tak boleh ambil cuti dalam tahun pertama, which is true sebab syarat minimum undang2 ialah mesti cukupkan 12 bulan perkhidmatan sebelum layak untuk mendapat cuti tahunan. Tapi, most of the companies, tak lah tunggu sampai setahun baru beri cuti. Tengoklah macam mana kan...



So, untuk siri pertama ni, cukuplah dulu sampai di sini. Nanti bila2 kita sambung kepada faedah2 yang perlu anda terima selain daripada yang tersenarai ini.

Oh, yang paling penting sekali, semua yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, MESTI dalam bentuk bertulis. Ada perjanjian yang sah. Jangan tengok dalam surat tawaran tak ada, bila anda tanya dia main jawab ada jer. Nanti nak claim semula, susah. Pastikan semuanya bertulis. Kalau taka da dalam surat, minta syarikat tu buat surat lain dan nyatakan semuanya secara bertulis.

Ini yang paling asas sekali lah yer...



Boleh juga refer entry yang dah lepas.

1. Tips Memohon Kerja

2. Persediaan Temuduga

3. Tips Menghadapi Temuduga






.
Read More
Assalamualaikum.....

Sebenarnya, dah lama kita teringin nak luahkan perasaan tentang ini di sini. Sebenarnya ia adalah secara general yang mana kebanyakan kita sering mengeluh tentang kerja. Penat lah, pening kepala lah, tension lah, gaji x cukup lah. Setiap keluhan tu sebenarnya ada penyelesaiannya. True, sometimes kita perlu luahkan apa yang dirasa dalam hati. Tak salah pun. Langsung tak salah. It's healthy to pour out your emotions. Tapi, not constantly. Sampaikan pagi petang siang malam, hari kerja hari cuti, dengan kawan dengan family, asyik nak mengeluhh jer. Orang yang mendengar pun naik meluat.

Kalau penat, tension, dan segala bagai tu, tak perlu kerja. Duduk rumah, tanam ubi kayu, makan pucuk ubi rebus cicah garam hari2. Senang kan..? Tapi kalau perlukan duit untuk masa depan, untuk hidup selesa, and kerja makan gaji ialah apa yang anda termampu buat masa ini, hulurkan tenaga anda dengan ikhlas. Supaya gaji yang anda terima setimpal dengan apa yang anda berikan. Bukan gaji yang anda terima tu berlebih dari apa yang anda berikan secara ala kadar tu.

Kalau rasa gaji tak cukup, carilah kerja lain. Tolong jangan sebarkan aura negatif kepada alam sekitar anda. Aura negatif yang anda sebarkan tu akan kembali kepada anda dengan berlipat kali ganda lagi ketebalan negatifnya.

Sepanjang berbelas tahun kita mengharungi alam pekerjaan, memang tak akan pernah sunyi dari orang2 yang begini. Pernah tak mereka berfikir dengan matang, dengan rasional dan jadi bijak sikit?

Ok, sebenarnya geram dengan cleaner kat office building nie. Pantanglah corridor tu berdebu sikit, pantanglah toilet tu kotor sikit, punyalah dia nak bebel2 nak marah2 semua orang tak tentu masa. Ada ker orang yang sengaja pergi kotorkan? Sometimes baru balik dari site visit, masuk toilet, of course terlekat tanah kat kasut. It's your job. Buatlah. Kalau rasa tak sanggup nak buat, jangan buat. Berhenti jadi cleaner. Cari kerja lain yang lebih sesuai dengan tekak dia.

Bukan tu jer, sama ada di pejabat, di bangunan awam, di tandas awam mahupun di stesyen minyak... selalu saja cleaner masuk ke toilet, pegang batang mop, buat muka tapai basi dah 10 hari terselit dalam bonet kereta dengan mulut bebel2 non stop komplin busuk! Siaplah kata...Siapa yang berak sampai busuk sangat nie..? Aikk? orang berak boleh control ekk bau boleh busuk ke, wangi ke?

Owh, ada sekali, masa Adam umur 3 tahun, dia tengah demam, tonsilitis and diarhea yang sangat heavy. Masuk petrol stesyen punya toilet. Masa kita tinggalkan dia sekejap dalam toilet dan berlari ambil pampers dan seluar dia di kereta, dia yang umur 3 tahun kena marah dengan cleaner tu sebab busukkan toilet dia. What!!!! To a 3 years old kid? Terus kita cari petrol stesyen punya manager in-charge. Masa tu lah berlagak, guna badge orang media. Padahal, bukan reporter pun. Duduk dalam HR jer pun. Tapi geram punya pasal dengan orang yang tak ada adab macam nie, apa pun boleh la.  Komplin tak hengat. Semoga cleaner tu dapat pengajaran.

Begitu juga dengan alam pekerjaan nie. Tak kiralah apa warna kolar anda. Hatta warna pelangi sekalipun kolar anda, jalankan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan bandingkan gaji anda dengan rakan, workload anda dengan rakan. There must be reason kenapa anda dapat begitu dan dia dapat begitu. Nak lebih, improvekan diri, buktikan anda layak dapat lebih dan kalau majikan tak mampu beri anda lebih, carilah majikan yang mampu. Tapi, at the mean time, ikhlaskan diri untuk menjalankan amanah anda.

Hah...Monday Blues ke? Tidak kot. Hati tengah resah. Ayah kita, atok si Adam sedang berada dalam Operation Theathre di hospital untuk surgery mata. Buang katarak. Tapi, kita tak dapat berada di sisinya. Sangat2 ingin berada disitu.... tapi, takutt sangat nak drive kancil adik ipar ke PJ. Owh, kita pinjam  kereta dia sejak hubby punya kereta breakdown kerana hubby guna kereta kita. Setelah berpuluh tahun tak drive manual car, bila time macam nie nak drive manual, menggigil tau. Every time nak pergi kerja, jantung berlari laju. Hari tuh enjin mati masa tengah naik bukit. Panik ohkeyyy! Itu baru 5km ke opis tu, kalau berpuluh km nak drive ke PJ nie, aduhaiiiii....

Apa2 pun, kalau hati dah rasa tak tahan nanti, kita akan redah juga kot. Demi ayah tersayang...

Opss...kerja dengan ikhlas yer kawan2.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Minggu nie ada interview. Last week dah called up semua candidates and sent e-mail. So, diorang wajib reply whether boleh datang atau tidak. Kami guna Jobstreet.com. Kalau ada yang tak datang interview tanpa pemberitahuan awal, maka syarikat boleh letak remarks pada resume dia yang dia pernah tak attend interview without information. Basically, resume dia ada cacat sikit bila dia apply kerja dengan company lain.

And yes. I am very strict. Kalau ada candidates yang suka2 buang masa kerja orang lain, I always put remarks 'No Show Interview'. Selagi penjelasan dia tak memuaskan hati, selagi tu kita tak clearkan. Sorry. Cari kerja is a serious business.

So, the day before interview, ada seorang candidate called. A lady.

She : Puan, my name is XXXXX. I am supposed to attend the interview for XXXXX position tomorrow. But I can not come.

