Assalamualaikum.....

Ini adalah kejadian minggu lepas. Hari terakhir saya di pejabat itu. Secara dasarnya, ini pekerjaan tetap saya yang kedua. Lama saya bertahan. Genap 14 tahun bulan Februari tahun ini.

Saya bermula sebagai petugas biasa. Kemudian saya dilatih dan membina diri sendiri sehingga ke tahap sekarang. Belum lah tiba ke puncak pun, tapi saya berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. Alhamdulillah....


Pagi hari terakhir, saya melawat pejabat2 cawangan di sekitar KL. Beritakan pemergian saya dan bersalaman serta berpelukan dengan semua yang sudi. Sempat juga menyelesaikan beberapa tugas yang tiba tanpa dijangka. Petangnya saya pulang ke pejabat dan mengosongkan meja.

Keputusan saya adalah drastik. Saya terima tawaran dari syarikat baru yang mana mereka perlukan saya segera. Maka saya hanya sempat memberi 5 hari notis saja. Selebihnya, bayaran ganti notis saya akan diuruskan oleh majikan baru.

Maka rakan2 yang ada, telah berpakat memberikan saya cenderamata terakhir dalam satu majlis ringkas. Aduhai...semakin berat rasa hati. Belasan tahun kami bersama. Susah dan senang..kongsi segala kenangan.


Perpisahan yang mengundang air mata dari semua.

Saya ingin cuba untuk keluar dari zon selesa saya. Saya telah terlalu selesa disitu. Mungkin cabaran baru boleh mengembangkan potensi saya. Atau mungkin juga saya akan tewas dengan cabaran baru. Tiada siapa tahu. Yg penting saya harus mencuba.

Belum seminggu saya di tempat baru, maka normal lah agaknya kalau saya asyik terkenang tempat lama dan rindukan comfort zone saya kan?



.

Read More
Assalamualaikum.....

 Nampak jer putih macam ni, tapi rasanya sedappp. Memang boleh kenyang. Saya suka sebab sayurnya banyak. Ini adalah antara kenangan di opis lama. Rindu dengan opis, dengan friends, rindu dengan kerusi meja dan rindu dengan kafe....

Tempat baru? Hmmm...as time goes on, saya akan kongsikan juga sikit2. Hari ni baru hari ketiga. Masih cuba mencari penyesuaian, walaupun kerja bertingkek2. Kalau ada entry2 pendek yang banyak sangat typo tu sebab main tulis entry dalam handphone jer. So, fefaham jer lah yer...hehehehe

Oh, rindunya dengan mihun sup ni....huwaaaa...!


.
Read More
Assalamualaikum.....

Tahun ni CNY agak meriah dengan kehadiran baby2 comel. Abg ipar saya afa seorang bayi yg usianya 8 bilan. Sepupu hubby pula masing2 ada bayi berusia 3 bulan dan 6 bulan. Wah...memang meriah la kami mendukubg baby.

Petangnya pergi rumah atuk saudara hubby. Atuk Ah Heng baru keluar hospital. Minggu lepas beliau terjatuh di depan rumahnya. Kepalanya dah terhantuk dinding rumah. Ada darah beku dalam otaknya. Major operations juga. Sekarang dh nampak beransur aihat.

Srlainnya kami berehat dan mengemas rumah....
Read More
Assalamualaikum.....

Sebelum ke MRSM, Adam sempat memberikan sedikit tanda mata kepadabekas guru2nya. Saya bantu seadanua kemampuan saya. Namun saya terharu kerana Adam ada perasaan untuk menyampaikan salam terima kasih dengan cara itu.



Hari ni Adam boleh balik rumah kerana citi Chinese New Year. Dah kurang merengek nk balik rumah, tapi asyik merengek rosau tak sempat siapkan kerja sekolah. Pada kami, ini perkembangan yang baik dan pantas. Alhamdulillah.

Read More
Assalamualaikum.....

Inilah lumrah kehidupan. Ada yang pergi, cepat saja yang mengganti. Tapi untuk kes2 eksklusif, bukan mudah nak cari pengganti.

Kisah 1

Salah seorang petugas Jabatan Akaun kami, yang sama2 bertugas dengan saya di Bangsar dulu telah menerima tawaran lain. Alhamdulillah. Rezeki masing2 lah kan.

Yang bertudung biru gelap, hari terakhir beliau bersama kami. 

Kisah 2

Semalam, kehilangan Allahyarham Hasbullah Awang. Saya membesar dengan suara beliau. Kepetahan beliau, kebijaksanaan beliau menimbulkan emosi semangat dan merudum, ketenangan beliau dalam menghadapi situasi yang tidak terjangka....amat saya kagumi. Al-Fatihah untuk beliau.


Kisah 3

Seorang tokoh ulama yang sangat disegani. TGNA adalah watak penting dalam perkembangan ummah dan sahsiah Islamiah di Malaysia. Beliau mula menonjol sebagai ahli politik walaupun masyarakat setempat telah lama mengenali beliau sebagai seorang ulama. Dan keperibadian seorang ahli politik yang tulus, yang jujur dan amanah...yang berjuang demi yang benar, masih belum lagi mengubah politik Malaysia yang agak tercemar. Tapi, sedikit pendedahan itu, mula membuka minda rakyat.

Damailah tuan di sana. Al-Fatihah....


Kisah 4

Berita sedih dan gembira bercampur aduk. Isnin minggu hadapan merupakan hari terakhir saya di syarikat ini. Alhamdulillah, saya telah menerima tawaran di daerah kelahiran saya, Port Dickson. Adam dah mula membina kehidupannya sendiri, maka mak dan ayah kembali berdua. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk saya terus dekat dengan mak ayah. Dan saya juga bolehlah tinggal sebumbung dengan hubby setelah berpisah 14 tahun. Alhamdulillah....

Namun, tempat jatuh lagikan dikenang. Syarikat ini, saya bantu bosses bina bersama2. Sejak dari pendaftaran syarikat, sehinggalah syarikat ini stabil dan mampu retain petugas dengan kukuh. Saya sayang keluarga saya di syarikat ini. Tapi, tanggungjawab saya telah selesai disini. Saya bersama2 dengan team yang lain dah meletakkan tapak yang kukuh. Hanya yang tinggal adalah untuk membawa syarikat ke arah kecemerlangan.


Dalam pada itu, saya akan bertahan dengan blog ini. Stay with me friends...... Doakan yang baik2 untuk kita semua...Amiin.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, kejadian minggu lepas. Pendaftaran Adam untuk Tingkatan 1 di MRSM Kuala Klawang, Jelebu, N. Sembilan. Apa yang diimpikan oleh Adam, akhirnya tercapai. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga.

Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi. Perjalanan dari rumah mak di PD ke sini mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Maka, selepas solat subuh, kami dah bertolak dari PD. Papanya tak dapat ikut kerana tuntutan kerja. Sejak bekerja di Melaka, hubby semakin 'rapat' dengan kerja berbanding keluarga. Tapi kami faham. Ada masa, beberapa perkara perlu dikorbankan. Lagipun, saya boleh uruskan. Jadi saya pergi dengan mak dan ayah. Atuk dan nenek yang membesarkan Adam sejak dia muncul di dunia, pasti tak akan melepaskan peluang untuk bersama2 dalam hari bersejarah ini. Anak adik saya yang bongsu, di Danish pun ikut sama.


Kami tiba tepat jam 8.30 pagi. Itupun sebab menyinggah merata2 dan memandu dengan santai. Tak ramai lagi pelajar baru yang tiba. Rupa2nya hari pendaftaran itu termasuk sekali dengan pendaftaran tingkatan 4. Dari pintu pagar sekolah, sehingga ke dalam bilik, kami disambut oleh pelajar2 sekolah yang sangat mesra, sangat membantu dan sangat profesional. Boleh saya katakan, taraf servisnya adalah setaraf dengan hotel profesional. Syabas untuk MRSM Kuala Klawang.

Pelajar2 ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang jadi polis bantuan (semestinya pelajar kadet polis) mengawal lalu lintas, ada yang memakai blazer seperti di dalam gambar di atas untuk menguruskan pendaftaran dan ada yang dah siap sedia memakai t-shirt dan berseluar slack dengan kemas untuk membantu pelajar baru mengangkat beg dan baju ke bilik asrama.

Ada flow chart dalam brochure yang diberikan kepada kami. Tapi dek kerana kami tiba awal, kami tak sempat baca pun brochure tu kerana tiada ruang untuk menunggu dan membuang masa, hehehee. Keluar saja dari kereta, dah disambut, diberikan penerangan. Maka, pertama sekali, katanya daftar ke asrama dulu. Pergi cari bilik dan katil, letak beg dan barang, baru turun untuk pendaftaran. Kemas beg, selepas pendaftaran dan taklimat selepas waktu zohor nanti.


Asrama putera (aspura) adalah 3 blok yang bersambung dalam bentuk segi tiga. Di tengah2nya adalah dataran untuk aktiviti di asrama seperti riadah petang2, atau pun tempat berhimpun untuk roll call. 

Bilik Adam dari luar di tingkat 3, tingkat atas sekali. Disini, bilik kecil2 dan dipanggil kiub. Setiap kiub ada 4 orang pelajar dari tingkatan yang sama. Tak campur senior, tak campur junior. Katil Adam sebelah kanan di hujung sana. Tingkapnya menghadap bukit bukau dan hutan belantara di belakang sekolah. Sejuk dan nyaman. 

Setiap bilik, diletakkan rak kasut begini. 

Dah letak beg. Bantal memang kena bawa sendiri. Baldi bawah katil. Percaya tak, tak satu pun beg2 ini kami bawa. Semuanya pelajar2 AJK itu yang tolong bawa. Ha, pagi lagi...bersemangat la lagi kan...bertenaga la lagi...hahahaha. Untunggg, tiba awal ni. 

Selepas letak beg, bersihkan locker, tandakan apa yang perlu dibaiki di borang khas, kami pun terus turun semula untuk sesi pendaftaran. Pendaftaran di asingkan mengikut flow turutan yang sistematik. Setiap satu kelas adalah untuk satu bahagian pendaftaran. Setiap kelas ada kerusi untuk menunggu giliran. Tak sekali pun saya duduk di kerusi menunggu kerana belum ramai orang. Maka, perjalanan pendaftaran kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Mak dan ayah dah merayau bawa si kecil Danish yang sedang lasak berlari ke sana kesini. Maka kami terpisah. Lagipun, saya dan Adam dah lebih dari cukup untuk selesaikan segala urusan. Selesai urusan, kami dikehendaki hadir ke dewan pula untuk taklimat. Aduhai, jauhhhh sangat. Kena jalan kaki sebab kalau naik kereta nanti parking penuh pula. Kalau hubby ada mesti mudah sikit saya. Dalam pada kaki sakit kerana ligamen yang koyak dulu masih belum pulih sepenuhnya, saya redahkan juga perlahan2.


Dewan makan untuk pelajar. Pelajar putera dan puteri makan bersama di sini, cuma diasingkan bahagian puteri dan putera. Oh, saya sempat baca menu makanan mereka untuk sebulan. Wah, mewah betul. Dalam sebulan, pasti ada sekali chicken chop, ada spaghetti bologneise, ada fish and chips, ada nasi beriyani gam dan menu2 nasi harian kita semua seperti biasa. Memang mewah, berbanding saya dan hubby semasa kami di asrama dulu. Beruntung sungguh kami rasa. 


Pemandangan dari dewan makan tadi. Aspura menghala ke kiri, naiiiiikkkkk bukit sampai ke puncak. Nun di atas puncak di belakang bangunan ialah padang sekolah. Seberang ini adalah kelas2, dan surau dan library dan makmal sains. 


Selepas itu, ada taklimat dari pengerusi PIBG dulu, lepas tu dari Pengetua. Pengetua explain tentang aliran yang diambil oleh pelajar2 tingkatan 1 tahun ini. Aliran IGCSE, yang mana Adam ialah pelajar second batch. Maknanya, hanya ada form 2 students as their senior. Quite tough. Tak apalah...cuba dulu. Insya Allah, kalau ada peluang, kita cuba kongsikan apa itu IGCSE ni dengan pembaca.

Kemudian ada acara ibu bapa menyerahkan anak2 kepada pihak MRSM. Seorang ibu dan anaknya di panggil ke atas pentas sebagai simbolik dan wakil kepada semua. Ibu ini tadi membaca satu petikan bahawa kami ibu bapa dengan ini menyerahkan anak kami untuk dididik dan menjadi cemerlang kepada pihak MRSM. Kemudian Pengetua pula menerima dan berjanji akan memberikan yang terbaik. Kemudian si anak pula berjanji akan bersungguh2 mengikut peraturan dan berusaha untuk menjadikan impian ibu bapa dan pihak sekolah menjadi kenyataan. Oh, masa ni saya dah mengalir air mata...sob..sob... Begitu juga dengan ibu bapa yang lain.

Selepas taklimat, ada perjumpaan dengan guru Homeroom. Di MRSM, mereka bahagikan pelajar2 kepada guru2 yang bertindak sebagai ibu atau bapa di sekolah. Jadi, kalau ada apa2 masalah peribadi, mereka bolehlah nak bermanja2 dengan ibu atau ayah angkat mereka ni. Saya dah terlalu penat masa ni, tak mampu nak snap2 gambar lagi. Sayang, kalau ada gambar, boleh dikongsikan di sini.
Homeroom kami di dalam makmal sains. Ini dah penghujung tenaga dah rasanya.

Kami tak dapat jumpa dengan Bonda home room Adam sebab beliau ada tugasan di daerah lain. Tapi ada guru ganti yang memberikan penerangan terperinci dan juga menjawab soalan2 kami.

Lepas tu, kami cari mak ayah. Jumpa pun.... Mak dan ayah dah keletihan mengejar sikenit yang baru pandai berlari tu merata-rata. Kami rehat sebentar, makan dan terus ke asrama semula. Hanya saya yang naik kiub Adam kali ini. Kelam kabut mengemaskan locker Adam, pantau dia pasang cadar sendiri, dan tinggalkan dia di situ. Hanya saya dan mak yang menangis. Adam ok jer. Siap boleh tanya, "Yang mama nangis ni kenapa?"
Ciss....buek malu den yo...hahahaha....

Sempat singgah ambil gambar bilik menggosok pakaian mereka. Oh, mereka charge handphone di sini juga. Handphone hanya boleh bawa yang basic, no camera, no internet ability dan sebagainya. Dan hanya boleh guna mengikut jadual yang disediakan saja. Oklah tu kan....janji mudah nak berhubung.

Fuh, selesai satu urusan. Sekarang tunggu Adam stabil jer. Mungkin ambil masa beberapa bulan. Setiaaaapppp hari telefon merengek macam2. Awal2 tu dia demam, so sensitif terlebih, asyik nak balik, nak pindah sekolah. Sampai menangis2 suruh saya datang jemput. Awal2 tu layan juga la, sebab pihak sekolah call suruh saya jemput dia bawa balik rumah. Lepas tu, takder dah nak layan. Sorry berlori...
Now, dah sihat, kurang dah merengeknya. Maklumlah, belum biasa. Insya Allah, dia akan belajar sesuaikan diri sendiri sooner or later. 

Wah, panjang lebar sungguh. Semoga dapat jadi penduan kepada ibubapa yang lain yang akan menghantar anak ke MRSM Kuala Klawang ini. 

.

Read More
Assalamualaikum.....



Note : Terrrbaeekkk....!!!
Read More
Assalamualaikum.....

Wah, penatnya...! Bila Isnin jer penat betul kan. Macam2 urusan bila weekend kan. Anyway, dah lama terperap dalam draft gambar2 ni. Lebih baik saya keluarkan dan bercerita segera sebelum ianya hilang disebalik awan..ecehh!

Hari graduasi darjah 6 untuk Adam tahun lepas. Parents kena bayar..sorang 30 hengget rasanya. Untuk anak, apa salahnya. Bukan selalu pun. Masa ni, keputusan UPSR belum diumumkan lagi.

Guru2 yang mengajar tahun 6. 

Adam menerima sijil UPKK. Pengerusi PIBG kami ialan Komandan tentera. Sereeemmm. 

Inilah graduasi, tamat belajar sekolah rendah. 

Cenderahati UPKK. 7A jer..hehehehe. Jadilah Adam. Dia kantoi dapat B untuk Bahasa Arab..hehehe

Last sekali, kami dihidangkan western food. Chicken chop. Not to my liking, so Adam tolong habiskan. 

Sekali seumur hidup. Kenalah sama beri sokongan pada Adam dan pihak sekolah, kan?



Read More
Assalamualaikum.....

Ini adalah hidangan dari mak saya yang gembira kerana Adam diterima ke MRSM. Minggu lepas dah bawa ke pejabat. Makan ramai2. Pulut kuning saja dengan rendang ayam dan rendang daging. Ada juga sambal tumis ikan bilis. Bawa untuk sarapan pagi.


Alhamdulillah, dah selamat daftarkan Adam Rabu lepas. Tapi dia demam pula. Tadi Bonda Home-roomnya call untuk saya bawa Adam pulang weekend ni. Dah jumpa doktor semalam, dah makan ubat, tapi masih belum kebah. Allah....baruu jer masuk 3 hari, dah demam pula. Culture shock la agaknya. Tapi dia call malam tadi, katanya dia ok dah. Maybe pihak sekolah bimbang agaknya. Lagipun, minggu orientasi berakhir esok tengah hari, jadi agak cukup lah kot yang telah diterima setakat ni.

Hari ni panas terik di KL kan...?

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama