Memaparkan catatan dengan label Journey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Journey. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Inilah lumrah kehidupan. Ada yang pergi, cepat saja yang mengganti. Tapi untuk kes2 eksklusif, bukan mudah nak cari pengganti.

Kisah 1

Salah seorang petugas Jabatan Akaun kami, yang sama2 bertugas dengan saya di Bangsar dulu telah menerima tawaran lain. Alhamdulillah. Rezeki masing2 lah kan.

Yang bertudung biru gelap, hari terakhir beliau bersama kami. 

Kisah 2

Semalam, kehilangan Allahyarham Hasbullah Awang. Saya membesar dengan suara beliau. Kepetahan beliau, kebijaksanaan beliau menimbulkan emosi semangat dan merudum, ketenangan beliau dalam menghadapi situasi yang tidak terjangka....amat saya kagumi. Al-Fatihah untuk beliau.


Kisah 3

Seorang tokoh ulama yang sangat disegani. TGNA adalah watak penting dalam perkembangan ummah dan sahsiah Islamiah di Malaysia. Beliau mula menonjol sebagai ahli politik walaupun masyarakat setempat telah lama mengenali beliau sebagai seorang ulama. Dan keperibadian seorang ahli politik yang tulus, yang jujur dan amanah...yang berjuang demi yang benar, masih belum lagi mengubah politik Malaysia yang agak tercemar. Tapi, sedikit pendedahan itu, mula membuka minda rakyat.

Damailah tuan di sana. Al-Fatihah....


Kisah 4

Berita sedih dan gembira bercampur aduk. Isnin minggu hadapan merupakan hari terakhir saya di syarikat ini. Alhamdulillah, saya telah menerima tawaran di daerah kelahiran saya, Port Dickson. Adam dah mula membina kehidupannya sendiri, maka mak dan ayah kembali berdua. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk saya terus dekat dengan mak ayah. Dan saya juga bolehlah tinggal sebumbung dengan hubby setelah berpisah 14 tahun. Alhamdulillah....

Namun, tempat jatuh lagikan dikenang. Syarikat ini, saya bantu bosses bina bersama2. Sejak dari pendaftaran syarikat, sehinggalah syarikat ini stabil dan mampu retain petugas dengan kukuh. Saya sayang keluarga saya di syarikat ini. Tapi, tanggungjawab saya telah selesai disini. Saya bersama2 dengan team yang lain dah meletakkan tapak yang kukuh. Hanya yang tinggal adalah untuk membawa syarikat ke arah kecemerlangan.


Dalam pada itu, saya akan bertahan dengan blog ini. Stay with me friends...... Doakan yang baik2 untuk kita semua...Amiin.



.
Read More
Assalamualaikum.....


Selepas lunch yang sedap, perut dah mula berat, kelopak mata dah mula berat dan minda pun jadi berat untuk aktif. Tapi kami nak bawa Mommy dan SIL untuk pusing Penang di bahagian Balik Pulau. Maka dari restoran, kami terus ikut jalan belakang pulau dan melalui kampung2 untuk ke kawasan Batu Feringgi.

Sambil2 tu, mata melilau juga cari port laksa janggus, tapi tak nampak pula. Bukan nak makan, cuma nak 'mark' tempat tu sahaja. Dalam pada kami menikmati pemandangan gunung ganang dan lurah gaung tu, tiba2 hubby ternampak satu signboard kecil di tepi jalan untuk pintu masuk ke tenpat memproses buah pala. Hubby terus melencong masuk dalam tu. Tak pernah masuk, so jalan2 saja lah. It could be educational for the kids and for the adults too.

Bila masuk jer, ada satu bangunan usang dari papan yang tersergam di hadapan kami. Oh, jalan nak masuk, agak mencabar sebab kena menurun jalan raya yang curam juga. Driver kena berhati2lah yer...tapi jalan tu pendek jer.

Anyway, kami nampak ada beberapa dulang besar yang di isi dengan buah yang berbiji2 di atas sebuah meja panjang yang lebar. Setiap dulang berisi buah yang berbeza warna.


Ok, siapa tak pernah tengok buah pala? Ini lah buahnya.... Ini buah yang mentah. Dijemur untuk dikeringkan bagi diproses untuk berbagai produk.


Ini Apek. Dia bahasakan dirinya Apek. Tapi kami panggil Uncle, rasa kurang sopan pula nak panggil Apek. Tapi dia rasa lebih mesra kalau kita panggil Apek, maka dalam blog ni, mari kita beramai2 panggil dia Apek.

Di depan Apek ialah buah peringkat2 buah pala yang dalam proses pengeringan. Rasanya ini hanyalah untuk pameran dan education sahaja. Proses sebenarnya dijalankan oleh pekerja2 beliau iaitu penduduk2 kampung yang beragama Islam. Dan beliau juga dalam proses untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM untuk produknya.

Apek ceritakan apakah buah pala. Dari mentah, dari sabut, dari isi, dari buah yang digunakan oleh mat salleh dalam cooking show di asteruk sehinggalah ke bijinya yang boleh dipelbagaikan. Berbagai jenis gred buah pala digunakan untuk berbagai produk.

Selain itu, apek juga tunjukkan jantina buah pala. Yesss....ada jantina yer. Perlu tahu jantina untuk tanam pokoknya. Ditanam dari buah pala female sahaja.


Oh, kilang ni ada siapkan air jus buah pala. First time kami tahu yang buah pala boleh dijadikan jus. Memang percuma untuk tetamu yang datang melawat. Eh, memang sedaplah jus buah pala ni.


Ini kami bersama dengan Apek. Kita yang jadi tukang snap nya. 

Inilah berbagai jenis produk buah pala.
Bakul sebelah kiri atas sekali dan bawahnya ialah buah pala mentah. Yang dalam bakul hijau ialah female dan bakul pink pula ialah male. Err, sendiri boleh tau kot kenapa...hehehehe. Kami dah gelak berdekah2 dah di situ masa Apek explain.

Dalam besen pink sebelah kanan ialah satu keratan rentas buah pala. Kulitnya tu lah yang kita makan jeruk buah pala. Isinya, di sagat dan dimasukkan serbuknya dalam berbagai jenis masakan.

Di dalam bakul pink kecil di sebelah kiri bawah sekali ialah pecahan dari biji yang kualitinya agak kurang baik. Tak boleh eksport untuk jadikan serbuk atau untuk masuk dalam masakan, tapi di stimkan dan dapatkan minyaknya yang akhirnya di pasarkan sebagai balm puah pala dan minyak angin. Memang harum sangat baunya... Bau yang mentah ni pun memang berangin dah rasa. Kami ambil sedikit, Apek bagi semua orang..."Lu simpan dalam keleta. Lu punya keleta banyakkk wangi.." pesanan dari Apek. Memang wangi.


Inilah pokok buah pala. Nampak tak buah pala yang bergantungan?


Ha, sila ambil nama kilang Apek. Nampak tak muka Apek di signboard? Hubby sangat gembira bertemu Apek...hilang terus rasa mengantuk dia...hahahaha

Since kami adalah pengunjung terakhir, Apek suruh ambil semua jus buah pala. Pergi cari botol kosong dalam kereta, tadahlah air jus tu untuk minum2 dalam kereta. 

Oh, tujuan sebenar kami ialah nak cari balm buah pala di Penang ni. Dah masuk kilang Apek, apa lagi..borong laaaa. Beratus juga laa duit yang melayang.....hahahaha. Takper, nak datang bukannya dekat. Balm buah pala ni memang kegemaran kami sekeluarga sejak bertahun2 lagi. Ada kawan di penang ni yang syorkan pada asalnya....hingga mak ayah di PD pun laju jer capai balm ni kalau ada. Kami suka yang warna putih kerana baunya lebih lembut dan kurang menyengat pijarnya. Kalau ada selsema, kembung perut...memang sangatttt mujarab. Loya2 nak muntah pun sangat berkesan lah membantu. 

So, dah pergi sini, tak perlulah kami meredah kesesakan untuk ke Chowrasta... Alhamdulillah.

Lepas tengok Batu Feringgi dari dalam kereta, kami terus masuk highway untuk ke Ipoh pula. Goodbye Penang. We'll be back for more nutmeg balms...hihihihii....


.

Read More
Assalamualaikum.....

Setelah puas bersantai di bilik hotel...berehat dan bersedia untuk perjalanan yang masih jauh, kami check-out dari hotel tepat jam 2.30 petang. Sukanya..... Masa tu terasa macam masih kenyang jer lagi. Maklumlah, breakfast heavy. Perancangannya, nak lunch kari kepala ikan di Pen Mutiara. Yang kita ingat dulu, Pen Mutiara ni dalam kawasan jeti perikanan..so key in dalam Waze untuk jeti LKIM. Kami berdua kereta ni pusing sana sini, lalu celah lorong sempit segala mengikutkan Waze tu. Sekali entah mana ceruk punya rumah orang dengan warung santai yang dibawanya. Alamaakkkk...tukar..tukar...! Tukar search untuk Pen Mutiara terus...hahahah.. Ada rupanyaaaa! Ceh! So, senang jer lah jumpanya....hihihihi.

Yes, Pen Mutiara ni adalah sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan naik ikan. Jadinya, makanan laut mereka memang segar dari ladang lah....

Hubby yang pernah makan disini awalnya kerana di bawa oleh supplier masa audit kilang dulu2. Katanya kari kepala ikan di sini memang sangat sedap.Dan kita pernah di bawa ke sini dulu sekali. Memang kita akui, sedap. Oleh itu, bila bawa Mommy, kami datang lagi ke sini.

Ini lah star of the day. Kari kepala ikan. Karinya tak terlalu pekat dengan rempah. Kuahnya sedang2 elok untuk dinikmati sama ada dengan nasi atau pun sekadar di ratah. Penuh dengan bendi, tomato dan terung. Harum baunya. Ikannya pastilah segar. Dihidangkan dalam belangan periuk tanah. Maka ketika tiba di meja makan, lauk ini masih panas mendidih lagi. Rasa pedas kari yang tidak cair dan tidak juga pekat tu memang sangat memikat selera kami.

Harga hidangan ini bergantung kepada permintaan kita. Untuk berapa orang makan, biasanya. Macam kami hari tu, untuk 6 orang makan, harganya lebih kurang RM80.00++. Hidangan paling kecil adalah untuk 2 orang yang berharga RM38.00++ kalau tak silap. Pada kami, sekali sekala untuk duduk selesa di dalam restoran yang cantik dan berhawa dingin, makanan yang dihidang khas atas permintaan kita semua, harga seperti ini memang berbaloi.

Kami tiba di sini hampir jam 3.00 petang, maka pengunjung telah ramai yang sudah selesai lunch. Itupun, meja kosong tidaklah banyak sangat. Makumlah, cuti sekolah. Tapi lihatlah Adam dan Mak Su nya...tangan masing2 dah mula bersalut kari......


Pastilah kami order lauk lain juga. Dalam gambar di atas ialah terung masak cabai (cili) yang memang sedap. Terungnya pun segar dan 'juicy'. Disebelahnya ialah cili masak cabai (cili) juga. Bukanlah kami ni penggila pedas, tapi masak cabainya tidaklah sampai membunuh usus perut. Cilinya terasa manja2 saja... Yang buat sedap ialah bagaimana mereka menggabungkan bahan2 biasa seperti cili dan bawang dan menghasilkan menu sebegini.

Firdaus the happy boy. Dia ni nampak jer kurus, tapi dia boleh makan 2-3 kali ganda lebih banyak dari Adam, tau. Sebab tu lah tulangnya keras seperti besi... Boleh jadi body guard lepas ni. Mommy dan Ain riang dan rancak berborak. Oh, lupa. Depan Mommy tu kami order udang butter. Satu lagi signature dish di restoran ni. Udang butter yang lemak berkrim...bukan sekadar nampak minyak dari butter menyaluti udang tu, tapi ada daun kari, ada krim yang likat dan sedap rasanya. Manis dan lemak tetapi beraroma daun kari. Tiada telur yang bersarang2 tu, tapi dengan krim itu, isi udang lebih sedap rasanya.

Udangnya adalah udang besar yang saiz XXL tu. Di restoran ni, harga udang bukannya mengikut kiraan timbang, tapi mengikut kuantiti. Udang yang mereka guna memang sama saiz. Harganya ialah RM7.00 seekor udang. Tak kira masak apa sekali pun, harganya tetap sama. Kami order 10 ekor...hahahaha.

Mengikut pengalaman yang lalu, kalau order menu banyak2 pun mesti tak habis. Maka setakat ini sajalah kami order.

Of course kita pun happy bila tengok ahli keluarga yang lain pun happy. Tapi makan tetap makan. Nampak tu, dah lipat lengan baju sampai ke siku. Eheeem...senang nak cedok lauk....hahahaha...

Oh yer, kami order juga air jus asam boi yang sangat sedap satu jug. Tidak masam dan juga tidak terlalu manis. Memang sangat sesuai untuk menghilangkan kelat kari dan pedas rempah. SIL kita nak air bandung..untuk dia segelas dan hubby macam biasa, nescafe tarik segelas. Tapi kami ambil juga air suam satu jug. Banyak minum air betul kami ni kan.

Bila dah kenyang, seperti yang dijangka...tak habis juga. Jangan membazir, mari tapau. Kami minta petugas tolong bungkuskan semua yang ada balance. Terung, ayam, kari ikan tu sendiri dan even nasi putih pun ada. Bungkus semua... Pssst, mereka bungkus dalam bekas tupperware yang proper dan kemas. Dan mereka charge RM0.60 yer. Ada charge juga rupanya.

Total damage masa tu adalah RM280.00++. Errm...boleh tahan lah. Tapi sebenarnya kita dengan hubby bajet bil adalah RM300 ke atas. So, within budget juga. Alhamdulillah....

So, kalau ad sesiapa yang rasa bermurah hati nak belanja family best2 sikit di Pulau Pinang, bolehlah cuba restoran ni yer.

.






Read More
Assalamualaikum.....

Ok...seperti yang kita janjikan, kita nak bercerita tentang menu istimewa di bandar Jerantut ni, Menunya ialah gulai asam rong.

Kita pernah menonton rancangan masakan yang menyiarkan tentang gulai asam rong ni, tapi memang tak pernah berpeluang untuk mencubanya, Hasil pencarian di Google pun, tak berapa banyak maklumat yang ada.

Khabarnya asam rong ini ialah berasal usul dari biji buah getah dari pokok getah yang menjana pendapatan negara tu. Mak kita pun memang ada tanam pokok getah sikit2 dulu dan kita sendiri membesar dengan pokok getah. Bermain dengan pokok getah dan sebagainya....

Tapi sumpah kita tak pernah tahu yang biji getah nie boleh di makan. Kami selalunya buat main jer biji getah ni. Gosokkan laju2 dan kuat pada simen kat rumah, lepas tu lekapkan kat peha. Mak oii...boleh merah kulit menahan panas. Ini biasanya sebagai denda dalam permainan untuk sesiapa yang kalah dalam congkak misalnya.

Untuk asam rong ni pula, khabarnya biji2 getah yang gugur itu akan dipecahkan kulit luarnya. Di dalamnya ada biji lain yang putih bersih dan seperti baldu kulitnya. Biji yang putih ini akan ditumbuk dan diperam bersama bahan2 yang tersendiri selama beberapa bulan kalau kita tak silap. Ala, macam kita makan budu, tempoyak, cencalok dan ikan pekasam la agaknya methodnya.

So, bila dimasak, sesenduk dari peraman biji getah ini akan dimasukkan kedalam masakan. Ok...mari kongsi pengalaman kita.


Setelah kita google, maka kita berjaya jumpa kedai yang dimaksudkan oleh blogger-blogger lain. Kedai Kak Noor namanya. Biasanya, untuk gulai asam rong ni, seusai dimasak dengan ikan kenerak. Ikan sungai Pahang lah kiranya. Tapi, tiada rezeki kami, kami dapat ikan lain. Tapi eh, sedap pulak ikan ni. Kita tak dapat 'tangkap' dengan jelas nama ikan ni seperti mana yang disebut oleh tuan kedai...tapi rasanya seperti ikan krai juga. Cuma duri2nya tidak sehalus dan tidak sebanyak ikan krai. Memang sedap.

Kita ambil hanya sekeping ikan saja dan kongsi makan bersama Adam. Tapi sekeping ikan ni sangat besar. Itu saiz pinggan makan nasi standard di kedai2 yer. Bukan piring lauk tu tau, Jadi, bolehlah bayangkan kebesaran saiz ikan tersebut.

Gulai ikan ni di masak dengan beberapa jenis sayuran kampung. Antara jenis sayuran yang kita jumpa ialah pucuk ubi, pucuk paku, daun kesum dan juga terung telunjuk.

Gulai ini tidak menggunakan santan. Ianya hanya direbus bersama2 dengan cili padi dan kunyit yang ditumbuk halus, asam rong tadi dan juga ikan dan sayur-sayuran itu. Jadi, semestinya anda akan rasa pedas dan masam2. Rasa masam itu semestinya datang dari jeruk rong tadi. Tapi sesuatu yang menangkap perhatian kita, disamping rasa pedas dan masam2, ianya juga rasa berlemak. Kombinasi pedas, masam dan lemak...sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Pada kita, memang sedap. Oh, kepedasan gulai2 orang Jerantut, jangan di ambil mudah yer. Tercabar kegagahan menahan pedas anak jati Negeri Sembilan ni...hahahaha.

Yang lebih istimewa, rasa isi ikan tu juga sangat cantik berpadu dengan keenakan kuahnya. Ok, kita buktikan yer...

Disebabkan ikan tu besar, kita dengan Adam memang tak terhabis. Kami hanya makan suku saja...hahahaha. Jadi, bungkus bawa balik resort dan juga bungkus nasi putih. Konon nanti hubby boleh rasa sikit, lagipun kami malas nak keluar mana2 lagi nanti.

Petang tu selepas Maghrib, kami makan lagi anak beranak dengan gulai tu. Hubby makan sikit sebab dia pun ada dinner kena attend. Adam pula, ikut hubby ke dinner itu juga kerana kami sekeluarga dijemput hadir oleh MDnya, tapi kita tak pergi. Jadi kita juga la yang makan bersungguh2 ikan tu. Memang terbaik. Nasi sejuk, lauk sejuk, tapi hanya makan isi ikan ini sahaja dengan nasi putih, sudah cukup memuaskan selera. Kenyang hingga pagi. Ajaibnya, ikan tu tetap tak habis. Esok pagi, sambung makan dengan nasi lemak pula. Satu lagi keajaiban, rasanya tetap sama dan mantap. Tak basi langsung, tak berubah apa pun langsung. Mungkin sebab letaknya dalam air cond bilik dan juga kerana tidak bersantan. Tapi kita juga yakin ianya adalah keistimewaan jeruk asam rong itu sendiri. Jadi terbukti kan? Sedap hingga esok pagi.

Ok, mari bercerita tentang kedai pula. Kedai ni memang penuh dengan lauk pauk selera kampung. Sangat menyelerakan. Senang cerita, menunya menyeluruh. Setiap orang berbeza citarasa, tapi anda pasti akan berjumpa dengan menu kegemaran selera anda disini.


Antara deretan lauk pauknya, termasuklah ikan patin masak tempoyak.

Antara deretan ulam-ulamannya...

Portion nasi kita. Ulam, sedikit perut tembusu untuk merasa saja dan gulai asam rong.

Adam ambil lauk sotong.... Jadi dia pun makan gulai asam rong tu sedikit jer... Not to his liking actually sebab masam2 ni dia kurang gemar, kecuali asam pedas.

Seketul ikan tadi, berharga 20.00++. Keseluruhan bil kami sekali dengan air (sorang 2 gelas tau, sebab pedas menyengat) ialah RM40.00. Ini termasuklah nasi yang dibungkus untuk dibawa balik.
Pada kita, harganya memang sangat-sangat berbaloi. Tambahan pula, menu ini boleh dikatakan menu eksotik. Bukan senang anda nak jumpa di mana2.



Kedai ni sebenarnya terletak di food court baharu yang bersetentang dengan pasar Jerantut. Oh, kalau datang hari Ahad, ada pasar tani di sini.

Jadi, kalau kebetulan anda berada di Jerantut, cubalah menu ini. Dengar khabarnya, di Raub juga ada menu ini, yer?

Walaubagaimanapun, sokonglah produk tempatan.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Yang ini, cerita beberapa bulan yang lepas.

Macam biasa, bila dah settle beberapa urusan di Kuantan, kami yg suami isteri ni pergilah merayap di hujung minggu. Kita ajak hubby ke KT. Nak pergi beli serunding. Since tak ada nak kejar apa2, maka kami pun santai2 drive. Masuk Pasar Payang sekejap jer. Terus pergi ke kedai serunding feveret, Serunding Anita nama brand dia. Beli serunding, terus balik semula. Beli buah kedondong yang dijual oleh seorang makcik di kaki lima setengah kilo. Hubby yang nak...kita tak makan buah masam2 nie.

Lepas tu, kita ajak hubby cari Mengabang Telipot dan makan hidupan laut celup tepung. Ada sorang opismate kita orang situ, so dia kata ada satu kedai lain yang lebih sedap dan lebih toyyiban dari warung Pak Nong tu...hehehehhe. So, memang niat nak bypass warung Pak Nong. Tapi, bila ke situ, kami dan meraban-raban. Tak tau apa nama kedai, kedai mana yang ada menu hidupan laut celup sotong nie. Tapi, nampak lah Warung Pak Nong. Well, takkan nak balik tangan kosong kan... So, kami terus parking dan cari table. Baru pukul 4.00 masa tu. So, masih ada meja kosong.


Ais jagung dan sotong celup tepung serta sedikit keropok lekor

Sotong celup tepung warung Pak Nong
Hubby minum ais jagung tu. Memang sedap. Kita macam biasa, minum ais kosong sampai 3 cawan. Hauss...travel jauh. Hehehhee....  Sotong yang kita ambil nie, besar...kita ambil 2 ekor dan keropok lekor 2.00. Itu jer. Yang lain2 tak ambik sebab takut tak habis. Lagipun dah selalu makan di Kuantan, cuma kami nak test sotong yang femes nie jer.

Sistem di situ, kena beratur dan rebut. Kadang2 tak sempat letak bahan gorengan, dah hilang dah dari senduk. Makanya kena tangkas dan perkasa dalam proses merebut tu. Lepas dah berjaya rebut, sila pergi order air di kaunter air dan tunggu sendiri air anda tu. Self service semua. Potong sotong guna gunting yang disediakan.



Lagi satu, kita nampak ramai orang ambil mee goreng. Nampak macam kosong jer, tapi sebab baru keluar dari kuali, maka berasap lagi lah... Kami kongsi jer suami isteri. Tapi bila makan, Masya Allah...sedapnyaaaa. Habis sepinggan, bukannya banyak pun...hubby pula bangun nak ambik lagi sepinggan. Tapi dah habis la pulak. Kami berdua tergelak dengan situasi tu.


Lepas makan, sambung lagi jalan2, tengok kampung2 orang. Masuk ke resort tempat kami honeymoon selepas kahwen 13 tahun lepas. Dah tak best dah resort tu. Macam terbengkalai jer....

Hubby lepas tu call kawan kerjanya masa di Melaka dulu. Terperanjat mamat tu bila hubby call. Yer la, last kami jumpa dia masa dia kawen 6-7 tahun lepas. Terus dia ajak kami dinner. Kami tunggu dia di Mc D dekat2 dengan Unisza tu lepas Maghrib. Kita dengan hubby pun ambil kesempatan untuk solat di Masjid Unisza tu. Sempatlah dengar ceramah pasal haji di situ...lucu pulak penceramah tu. Meriah rasanya. Sejak hari tu, bila lalu KT, hubby mesti ajak singgah masjid tu lagi...

Bila dah jumpa kawan hubby, dia bawa kami ke sebuah restoran. Namanya NR Cafe di Jalan Tok Jembal. Kawan hubby bawa anak isterinya sekali. Sekali sekala, mereka balik juga ke Melaka. Walaupun KT ialah kampung si isteri, tapi mereka tetap rindukan makanan di Melaka...hahahahha.


Antara keratan akhbar mengenai cafe tersebut

Again, sotong celup tepung. Nampak best kan...memang sedap. Tapi kita dah kenyang makan di warung Pak Nong. 

Siakap 3 rasa... Sedap juga

Kangkung untuk kita dan tomyam untuk semua

Hubby bersama kawannya dan keluarga beliau. Hubby pula tak nampak...

Kawasan dalam restoran. Next time nak try western food pula. Nampak macam ramai yang datang utk makan western dishes jer...

Hubby dan sahabatnya, Azrul. 

Malam tu juga, kami terus balik ke Kuantan. Tiba di Kuantan, kami lepak2 lagi sambil minum2. Santai jer kan. Dulu masa mula2 pindah Kuantan, bila nak pergi KT tu rasa macam jauhhh sangat. Bila dah biasa, kami dah pandai anggarkan waktu perjalanan, barulah rasa relax....

Entah kenapa, sentiasa rasa rindu dengan negeri2 di pantai timur nie. 




.

Read More
Assalamualaikum.....

Entry terakhir untuk trip KB.

Lepas makan di Nasi Ulam Cikgu tu, kami terus bergerak pulang. Merentas Kelantan, tapi kami decided untuk lalu Tok Bali. Singgah di pasar nelayan di Tok Bali. Kita dengan Mommy beli ikan masin dan ikan pekasam sebab nampak segar dan elok jer. Jalan2 lagi, tengok2 pantai dan kawasan sekitar. Singgah pula untuk hubby mengurut sekejap di kawasan rehat apa entah namanya tu, dah lupa. Kawasan rehat dari Tok Bali menghala ke Terengganu tu. Lepas dapat massage seluruh badan, hubby bersemangat semula nak drive.

Lepas tu, terus ke KT. Singgah beli keropok lekor dan keropok. Perut dah berkeriuk. So, makan ketupat palas yang beli di Pasar Siti Khadijah tadi tu. Menyesal la pula beli sikit. Sedap rupanyaa.... perut pun lapar. Hari dah mula menginjak petang. Kami gigih juga teruskan perjalanan. Sehinggalah kami tiba di Dungun jam 6 petang tu. Sebenarnya boleh jer sampai lebih awal, tapi tak naklah ikut Permaisuri dan masuk highway sebab nanti tak nampak pula keindahan pantai2 tu kan. Bukan senang nak bawa mereka datang lagi.

Anyway, Alhamdulillah, kedai dah buka. Ngam2 kami tiba dalam cuaca yang dah redup. Lepak sambil di hembus bayu laut. Badan dah letih, perut dah lapar, tapi di kipas angin laut, terasa segar sedikit.

Kami order makanan terus.


Yang pasti, tom yam kelapa ialah menu wajib. Inilah yang kami kejar sebab nak bagi Mommy dan mereka rasa tom yam ni. Kali ni kami pesan suruh tukang masak buat lubang besar sikit sebab selalunya tak muat senduk. Nak ceduk tom yam susah sikit.



Ha, akur perintah kan. Memang dia buat lubang besar. Barulah selesa nak ceduk tom yam dan korek isi kelapa muda tu.

Sayur tak boleh tinggal. Sayur campur jer, tapi diorang campurkan seafood sekali, bukan campuran sayur jer. So, terasalah manisnya.


Inilah rupa tomyam kelapa tu bila dah masuk mangkuk. Tapi yang tak bestnya, kita order tom yam kelapa seafood, tapi dia tetap campurkan ayam. Hmm...kita sebenarnya cuba untuk tak makan seafood dengan makanan darat ni. Tak perlah...jangan membazir. Yang penting, tom yam nie sedap. Nampak tak isi kelapa muda tu? Sedapnyaaa.... Tom yam yang masam2 dan pedas, tapi bila di campurkan dengan air kelapa muda yang manis dan lemak tu, segala rasa tu blend dan neutralized dengan baik sekali. So, ada rasa lemak sikit, manis2 air kelapa, masam2 limau purut, kesegaran serai, pedas menyelerakan cili dan of course kesegaran seafood. Hatta isi ayam tu pun menyerap segala rasa kuah tu.


Of courselah ada ikan. Ikan biasa jer. Siakap masak 3 rasa. Kali ni sedap lah pula ikan dia. Agaknya dulu tu tukang masaknya dah letih kot sebab dah malam. Tengok gambar pun dah boleh nampak ikan tu sedap kan. Yes, gambar ni tak menipu, memang sedap masakan ikannya kali ni. Nampak tak kuahnya pekat. Itu bukan ladungan minyak yer, tapi memang kuah sosnya yang pekat dan terasa jus nenas dan cili serta rempah bergabung. 


Last but not least, order juga air duyung dari kedai Putera Duyung sebelahnya. Sedap. Kami masih gagal detect apa campuran lengkap untuk air nie. Ada air oren, ada laici, ada apa entah lagi. Hisshhh...., memang unik betul lah.... Hanya order 3 gelas. Kita rasa hubby punya jer sebab kita perlu minum air kosong dengan banyak. Travel jauh, kalau kurang air kosong, macam2 lah masalah nanti.


Restoran Seri Warisan

Next time datang Kuala Dungun, jangan lupa singgah di sini. Restoran Duyung di sebelahnya saja. Datang awal sikit lah...kalau cuti sekolah nie lagilah ramai orang... Kalau datang lambat, takut seafood semua yillekk..

Kami bergerak semula selepas Maghrib. Tiba di Kuantan dalam jam 10.00 malam, tapi tak singgah rumah pun. Teruskan perjalanan ke Melaka terus. Tiba di Melaka dah jam 2.00 pagi. Penat sangat, tapi sangat berpuas hati. Sekali lagi kita dengan hubby puas hati sebab dapat bawa Mommy pergi jalan2. Dapat belanja family dan dapat menggembirakan mereka.

Kalau ada rezeki lebih, kami teringin nak bawa family bercuti dalam keadaan yang santai, teratur dan luxury sikit. Insya Allah.....







.
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama