Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
( ha...jawab panjang2 yer kengkawan...)
Sebelum memulakan apa2, aku dengan seikhlas hatinya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan tahun ini akan menambahkan saham dan bekalan untuk hari akhirat. Amiin...( Amiin la weii..tadah tangan... )
Yer, aku hutang 5 artikel...( 5 kan..betul kan... ). Tapi apa-apa pun aku nak citer yang nie dulu. Citer nie potong line dulu. Citer nie tak yah Q...sbb dia spesel. Kan ker hari Isnin arie tuh kita poser first day kan. Tanpa di rancang, tanpa di suruh, tanpa dipaksa dan tanpa disangka, hero kesayangan aku...intan payung aku....pongkipong aku telah menyerah diri untuk berpuasa. Alhamdulillah...syukur seribu rahmat. Perasaan aku masa tu, macam baru dapat bonus dari company sebanyak 12 bulan sekaligus layaknya. Citernyer macam gini.....
Pada pagi hari pertama semua umat Islam memulakan ibadah puasa Ramadhan, anakku Saiful Adam itu, secara tiba-tiba bangun dari tidur pada jam 2 pagi. Dengan penuh tertib dan sopan santun, dia meng'on'kan tv untuk menonton saluran2 kegemaran dia...seperti contoh, Ceria, Disney...dan lain2. Dengan mengawal volume tv agar perlahan...dia meneruskan tontonannya dengan asyik tanpa mengganggu tidur ayah bondanya. Maka pada pukul 3.30 pagi, bangunlah bondanya untuk bersiap-siap ke rumah neneknya untuk bersahur. Telah berjanjilah ayah bondanya dengan neneknya untuk bersahur bersama2 di pagi itu, sementelah ianya adalah sahur yang pertama di bulan Ramadhan. Dan Adam pun dengan penuh semangat terus bersiap dan memeranjatkan bondanya kerana dia memandikan diri sendiri dan dengan rela hati. Berbungalah hati bondanya kerana permata hati itu sudah pandai menguruskan diri sendiri.
Dan seterusnya, bersahurlah semua ahli keluarga dalam suasana yang gembira dan meriah. Dan bonda hero ini telah pun mengajarnya membaca niat untuk puasa di bulan Ramadhan straight untuk sebulan terus. Dan belajarlah Adam serba sedikit pada pagi itu mengenai puasa Ramadhan. Sebabnya, balasannya, suruhannya, larangannya, sunnahnya dan makruhnya. Adam mendengar dengan tertib dan bersungguh.
Maka, setibanya di rumah....dan selesainya Subuh, maka 3 beranak ini pun menyambung tidur memandangkan peluang hari kelepasan harus digunakan sebaik mungkin. Dan Adam pun tidur dengan nyenyaknya sebab dah bangun awal tengok citer kartun. Dia kemudiannya terjaga pada jam 11 pagi ( sorry ekk..bonda dia awal2 lagi dah bangun...basuh kain, sidai kain, sapu rumah... ) dan terus mencapai remote tv dan menyambung tontonan channel kegemarannya. Bondanya menunggu kekalau tgh hari itu, Adam akan mohon berbuka kerana tidak tahan menanggung dahaga atau lapar. Namun Adam tetap rileks meneruskan tontonan tv nya dan diselang selikan dengan bermain kereta racingnya. Alhamdulillah. Tetapi....secara tiba2, tepat jam 2.30 petang, Adam meleseyy pada bondanya...mohon minum barang seteguk dua minuma kerana terlampau dahaga. Sayang...bondanya memujuk dengan lembut ( weii..memang lembut giler waa pujuk tawww ) agar Adam meneruskan puasa hingga ke akhir..memandangkan tinggal beberapa jam saja lagi. Ok...Adam menerima pujukan itu dengan rela. Dan...2 jam berikutnya....Adam memohon secara terang-terangan...nak makan..nak minum...tak nak puasa. Adam kata : Tengok perut abang nie ( sambil menyelak bajunya untuk tunjuk perut ), dah kempis..dah lapar sangat....dah sangat kosong. Macam 300 hari tak makan. Bondanya hanya tersenyum, pusingkan kepala dan gelak besar2 tanpa suara. Bonda kata; Nanti kejap lagi siap, kita pergi pasar ramadhan, Adam nak apa, semua bonda belikan nanti. terpancar sinar gemilang kesukaan di mata Adam. " Abang nak murtabak megi. Mama mesti belikan seploh....jangan kurang..mesti seploh " Tu dia.....melantak sungguh. Ok tak apa. Tapi 15 minit kemudian, dia merengek lagi...dah tak tahan. Nak buka juga...Bonda kata tak boleh juga. Mendengar keputusan bondanya itu, maka dia dengan machonya, melangkah tegas masuk ke ruang dapur. Mencapai sepeket serbuk Oligo Koko feveretnyer, sebiji mug dan sebatang sudu. Bondanya tanya untuk apa. Jawabnya : Nak buat air sendiri, perut abang dah kosong sangat. Dan kuasa Allah, secara tiba2 terdengarlah suara Cina dari lori jual tilam : Tilam, tilaaaaammmm...tilam lama tukar baruuuu. Dan bondanya mengambil kesempatan itu dengan pantas lalu menjerit : Uncleeeee...! Ambik ini budak...dia tak mau puasaaaaa...!! Dan dengan pantas juga Adam meletakkan kembali segala utensilnya dan berlari memeluk bondanya sambil bercucuran air mata lalu berkata : Ampunkan abang mama....sorry maaa...abang puasa..abang puasa...abang tak buat lagi. Maka bondanya tersenyum gembira ( yesss...gua menang ) dan memeluk kembali hero pujaan hatinya itu.
Dan selepas itu, bersiaplah semuanya untuk ke pasar ramadhan untuk membeli SEPLOH keping murtabak megi. Setelah menggadai nyawa meredah lautan manusia, tibalah ke gerai murtabak megi itu. Malang sungguh......orang tu kata : Murtabak megi dah abis lamaaa dah kakk....
Aduhhh....kasihan sungguh. Berderai air mata bondanya didalam hati..dek kerana gagal memenuhi permintaan permata hati. Bondanya kata : Adam pilih laa nak apa...apaaaa saja..mama belikan...nak banyak mana pun tak apa... Namun hanya di sahut dengan kebisuan saja. Jelas terukir kekecewaan di wajah suci itu. Namun akhirnya, dia hanya meminta dibelikan air jagung sahaja.
Setibanya di rumah neneknya, ( macam biasa...buka pun kat umah mother in law...baru meriah sikit ) dia terus bermain dengan sepupunya. Sedikit pun tidak kata penat dan sedikit pun tidak lembik. Tibanya waktu berbuka, di saaat 3 minit lagi azan akan berkumandang, di mana semua orang telah pun duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk bersantap, Adam bertanya pada neneknya : Nenek, air Adam yang mana? Dan neneknya meletakkan cawan berisi air jagung permintaannya di sebelah pinggan Adam. Neneknya kata : Ni air Adam, nanti Adam minum air nie. Dan sepantas kilat juga Adam terus mencapai cawan itu dan meneguk dengan rakusnya..padahal azan belum lagi dilaungkan. Saat itu, semua yang ada tergamam. Terasa seperti berhenti seketika masa yang berdetik. Bondanya bertanya dengan nada kecewa : Kenapa Adam minummmm? Kan belum Azan lagi. Penat mama jaga puasa abang hari nie. Dan Adam dengan wajah yang cukup kesal memohon maaf kerana dia terlupa. Nasib baik Mak Su nya melegakan suasana dengan statement : Alaa...lupa takper...tak batal. Yaaa..sangat betul. Ceria laa kembali suasana dan suara azan pun kedengaranlah.
Dan Adam makan dengan bersungguh-sungguh dek kerana lapar seolah-olah 300 hari tak makan katanya. Namun...bondanya sangat bersyukur... ALHAMDULILLAH....selamat satu hari puasa. Adam malam itu, meng'announce'kan dengan lantangnya azam baru dia...
"Adam tak nak puasa lagi lepas nie...nak makan puas2, nak minum puas...."
Hehehhe...pedulik hapa aku..yang penting dia dah tau macam mana puasa dan latihan amalinya berakhir dengan cemerlang....hihihih.....
- THE END -