Kita : Ok.

She : I am sorry puan. I can not come because I have problem. I am short of money.

???!!!

Kita : You...what? Come again?

She : I am short of money, Puan.

Kita : Ok. Where r you staying?

She : Shah Alam, Puan. But Puan, if there's any further opportunity, please do not hesitate to include me in, yer Puan...

Kita : Ok.. Thank you for your interest.


Lepas hang-up, termenung kejap kita. Mahal ekk tambang dari Shah Alam ke Bukit Jalil? Ok, maybe betul dia tengah tak ada duit. Maybe dalam poket dia pun tinggal 2-3 ringgit jer kot. Sympathy..? Yes. But empathy..? Maybe not.

Basically, kalau masalah sekecil ini pun dia tak boleh selesaikan, macam mana dia nak handle bigger problems? And position yang dia apply nie is considered profesional level. Kalau dia ada sikap macam nie, maknanya sebelum interview lagi dia dah gagal.

And this person is a degree holder. Itukah kualiti degree holder sekarang? Harap2nya dia adalah satu antara sejuta.

Read More
Assalamualaikum.....

I did mention about we in the office worked together to update our files HERE.

Thus, the papers that we do not need anymore need to be dumped. Hey..! Don't just throw it away. It values something. Yes, we called up a recycling vendor, the olllddd newspaper lorry to collect the papers in our office and the office can gain some money. At least we can buy goreng pisang to eat together in the evening.

So, the guys came and they brought 2 trollies.


Please ignore the bull....


Secured on the trolley..


It came up to a few ringgit. Not much but its enough to buy the goreng pisang.

Can you guess how much that we earned?

Read More
Assalamualaikum.....

Jumaat yang lepas, kami di pejabat bersetuju untuk get together sambil makan2. So, nama pun tak formal, kami buat pot luck jer lah. Yang penting, dapat makan bersama2 sebagai sebuah keluarga. Makan2 nie bukanlah jamuan raya walaupun Syawal masih ada. Ianya termasuk sekali doa selamat untuk Pn Rahmah yang akan bersalin, untuk Shazna yang baru disahkan hamil anak sulung, dan juga untuk Birthday Mr De Cruz. Sayangnya, tak sempat nak ambil gambar banyak2.... Gambar makanan jer yang ada...

Kuih raya, kek, kek batik, agar2 Milo, tembikai

Nasi beriyani, Daging Beriyani, Acar mentah, Rendang Ayam, Nasi Impit



Puding Trifle

Mee Hoon Goreng marvelous

Kuay Tiaw Goreng Kerang

Keropok dari Terengganu bersama rakan2 Nasi Beriyani

Antara jejaka di opis


Haip..baca doa dulu..

happy Birthday Mr De Cruz

Kita bawak.... tembikai jer..hihihihi


Read More
Assalamualaikum.....

Tau tak apa itu Mantai? Sebenarnya itu adalah istilah orang N9. Mantai tu adalah tabiat yang tak elok, hahahahahha. Ianya adalah makan besar sebelum bermulanya Ramadhan. Tak elok kan..? Tapii... yang sebenarnya ianya adalah waktu untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga sebelum memulakan ibadah puasa. Jadi, bila semua ahli keluarga dah berkumpul, pastilah ada hidangan dan juadah2 istimewa untuk santapan.

Orang N9 biasanya ada yang bakar lemang, masak rendang, sup gearbox dan lain-lain lagi. Maklumlah, kami ni asal usulnya dari Padang tempat Minagkabau sana. Dulu2, masyarakat Minang nie kaya dengan kerbau. Maka bila ada hari kebesaran, juadah berasaskan daging lah secara tradisinya.

Kami di office nie pun, ambil berkat sedikit daripada tradisi tu. Sedar tak sedar, kami sepejabat nie dah macam adik beradik. Maka nak puasa nie, berkumpullah kami sekeluarga untuk makan2. Semua bangsa pun ada. Tapi dah katanya untuk sambut Ramadhan, kita bacalah doa sikit.

Menu pun tak adalah heavy. Biasa2 jer. Sate ayam dan daging, nasi impit, kuay tiaw goreng dan ayam KFC. 


Main menu. Sate ayam dan daging

Ayam spicy pedas....

Brand yg digemari ramai

Sedia utk di ngap..

Ustaz Hassan Adly baca doa...

Khusyu' dan tawaddu'...

Kami semua sefamili...


Read More
Assalamualaikum.....


Hery Febrinaldi, atau kami di syarikat nie panggilan mesranya ialah Pak Hery adalah seorang Pegawai Dagang di dalam keluarga organisasi kami. Beliau telah bersama-sama membangunkan syarikat sejak 8 tahun yang lepas. Di saat kami sedang merangkak untuk bertapak dalam dunia penswastaan, di saat rakyat Malaysia sendiri tidak yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri, maka khidmat beliau kami dapatkan di bumi Jakarta.

Beliau adalah seorang lelaki yang simple. Tak banyak cakap, kecuali topik2 yang beliau gemari dan juga dengan orang2 yang selesa untuknya berbicara. Berkawan tanpa mengenal sekatan dan selesa solat berjemaah sama ada di pejabat, mahupun di rumah. Percaya tak, beliau suka singgah ke masjid2 untuk mendengar ceramah dan kuliah walaupun tidak kenal sesiapa. Katanya kita semua bersaudara.

Secara profesional, beliau mahir dalam bidang perisian dan pastinya skill beliau adalah dalam bidang Oracle. Tak lokek berkongsi ilmu, cuma ramai yang tidak mahu ambil kesempatan untuk mengorek ilmu beliau. Sayangnya. Sedangkan kita yang boleh dikatakan agak 'rabun IT' nie pun boleh faham kalau beliau beri penjelasan, kenapalah yang lain tak nak manfaatkan ilmu beliau...

Berasal dari Palembang, merupakan anak bongsu dan kesayangan dalam keluarganya. Walaupun ibu bapanya telah menyahut panggilan Ilahi, namun kakak2 dan abang2nya sangat mengambil berat tentang beliau. Ok. Kenapa kita tahu banyak tentang peribadinya? Sebab beliau bukan sekadar seorang pekerja, tapi beliau juga adalah seorang sahabat yang baik untuk kita. Cuma kami bekerja di pejabat yang berlainan jer.

Oleh kerana kita yang menguruskan recruitment beliau 8 tahun yang lepas, maka komunikasi antara kami memang banyak. Daripada proses temuduga di Jakarta, pengambilan Pas Pekerja untuk Pegawai Dagang, sehinggalah membawa beliau bersiar2 mengenal kota raya Kuala Lumpur. Dan kita juga selesa bersahabat dengan beliau sebab ternyata dia adalah seorang insan yang menggunakan akal untuk hidup. Tiada omong kosong dari beliau. Setiap bicara, kalau tak secara langsung, pasti ada maksud tersirat untuk mengingatkan kita tentang hakikat dan hala tuju umat Islam sejagat masa kini.

Beliau selesa di sini, namun oleh kerana ada peluang untuk maju di tempat asal, maka dia manyahut cabaran itu. Katanya, takut alpa dengan keselesaan.

So, untuk kamu, Hery. Semoga kamu akan terus maju jaya di dalam hidup tak kira di mana pun kamu berada. Semoga akan bertemu dengan cewek yang dinanti agar menjadi teman hidup yang bisa melengkapkan hidup kamu. Semoga kamu tidak lupa pada kami semua di sini. Semoga kita akan bertemu lagi. Jangan lupa, kamu wajib mampir ke rumah aku kerana aku dan husband kan sudah janji mau bawa kamu jalan2 di Melaka...


Proses terakhir di Jabatan Imigresen Putrajaya iaitu menamatkan Pas Penggajian Pak Hery.




P/S : Entah berapa lamalah agaknya masa yang akan di ambil Pak Hery untuk bertutur dalam Bahasa Indonesia. Percakapan beliau dah memang seperti orang Malaysia hinggakan bila pulang ke kampung di sana, keluarganya menyindir dia kerana slanga Indonesia telah pupus...

Read More
Assalamualaikum.....

Inginlah kita kongsikan di sini serba sedikit tentang apa yang dibincangkan dalam seminar separuh hari yang kita hadiri pada awal bulan Jun yang lepas.

Walaupun mungkin sedikit sahaja pembaca blog kita yang terlibat dalam isu ini, namun harapnya ia dapat memberi sedikit input kepada masyarakat awam.

Secara pengenalannya, Jabatan Perhubungan Perusahaan atau dalam Bahasa Inggerisnya Industrial Relations Department (IR) adalah sebuah jabatan di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua pekerja sektor swasta di Malaysia BOLEH merujuk kepada jabatan ini sekiranya ada masalah dengan undang-undang pekerjaan.



WALAU BAGAIMANAPUN....

Untuk pekerja yang berpendapatan RM1500.00 ke bawah sebulan, mereka dilindungi oleh Jabatan Tenaga Kerja sepenuhnya. Jabatan Tenaga Kerja dulunya di kenali sebagai Jabatan Buruh.  Apa sahaja kemusykilan, seperti contohnya :

- Tidak dibayar overtime, dipaksa overtime,
- Di berhentikan tanpa notis dan tanpa siasatan yang sewajarnya,
- Tidak dibayar gaji,
- Tidak dilindungi oleh PERKESO dan KWSP,
- Gangguan seksual
- Di anak tirikan majikan,
- dan sebagainya.....

Untuk semua masalah di atas dan masalah-masalah lain, pekerja-pekerja sektor swasta yang terasa mereka dianiaya dan ditindas oleh majikan, perlu segera membuat laporan di Pejabat Tenaga Kerja. Perlu kita ingatkan, semua laporan mestilah di buat dalam masa 60 hari selepas tarikh kejadian. Lebih cepat, lebih bagus. Dan kalau boleh, bawalah bukti2 yang berkenaan, seperti contoh slip gaji, surat dari majikan, borang tuntutan overtime yang diluluskan tapi tidak dibayar, jadual kerja dan sebagainya. Ini akan lebih memudahkan urusan.


Ok, berbalik kepada kisah Perhubungan Perindustrian, ianya adalah untuk pekerja-pekerja sektor swasta yang berpendapatan lebih daripada RM1500.00 sebulan.

Tak banyak tuntutan yang boleh kita buat, tapi setiap pekerja mempunyai kontrak pekerjaan semasa masuk kerja. Itulah yang akan menjadi panduan anda dalam membuat tuntutan dan juga untuk memudahkan pihak IR membantu anda dalam tuntutan tersebut. Yang paling kerap terjadi ialah pemberhentian pekerja tanpa prosedur yang sepatutnya. Biasanya pekerja boleh menuntut notis berhenti kerja dan juga beberapa tuntutan ganti rugi, bergantung kepada kes.

Ok..meh tengok gambar....

Antara hands-out yang diberi

Sedang menunggu tetamu kehormat


Tetamu kehormat sedang berucap bagi merasmikan seminar


Antara buku-buku perudangan yang diberi...


Pergi dengan Akma, colleague sejabatan...

Tetamu kehormat yang merasmikan seminar pada hari itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Senator Datuk Maznah Mazlan.

Sebenarnya majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan pendaftaran adalan pada pukul 8.00 pagi. Tapi kebetulan kita dengan Akma lewat sket sampai. Kami tiba tepat2 jam 8.30 pagi. Yang peliknya, kami antara orang yang awal. Hai lahh..Malaysia...

Since datang awal, kami dengan sesuka hati memilih meja di belakang sekali. Tujuan utama ialah supaya mudah keluar sekiranya perlu ke tandas dan sebagainya... Heheheheh.

Tapi, manalah tahu rezeki kami kan, yang YB Datuk nak lalu di tepi meja kami dan berhenti bersalaman dengan kami sambil bertanya khabar serba sedikit. Wahh...terperanjat kita. Bukan mudah seorang VVIP nak turun padang dan bermesra kan... She's really friendly, so humble and yet so intelligent. I adores her more since that.

Selebihnya, di adakan dialog di antara majikan dengan IR dan juga wakil2 kesatuan Pekerja atau Union dengan IR. Sangat menarik isu-isu yang diketengahkan.

Mesti ramai yang dah menguap banyak kali baca entry nie kan... Maaflah.. Kita hanya ingin berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan maklumat asas....



Read More
Assalamualaikum.....

Sambungan daripada entri INI, kita nak mengenang sedikit pengalaman menjadi seorang guru ganti di sekolah rendah tempat kita belajar dulu. Masa nie, baru habis SPM dan sementara menunggu tawaran ke mana2 pusat pengajian, kita menerima tawaran dari makcik kita yang mengatakan sekolah rendah kita dulu sedang mencari seorang guru ganti.

Seronok sangat rasanya sebab kita pun macam sukalah juga nak mengajar nie kan.

Kita ditugaskan untuk mengajar pelajar darjah 2 seramai 49 orang dari golongan berbilang bangsa dan latar belakang keluarga. Perghh..sangat mencabar....! Murid2 yang berumur 8 tahun tu semuanya hyper active. Kita masih ingat lagi, sebelum melangkah masuk ke kelas, guru2 yang dulunya mengajar kita dan sudah menjadi rakan sejawat memberi nasihat penting. Kata mereka, tolong bertegas dan jadi garang kalau boleh untuk tidak membiarkan cikgu di buli anak murid. Kita senyum jer masa tu. Konon nak cuba pendekatan psychology. Ada juga 3 orang guru lelaki praktikal di situ. Dah, kami ber-4 jer yg sebaya, yg lain semua dah veteran. Diorang tegurlah kita, tapi macam malu2 jer. Rupa2nya mereka tu bakal2 ustaz daa, patutlah segan2 jer. End-up, kita berkawan dengan cikgu2 veteran jugaklah....

Sebaik melangkah masuk ke kelas dan perkenalkan diri, soalan pertama yang di tanya ialah :"Cikgu dah nikah ke belum...?"

Wahh.... terperanjat betul dengar soalan mcm tu. Tapi kita jawab seadanya. Subjek yg di ajar ialah semuaaa subjek yang ada, kecuali Agama dan B.Inggeris. Memang sangat mencabar.

Kita ajar kelas petang sebenarnya. Baru habis SPM, manalah ada transport. Gunalah public transport kan. Pulak tu di kawasan kampung kita, bas satu jam satu jer. Disebabkan masuk sekolah pukul 1.30, kita tunggu bas pukul 11.00 pagi sebab takut lewat masuk kelas. Habis sekolah dah pukul 6.30 ptg, terpaksa naik bas akhir pukul 7.00 malam. Tiba di rumah, kelam kabut solat dan mandi, terus ke kelas komputer pula sampai jam 11.00 malam. Lepas kelas komputer, duduk sorang2 di hall rumah dan periksa buku2 dan kerja rumah anak2 murid untuk semua subjek2 yang di ajar. Fuhh..memang penat betul rasanya. Selepas beberapa hari kerja baruulah my closed friend sudi nak pick-up kita and hantar kita ke sekolah. Kesian dia.... Balik kelas komputer tgh2 malam pun dia kena hantar sampai rumah. Sebabnya ayah kita dah penat, so dia amanahkan jer kita pada ex-bff kita tu. Kalau orang lain tengok, mmg ingatkan we all couple lah agaknya, pada hal closed friend jer pun...

Minggu pertama kita mengajar, kita di uji dengan kenakalan seorang anak murid yang hyper active. Rupa2nya dia adalah penghidap ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder ). Budaknya nampak normal, tapi tiba2 jer dia berlari2 dalam kelas..menjerit2, mengganggu rakan lain dan teruknya tiba2 berlari keliling padang sekolah. Budak itu berbangsa India dan merupakan anak seorang doktor di bandar kami tu. Kita yang tak tahu langsung tentang dia, terpaksa kejar dia keliling padang untuk tarik dia masuk ke kelas semula. Owh, tolong jangan imagine kita berlari dengan saiz sekarang sebab dulu saiz kita adalah separuh dari sekarang, hehehehhehehe. Hari ke-3, Guru Besar terpaksa masuk campur. GB ambil sebuah kerusi, suruh budak tu duduk di situ dan ikat dia di kerusi tersebut. Ikat manja2 jer lah.... bukan mcm pengganas tu. Tapi barulah aman sikit lepas kena ikat.

Ada pula pelajar Cina yang menangis satu hari tu sebab buku dia hilang di kelas. Kita pujuk kata esok cari lagi sebab dah tiba waktu balik. Tapi dia kata nanti bapak dia marah sebab bapak dia garang. Kita janji utk explain pada bapak dia. So, malam tu kita call bapak dia and explain, tp kita pulak kena marah dengan bapak dia. Wah, mmg betul garang lah..! Bapak dia adalah tokey sebuah restoran di bandar kami.

Setiap kali kita kena attend meeting, anak2 murid mestilah liar semacam. So, satu hari bila attend meeting, kita perintahkan ketua darjah untuk catat nama pelajar yg bising. Nnt kita denda dengan rotan. Balik tu, ada lebih kurang 5 nama pelajar dan kita pukul (pukul manja je) err...vuntut mereka dengan pembaris panjang 1 meter yang kayu tu. Layang2 manja je, sekadar peringatan. Entah mcm mana, bila sampai kat sorang pelajar India lelaki, pembaris tu PATAH! ALAMAK..!! Padahalnya, memang pembaris tu pun dah retak dan uzur, tunggu masa jer. Dah ler budak tu nangis bagai nak rak sebab dia nampak patah, dia ingatkan kita pukul kuat, padahal masa kena tu dia rilek jer. Memang x kuat langsung pun. Duhhh...jenuh pula nak pujuk dia....

Ada lagi sekali, kita masuk lewat sket ke kelas sebab ada urusan di pejabat sekolah. So, sedang melangkah ke kelas, kita rasa sangat hairan sebab kelas kita senyappp jer. Selalu tu pantang x der cikgu, memang riuh rendah diorang tu. Dari hujung blok dah boleh dengar. Bila dah dekat, baru kita perasan ustaz praktikal tengah 'basuh' anak2 murid kita. Kita ingat lagi kata2 dia :

" Kenapa kamu tak boleh diam? Kamu bising2 dapat apa? Kamu tak kasihan ke pada Cikgu Azila kamu. Nanti dia pula kena marah sebab kamu bising2. Kalau saya dengar ada yang bersuara lagi sebelum Cikgu Azila sampai, SAYA IKAT KAMU PADA KIPAS SYILING TU.."

Wahh, terharuuu sangat bila dengar dia cakap mcm tu. Tp paling tak boleh blah part dia nak ikat kat kipas tu. Kita punyalah siksa menahan gelak.... Sengiihhhh jer lebar2. Bila dia nak keluar kelas, baru dia perasan kita tengah diri balik pintu. Merahhh muka dia tahan malu. Kita ckp thank u jer lah kan... Siapa pun anda, kalaulah anda terbaca, terima kasih banyak2, ustaz (nama dah lupa).

Kenangan penutup masa jadi guru ialah sambutan Hari Guru. Kebetulan masa kita mengajar. Terperanjat tau sebab dapat banyak sangat hadiah. Kita simpan segala bunga2 dan cenderamata tu sampai sekarang. Ada yang bapaknya siap datang ke sekolah bagi kita by hand... Balik rumah ptg tu, my ex-BFF tak dapat ambik, so naik bas dengan semua hadiah2 tu berbondong2. Oh yer, my ex-BFF sempat lagi usik kita. Dia cari anak jiran yg darjah 5 kat rumah dia, paksa budak tu bagi hadiah pada kita. Budak tu naik syak mcm2. Siap paksa2 suruh kita mengaku kita nie gf ex-BFF tu... Isshh..budak sekolah kecik2 lagi dh pandai yer...

Last day kita mengajar, semua pelajar kita salam, cium tangan kita dan peluk kita. Nangis2 diorang tak nak lepaskan kita. Walaupun kita garang, tapi kita selalu selitkan layanan seperti seorang ibu kepada mereka. Macamlah dah ada experience jadi ibu masa tu kan.. Anyway, because of that mother touch, itu yg diorang sedih sangat2 tu. Budak India yang kena pukul punggungnya sampai pembaris patah tu, siap peluk dan cium pipi kita kiri kanan lagi.

Sehingga beberapa tahun lepas tu, setiap kali terserempak di bandar, mereka akan panggil kita Cikgu. Sesetengahnya, selalu juga telefon rumah kita, cari kita. Tak ada apa pun, sekadar bertanya khabar katanya...

Semua kenangan ini tak mungkin luput dari memori kita....

Kalaulah kita yang jadi guru untuk 3 bulan saja pun dah ada memori manis begini, bagaimanalah guru2 seluruh dunia yang serahkan jiwa dan raga untuk mendidik sepanjang zaman agaknya....

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua....
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ini ialah hari guru. Semuaaaaa orang ada berbagai2 kenangan dengan berbagai2 pendidik. Sebab tulah seronok kalau pergi reunion kan..? Tapi kita x pernah pergi reunion... I have my own reasons.

Anyway, cerita sikit pengalaman dengan cikgu sekolah rendah. Kebanyakan cikgu yg mengajar kita semuanyaaa garang! Masa zaman kita dulu, tak ada lagi pembahagian kelas pandai dan kurang tu... Semua kelas ada budak pandai dan budak kurang sedikit. Tu lah sebabnya semuaaa cikgu sek rendah garang2 belaka. Semua kelas budak jenis x makan saman kan.

Tapi ada satu peristiwa masa kita darjah 3. Pengawas lah kan konon masa tu... Glemer sikitt jer lah.. So, bila cikgu nak minta tolong, selalunya sama ada ketua darjah atau pengawas lah yang dipanggil. Satu masa tu, adalah cikgu2 praktikal datang mengajar kan. Kelas kita tu cikgu lelaki, kelas sebelah menyebelah pun cikgu lelaki. Budak2 kan...sokmolah banding2 cikgu mana yang hensem. So, kitorang rata2 vote cikgu kelas sebelah yg hensem. Cikgu kelas kitorang, kurengg sikit..lagipun dia garang.. heheheheh. Tapi, as months passed by, kawan2 kita bg tau kita, diorang perasan cikgu kami nie bagi special attention kat kita..(ahakss...ayat perasaaannnn!!). Tp yg sebenarnya sbb kita kan pengawas, selalu tolong dia, tu lah sebab nya dia nampak mcm close sikit kan....

At the end of the practical month cikgu2 tu semua, kami ada ujian lisan. Tak taulah u all ada tak..? Setiap sorang akan di panggil secara individu di kelas yang terpencil sikit untuk diuji secara lisan kan. Subjek BM masa tu. So, kita pergi lah....

Baca karangan, jawab kefahaman dan sebagainya... Tapi bila dah habis, cikgu tu diammm jer pandang kita. Ishhh, rasa x best dah... Maklumlah, budak lagi. Tiba2 dia kata : "Saya suka awak. Kalau saya nak ambik awak jadi adik angkat, boleh tak...?"

Waahh...first timeeee ohkeeyyyy!! Menggelabah dah masa tu. Kita x tau nak jawab apa. Kita jawab : "Kena tanya mak saya dulu lah kot, cikgu."

Hahahahhaha..ayat jawapan skema betul. Tapi cara dia tanya tu, ishh..terbayang2 lagi. Suasana romantik dan seram... Tiba2 dia buat sesuatu.. Dia TARIK DAN PEGANG TANGAN KITA... Huhuhuhu..panik ! Dia tetap nak kan jawapan dari kita. Kita dah nak nangis dah masa tu. Bayangkanlah... 9 TAHUN  umur kita masa tu.. Gelabah sungguh.

Mujur sangat2, cikgu kelas sebelah yg kita and the geng vote paling hensem tu jenguk kat sessi kami dan dia tegur cikgu kita yang tengah pegang tgn tu. Dia terperanjat, dia tanya kawan dia : "Ko buat apa tu...?"

Barulah tgn kita dilepaskan dan kita terus lari masuk kelas semula. Kat kelas, kawan2 kita terus serbu kita, lelaki dan perempuan. Mereka tanya apa jadi..? Kenapa kita lama sangat? Kita x cerita semuanya pada diorang. Hanya pada yg rapat jer kita cerita. Takut sangat rasanya masa tu... Simple action pun sangat menakutkan utk kanak2 umur 9 tahun kan....

Syukurlah markah kita tetap tinggi untuk ujian lisan tu.

10 tahun kemudian, kita kembali ke sekolah tu sebagai guru ganti. Ganti cikgu bersalin untuk 3 bulan. Biasalah kan....

Pengalaman jadi cikgu ganti, nanti kita up kan petang atau malam nie, yer....
Read More
Assalamualaikum.....

Cerita pasal weekend.

Jumaat : Selepas balik kerja, terus berdesup ke PD. Duduk sekejap untuk ambil Adam, berdesup pula ke Melaka. Sampai Melaka dah almost midnite. Kemas rumah sikit2 sambil putar washing machine. Tidur pukul 2.00 pagi at last bila semua baju dah basuh finally. 3.30 pagi bangun semula. Dapat tidur satu jam setengah. Terus keluar, seret Adam pagi2 buta tu. Tunggu hubby sampai dari Kuantan. Last2 sampai rumah semula dah pukul 5.00 pagi.

Sabtu : Terus tunggu Subuh dan terus bersiap sebab hubby ada breakfast meeting dengan kawannya. Kami kena follow. Tunggu hubby dengan kawannya siapkan kerja di depan kilang sampai pukul 4.00 petang. Memerap dalam kereta. Lepas siap, balik rumah Mummy, siapkan Adam punya homework and project. Completed, pukul 10.00 malam. Rasa sangat longlai sebab tak ada rest langsung. Kepala sangat berat, badan rasa sangat lesu, tapi kaki masih mengheret. Pukul 10.30 tiba di rumah, boys semua terus tertidur. Kita masih x dapat tidur sebab terlalu penat. 2.00 am juga tidur.

Ahad : Bangun pagi, breakfast ala kadar di rumah, terus ke rumah Mummy. Bindingkan project Adam, lunch and rempit ke PD. Lepas letak Adam di PD, berdebus ke Kuantan. Tiba di Kuantan, pukul 8.30 malam. Setelah selesai dinner, jam dah pukul 9.45. Pukul 11.00 malam tidur.

Isnin (Today) : 3.30 pagi bangun dan bersiap. 4.00 pagi gerak ke KL dari Kuantan. Baru keluar rumah, polis tahan kat roadblock. Polis takut2 tanya : Nak pergi mana? Kita kata nak ke KL, kerja. Otomatik polis tgk jamnya. Sempat ker? Polis tu tanya. Kita kata, Insyaallah. Polis2 tu pesan : KALAU NAMPAK ADA 'BAYANG2' JANGAN BERHENTI YER.... Perghh.baaiiikkkk jer. Kita ckp tq, dan terus rempit ke KL. Sampai opis, 8.45 pagi. Stuck dalam meeting room sebab hari ni ada interview. 17 candidates today. Keluar bilik interview, dah almost 6.00.

Sekarang : Rasa macam nak terus tidur kat sini......
Read More
Assalamualaikum.....

Err, actually it's a seminar...


Quite occupied today. May we see each other again tomorrow.

Have a nice Monday, yea..


Read More
Assalamualaikum.....

Maaf, tak mampu mencoret kata-kata indah sebab dah rasa mual, pening, nak muntah, segalanya ada. Berjaya selesaikan 19 orang datang temuduga hari nie. Dari pagi, bawa sampai ke petang... Adoii..pening kepala. Siapa ada yang berani nak 'menggoreng' dalam interview tu. Apa, ingat orang HR tak tau langsung pasal teknikal ke? Ha, kan dah 'hangus' dengan kita. Hope they learnt a lesson here.

Bagi masa untuk sambung kisah Langkawi yer....

Terima kasih kerana sudi juga jenguk blog kita....
Read More
Assalamualaikum.....

Zaman sekarang nie, sangat banyak institusi pengajian tinggi yang menghantar pelajar2nya untuk membuat latihan amali atau praktikal di syarikat2 swasta, mahupun pejabat2 kerajaan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan pelajar2 dengan persekitaran pekerjaan agar mereka bersiap sedia menghadapi alam pekerjaan dengan yakin.

Tak terkecuali syarikat kita. Memang ada mengambil pelajar2 praktikal. Semestinya ada bajet yang tertentu dan ada kuota yang tertentu.

Malangnya, proses untuk pengambilan pelajar praktikal di syarikat kita nie, dikendalikan oleh jabatan kita dan kita adalah kakitangan yang bertanggungjawab dalam urusan ini, disamping rakan sejawat kita, Sdri Akma.

Mungkin agak memeranjatkan kerana prosedur kami disyarikat ini untuk pengambilan pelajar praktikal adalah agak complicated. Yer, kitalah orangnya yang gatal2 mewujudkan prosedur2 ni. Prosedur yang ada agak banyak dan agak melecehkan. Ianya secara tak langsung, menambahkan beban jabatan kita.

TAPIIIII......

Ada alasannya. Kita buat begitu, agar matlamat syarikat tercapai dalam urusan menyediakan pengalaman pekerjaan kepada pelajar2, dan juga membantu pelajar, institusi masing2 dan juga objektif pendidikan negara secara keseluruhannya.

Antara prosedurnya adalah seperti berikut :

1.) PERMOHONAN
Pertama, kita memerlukan permohonan dari pelajar terbabit. Tolongggglah, tulislah surat rasmi kepada syarikat2. Ada yang sekadar hantar e-mail sebaris ayat : " Ada sediakan latihan praktikal tak..? "
Ya Allah...kalau dapat e-mail mcm nie, kita terus tak layan dah. Tak ada ADAB! Ingat kami nie, kawan2 mereka di facebook ke? Susah sangat kah kalau nak tulis sepucuk surat rasmi, kenalkan diri, daripada mana, jurusan apa, kursus apa, tempoh dan tarikh latihan serta sebagainya...? Kalaulah sepucuk surat rasmi inipun menjadi kesukaran, layakkah mereka melayari alam pekerjaan? Secara ringkas, apa yang kita perlukan dalam surat permohonan adalah seperti berikut :
a.) Surat permohonan rasmi
b.) Surat rasmi dari jabatan kursus institusi pendidikan masing2.
c.) Resume penuh pemohon
d.) Transkrip peperiksaan lengkap, dari semester 1 hingga yang terkini
e.) Gambar ukuran passport

Kalaupun nak mudah, apa salahnya telefon dan bertanya dengan sopan? Ini...ada panggilan daripada pelajar, "kak..ada buat praktikal x?" Eh..eh...bila masa pulak aku kawen dgn abang ko..? Ha, kan dah ganas jadinya kan..? Apa salahnya call, cakap mcm nie " Selamat pagi Cik/Puan. Saya bernama bla..bla..bla...dari bla..bla..bla.. Saya ingin bertanya, syarikat puan ada tak terima pelajar praktikal?"

Ha..senang banget kan? Confirm dapat layanan yang baik dan tepat.


2.) PROSES
Setelah kami terima permohonan lengkap, ianya akan diproses. Kami akan bincanglah sikit dalam syarikat, mana2 jabatan yang perlukan 'khidmat' pelajar nie. Tak naklah sebarang ambil jer. Pertama, tak nak bazirkan bajet peruntukan syarikat. Ke-dua, tak baiklah nak bazirkan masa pelajar tu untuk perkara2 tak berfaedah. Kita sedia maklum, ada banyak syarikat yang mengambil kesempatan ke atas pelajar2 nie untuk dijadikan 'kuli' di pejabat. Pelajar di suruh buatkan air minuman, disuruh fotostat berbakul2, dan ada juga yang diarahkan bekerja seperti operator pengeluaran! Oh, kami semestinya tidak akan memperlakukan begitu sama sekali.

3.) TEMUDUGA
Setelah dikenal pasti jabatan yang akan dipertanggungjawabkan, pelajar akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. YESS....TEMUDUGA! Ada yang kata, student jer pun, takkan nak interview..??!! Helloooo.......
Student nie nak masuk syarikat ini untuk apa? Untuk mempelajari kehidupan sebagai seorang pekerja kan? Proses biasa untuk ambilan pekerja, haruslah ada interview kan? So, apa masalahnya? Sebaik sahaja kami menerima permohonan praktikal, secara automatik, status pelajar akan GUGUR! Kami anggap mereka sama taraf seperti pekerja2 mahir yang lain. Jadi, kalau ada yang tak boleh terima hakikat ini, maka mereka tidak layak mendapat tempat di syarikat kami. Ini adalah kerana, kami ingin memberi peluang kepada ramaiii lagi pelajar yang lebih bersedia dan komited. Dalam erti kata lain, kami tak ingin 'curi' peluang orang lain yang lebih layak.
Dalam sesi temuduga, kita akui, kita adalah seorang penemuduga yang agak serius. Ingin kita tekankan kepada pelajar2, bahawa latihan praktikal ini bukanlah lakonan! Ianya adalah kenyataan yang serius. Kami akan nilai perwatakan, pakaian, tutur bicara, kemahiran, critical thinking, problem solving skills dan juga communication skills. Sekiranya tidak melepasi piawaian, maka kami akan tolak permohonan tersebut.

4.) PENERIMAAN
Sekiranya lulus sesi temuduga, maka kami akan memberikan surat penerimaan kepada institusi pendidikan terbabit bersama jumlah elaun bulan serta perincian tarikh dan tempat lapor diri. Oh yer, elaun itu tak banyak. Sekadar untuk cover minum teh petang2, lepas lah. Ada yang tak nak buat praktikal sebab elaun sikit. Terpulang. Sebab apa yang kami tawarkan adalah lebih berharga daripada elaun bulanan.

5.) MENJALANI LATIHAN
Pelajar akan menjalani latihan praktikal seperti pekerja baru yang masuk kerja. Mereka akan diberi peluang mengendalikan sistem2 yang tak pernah mereka pelajari di universiti ataupun kolej2 mereka. Mereka akan berpeluang bersama2 bekerja dengan pekerja2 lain tanpa ada diskriminasi. Kalau jurutera kami harus memanjat bumbung bangunan untuk membetulkan satelite dish, maka pelajar akan turut serta untuk diberi pendedahan. Kalau pekerja kami harus mengendalikan siaran tv dan radio daripada tempat pembuangan undi, maka pelajar akan turut serta. Kalau kami ada perlawanan bola sepak di dalam acara sukan, pelajar2 ini tak mungkin dikecualikan juga.

6.) PENILAIAN
Peringkat terakhir adalah penilaian ke atas pelajar melalui lawatan dari pensyarah2 pelajar. Kami telah tekankan di dalam surat penerimaan di peringkat awal, bahawa pensyarah yang ingin berkunjung haruslah membuat pemberitahuan rasmi kepada pihak syarikat secara bertulis. Sekiranya gagal, institusi pendidikan itu akan kami blacklistkan dari permohonan akan datang kerana tidak mematuhi aturan syarikat. Mengapa perlu strict? Syarikat kami adalah tempat kami cari makan. Rumah 'keluarga' besar kami. Kalau pensyarah nak terjah ikut suka, kami andaikan mereka 'menceroboh' rumah kami. Katanya nak buat kejutan? Tak perlu kejutan kerana ditakuti ianya mengganggu jadual kerja pekerja syarikat. Bersama2 harus tetapkan tarikh yang sesuai.

Dalam lawatan pensyarah, tugas paling mencabar dan terakhir pelajar ialah membuat pembentangan. Satu perjumpaan formal di antara wakil syarikat dan wakil institusi pendidikan akan diaturkan secara formal. Pelajar akan membuat pembentangan secara bergambar, menggunakan power point, menceritakan segala pengetahuan dan pengalaman yang didapati dari syarikat kami. Ini semua berdasarkan komitmen dan kreativiti syarikat. Dan pihak institusi, pelajar serta pihak syarikat bebas memberikan komen, kritik dan sebagainya. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk memperbaiki sistem pendidikan negara untuk masa hadapan.

Itulah secara panjang lebar tentang prosedur pengambilan pelajar praktikal di syarikat kami. Setiap syarikat ada cara yang berbeza. Jalan yang terbaik, adalah untuk pelajar bertanyakan secara sopan dan rasmi kepada syarikat yang ingin di pilih apakah prosedur yang harus dilakukan...

Percaya atau tidak, setiap pelajar dan institusi yang kami terima dan mematuhi segala ketetapan di atas, sangat berpuas hati,  sangat impressive dengan syarikat kami. Malahan pensyarah2nya tanpa rasa segan mengakui bahawa apa yang dipelajari oleh pelajarnya sangat berguna kerana diri pensyarah itu sendiri pun tidak pernah berpeluang untuk mendapatkan ilmu2 tersebut. Mereka mengaku bahawa pelajar2nya amat bertuah.

Dan pelajar2 yang komited dalam latihan praktikal mereka dan menjalaninya dengan cemerlang, amat mudah mendapat pekerjaan dalam bidang yang berkaitan, oleh kerana mereka telah mendapat 'latihan intensif' dari kami.


Dan hari ini, kita baruuu saja selesai prosedur interview. Memang 'masak' pelajar tersebut kena ceramah dengan kita. Tak mampu nak jadi profesional bila jawapannya dan lagaknya sangat tidak matang. Ada ke patut, surat permohonannya di tulis oleh kakaknya dengan alasan dia minta bantuan kakaknya kerana tulisan kakaknya lebih cantik. Sedangkan tulisannya dalam borang permohonan yang diisi pagi ini, tak ada lah macam cakar ayam pun. SUBHANALLAHH..... kita mohon sangat agar kita diberi kesabaran yang tinggi. Kalau itupun tak boleh dilakukan sendiri, macam mana lah pelajar nie nak menghadapi alam pekerjaan?

Hmm...kita harap apa yang kita kongsikan disini dapat memberi serba sedikit panduan kepada adik2 yang akan menjalani latihan industri, latihan praktikal dan sebagainya. Juga kepada kakak2 dan abang2 yang mempunyai anak2 yang akan melalui proses ini, harap dapat disampaikan kepada mereka agar mereka bersedia.....

Yang buruk dari kita, segala yang baik adalah dari Allah s.w.t. juga adanya....





Read More
Assalamualaikum.....

Ok..dah cool down semua? Hari nie hari Jumaat....mana ada cool down kan? Kita buat entry selingan untuk trip ke Kota Bharu tu ekkk.... Tripnya 2 hari... reportnya dua minggu. Memang berjela sungguh. Lebih kurang macam drama la. Cerita sikit2, sambungannya berjela2. Tambah2 kalau cerita dari seberang...nak tunjukkan muka terkejut pun dah 2 minit... siap music..siap close up 2-3 kali zoom. Aiyoo..kita dah bebel lagi.....

Sebenarnya, entry nie nak share sikit kisah INI seperti mana yang diwar2kan dalam blog INI.




Kita diberikan satu dua tips tentang 'membaca' peribadi melalui tulisan daripada senior Upper 6 masa di sekolah dulu. Tak silap, kita baru di Form 3 masa tu. Maklumlah...dok di boarding school. Kakak2 tu semua manjakan kami yang adik2 nie. Dapatlah korek sikit2 ilmu dari mereka. Tak semua dapat ilmu nie. Selected people only. Of course ada reason yang tertentu.

And bila masuk U, belajar dari lecturer di kelas psychology sikit2 and lepas tu korek2 lagi dengan kawan2 yang major in Psychology. Yang kita paling ingat, Dd lah banyak bagi tunjuk ajar juga. TQ Dd darling....

Based pada ilmu yang sangat cetek inilah, kita jadi minat nak 'baca' personaliti individu melalui tulisan tangannya. Tapi limited. Ada ramai lagi yang lebih pandai dan lebih banyak ilmunya. Sekadar untuk kita suka suki tu...boleh lah.

Itupun, tak semuanya tepat. Ada juga yang tersasar sedikit sebanyak. Apa2 pun, ilmu yang sedikit inilah kita gunakan dalam bidang kerja kita. Setiap candidate yang datang untuk interview, mereka dikehendaki untuk menulis karangan pendek mengenai tajuk yang diberikan. Selain daripada menilai tahap pengetahuan mereka, kita juga ambil kesempatan untuk menilai personaliti calon sama ada sesuai atau tidak diterima bekerja.

Secara dasarnya, melalui tulisan nie kita hanya boleh baca tentang kecenderungan individu itu dari aspek sosial. Antaranya :
- Cara berkawan bagaimana. Susah dihampiri atau mesra alam.
- Menjaga rahsia dengan baik atau tidak...
- Etika bekerja sedikit sebanyak....

Adalah satu dua lagi. Tak banyak pun kan...

Mesti ramai yang nak kita kongsikan ilmu tu disini kan?

Kita tak bersedia nak kongsi di blog. Terlalu public dan dikhuatiri akan disalahgunakan. Bukan kedekut, tapi ada sebabnya. Kerana itulah yang dipesan oleh ustaz dan senior masa belajar dulu.

Yang paling penting, setiap individu yang mahukan ilmu nie harus sediakan diri menerimanya. Apa persediaan itu?

Mesti belajar untuk menerima dengan redha setiap kekurangan dan kelebihan manusia. Setiap manusia berbeza. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Kalau kita masih lagi belum redha dan optimis dalam pandangan kita pada orang lain, maknanya kita belum bersedia. Selayaknya, kita juga harus sentiasa bersedia untuk kenali diri sendiri. Di takuti bila ada ilmu ini, kita jadi riak dan memilih manusia dalam pergaulan kehidupan seharian. Maka bagaimana carakah ilmu Islam itu akan berkembang?

Yerr...... ilmu ini secara kesimpulannya adalah untuk kaunselor supaya boleh menjalankan tugas membimbing dengan baik melalui identiti orang yang bermasalah. Selain daripada itu, ianya juga adalah untuk persiapan da'ie2 (pendakwah) sekalian dalam menyebarkan ajaran Islam.

So, bagaimana? Sudah bersediakah anda? Apa buktinya...?

Kalau dah bersedia...boleh google...hehehehhe. Tak susah nak cari. Ada banyaaakkk sangat sites yang explain. Cuma nak memahamkan dan betul atau tidak saja lah kan. Itu kenalah test dan implement kan...

So...enjoy the weekend friends...
Read More
Assalamualaikum.....

Office kita nie sebenarnya adalah satu bangunan besar yang menempatkan banyakkk office lots. Salah satu lotnya ialah kami. Dan di bangunan sebelah kami pula adalah recreation senter yang menempatkan gymnasium, surau, sauna room daaaannnn..kafeteria. Nadi perut2 manusia yang bekerja di sini. Di kafe nie, ada macam2 stall yang jual macam2. Nantilah...kalau muka kita tak malu nak snap2 dalam lautan manusia tu, kita share kat sini yer.

Anyway, antara stall yang ada ialah sandwich. Ada berbagai2 jenis sandwich kat situ. Dan antaranya, kita rasa mcm tak nak makan nasi, so kita beli yang ini. Tortilla bread dengan inti crabstick salad. Meh layan pictures...



Memang dia macam satu set. Ada keropok jagung tu dengan pisang sebiji. Tortillanya memang bessarrrr. Sangat mengenyangkan. Yang kita suka tu, salad dia letak kat dalam tu sebagai inti...memang tak kedekut langsung. Can be considered as healthy food. Cuma yg kurang best..of course la sebab x pedas. Sometimes kena kasi perut rehat juga kan...

Harga : RM8.90

Amacam..? Berbaloi ke tak...?
Read More
Assalamualaikum.....

Jumaat minggu lepas, opis kita ada la buat potluck sket untuk hari terakhir 2 orang rakan kami di pejabat nie. Boleh juga tengok entry di blog jiran sepagar kita, Pn Rahmah di sini mengenai farewell ini. Anyway, kami meraikan 2 orang sahabat ini.

  
Sdra Shazli (mcm Pierre Andre kan? hehe)

Shazli nie adalah Sales Engineer kat opis kita. Aduhh...mesti kami semua rindu dengan anak dia yang comel si Ilhan. Sayangnya battery kita dah kong plak. Tak sempat nak amik gambar Ilhan yang sangat petah dan kiut tu.

Blogger/Model/Musician Effan
 Effan nie sebenarnya buat temporary job kat opis we all sebab dia nie student lagi. Tapi, tanpa disangka, dia juga adalah seorang blogger. Cuma dia x nak beritahu nama blog dia. Dia kata dia segan. Dia banyak buat job lain rupanya. Tapi dia segan2 nak share.Huhuhu...

Macam biasa, ada macam2 jenis makanan. Menu utama, kami tempah dari Pn Rohana  dan suaminya En Megat iaitu owner warung Nasi Lemak Lentok di AU 5. Memang sedap sungguh nasi tomato beserta setnya. Kalau ada yang nak tempah, bolehlah hubungi En Megat di no. 016-3075557. Bukan setakat di Keramat, di Kulim Keah pun dia boleh cover juga. Ada 2 station usahawan nie.

Selain daripada tu, kami bawa sedikit sebanyak kuih muih. Ada yang masak sendiri, ada yang tempah kuih jer.. (kita laa yang tempah tu, huhuhu). Hehehe..maaflah, penat travel x hilang lagi, tak terdaya nak memasak. Kalau barang2 dah standby kat rumah, mungkin boleh digagahkan lagi. Ini, baru nak ke pasaraya dan cari bahan, sampai rumah nnt dah melepek.

Ada yang spesel. Kami tempah kek coklat moist yang super sedap dari Kak Nasz dari blog beliau di sini. Terima kasih yang tidak terhingga Kak Nasz. Walaupun kurang dari 24 jam tempahan tu dibuat, namun Kak Nasz sudi juga memenuhi permintaan kami. Cuma Kak Nasz kata  dia tak sempat nak hias cantik2 sebab banyak sangat tempahan lain. Tak apa lah. Janji kami dapat kek yang sedap. Itu pun sempat lagi Kak Nasz tulis nama dua orang nie.  Mulanya nak beli kek dari SR, tapi kami fikir2, kek Kak Nasz lagi sedap, lagi padat dan lagi moist. Maka kami semua sebulat suara set untuk tempah yang ini.





Ini adalah acara makan2 santai. Lagipun masih dalam mood raya lagi kan. Kami tunggu kaum Adam pulang dari solat Jumaat, barulah dimulakan majlis nie.



Kemeriahan bersama


Bermesra mengeratkan silaturrahim.
  Tapi kannnn...ada lagi yang spesel tau. Chocolate Brownie with Pistachio..hasil masakan Puan Rahmah jiran sepagar kita tu. Ya Allah..heaven sungguh..... Siap terus dapat tempahan la kiranya. Memang sedap sungguh. Kalau kita la...Innalillah lah jawabnya. Tapi yang ini..percayalah. memang tersohor sedapnya.

Brownie Special Pn Rahmah

Apa-apa pun, kalaulah sahabat yang 2 orang ini baca, kami semua mendoakan agar anda semua berjaya dengan cemerlang di dalam bidang masing2. Cuma satu, sematkanlah kenangan manis dan baik2 jer selama kita semua di bawah satu bumbung. Yang buruk dan hodoh dan kelat tu, kita buanglah jauh2.

All the best...

Read More
Assalamualaikum.....

Nature kerja kita nie memang lah susah sikit. Susah bukan kerana berat kerjanya, tapi sebab nak kena jaga kerahsiaan dan menjalankan dan melaksanakan arahan.

Tapi, bila dah bertahun kerja, sedikit demi sedikit, kita mula hilang kawan di syarikat nie dan berganti pula dengan musuh.

Sedih bila terkenang memori lama. Pernah makan bersama, stay back bersama dan segalanya. Namun bila kita menjadi orang yang menyampaikan amanat majikan, tak boleh itu, tak boleh ini, kena macam tu, kena macam nie, kita mula di benci oleh petugas2 syarikat.

Tak fahamkah mereka yang kita pun sama seperti mereka? Kita tak dapat apa2 keistimewaan pun. Malah ada kalanya, kita lebih dipinggirkan dari diberi pengiktirafan berbanding petugas lain. Bila kecewa itu singgah, kita bawa kembali diri dan hati kepada niat asal. Nawaitu adalah bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk ibu ayah, anak dan keluarga. Jangan dikejar kalau bukan rezeki kita. Sabar dan jalankan amanah sebaik mungkin.

Namun, amat sedih bila kawan yang sangat rapat tiba2 dah tak membalas teguran dan senyuman. Malah di balas dengan jelingan kebencian.

Percayalah... HR bukannya tentera majikan untuk mengganas...
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama