Memaparkan catatan dengan label western food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label western food. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....


Ini namanya masak ekspress. Bila tiba2 ada tetamu yang datang mengejut, tuan rumah pula tengah mamai terpisat2 baru bangun tidur, ini lah menu penyelamat.

Ada spaghetti angel hair, rebus dan toskan. Sekejap jer. Tak sampai setengah jam dah masak. Masa spaghetti sedang di rebus, bolehlah sediakan sosnya.

Tumis bawang putih dan sedikit bawang besar cincang sehingga wangi. Masukkan isi ayam dan sosej yang dipotong kecil ikut kesesuaian diri masing2. Lepas tu tuangkan jer sos carbonara dalam tin. Kat supermarket kan banyak. Nak banyakkan sikit, campurkan dengan susu cair atau susu segar. Masukkan bay leaf atau pun oregano kering dan didihkan. Siap! Boleh hidang.

Masa raya tahun lepas, kita spare kan menu nie sebagai penyelamat kalau keadaan terdesak. Wah, laku betul masa tu. Maklumlah, raya2 kan banyak makan rendang dan makanan berat yang berempah, maka bila ada rumah yang hidangkan spaghetti nie, cepat jer lah lakunya.

Sejak lepas tu, kita makin rajin simpan stok bahan2 instant ni.

Rasanya? Mestilah yummmyyyyyy....!


Read More
Assalamualaikum.....


Ok...seperti yang dijanjikan semalam, kita kenalah huraikan tentang gambar WW tu kan.

Sebenarnya kejadian nie lebih kurang 2 minggu lepas. Weekend tebang pokok tu lah....

Sabtu tu kan adik2 dah start datang rumah kita. So, tak sure diorang nak sampai pukul berapa. So, sebelum masak untuk lunch, kita prepare jer lah spaghetti nie. Manalah tahu kalau tiba2 diorang muncul jer kang, apa pulak yang nak kita hidangkan. Kalau setakat dalam rumah tu, tinggal kita berdua jer dengan Adam sebab hubby kan ada training di Colmar.

Kobek2 lemari turun temurun kat tepi dapur tu, jumpalah angel hair nie sekotak. Kita memang suka masak angel hair spaghetti nie sebab bila makan tu tak cepat muak (maka boleh makan dengan banyak), dan masa untuk memasak pun lebih pendek berbanding spaghetti biasa.

Anak2 Abang Ngah tak makan pedas. Adam pula suka yang creamy2 sikit. Nampak pula ada satuuuu jer tin Prego sos carbonara. Jadilah....buat rencah jer kan. Nak masukkan ayam dan sayur over extreme kang, budak2 nie bukannya layan. So belasah sosej jer lah...boleh menarik minat mereka sikit.

Rebus spaghetti. Sementara tu, racik dadu bawang putih, bawang besar dan cili besar hijau sebatang. Lepas tu kita racik sebatang carrot macam batang mancis, tapi lebih halus lagi. Nak ala2 sembunyikan daripada mata kasar kanak2. Janji, ada sayur.

Tumis bahan dadu, dah wangi baru masukkan carrot. Lepas tu, curah jer lah sos prego tu. Nak banyakkan kuah, masukkan sus segar dan bancuhan sedikit tepung jagung untuk pekatkannya. Bila dah mendidih, bolehlah masukkan sosej yang main hentam potong tu kan. Kalau ikutkan kita, nak potong dadu, tapi kang budak2 tak nampak rupa sosej pula. Tak menarik minat pula. Tu yang potong dadu jer tu.

Kebetulan, tengah2 masak2 didih tu semua, adik kita pun sampai. Syukur.

Bila nak tutup api, taburkan dengan serbuk oregano dan juga serbuk cheese parmesan. Bila nak makan, masukkan spaghetti dalam pinggan dan curahkan dengan kuahnya. Maknanya hidangkan spaghetti dan kuahnya berasingan lah.

Dan Alhamdulillah, lajuu pulak diorang makan. Yang kecik umur 2 tahun tu bukan main susah nak makan selalunya, tapi dengan spaghetti nie, kejap2 dia mintak lagi..kejap2 datang balik meja makan, mintak lagi. Terperanjat mak ayahnya tengok dia makan banyak.

Adam?

Tak yah tanya. Senyappppp jer cedok ke pinggan dia, terus khusyuk. Bertambah2.

Dan, org2 dewasa nie pun laju jer makannya. Termasuklah kita...hahahahaha

Bila mak ayah dan Yana sampai, terus licin lincau jadinya. Alhamdulillah....

Ada sedikit hint rasa cili, ada rasa bawang2 yang ditumis dan kuahnya tak sepekat carbonara biasa. Rasa macam makan spaghetti berkuah pun ada. So, sesuai lah dengan lidah melayu sikit.

Satu peket angel hair spaghetti tu boleh dapat satu mangkuk besaaaarrrrr spaghetti tau. Banyak juga lah.

So, mudah kan? Agak2 malas nak masak, atau nak cepat ada tetamu dah nak sampai, bolehlah cuba cara nie. Tapi, kalau nak proper, sosej tu dadulah kan. Campur dengan button mushroom dan ketulan isi ayam. Masukkan capsicum dadu sikit. Wallah..special nanti jadinya...

Ish...rasa macam nak repeat pula. Masakkan untuk hubby pula dengan in-laws this time. Weekend nie lah repeat. Insya Allah.


Ada yang tak makan western menu macam nie yer..?


.
Read More
Assalamualaikum.....






Nota 1 : Macam biasa, ceritanya esok.

Nota 2 : Entah kenapa pulak minggu nie tersampuk penyakit 'dot..dot..dot'

Nota 3 : Jangan pandang rupanya yang tak menawan. Baca dulu kisah gambar nie esok.


.
Read More
Assalamualaikum.....


Lunch in hotel's room...


Read More
Assalamualaikum.....

Se bulan yang lalu, masa kami sedang makan tengah hari di sebuah warung di Pengkalan Balak, Melaka TV3 ada menyiarkan rancangan JJCM yang femes tu. Host ialah Iqram Dinzly.

Dalam beberapa tempat yang dipaparkan, salah satunya ialah sebuah van bergerak yang parking tepi jalan atas jambatan di Pusat Bandar Damansara. Van ini menjual makanan western yang simple iaitu spaghetti. Ada spaghetti bolognese, carbonara dan olio yang di masak dengan seafood, ayam atau daging mengikut pilihan pelanggan.

Maka kita pun terujalah nak ajak hubby mencuba makanan di sini.
Pertama kali datang, tak ada meja kosong. So, kami tapaw jer. Meja semua adalah meja lipat yang disusun di tepi divider jalan bersama bangku2 plastik saja. Makanan pun hanya dihidang dalam tupperware plastik biasa jer. Anyway, taste wise, memang sedap. Macam tak puas jer rasanya makan malam tu sebab beli sikit. Takut tak sedap.

Bila rasanya boleh diterima dengan senang hati, mulalah otak kami terfikirkan Adam. Adam yang paling suka dengan spaghetti nie. So, berazamlah next time nak datang lagi bawa dia.

Akhirnya, tercapai juga impian kami bila suatu hari tu Adam berada di KL dengan kami. Maka kami teruslah bawa Adam ke situ.

Satu peringatan, van ni tak ada jual air yer. Kalau ada kadang2, dia jual air2 mineral dan air tin. So, anda bebas bawa air sendiri. Sempoi kan.



Seafood Olio Spaghetti

Chicken Bolognese Spaghetti

Anak lanang gaya konon macho. 

LP : Lamb Pita ;  CP : Chicken Pita

LO : Lamb Omelette

Lamb Pita


Suasananya. Ada 2 orang lelaki yang memasak dalam van putih tu.

Ada table number.


Kalau order tapaw, kita kena tulis nama. Nanti dah siap, dia announce nama untuk kita ambik kat kaunter, iaitu sebuah meja disandarkan pada van. Kalau dine-in pula, masa order di kaunter, dia bagi nombor. Nanti dia hantar ikut nombor. Oh, biasanya, order terus bayar tau. Menariknya, semua kakitangan Humble Chef ni ialah lelaki. Anak2 muda yang santai berniaga, tapi ada style.

Pelanggan terdiri dari bermacam2 bangsa, umur, jantina dan background. Ada yang datang dengan family seanteronya, ada yang datang dengan rakan2 sambil bergurau senda, ada yang bergerombolan masih dengan uniform kerja lagi...

Pada kita, lamb omelette dia sangat menarik. So far, kita belum pernah jumpa lagi lamb omelette. Atau mungkin kita pun x habis explore lagi. Adam tak suka lamb, so dia borong chicken spaghetti dan chicken omelette dan chicken pita. Pita tu macam kebab, tapi intinya sedap sangat. Macam tak cukup makan satu.

Small portion semua makanan nie. Tak adalah small sangat, tapi tak lah sebanyak di restoran2. Oleh kerana itu, memang Humble Chef ni sesuai untuk dijadikan port santai.

Biasanya kita makan olio seafood. Cuma seafood dia rasa pelik sikit, tapi the spaghetti memang marvelous. Sangat tidak oily, tapi still basah2 sikit. Secukup rasa, tak masin, tak pedas sangat tapi semua rasa garlic, olive oil, dan black peppernya seimbang. Tu tak tengok carbonara lagi tu. Not so creamy and yet flavourful. Adamlah yang suka carbonara.

Semua jenis spaghetti nie, harganya RM5.00 setiap satu.

Omelette dia pula memang kita tak pernah skip lagi. Nampak pelik kan, omelette tu jual macam tu jer. Siap bungkus kertas minyak cekelat lagi. Tapi, kalau nak sedap dan mengenyangkan dan menikmatkan, makan spaghetti dengan omelette. Mesti terangkat punya Bhai..! Omelette dia, sama ada chicken atau lamb, dimasak perfect dengan bahan2 lain. Tak kering and tak mentah. Rasanya macam ada melted cheese sikit bila anda makan. Tambah pula dengan sayuran dan dagingnya. Harganya RM2.50 satu.

Lagi satu, pita nie. Tak ingat harga dia, tapi rasanya RM2.50 atau RM5.00 setiap satu. Tapi, memang puas hati makannya. Tak macam segolongan peniaga yang sumbat isi melayang2 jer. Pita di sini, memang padat dan sedap. Padat untuk hidangan light dinner atau supper yer. Bukan untuk portion macam lunch.

Kita tak tahu siapa cook yang masak sebab kita pasti mereka nie sediakan bahan2nya di rumah atau di tempat lain. Dalam van ini, mereka hanya panaskan dan combine seperti mana yang dikehendaki pelanggan. kecuali omelette la...

Definitely akan repeat dan repeat lagi. Cuma sayangnya, kalau hujan, tak bolehlah lepak sini. Kena tapaw juga.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Salah satu cafe yang hubby bawa kami makan. We came here for lunch. Memang mudah jumpa kedai nie. Di jalan besar. Kalau dari Jln teluk Sisek nak u-turn ke pusat bandar tu, mesti jumpa punyalah. Antara deretan kedai di tepi sungai, tapi taklah betul2 mengadap Sungai Kuantan tu.


Adam di paksa jadi pak pacak.


The interior

Food dia memang western choices. So, western la for lunch tu kan. Air pun macam2 nama ada and memang bukan the usual drink. Masalahnya, dah tak ingat nama semua drinks and dishes. So, cuci mata jer lah yer.


Adam minta banana milk shake lah rasanya. 


Ini, kita punya Olio Spaghetti dengan apa nama air entah.


Hubby request marinara seafood spaghetti. 

Adam pula request seafood pizza. Small size.


Kita punya spaghetti, olio yang sangat sedap. Ada hirisan cili padi.. so lagilaa macam bodek selera kita. Tapi, walaupun ada hirisan cili, spaghettinya tak pedas langsung. Kalau nak pedas, baru gigit cili2 tu yer. Rasa olive oil pada olio spaghetti tu pun just nice and surprisingly it's moist. Most olio spaghetti akan jadi dry bila dihidangkan dengan spaghettinya mengeras. Boleh cuba di SR dan Pizza H. Tapi here, it's so yummy. Even the spaghetti pun tak keras and not that lembik as well.

Hubby's marinara pula memang sedap, cuma bila tengok linangan minyak tu, kita jadi sereemmm nak makan. Boleh nampak ka? Hubby siap minta pinggan lain dah toskan minyak tu sebelum makan. But the taste besides oily, taklah mengecewakan. The seafoods...oh my...sangat fresh. Even kupang pun tak berbau langsung.

The pizza is a crispy crust type. Adam memang suka macam tu. And the filling...oh my, melimpah ruah. Sama juga, tak kedekut cheese dan seafood. Bukan main tebal lagi filling dia. Dalam lapar2 tu, konon Adam memang imagine mcm tak cukup. Dia siap kata nak order benda lain, tapi kita suruh dia try habiskan dulu. Nanti membazir. Ha, memang betul pun. Pizza tapau 2 keping, itupun hubby tolong makan sikit. Olio pun tapau more than half sebab portionnya besar. kenyang tak hengat.

InsyaAllah weekend nie ke Kuantan lagi. Kalau x ke mana2, maybe repeat lagi.

Owh, blog nie akan bercuti sampai next year. InsyaAllah kalau sempat awalkan, kita akan bertemu lagi dengan semua.

Happy New Year!




.
Read More
Assalamualaikum.....

Pernah cerita pasal makan di Windmill a few times dalam blog nie. Tapi nak linkkan semula, mcm susah pula nak cari. Nanti nak minta tolong Cik Rose lah, hehehehhehe.

So, memang kalau nak makan western yang sedap dengan harga yang sangat berbaloi, kat sinilah kami datang...

Adam dah lapar, tu yang muka ketatt jer tu.


Ok, minum air papa dulu. Basahkan tekak dulu. Carrot Juice Giant.


Air omak eh. Apple juice no sugar with Asam Boi


Vanila Milk Shake fav Adam. At last sampai juga.


Potato Salad fav hubby

East meets West. Nasi goreng cili padi and lamb chop. Mama punya.


Windmill Special Mix Grill. Hubby's


Adam's. Spagheti

As usual, satisfying.

Eh, nak raya nie tak adalah makan western kan. Unless ada yang buat BBQ daging korban kan. Yummm!

Read More
Assalamualaikum.....

Yeap, we are still looking at the food places in Kuantan. Well, today will be the last day of SUKMA 2012. Probably the athletes are worn out by now.

Anyhow, hubby brought me to dine at this place last week. He was actually trying to 'bribe' me to stay longer in Kuantan because I was firm to heading back to KL that nite. The 1st time was with my MIL and SIL many months ago. The food was delicious and yes, it's at the prices' standard.

Fine, let's stop the ramblings. You want the food pictures, rite? Here we go....



The menu


The table set-up


Drinks : Soursoup and Chinese Tea

The Butter for the breads..

Cheesy Garlic Bread with plain bun


The Cream of Wild Mushroom Soup with .... ( I can't remember )

Spaghetti with Salmon

7 oz well done Tenderloin Steak

Norwegian Salmon

We ate all those 3 plates, but most of it hubby helped because I was not really feeling well. I forced my Norwegian Salmon down the throat to fill-up my empty stomach before my long drive to KL that nite. Though, the salmon was delicious. It's difficult to explain, but definitely the Norwegian's salmon and the usua; salmon tasted differently.

We love all of the dishes, except that hubby's dish's sauce. He picked teriyaki sauce to explore the combination and too bad it didn't suit our taste. It should goes well with the classic mushroom sauce or blackpepper sauce. However, the steak was marvellous. It's a must try menu.



Owh, I've almost forgot to mention about the Cream of Wild Mushroom Soup. It is super delicious. Not watery at all and definitely not that thick.  It is just nice. You can found the differences of mushroom once you sip in the soup. This is the best ever mushroom soup I've ever had.

Overall, to have a relaxing dinner and for special occasions, this would be a good place in Kuantan if it falls within your budget.

The location is along Jalan Beserah, behind a Maxis centre's in between shop lots. You definitely couldn't find it from the main road. You have to drive in between terrace houses and shop lots. It's quite hidden, furthermore with trees and plants. But, gems are always hidden, right?

You would see the pictures of Pahang's royalties being hanged at the restaurant's wall. It's the king's choice, friends.

Owh...the bribe?

It didn't work.
Read More
Assalamualaikum.....

 A couple of weeks ago, kita and a few friends stay back di opis sebab tuntutan kerja. After Maghrib, diorang ajak kita pergi dinner... So, followlah.. Diorang cuba cari Restoran Murni yang ada di Bukit Jalil... Jumpa dengan senangnya. Few years back kita pernah makan di Murni di SS2 PJ. Tapi bila nak pergi lagi, dah x ingat jalan. So, bila tahu dah ada cawangan baru buka di Bkt Jalil, rasa seronok sangat.

Week after that, hubby datang KL, tidur KL sebelum bergerak ke Kuantan esok paginya. So, kita bawaklah hubby makan kat sini... Ada berbagai2 menu. Western dan Asian... Air pula ada yang pilihan yang banyakkk dengan nama-nama yg menarik...

Untuk dinner tu, hubby ordered 3 dishes walaupun kami 2 org jer. Katanya nak rasa and kebetulan dia puasa siang tu. Laparlah kan...


Meh tgk pictures...

cawangan kedai tu baru, tp menu lama. Confirm import dari kedai lama...


Menu 1 : Meatball Bolognese Spaghetti


Menu 2 : Seafood Arabiatta Spaghetti


Menu 3 : Mixed grill...


He doesn't like that seafood spaghetti...


Our drinks : Pink Panther & Summerset



Ada banyak menu pilihan. Last time masa dengan officemates, kita order Udon. Giler marvellous... yummy. This time dengan hubby, hubby prefer bolognese and dia kata yang seafood x sedap. Terbalik dgn kita, kita sangat suka spaghetti seafood sebab yg bolognese tu giler pekat and masam gravy dia. Tapi kami seia sekata dengan mix grill tu. Windmill Melaka punya mix grill much more tastier...

Friday lepas, kita dtg lagi with the girls in my office. 1st time datang lunch... Konon nak try. Selain food yg ada dalam menu, ada juga nasi campur dengan pilihan lauk yg not bad menariknya...

So, sebagai salah satu escape place, Murni ni bolehlah stay in the list....

Oh yer...parking agak senang juga di sini...


Read More
Assalamualaikum.....


This food stopover happenned so many weeks before which I can't remember. What do I remember is that hubby was going to Macau and I sent him there. It was very early in the morning, about 5.00 a.m. Despite the time, LCCT was in a chaotic situation. I don't know why, but checking-in was a battle at the counter. 2 counters open, suddenly became 1, 4 lines for 2 counters became 4 lines for 1 counter. So, you can imagine how we push oursleves to struggle just for checking-in!

Done the battle, hubby said we need to sit down and catch our breath. Fine! We lepak at this Theobroma Chocolate and catch a couple cups of drinks and 2 snacks.


This is hubby's choice. Soo creamy and full with chocolate.



My sandwich. Messy, yes. But yummy, definitely!




Hubby's snack. Pumpkin soup, I think.



My drink. I can't remember, because it was not chocolate types of drink..

It was not bad, but I really think it was a waste of money. Hubby paid (luckily...) around RM60.00 for all of the above.

Phewww.... I won't regret if we do not repeat our trip here. 




Read More
Assalamualaikum.....


Menu for breakfast, on previous weekend. Adam's favourite! The recipe was named as 'hentam ikut kreativiti tak terancang' respectedly. Alhamdulillah, the outcome was super yummy. Actually Adam requested mac & cheese, but I decided last minute that my stomach was screaming for a Malay cuisine. Huh...so I've bullied my son....and the macaroni. However, the delicate fusion favour of this macaroni has drawn Adam's dream, hehehehehhe. He satisfied his passion with this.

Ok, let's peek at the simple recipe...

Recipe by me http://the%20rainbowjourney.blogspot.com/

200 grams macaroni (boiled as per instruction on the packet)
3 cloves of garlic (chopped)
2 red onions (chopped)
2 red or green chillies (sliced thinly)
half cup of diced chicken meats
carrots : as much as you want and cut into desired piece
3 tablespoon chilli sauce
1 tablespoon oyster sauce
1 tablespoon soy sauce
half cup of water
a pinch of salt

Method:
1. Stir fry garlic and red onions until fragrant.
2. Add in chicken meats and continue to fry until it turns slightly brown.
3. Pour in the water and wait until it boils.
4. Once it boils, add in the chilli sauce and oyster sauce.
5. Stir in the carrots or any other vegies that you like for another 1 minute or until the gravy thickens. .
6. Add the boiled macaroni, sliced chillies, soy sauce and a pinch of salt. Fry and coated the macaroni with the sauce.
7. Serve it hot. Yummy.
Read More
Assalamualaikum.....

Semlm ada surprise! Hubby call kata dia habis kerja cepat (sebelum pukul 6) dan dia akan balik KL.Yeayyyy! Papa balik..yey yey.. Seronok sgt sbb kami biasa jumpa weekend jer. Ini weekdays dapat jumpa, mmg seronok lah.

So, dia tiba KL dlm jam 9 malam. Lepas bersiap di rumah, kami pun keluar dating makan2. Plan untuk makan western dari Chef Mustafa Jones. Dah beberapa kali baca di blog Kak Jee dan memang selalu terliur nak menikmati.

Mlm tadi, kami pusing2 Melawati. Senang jer nak jumpa. Dia beberapa blok, dari Bank Rakyat. alah, pusing jer...mesti jumpa Pekan One Kopitiam.

Kopitiam nie tutup pukul 11 malam. Kami tiba dah 10 lebih. Sempat lagilah kan...

Ok...jom tengok food. Tak larat nak bebel panjang. Perut tgh cramp nie..


 Chicken wings. Memang rasanya sangat menarik rasanya. Special sikit. Tak tau nak explain. Cuma, untuk lidah kita, terlebih masin sikit. Atau mungkin sbb dah ujung2, org dh nak tutup kedai, kuah tu dh kering sikit, jadi masin kot.



Atas nie adalah potato salad dia. Fav hubby. Tapi hubby lebih suka versi Windmill Restaurant di Melaka. Boleh search dalam blog nie tentang Windmill. Tapi kita pulak yang suka. Sangat lembut yet so flavourful. Kita jer yg menghabiskan. Sedap.


Ini adalah garlic bread dia, versi roti pita. Dalamnya ada disapukan special flavour. Pun agak masin sedikit, tapi memang sedap. Crunchy yet soft. A must try.



Atas nie hubby punya. Dia order rib eye. Tebal dan besar. Cuma keras sikit, sebab daging bahagian rib eye nie, ada urat2 sikit. Tekstur dia lain tough sikit lah.

Atas nie pula, kita punya. T-Bone steak. Mak oiii...terperanjat sangat sebab sangat besar. Penuh pinggan yang lebar gedabak tu. Dagingnya tebal dan lebih lembut dari rib eye. Bila gigit, rasa sangat juicy dan very meaty. Kita x habis! Kita hanya makan bahagian yang sebelah kiri tulang tu jer. Itupun dh rasa kenyang sgt. (Padahal dah melantak garlic bread dgn potato salad). 

 Last but not least, menu dia....

Nak lebih review, boleh baca di blog Kak Jee tentang food nyer. Sure terliur nyer...
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama